" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 24, 2010

Adakah Hukuman Penjara 7 Tahun Setimpal?

Oleh IZMAS

MAHKAMAH Majestrit Banting pada 15 Oktober lalu menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua lelaki selepas mengaku bersalah berhubung empat tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Tertuduh pertama, K. Sarawanan, 19, mengaku menghilangkan bukti pembunuhan dengan membakar mayat Sosilawati; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lalu.

Tertuduh kedua, U.Surish, 26, mengaku membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke Sungai Pancau di Banting.

Menurut Majestrit Hurman Hussain, tiada bukti mereka berdua terbabit mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh). Mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof untuk mengasingkan kedua-dua tertuduh daripada empat tertuduh sebelumnya kerana kedua mereka akan menjadi saksi penting kes berkenaan.

Mahkamah mengambil kira latar belakang kes dan mengambil kira kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana tiada tuduhan pilihan. Selepas hukuman dijatuhkan Sarawanan dan Surish meminta maaf kepada keluarga semua mangsa dan menyatakan mereka sudah insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

Menurut anak sulung Sosilawati, Erni Dektrawati Yuliana Bukhari, 25, hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan kepada dua lelaki itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Katanya, walaupun tertuduh tidak didakwa atas tuduhan membunuh, mereka bersubahat dan perlu dijatuhkan hukuman yang lebih berat.

Beliau mengakui terkejut dengan hukuman terhadap dua lelaki tersebut dan tidak percaya dengan tahap hukuman dikenakan terhadap tertuduh yang melakukan jenayah kejam. “Perkara ini bukan hanya membabitkan perasaan kami sekeluarga, masyarakat juga rasa apa yang kami rasakan,” kata beliau lagi.

Persoalan timbul; adakan kerana mereka berdua sudah mengaku bersalah dan bersedia menjadi saksi utama maka hukuman menjadi lebih rengan? Tidakkah mereka juga sudah terbabit bersama dalam proses pembunuhan kejam itu walaupun memain peranan kecil sebagai pembuang abu mayat? Adakah wujud proses tawar menawar antara pihak pendakwa dengan pihak tertuduh sehingga membawa kepada hukuman yang lebih rengan?

Bagaimanakah mahkamah menilai perasaan sedih dan penderitaan mendalam yang dialami empat keluarga mangsa yang tiba-tiba kehilangan tempat bergantung, orang-orang yang disayangi dan tidak berdosa dengan kaedah pembunuhan yang amat kejam?

Tanpa mempersoal kuasa mahkamah dalam membuat keputusan, sentimen rakyat umumnya orang Melayu sama seperti luahan rasa hati anak sulung Sosilawati yang kurang puashati dengan tahap hukuman penjara yang dijatuhkan kepada dua pemuda itu. Sepatutnya hukuman penjara lebih lama dikenakan kerana keterlibatan serius kedua mereka dalam pembunuhan kejam itu.

Seorang jiran penulis yang berasal dari Sri Medan, Batu Pahat (kampung halaman Sosilawati) menceritakan kebanyakan penduduk di situ terutama keluarga terdekat Sosilawati tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada dua pemuda itu walaupun mereka mengaku bersalah dan sudah memohon maaf. Menurut mereka, sunguhpun mereka tidak terlibat membunuh mangsa, namun peranan mereka juga besar kerana bersubahat dalam kes pembunuhan itu.

Kedua mereka dikatakan mendapat bayaran lumayan atas peranan mereka membuang abu mayat mangsa dan sepatutnya menerima balasan setimpal dengan ganjaran lumayan yang diterima. Mereka yang sedar cara pembunuhan dilakukan begitu kejam - disifatkan sebagai di luar kebiasaan manusia bertamadun - (dibunuh dengan senjata tajam, dibakar dan dipanggang seperti haiwan), maka itu hukuman yang dikenakan sepatutnya lebih berat dan lebih sepadan dengan keterlibatan mereka dalam keseluruhan proses pembunuhan kejam itu.

Peranan dan tindakan subahat mereka menjadi pelengkap kepada tragedi pembunuhan ngeri itu. Tanpa peranan mereka tragedi itu mungkin berakhir lebih segera dan siasatan polis menjadi lebih mudah kerana bukti belum dilupuskan. Walaupun tidak membunuh mangsa, mereka dianggap turut mengambil bahagaian dalam proses pembunuhan itu dalam keadaan sedar dan seharusnya faham hukuman berat menanti mereka.

Dari sudut undang-undang hukuman penjara 7 tahun itu wajar mengikut bidang kuasa mahkamah dan majestrit. Namun, pertimbangan sewajarnya juga patut diberi dari sudut moral akibat dari tragedi kejam pembunuhan itu yang menurut pendapat umum masyarakat Melayu sebagai terlalu kejam dan tidak dapat diterima dari sudut pandangan Islam. Hukuman lebih berat dan segera patut dikenakan kepada mereka yang bersubahat kerana mereka sedar asal punca kejadian dan sepatutnya melapurkan segera kepada polis dan bukan berkerjasama. Mungkin pihak mahkamah juga harus menilai perasaan keluarga mangsa dan sentimen umum masyarakat Islam terhadap pembunuhan kejam itu.

Sentimen umum orang Melayu (mungkin juga bangsa lain) tidak boleh menerima hakikat cara pembunuhan itu dilaksanakan yang dianggap terlalu tidak bermoral dan di luar tabiee manusia yang bertamadun. Hukuman lebih berat patut dikenakan sebagai pengajaran dan pelajaran moral yang berguna kepada pihak lain yang cuba melakukan perbuatan yang sama.

Barangkali undang-undang yang lebih keras dan setimpal perlu diperkenalkan di parlimen untuk menghukum penjenayah yang melakukan pembunuhan kejam di luar kebiasaan kemanusiaan seperti dalam kes Datuk Sosilawati ini termasuk mereka yang didakwa memain peranan kecil (bersubahat) dalam pembunuhan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111