Oleh Ahmad Zawawi
Memenangi Batu Sapi bukan sekadar memenangi Pilihanraya Kecil. Inilah message jelas dari pendokong Pakatan Rakyat diseluruh negara. Ungkapan Menuju Putrajaya sudah menjadi kata kunci bagi orang-orang dalam Pakatan Rakyat.
Ianya tercetus sebaik sahaja selesai Pilihanraya Ke 12 pada Mac 2008. Para pimpinan melontar perkataan Menuju Putrajaya disetiap perhimpunan parti masing-masing dan keseluruhan ahli menyambutnya dengan semangat yang berkobar-kobar.
Sebaik sahaja sampai diPutrajaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan diketuai oleh sdra Anwar Ibrahim dan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh pimpinan Pakatan. Walaupun projek 16 Sept tidak kesampaian hasrat ke Putrajaya masih terpahat. Setiap Komponen dalam Pakatan diwajibkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Parti PAS telah memulakan ball rolling ( tag: Menuju Putrajaya ) dengan merampas Parlimen Kuala Trengganu dari UMNO/BN, Parti DAP pula berjaya merampasnya diSibu. Dan kini hanya tinggal Parti PKR untuk membuktikan kesungguhan hasrat kePutrajaya itu dengan memenangi Parlimen Batu Sapi dari cengkaman PBS/BN.
Sesungguhnya ini merupakan tugas berat bagi PKR tetapi kita semua sedar setiap perjuangan perlu kepada bukti. Tidak ada yang mustahilnya untuk memenangi Kerusi Batu Sapi jika setiap anggota yang terlibat benar-benar komited kepada perjuangan. Terlalu banyak elemen yang memihak kepada Pakatan Rakyat/PKR.
Dari segi calun sahaja, PKR mengemukakan calun yang mewakili kaum yang terbesar dikawasan tersebut sedangkan BN dilihat seperti mahu membalas jasa Datuk Edmund Chong. Dari segi memberikan pembangunan pula trumpet yang sama juga diguna bagi mencanang beratus ribu disini dan berjuta pula disana.
Sesungguhnya ini merupakan peluang kedua bagi PKR. Mereka telah kecewakan Pakatan diHulu Selangor. Ayuh, mari kita terjemahkan ” Batu Sapi kePutrajaya” pada 4 Nobember 2010.
No comments:
Post a Comment