" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, November 8, 2010

Penyelewengan wang iklan Harakahdaily, jawapan kepada komen-komen yang diberikan

Oleh: batu-api2

"Berkenaan dengan pendedahan penyelewengan pengurusan pengiklanan di Harakahdaily, saya memang cukup berhati-hati dalam hal ini kerana yang buat busuk beberapa orang tertentu sahaja tetapi isu ini boleh mencemarkan keseluruhan organasasi harakah itu sendiri.

Malah jika pembaca tidak buat servey dengan maklumat yang diberikan, menyebabkan ada individu yang tak terbabit akan terpencik tempiasnya.

Sukar untuk kita nak menyelesaikannya sebab perkara ini sudah berulat, sudah sekian lama seolah-olah pihak yang bertanggungjawab sengaja membiarkannya sahaja atas alasannya yang mungkin tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Ya!! Orang gila sahaja boleh mengurus wang iklan ratusan ribu pendapatannya sebulan diberikan kepada individu yang tak berkaitan sehingga individu itu kaya raya. Bertukar daripada kereta yang kecil kepada kereta yang besar. Orang yang bodoh sahaja tak boleh berfikir bagaimana individu ini kaya sedangkan dulunya adalah golongan yang merempak!!

Ini bukan soal dengki atau iri hati, nak juga projek berurusan dengan harakahdaily yang bodoh ini!! Tapi lebih kepada soal DOSA dan PAHALA. Halal dan haram.

Jangan sampai kita jamaah Islam, solat pagi petang, siang dan malam tapi tubuh kita dibesarkan dengan harta haram. Nabi dah sebut perkara ini bagaimana hamba Allah berdoa siang dan malam merintih air mata sedang makanan dan minumannya terdiri daripada sumber yang haram. Bukan sahaja doa, tapi melibatkan kerjayaan dalam jamaah!!!

Orang seperti ini membantut perjalanan dakwah, dia perlu selamatakan mereka sebagaimana kita war-warkan nak selamatkan orang-orang UMNO.

Sedih juga ada duit tapi gaji pekerjaan Harakahdaily sendiri tak mampu di bayar? Terpaksa meminta suntikan setiap bulan. Betul tak Zul Sulong??

Komen pembaca menyalahkan saya, kenapa perlu di dedahkan di internet, bawa bukti pergi jumpa dengan pihak pengurusan Harakahdaily. Ceritakan satu persatu. Kan mudah boleh selesai!!!

Untuk pengetahuan pembaca, adakah saya akan rasa gembira setelah artikel berkenaan dibaca umum? Tahukan pembaca tak sampaipun 5% yang dapat maklumat benar!!! Tahukah pembaca apa yang dicadangakn itu sebenarnya sudah dibuat setahun yang lalu!!!

Dah dedahkan apa yang Amir Ramadhan (RedRebana Sdn Bhd) buat, dah dipersoalkan tentang penjanjian pengiklanan 40% sedangkan wang masuk ke poket Amir 100% . Bergatung kepada maklumat apa yang diberitahu oleh Amir jumlah iklan. Ini semua bodoh tanpa audit dan berlaku setahun yang lalu.

Setahun yang lalu??? (Terkejut engkau orang)

Memanglah takkan si pengkhianat amanah boleh kaya raya!!!Ini bukan loterilah!! Engkau pun kenal dan engkau boleh siasat sumber kekayaannya. Hanya wartawan & pekerja harakah sahaja yang papa!!

Penulis Polis Pencen dah buat pendedahan dalam blognya lebih daripada setahun yang lalu dan dah ada orang yang menegur perkara ini, tapi semuanya tak diedahkan!! Sebab perangai orang PAS, bila masuk mesyuarat dia kira dah selesai!! Puak ini bijak juga!!

Hari ini saya nak bagi satu nama. Maafkan saya.


Ustaz Nasruddin Tantawi, engkau orang mesti kenal. Kalau tak kenal juga aku pun tak tahu nak kata. Engkau orang boleh jumpa dia, boleh bercakap dengan dia dan boleh bertanya dengan dia.

Apa jawatan Ustaz Nasruddin Tantawi dalam Harakah? Dalam PAS engkau orang dah tahukan!!! Beliau adalah seorang daripada ahli Lembaga Pengarah yang aktif. Ini bermaksud beliau bukan sahaja hadir dalam "meeting board of directors" malah beliau adalah orang yang suka bertanya tak tidur!!

Engkau orang jumpa dia, tanya beliau berapa pendapat iklan harakahdaily. Pernah beliau diberikan maklumat secara detail pendapat iklan harakahdaily (bukan si Mokhtar sebut secara lisan dalam mesyuarat dan di iyakan oleh Dato' KJ)?Kalau Ustaz Nasrudin Tantawi sendiri pun tak tahu maklumat iklan harakahdaily. Siapa lagi yang boleh anda percayakan? Cakap!! Cakap kepada saya!!

Saya boleh terima nasihat anda, saya akan buat secara hikmah dan sampaikan maklumat secara tertutup jumpa Cikgu Pa, sebelum itu jumpa Zul Sulong dahulu, saya bukan bodoh saya tahu Cikgu Pa buta IT, saya juga tahu apa kata Zul Sulong itulah kata Cikgu Pa.

Bagi saya perkara ini jika mahu diselesaikan, memang Cikgu Pa boleh selesaikan. Semuanya bergantung kepada Cikgu Pa.

Terima kasih kerana sudi membaca, kalau anda TAK rasa duit itu besar untuk perjuangan Islam dan Jamaah Islam, anda boleh ludah saya. Insya-Allah saya tahu apa saya buat, saya juga akan menjawab di sisi Allah.


BatuApi @ FireStone
http://batuapi-firestone.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111