" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, November 2, 2010

Islam Dan Hak Melayu Dalam Pelembagaan Tidak Tergugat

Oleh: dperbatasan

"Apabila pentadbiran Mahathir terpaksa bergelut dengan Raja-Raja yang menentang pindaan perlembagaan mengenai kuasa perkenan pada 1983 dan keistimewaan imuniti pada 1993, dua peruntukan tadilah yang menjadi penghalang kepada cubaan meminda itu. Adakah UMNO sudah lupa dengan kedua-dua krisis itu? - Abdul Aziz Bari

Setelah lebih 10 tahun men:jelaskan bahawa peruntukan mengenai Islam dan Melayu tidak boleh dipadam oleh Parlimen kerana kuncinya terletak di tangan Majlis Raja-Raja, saya tidaklah terlalu gembira apabila ia akhirnya disebut Perdana Ment:eri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, dalam perhimpunan agung parti itu bulan lalu. Hal tersebut disebut dengan jelas oleh Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. Ketidakbolehan itu juga boleh dikaitkan dengan Perkara 38 (4). Jadi pada saya tidak ada yang baru atau menarik dengan kenyataan Najib yang disambut dengan riuh-rendah oleh akhbar-akhbar perdana.

Malah dengan segala ketakutan apa yang dibawa UMNO dan Perkasa sejak Mac 2008, apa yang disebut oleh Najib itu semacam pengakuan bahawa mereka telah mengelirukan rakyat selama ini. Dalam tempoh itu mereka cuba menakut-nakutkan orang Melayu bahawa peruntukan yang melindungi mereka dalam perlembagaan terancam sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

Faktanya ialah kedua-dua peruntukan yang disebutkan tadi telah berada di situ sejak 1957 lagi: ia bukan benda baru. Apabila pentadbiran Mahathir terpaksa bergelut dengan Raja-Raja yang menentang pindaan perlembagaan mengenai kuasa perkenan pada 1983 dan keistimewaan imuniti pada 1993, dua peruntukan tadilah yang menjadi penghalang kepada cubaan meminda itu. Adakah UMNO sudah lupa dengan kedua-dua krisis itu? Atau mereka tidak tahu? Saya dimaklumkan, selepas bersara Tun Dr Mahathir Mohamad ada bertanya tentang sifat dan cara pindaan perlembagaan. Saya berasa aneh kerana zaman beliaulah terjadinya krisis ekoran pindaan perlembagaan tadi meskipun itulah antara isu yang menjadi kritikan beliau terhadap pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Kita boleh baca kritikan ini dalam bukunya The Malay Dilemma.

Saya sebenarnya terpinga-pinga dengan ucapan Najib itu. Sebagaimana disebutkan tadi secara tidak langsung ia merupakan pengakuan bersalah oleh UMNO. Ia juga menempelak Perkasa yang selama ini menjaja isu itu ke sana ke mari. Penyokong tegar UMNO dan Barisan Nasional memang tidak peduli hal ini. Tetapi untuk kekal berkuasa UMNO perlu meyakinkan mereka yang berada di atas pagar, dan golongan ini bukan sedikit jumlahnya.

Dalam rangka usia kemerdekaan negara sudah melepasi 53 tahun, hal-hal yang dikipas oleh UMNO dan Perkasa itu sepatutnya sudah selesai. Soal kedudukan Melayu dan Islam sepatutnya sudah kukuh. Jika ini masih menjadi isu dan masalah yang bersalah tidak lain dan tidak bukan UMNO kerana parti inilah selama ini memimpin negara. Jika soal Melayu dan Islam masih belum selesai, UMNO mesti bertanggungjawab kerana itulah prinsip demokrasi yang menjadi tunjang perlembagaan. Sama seperti UMNO menyalahkan Pas di Kelantan dalam soal tanah dalam Pilihan Raya Kecil Galas sekarang kerana perkara itu berada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri yang diterajui Pas sejak Pilihan Raya Umum 1990.

Raja-Raja memang ada peranan dalam soal Melayu dan Islam. Tetapi ia lebih kepada memastikan peruntukan-peruntukan yang berkenaan seperti Perkara 153 - melindungi kedudukan istimewa Melayu tidak dimansuhkan. Raja-Raja boleh memantau dan menegur. Tetapi peranan dan fungsi :mengisi peruntukan tadi adalah tanggungjawab parti memerintah. Sebab itu saya katakan tadi kenyataan Najib itu adalah sebuah pengakuan bersalah secara tidak langsung.

Saya sudah banyak kali mengatakan, adalah lebih baik mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu dan bukan Islam yang jujur dan mengikut perlembagaan. Dan memang ini yang dihasratkan oleh perlembagaan.

Saya juga sering mengatakan, soal Melayu dan Islam sebenarnya telah dilindungi dan dikeluarkan dari kerangka politik. Sebab itu peranan dan kuasa Raja-Raja penting. Dan kerana itulah saya fikir Nurul Izzah betul apabila mengatakan yang Melayu dan Islam mungkin lebih baik kedudukannya di bawah Pakatan. Penyokong tegar Barisan pasti benci dengan kenyataan ini. Pada saya mereka tidak penting. Apa yang lebih penting ialah kita ada masalah masih belum selesai, dan kita tidak ada pilihan; yakni mencuba ubat lain. Manalah tahu ia mujarab. Jika tidak sembuh juga nanti kita boleh gunakan ubat lama selepas lima tahun. Sebenarnya ini bukan sekadar pilihan kerana ia adalah hak dan dalam konteks generasi akan datang, ia adalah tanggungjawab.


** Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-:undang selama lebih 21 tahun. "

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111