" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, November 4, 2010

MOHD NOOR IDRIS BUTA SEJARAH-SIRI 1

Oleh: tun_telanai

"Image Hosted by ImageShack.usMohd Nor Idris yang memaki hamun MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen PRK Galas lalu adalah bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an dan pernah menjadi anggota PAS dan sering-kali memberikan ceramah atas pentas PAS. Semasa bersama PAS, isi ceramahnya sering memaki hamun UMNO dan pernah fatwa mengkafirkan UMNO. Dengan takdir Allah swt, beliau kemudiannya keluar dari PAS dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Oleh sebab kumpulan Islah yang ditubuhkannya itu tidak dapat menarik perhatian rakyat, maka kumpulan ini hilang lenyap dari arus politik negara terkubur tanpa nisan. Bagi meneruskan kegiatan politik gilanya itu, beliau telah menyertai UMNO dan beliau diberi tugas untuk menyerang PAS dan peribadi pemimpinnya (bukan dasar-dasarnya). Apa yang diludahkannya dulu terhadap UMNO, dijilatnya kembali.
Perjuangan politik Mohd Nor Idrus caca-merba. Tiada haluan. Tiada ada matlamat perjuangan yang jelas. Perjuangannya lebih kepada nafsu serakahnya yang tidak pernah puas mengencam dan memaki hamun manusia lain yang tidak sebulu dengannya dari dahulu sampai sekarang. Kedudukannya dalam politik tidak akan sampai ke mana, hanya sekadar sebagai ayam sabung UMNO. Sebagai orang yang ada sedikit pengetahuan agama (orang yang tidak menerima pendidikan Islam secara langsung, bolehlah dimaafkan), beliau tidak sepatutnya menyebut Nik Aziz sebagai syaitan kerana menjalin hubungan dan berkerjasama rapat dengan DAP (PKR?) [dengan PSM46 dulu pun dia tentang] dan cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan UMNO dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia.

Kenyataan Mohd Nor Idris sebenarnya tidak tepat (lebih kepada emosi) dan beliau sendiri terlupa sejarah atau tidak membaca sejarah. Mohd Nor Idris buta sejarah. Sama ada sejarah perjuangan Nabi Muhammad saw atau pun sejarah Negara ini sendiri. Benarlah kata Mahathir bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’. Siapakah sebenarnya syaitan, UMNO atau PAS (Nik Abdul Aziz Nik Mat) atau beliau sendiri?

Jawabannya: UMNO (yang beliau berada di dalamnya) adalah SYAITAN sebenar. Apa dalilnya. Banyak dalil dan fakta yang boleh diketengahkan untuk di bawa perbincangan bagi menunjukkan bahawa UMNO adalah SYAITAN sebenar seperti yang beliau sebutkan terhadap PAS (Nik Aziz), malah terbukti UMNOlah pengkianat bangsa dan agama sehingga kaum bukan Melayu sejak Negara ini mencapai kemerdekaan naik minyak meminta yang bukan-bukan mengakibatkan bangsa Melayu terpaksa (dipaksa) banyak berkorban dan kehilangan hak istemewaannya seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Pemimpin Melayu yang ditunjangi oleh UMNO sanggup berkompromi dengan kaum bukan Melayu sehingga sanggup menjual maruah bangsa dan agama sendiri atas dasar perpaduan kaum kononnya.

Apabila berlaku tsunami politik dalam PRU ke-12 tahun 2008 lalu, ramai merasai bahawa kuasa politik orang bukan Melayu khususnya kaum Cina mulai menguasai politik Negara ini secara dominan dan dalam masa yang sama kuasa politik orang Melayu sendiri semakin mengecil dan mulai menggelusur turun. Maka, baharulah para pemimpin UMNO (termasuk beliau) mulai tersedar mainan politik kaum bukan Melayu. Tidak ada sebuah parti politik dalam dunia ini yang berjuang atas kapasiti memperjuangkan nasib bangsa dan agamanya, hak bangsanya semakin hari semakin hilang dan agamanya dihina dan diperlecehkan, melainkan parti UMNO.

Lihat apa yang diperjuangkan oleh parti-parti bukan Melayu dalam Negara ini untuk bangsanya, mereka dengan mudah mencapai apa yang menjadi matlamat perjuangan bangsa mereka baik dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan, social dan sebagainya. Amat malang bagi umat Melayu, hasil percaturan politik para pemimpin UMNO yang ‘bangang @ stupid’ mengakibatkan hak dan keistimewaan orang Melayu semakin terhakis. Perjuangan para pemimpin UMNO adalah untuk mengisi tembolok sendiri bukan kepentingan bangsa dan agama.

Bukankah pemimpin UMNO sendiri (bukan PAS) yang bertindak terlalu memberi muka kepada kaum bukan Melayu bagi meraih keuntungan politik jangka pendik (bodoh dan tiada wawasan masa depan untuk bangsa dan agamanya) memenuhi segala apa yang dituntut sehingga Singapura pun turut hilang dari kekuasaan dari tangan bangsa Melayu. Islam tidak boleh dilaksanakan (hanya sekadar amalan fardhu ain dan fardhu kifayah sahaja dibolehkan) dalam semua sector dengan alasan Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat majmuk, apatah lagi untuk menjadikan Islam sebagai ‘Ad-Din’ dalam kehidupan masyarakat Islam dalam Negara ini, jauh api dari panggang selagi UMNO kekal berkuasa. Adakah itu dapat dikatakan kerajaan UMNO kerajaan Islam? Banyaknya masjid yang besar lagi indah dan cantik, lambang dan symbol memenuhi serata alam bukan bermakna Islam menjadi teras dalam pemerintahan kerana banyak Negara bukan Islam pun mempunyai imej yang disebut itu.

Mohd Nor Idris ini benak dan ‘buta sejarah’, tidak ada dalam mana-mana sejarah dunia yang menuntut kemerdekaan tidak ada sehebat yang pernah dikorbankan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu (TM). Kemerdekaan yang dinikmati kini sebenarnya pernah ditentang oleh sebahagian pejuang-pejuang kemerdekaan. Hanya UMNO, MCA dan MIC yang menubuhkan Parti Perikatan yang beria-ia mahu kemerdekaan dianugerahkan kepada mereka. Malah, pengasas UMNO sendiri, Dato’ Onn Jaafar ketika sambutan kemerdekaan diadakan, beliau hanya duduk di anjung rumahnya sambil mendengar radio yang membuat siaran kemerdekaan.

Dato’ Onn Jaafar dalam kempennya pada pilihan raya 1955, menegaskan bahawa TM belum bersedia untuk menerima kemerdekaan lagi, tetapi ditentang oleh para pemimpin UMNO yang mahukan kemerdekaan diberi segera.Dato’ Onn Jaafar menentang diberi kemerdekaan awal kerana masalah kerakyatan yang belum diselesaikan. Syarat kemerdekaan 1957 ialah menerima taraf kerakyatan kaum pendatang asing sebagai kerakyatan dengan syarat-syarat yang amat longgar. Berdasarkan sejarah kependudukan di TM orang Melayu pernah menjadi kaum minority pada thaun 1934. Annual Report Federated Malay Studies 1934, penduduk Melayu di Negeri-negeri Bersekutu ialah 627,461, manakala kaum Cina 643,977, kaum India 322,089 dan lain-lain kaum 28,201. Ini tidak termasuk jumlah penduduk di Pulau Pinang dan di Singapura yang dipenuhi dengan penduduk kaum Cina.

Perangkaan ini berterusan sampai ke tahun 1941, di mana kaum Melayu Cuma 44 peratus daripada jumlah penduduk Semenanjung TM berbanding kaum Cina 40.5 peratus dan kaum India 14 peratus. Berdasarkan banci 1947, kaum Melayu cuma 2,427,834 (49.5%), Cina 1,884,534 (38.4%), India 530,638 (10.8%) dan lain-lain 65,080 (1.3%). Jus soli 1946 akan menyebabkan 83% kaum Cina dan 75% kaum India akan menjadi warganegara Malayan Union, sedangkan dalam persekutuan 1948, hanya 28.9% sahaja yang layak menjadi warganegara persekutuan, tetapi dengan Jus Soli 1957 di bawah Suruhanjaya Lord Reid, sebahagian besar kaum Cina dan India yang berkerja di lombong-lombong dan di estet-estet berjaya menjadi warganegara persekutuan.

Pada 15 Ogos 1957, laporan Reid telah dipersetujui oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Wakil tunggal PAS iaitu Haji Ahmad Hussein menentang cadangan tersebut, tetapi suaranya tidak mengubah suara majority parti Perikatan. Penerimaan Jus Soli 1957 telah menenggelamkan kuasa undi orang Melayu yang meliputi 84% pada tahun 1955 menjadi 56.8% pada tahun 1959 dan angka tersebut terus menerus mengecil sampailah sekarang. Senario tersebut dilihat membahayakan survival orang Melayu. Oleh sebab itu, Dato’ Onn Jaafar, Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob dan lain-lain pejuang Melayu yang prihati terhadap masa depan bangsa dan agama bangkit menentang cadangan tersebut, tetapi mereka gagal kerana UMNO menggunakan kuasa yang ada (dibantu oleh pihak British) seperti yang ia amalkan sekarang dan berjaya mematikan gerakan penentangan tersebut. Mengapa kesilapan UMNO mempergadaikan nasib bangsa dan agama ini tidak disentuh oleh Mohd Nor Idris, adakah beliau buta sejarah Negara?

Ditinjau penguasaan kerusi Dewan Rakyat sejak Pilihan Raya Umum 1959 menampakkan UMNO amat tidak bermaya mempertahankan penguasaan orang Melayu dalam Parlimen. Itu pun diambil kira semua Ahli Parlimen (MP) berbangsa Melayu, tidak kira sama ada daripada UMNO atau bukan UMNO, termasuk MP daripada PAS, DAP atau lain-lainnya. Perangkaan berdasarkan Melayu dan bukan Melayu serta peratus penguasaan Melayu dalam Dewan Rakyat adalah seperti berikut: Kemerosotan ini wujud bukan kerana kerusi itu terlepas daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang. la wujud apabila UMNO tidak berupaya menolak tekanan parti bukan Melayu lain dalam BN terhadap pengagihan kerusi. Hasilnya, UMNO menyerahkan kerusi yang asalnya ditandingi oleh calon Melayu kepada parti kerabat BN bukan Melayu. Contohnya, dalam Pilihan Raya Umum 1990 sahaja, sebanyak 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri majoriti pengundi Melayu diserahkan oleh UMNO kepada parti kerabatnya untuk ditandingi oleh calon-calon bukan Melayu (juga bukan Islam). Jumlah itu termasuklah 13 kerusi Parlimen dan 24 kerusi DUN, dan tidak termasuk kerusi-kerusi seumpama itu yang sudahpun ditandingi calon bukan Melayu dari BN sebelum itu. Kenapa tidak ada bantahan dari Mohd Nor Idris?

Di antara kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu yang diserahkan kepada MCA dan MIC dalam Pilihan Raya Umum 1990 ialah Padang Serai (55.2% Melayu), Alor Setar (54.8%), Lipis (53.2%), Pontian (52.2%), Kapar (60.0%), Ampang Jaya (68.5%), Selandar (50.8%) dan Telok Kemang (51.3%). Malah, strategi persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 yang dilakukan oleh SPR (dirancang oleh UMNO) adalah suatu perbuatan khianat kepada orang Melayu apabila tidak menambah bilangan kerusi di negeri-negeri yang majoriti penduduknya Melayu seperi di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, sebaliknya menambah bilangan kerusi di negeri atau kawasan bukan Melayu menyebabkan bilangan kerusi Melayu tidak bertambah berbanding kerusi bukan Melayu dan tidak Islam yang meningkat dengan banyaknya. Akibatnya jumlah kerusi dimiliki bukan Islam meningkat dan mengukuhkan kedudukan politik mereka sehingga berani membuat tuntutan-tuntutan yang melukakan perasaan bangsa Melayu yang Islam. Ia adalah pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu dan Islam. Mengapa isu ini juga tidak disebut oleh Mohd Nor Idris?

Dalam pada itu, UMNO setiap detik menyerang dan berusaha menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan sejak dari tahun 1990 hingga kini. Berbillion ringgit digunakan untuk menjatuhkan PAS yang diperintah oleh 100% orang Islam dan 99% rakyatnya juga terdiri daripada orang Islam. UMNO mengkianati pemerintahan orang Islam di Kelantan yang kebetulannya PAS yang memerintah. Pelbagai bantuan disekat melalui berbagai kaedah untuk menjatuhkan kerajaan PAS dan mendera rakyat Kelantan yang mengundi PAS. Begitu juga di Terangganu ketika PAS memerintah (1999 hingga 2004) dan kini di Kedah, UMNO dengan pelbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan dua buah kerajaan yang diterajui oleh orang Islam. Celakalah Mohd Nor Idris yang tidak menimbulkan isu ini bagi membuat perbandingan secara adil dan saksama. Samalah seperti syaitan dan dajal yang tugas utamanya untuk menyesatkan anak-cucu Nabi Adam. Beliau hanya menuding jari menyalahkan PAS. Satu jari dituding ke arah PAS (Nik Aziz), empat lagi jarinya mengala ke arah diri sendiri dan UMNO.

Jadi, siapakah sebenar SYAITAN?

Bersambung siri ke 2/-

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111