Oleh Zolkharnain Abidin
Semenjak sekian lama, ada orang mencanangkan bahawa, ada tiga golongan yang dianggap pengundi bijak. Mereka dikatakan bijak kerana bersikap agak berlainan daripada sikap pengundi biasa. Apa maksud sikap biasa? Maksudnya, tidak mengundi BN.
Ketiga-tiga golongan itu ialah orang cina, golongan muda dan rakyat Kelantan.Pengundi cina misalnya, mereka berani menongkah arus ketika pengundi Melayu masih berpegang dengan khurafat hanya BN sahaja yang mampu memerintah. Bagi mereka, masa depan kaum mereka boleh dibentuk dengan sikap dan pendirian mereka semasa berhadapan dengan peti undi.
Dimana-mana sahaja, harapan untuk menumpaskan BN dalam PRU akan datang dietak di bahu cina. Bahkan ada yang sudah berkira-kira untuk bertanding di DUN yang peratusan pengundi cina tinggi. Di situ peluang menang lebih cerah.
Golongan muda pula tidak menjadi pengundi Pak Turut. Mereka adalah pengundi bermaklumat. Hujung jari mereka penuh dengan informasi kebejatan pemimpin BN. Mereka tidak mudah terpedaya dengan maklumat daripada peti kaca di rumah mereka.
Bila bercakap mengenai golongan muda, suatu kesimpulan mudah dibuat, ‘Orang muda tak apa, mereka tak akan undi BN punya. Mereka cerdik.”
Rakyat Kelantan tidak makan kail. Itu kebijakan mereka. Biar apa pun BN beri kepada mereka, BN tetap ditolak. Mungkin pada suatu ketika ada arus untuk menolak PAS sehingga selama sepenggal PAS bertahan dengan majoriti satu kerusi, namun kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas.
Namun keputusan PRK Galas menampilkan situasi berbeza. PAS kalah di peti undi cina yang dimenanginya dalam PRU yang lalu. Harapan yang diletak kepada peti undi itu untuk ‘cover’ peti undi lain yang dijangka kalah, akhirnya terkulai.
Ku Li kata, pengundi muda mula kembali mengundi BN. Mereka mengundi parti yang sedia membawa pembangunan kepada mereka. Maksudnya, maklumat kebejatan pemimpin BN yang tersimpan di hujung jari mereka tidak mampu menangkis kempen pembangunan BN.
Mungkin golongan muda berkata begini, ‘Apa guna maklumat jika tidak membangun?’
Rakyat Kelantan sering dipuji sebagai rakyat bijak. Orang asli juga diuar-uarkan sudah mula pandai politik. Mereka orang asli kini, bukan orang asli dulu.
Mereka pernah menyumbang kepada kemenangan PAS dalam PRU yang lalu. Mereka pernah tidak peduli kepada Ku Li dengan mengundi PAS. Namun di Galas, mereka tidak seperti itu. Ku Li tetap ‘bapa’ mereka.
Nampaknya ketiga-tiga golongan yang pernah PAS difatkan sebagai bijak tidak bersama PAS lagi. Sekurang-kurangnya untuk kes di Galas.
Golongan muda belum tua, maklumat tetap kaya di hujung jari dan orang asli tetap menetap di Kelantan. Mengapa mereka mengundi BN? Adakah mereka sudah tidakl agi menjadi pengundi bijak?
Atau, mereka tetap bijak tetapi kita pula yang semakin tidak bijak? Entahlah…http://sauhdibongkar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment