" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, September 13, 2010

Media: Tujuh ditangkap, jutawan Sosilawati dan tiga lagi dibunuh?

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Polis yang semalam mengakui berhadapan dengan jalan buntu, dipercayai telah dapat menyelesaikan misteri kehilangan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki ekoran tertangkapnya tujuh suspek termasuk seorang peguam bergelar ‘Datuk’ dipercayai terlibat dalam kehilangan mereka.

Difahamkan polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu telah dibuang ke dalam laut.Laporan media juga menyebut motif pembunuhan belum dapat dipastikan.Keempat-empat mangsa dikatakan dibunuh sebelum dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib

Beria Harian Online pula menyebut identiti keempat-empat mayat sedang dikenal pasti, namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati, usahawan produk kosmetik Nouvelle Visages.

Kesemua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Sehingga 7 pagi ini, lokasi mereka dikatakan dibunuh iaitu sebuah ladang kelapa sawit dan ternakan ayam yang terletak berhampiran Ladang Gadong — dikepung polis dan unit forensik PDRM dijangka akan tiba 8 pagi ini.

Beberapa stesen televisyen menyiarkan maklumat mengenai penemuan mayat yang sudah rentung lewat malam tadi.

Maklumat tidak disahkan juga disebarkan menerusi Twitter dengan pelbagai spekulasi, ada yang mengatakan mayat rentung yang ditemui adalah bayi atau kanak-kanak.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan polis juga tidak berhasil sehingga awal pagi tadi.

Kesemua pihak yang dihubungi tidak mengulas kesemua pertanyaan. Bagaimanapun difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi pagi ini sempena majlis perpisahan Ketua Polis Negara di ibu negara.

Wakil-wakil media masih menunggu di lokasi kejadian sejak tengah malam tadi.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Kali terakhir Sosilawati ditemui di kawasan Banting adalah pada 2 September ketika hendak membeli kerepek.

Seorang daripada suspek ditahan merupakan peguam bergelar ‘Datuk’ berusia 40-an, yang polis anggap sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

‘Datuk’ berkenaan dilaporkan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Mingguan Malaysia dan Berita Minggu menyebut menambah, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan Sosilawati.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Ekoran laporan kehilangan keempat-empat mangsa, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya Isnin lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Sosilawati dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting pada 2 September untuk diiberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu.

Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira pukul 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.

Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak.

Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya bahawa mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari bermula 30 Ogos lalu, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini

http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111