" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, November 7, 2010

TGNA: Kemenangan BN Di Galas Sudah Dirancang. BN Tanggung Dosa Sampai Akhirat.

Oleh Greenboc

K
emenangan BN di Galas diragui

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas kerana mendakwa ia sudah dirancang rapi terlebih dahulu.

Beliau mendakwa perancangan sudah dibuat pihak tertentu kerana pada malam sebelum hari pengundian, salah seorang Menteri Kabinet mengeluarkan kenyataan BN akan menang besar di Galas.

“Saya rasa ragu, kerananya keesokan nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang Menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat.

“Bagaimana beliau boleh berkata demikian jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Jumaat, di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan BN akan menanggung dosa jika kemenangan yang diraih itu hasil tindakan mereka mengugut rakyat dengan pelbagai sogokan yang ditaburkan.

Katanya, beliau boleh menerima kekalahan itu jika kemenangan calon BN mengalahkan Pas kerana ia kehendak rakyat Galas, tetapi jika BN menang disebabkan tindakan tidak betul, BN kena tanggung akibatnya di akhirat kelak.

“Kalau rakyat terima sungguh BN sebagaimana kehendak dia, tolak Pas, itu tidak mengapa tetapi jika tolak Pas ambil BN kerana sebab atau tindakan tertentu, seperti ugutan, sogokan dan sebagainya, dosa BN tanggung sampai akhirat kerana dia tak beri peluang kepada rakyat memilih,” katanya. -SH

Ulasan GB

Mengenai penipuan itu, apa yang disampaikan oleh TGNA serupa dengan apa yang GB telah catatkan di dalam blog ini sehari sebelum pilihanraya. Dua kali GB tulis.

SPR Berkeras Untuk Guna Helikopter. PR Perlu Tegas.

Isu Helikopter: Seperti Ada Perancangan Untuk BN Menang Majoriti Besar Di Galas.

Tetapi orang kata GB ni nobody dalam PAS, jadi takde siapa dengar teguran dan nasihat GB kepada pimpinan PAS. Namun GB puashati sekurang-kurangnya telah melaksanakan tanggungjawab yang Tuhan beri... sebagai seorang blogger muslim dan mukmin.

1 comment:

  1. sdr GB, siapalah PR nak bantah BN guna helikopter? SPR siapa kuasai? UMNO menang kerana mereka menipu. Bukankah ibrahim ali pernah kata-kalau tak salah ingat sayalah, umno kalau tak menipu (dlm pilihanraya, dah lama hancur. Ahli PAS, usah sedih kerana kalah Galas. PRU 13,umno pasti bungkus, insyaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111