" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, December 11, 2010

Bawa barang guna minyak, bukan air liur

Oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, : PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga

“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.

Katanya, alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.

Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.

Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.

“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.

Pihak kerajaan, ujarnya perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik, maka semua perkara akan naik.

“Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara,” ujarnya sinis.

Tambahnya, jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, elektrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111