" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, July 4, 2011

Bentuk jaringan massa dekati anak muda

Pemuda PAS Pusat perlu memainkan peranan lebih efisyen dan kreatif dalam menhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAg8BzuzoaVv3Y5rciPWIhqxL0jcvSYETOqSAy1N-94NF12Crzk0k8yOm3lC2rr1Dxju041fvpVXb9RVocmhT5P4mkLwp-NdP_iFZzG8KrxVxApP8b3iAG5di4m5QgzhEiYbHevK1edJ9S/s320/ustriduan.jpgarik golongan muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Undi mereka akan dapat merealisasikan Pakatan menguasai Putrajaya. Wartawan MOHAMAD SHAFRI SHAMSUDIN mewancara Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor mengupas langkah berikut.


WARTAWAN: Setelah Ustaz dilantik Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, apa konsep penerangan yang akan diperkenalkan untuk tarik golongan muda?

USTAZ RIDUAN MOHD NOOR: Kita akan set up satu Jabatan Penerangan dan Dakwah peringkat Dewan Pemuda PAS Pusat. Kita akan mengambil aktivis pemuda yang mempunyai kepakaran bagi menggerakkan aktiviti penerangan dan dakwah dalam pelbagai pendidikan serta kemahiran sepenuh masa.

Kita akan mesyuarat berterusan yang memberi penekanan besar kepada peperangan demokrasi digital. Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan internet negara ini semakin meningkat.

Peperangan ini bukan hanya sekadar menerangkan isu politik tetapi bersikap persiapan fikrah kepada ahli PAS dan juga dakwah serta esei termasuk video klip. Ini adalah kaedah interaktif bagi menarik anak muda yang berlegar di alam maya ataupun internet.

Penggunaan bahan bercetak macam mana?

Kita akan mengeluarkan majalah bersifat isu semasa yang menarik. Ia bermakna kita juga akan membina jaringan hubungan dengan pihak media di luar kelompok kita.

Semua ini kita akan susuli dengan jawatan kerja ke pejabat media cetak negara ini. Kita akan dekati semua media walaupun akhbar nyamuk. Kita yakin di sana ada kelompok khalayak pembacanya sendiri.

Selain itu?

Kami juga akan meneruskan program bersifat ekspedisi dakwah untuk menyantuni pelbagai latar belakang kelompok seperti punk, skin head, rock, metal dan sebagainya.

Sekarang ini kami mengambil Bob Lokman dan beberapa artis yang menunjukkan kecenderungan dalam bidang dakwah untuk bersama dengan kami. Bob Lokman juga kita telah lantik sebagai duta dakwah anak muda dan ia sesuai dengan moto Pemuda PAS Pusat sebagai duta penyelamat dan kasih sayang.

Ekspedisi dakwah ini akan diadakan dengan kerjasama PAS negeri dan kawasan. Ini adalah kesinambungan yang dibuat lama terutama di zaman Ketua Penerangan, Mazlan Aliman yang paling aktif menggerakkan aktiviti dakwah sehingga menjadi satu tag line dalam pemuda.

Program sebegini sangat berkesan...

Ya. Kita akan turun ke tempat hot spot anak muda seperti menyusuri lorong-lorong, tempat hiburan dan kelab malam. Pemuda PAS akan memberi penerangan ini dan akan memecahkan tembok kaca antara pemuda PAS dan anak muda yang pelbagai latar belakang.

Kami tidak mahu dilihat eksklusif dengan ketayap atau penampilan lebai, maknanya kita akan pergi kepada semua jenis kelompok anak muda. Mereka ini adalah pengundi yang besar berjumlah sekitar 3 juta. Sebelum ini kita pernah membuat ekspedisi dakwah ke pulau dan perkampungan orang Asal. Pada sesi ini kita akan pelbagaikan lagi termasuk membina hubungan dengan anak-anak kampus dan pendekatan kepelbagaian program bersifat sembang santai anak muda serta bicara intelektual.

Sesi ini kita akan buat public forum menampilkan tokoh pelbagai bidang. Kita juga akan terus membuat pertemuan demi pertemuan dengan golongan seniman.

Kelompok artis yang semakin dekat dengan PAS bagaimana?

Saya amat suka mewujudkan kolompok artis dalam bentuk satu halakah atau kelompok usrah. Bagaimana mengIslam atau menghijaukan dunia seni dan hiburan negara ini.

Pendekatan ini dibuat oleh Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia hingga akhirnya melahirkan banyak sinitron Islami, program seni dan hiburan yang lebih bersifat kehijauan dan Islam.

Mungkin ini adalah skop budaya, tetapi Jabatan Penerangan dan Dakwah ini luas sebenarnya. Sebab itu dalam awal tadi saya berkata menyiapkan petugas sepenuh masa. Sebelum ini ada sukarelawan tetapi sekarang kita siapkan sepenuh masa.

Ada sesetengah pihak menganggap PAS adalah parti Islam tidak terbabit dengan dunia hiburan dan sebagainya hingga menakutkan mereka. Boleh Ustaz terangkan apa penyelesaiannya?

Kita boleh memerintah dan kita boleh menyediakan hiburan untuk anak muda. Islam datang dalam bentuk pakej dan ada ruang untuk berhibur. Sekarang ini salah anggap terhadap PAS yang diuar-uar Umno telah lama. Kononnya PAS eksterim, yang ni tak boleh, itu haram dan sebagainya sehingga banyak konotasi yang sangat negatif.

Dahulu Pemuda PAS dilihat golongan yang hanya berdemostrasi dan tidak memberi satu alternatif solusi kepada satu masalah. Sebenarnya ada program boleh dan ada yang tidak asalkan ia menepati kehendak Islam itu sendiri.

Dengan itu kita perlu turun bagi memberi penerangan seperti dalam tulisan, wacana ilmu sebaiknya kita cuba nak tembus media baru dan arus perdana dengan lebih banyak.

Bagaimana sambutan anak muda terhadap usaha penerangan parti yang dilakukan oleh Pemuda?

Alhamdulillah. Saya lihat kerja parti yang agak berjaya ialah sembang santai anak muda. Apabila kita buat program ini dengan meletak selebriti, anak muda akan datang. Biasanya kita akan buat bersifat program keagamaan seperti fikriah, iniah.

Tetapi anak muda raged tidak datang. Sebaliknya mereka akan datang jika kita buat program bersifat sembang santai atau kita terus pergi kepada sasaran sebagai contoh kelab-kelab mereka sebagaimana kita pernah lakukan.

Mereka yang skin head, rock dan sebagainya ini sebenarnya mempunyai sifat anti-establishment, maknanya jiwa mereka memberontak.

Cuma kita berfikir macamana nak isi jiwa mereka dengan perjuangan Islam. mungkin ada antara mereka yang minum atau sebagainya tetapi kita tak boleh berputus asa dalam menyampaikan dakwah kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111