" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, December 14, 2010

Bagaimana Cara Bersedekah Tanpa Diketahui Tangan Kiri?

Ain Aini bertanya;
Bagaimanakah cara atau kaedah bersedekah, yang mana selalu di sebut tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri? setiap sedekah itu amat elok jika kita dapat rahsiakan...cukuplah hanya kita dan allah saja yg tahu...
Jawapan saya;


Salah satu dari golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SW di hari akhirat kelak adalah mereka yang selalu membuat kebajikan secara berahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah tangan kanan berikan (Sahih Al-Bukhari Vol.2 Hadis 504). Untuk kita mampu berbuat demikian, segalanya berbalik kepada apa tujuan atau niat sedekah diberikan. Hanya mereka yang inginkan balasan didunia sahaja yang mahu perbuatannya itu dihebahkan. Balasan dunia ini bukan sahaja balasan kebendaan, termasuklah juga pujian, menjaga nama baik ataupun untuk menaikkan reputasi contohnya syarikat korporat yang menjaja nama mendermakan banyak wang sebagai iklan atau promosi umum kepada syarikat mereka.

Hidup manusia banyak dilakukan oleh minda separuh sedar, dan amat penting agar minda separuh sedar ini kerap di"gasak" dengan pesanan hidup didunia ini hanyalah untuk Allah SW. Apabila kerap di"gasak", barulah banyak pilihan didalam kehidupan kita ini akan senantiasa berniatkan "lillahita'ala" iaitu kerana Allah SW dan bukan kerana harta kebendaan atau nama, ini akan merangkumi segala aspek kehidupan baik dari keluar mencari rezeki untuk keluarga setiap hari hinggalah juga kepada menyedekahkan sebahagian rezeki yang dimiliki.

Akan tetapi ramai dikalangan kita yang bersedekah tetapi tidak ikhlas, kerana apa? kerana takut menjadi miskin, Allah SW sudahpun berpesan didalam surah Al Baqarah 2:268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Apabila seseorang itu mahu menderma, maka syaitan akan membisikkan ketakutan kepada fikiran manusia akan berkurangnya hartanya, lantas mahukan balasan dunia untuk mendapatkanya kembali. Jika seseorang itu tidak me"merhati"kan apa yang bermain difikiran, ditambah pula dengan minda separuh sedar yang amat kurang di"gasak" untuk mengingati Allah SW, maka besar kemungkinan seseorang itu akan melakukan sesuatu yang sia-sia, contohnya bersedekah tetapi tidak mendapat pahala kerana tidak ikhlas iaitu mengharapkan balasan selain dari Allah SW. Golongan manusia sebegini tanpa sedar mempromosi diri (memberitahu tangan kiri) kerana mahukan balasan dunia.

Bagaimana untuk menjadi pemerhati yang hebat dan juga memberi "gasakan" kepada minda separuh sedar? Jawapannya adalah dengan solat yang khusyuk beserta pemahaman. Dengan pemahaman solat ianya menjadi "gasakan" kepada minda separuh sedar apa tujuan dan panduan hidup sebenarnya. Contohnya doa iftitah yang merupakan ayat Al Quran surah Al-Anaam 6:162 yang bermaksud;
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Jika ayat ini lekat utuh ke minda separuh sedar, maka secara automatiknya apa jua pilihan dan langkah yang kita ambil didalam kehidupan insyaallah akan terselamat kerana semuanya kerana Allah SW, termasuklah bersedekah. Secara automatiknya juga mengharapkan balasan dunia itu bukan antara pilihan atau alasan kita melakukan sesuatu itu.

Percaya kepada janji Allah SW itu amat sukar bagi kebanyakan manusia kerana ianya tidak kelihatan, sebab itu ramai yang lebih suka melabur didalam bank atau amanah saham (baik islamik atau tidak) kerana telah ternyata sistem yang dicipta oleh manusia itu akan memberi pulangan kepada mereka, ada bukti, ada perjanjian, ada prospektus yang meyakinkan dan sebagainya sedangkan apa yang Allah janjikan?
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Teramat sukar bagi kebanyakan manusia untuk mempercayai janji "tujuh tangkai dengan setiap seratus biji" dari Allah SW ini kerana tiada bukti yang nyata, tiada rekod, tiada prospektus. Akan tetapi tidak bagi yang benar-benar bertakwa, iaitu menyerahkan segalanya kepada Allah, berpegang kepada makna ayat seribu dinar (Surah At Talaq 65:2&3) dan bukan setakat menggantungkannya sahaja.

Dunia sub-atomik penuh dengan kemungkinan dan kebarangkalian sahaja pada kajian dan telahan manusia akan tetapi Allah SW jualah yang mengawal semua yang ada dilangit dan dibumi termasuklah dunia subatomik.
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu. An-Nisa 4:126.
Melalui dunia subatomik yang hanya kebarangkalian dan kemungkinan itu tadilah Allah SW akan merencanakan tenaga itu untuk kembali kepada mereka yang benar-benar ikhlas menderma kerana Allah. "Biji benih" yang kembali kepada manusia itu tidak semestinya dengan wang ringgit akan tetapi dengan ketenangan, dengan mudahnya jalan hidup, dengan anak-anak dan isteri yang menyejukkan hati dan sebagainya, akan tetapi ramai yang lebih memilih wang dan harta sebagai ganjaran utama.
“There are two ways to live: you can live as if nothing is a miracle; you can live as if everything is a miracle.” Albert Einstein
Jika manusia mampu beriman sepenuhnya kepada Allah SW, percayakan suatu yang ghaib, suatu yang tidak kelihatan, keajaiban akan senantiasa muncul. Kegembiraan adalah suatu yang relatif dan ianya tidak boleh dibeli sepenuhnya dengann wang ringgit. Hanya kegembiraan untuk mendapatkan keredhaan Allah SW sahajalah kegembiraan yang sejati.

Sedekah yang mampu dilakukan tanpa diketahui tangan kiri adalah sedekah yang mengharapkan balasan dari Allah SW dan bukan balasan dunia. Khusyuk dan fahamilah solat agar ia boleh memberi arahan kepada minda separuh sedar yang hampir keseluruhan mengawal hidup kita ini. Insyaallah berjaya. Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111