" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 4, 2010

Selamatkah Mas Selamat Di Singapura ?

Oleh IZMAS

KERAJAAN Malaysia telah mengusir Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari ke negara asalnya Singapura setelah kerajaan mendapati pemimpin JI itu tidak menjadi ancaman kepada negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahamuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat selepas perundingan dijalankan antara kedua-dua negara

Katanya, kerajaan mengambil keputusan membebaskan Mas Selamat dari tahanan Akta Keselamatn Dalam Negeri (ISA) selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai agensi termasuk pasukan khas menentang keganasan serta agensi keselamatan dan risikan negara

Mas Selamat sudah diserahkan kepada Jabatan Imegresen bagi tindakan pengusiran ke negara asalnya Singapura dan pihak pemerintah negara jiran itu sudah memaklumkan kepada rakyat nya tentang kepulangan semula tahanan ISA itu pada 24 September lalu.

Anggota kumpulan Militan JI Singapura itu amat dikehendakki di Singapura atas tuduhan membuat perancangan untuk meletupkan lapangan Terbang Changi. Beliau dianggap bahaya sama seperti beberapa tahanan militan muslim ISA Singapura lain sebelum ini yang dituduh cuba menyerang dan meletupkan beberapa tempat startegik di pulau itu.

Beliau yang dikenal sebagai pemimpin rangkaian JI tempatan Singapura ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Februari 2003 kerana kesalahan memilikki dokumen pengenalan palsu. Beliau kemudian dipenjara 18 bulan atas kesalahan imegresen itu sebelum diserah dan ditahan mengikut ISA oleh pemerintah Singapura pada 2006.

Beliau berjaya melepaskan diri dari tahanan ketat dan canggih di Whitley Road Singapura pada 27 Februari 2008 dalam episod yang amat memalukan Kementerian Dalam Negeri negara jiran itu.

Pembangkang di negara itu mendesak Menteri Dalam Negeri Singapura, Wong Ka Seng meletak jawatan kerana kegagalan beliau memberkas semula Mas Selamat di negerinya dan berjaya pula meloloskan diri ke Johor pada 1 April 2009 tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa repubilk itu.

Pemerhati politik dan keselamatan berpendapat, pembolosan Mas Kastari dari pusat tahanan di Whitley Road dan kemunculan beliau di Johor memberi tamparan hebat kepada pihak berkuasa dan sistem keselamatan Singapura yang digembar-gembur canggih dan sophistikated. Kegagalan pihak berkuasa negara itu mengesan Mas Selamat meloloskan diri ke Johor menjadi persoalan menarik yang terus diperkatakan rakyat negara itu bagaimana licik dan hebatnya Mas Kastarai dan bagaimana longgar daan lemahnya kawalan pasukan keselamatan negara itu.

Diberitakan kehadiran dan pergerakan Mas Selamat di sebuah kampung di daerah Johor Bahru sudah lama dikesan tetapi dibiarkan beberapa waktu sebelum beliau diberkas secara resmi. Berita itu mengejutkan Singapura terutama rakyatnya yang menganggap episod itu membuktikan kewibawaan dan keberkesanan pihak risikan Malaysia yang lebih baik dan cekap dibandingkan dari kebolehan pihak pihak keselamtan Singapura.

Pengusiran Mas Kastari ke negara asalnya Singapura sudah dikaitkan dengan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke repubilk itu baru-baru ini. Walaupun cuba dinafikan Hishamuddin, ramai pemerhati politik mengesyakki pertemuan terbaru empat mata antara Najib dan PM Lee Hsein Long di Singapura ada membincangkan isu itu secara serius dan mendalam.

Menurut sumber, pemerintah Singapura pernah mendesak kerajaan kita supaya Mas Kastari segera diserah ketika beliau mula berjaya diberkas di Johor oleh pihak berkuasa kita. Namun, permintaan itu tidak dihiraukan Malaysia kerana menganggaap apabila seorang rakyat asing di tahan di negara ini adalah menjadi hak kerajaan dan pihak berkuasa di sini ini untuk menahan dan menyiasat mereka mengikut undang-undang di negara ini. Pemerintah Singapura dikatakan amat bimbang banyak rahsia dan maklumat penting sudah didedahkan Mas Kastari semasa menjadi tahanan ISA hampir 18 bulan kepada pihak berkuasa kerajaan Malaysia. Singapura bimbang banyak lagi maklumat yang mnenyentuh sistem risikan dan keselamtan negera jiran itu sudah jatuh ke tangan pihak berkuasa Malaysia. Singapura amat bimbang Mas Kastari mungkin juga mendedahkan maklumat baharu lain yang menyentuh soal keselamatan negara itu yang sebelum ini tidak diketahui pihak berkuasa kita.

Persoalan timbul, kenapa Singapura begitu mendesak Mas Selamat segera diserah semula kepada pihak berkuasa negara itu sedangkan tempuh tahanan ISA 2 tahun belum tamat? Apakah Mas Selamat akan selamat selepas diserah semula kepada pihak Singapura?

Tidak diketahui apakah nasib seterusnya beliau setelah diserah semula kepada pihak berkuasa pulau itu. Yang pasti beliau bakal disoalsiat secara terperinci bagaimana beliau boleh melepaskan diri dari tahanan ketat di Whiley Road melalui ruang bilik air yang kecil dan terkawal?

Beliau juga pasti akan ditahan sebagai tahanan ISA lebih lama lagi setelah berjaya melarikan diri dari tahanan di Whitley. Beliau juga pasti disiasat secara mendalam tentang kemampuannya meloloskan diri dari pulau itu dan menyeberang ke Johor tanpa dapat dikesan oleh pihak keselamatan Singapura? Apakah ilmu dan kemahiran yang diamalkan Mas Selamat sehingga begitu licik dan licin beliau melepaskan diri ke Johor?

Majoriti rakyat Singapura yang ditemui khususnya orang Melayu masih hairan tentang kebolehan Mas Kastari melepaskan diri dari tahanan ketat di Whitley dan meloloskan diri ke Johor begitu mudah tanpa diketahui pihak keselamatan Singapura yang diberitakan berjaga siangmalam melakukan pencarian di serata pulau itu dengan ketumbukan tentera, polis dan komando yang ramai dan hebat? Ramai mengesyakki Mas Selamat mempunyai ilmu batin yang hebat sehingga beliau mudah melepaskan dlri dari tahanan yang ketat. Cakap-cakap umum di kedai kopi mendedahkan Mas Selamat amat berminat ilmu agama dan menuntut lama di Indonesia dalam bidang ilmu kebatinan dan agama yang tinggi sesuai dengan dasar perjuangan beliau sebagai anggota militan JI yang disegani.

Ketika pasukan keselamatan kita membuat risikan di rumah persembunyiannya di Johor, beliau dikatakan sering ke berulangalik ke surau menunaikan solat dan dilihat melakukan senaman seni mempertahan diri dengan penemuan alat penumbuk tinju tersangkut dalam rumahnya. Banyak buku dan kitab agama ditemui dalam biliknya sekaligus menunjukkan beliau condong kepada agama dan mungkin juga mengamalkan amalan tertentu sebagai ahli militan yang sangat dikehendakki.

Episod Mas Selamat membuka mata umum terutama pihak berkuasa Singapura tentang kemampuan individu dan ilmu luarbiasa ada pada diri beliau disebut militan yang boleh bertindak dalam waktu-waktu tertentu dan terdesak yang sukar diramal sekaligus berjaya menewaskan sistem kawalan ketat keselamatan Singapura yang diuar-uarkan begitu sophistikated dan canggih dirantau sebelah sini.

IZMAS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111