" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, December 4, 2010

LKIM: Lembu Kurus Ingin Mati

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Antara golongan yang mudah diperalatkan bagi kemenangan UMNO adalah nelayan. Mereka semacam peneroka Felda. Kalaulah kini rasa tertekan apabila “ANAK” Pas berperanan membangkitkan kesedaran dikalangan peneroka khususnya generasi kedua mereka tentang penyelewengan UMNO disebalik FELDA menyebabkan kini UMNO menubuhkan “BAPAK”.

Tetapi bagi golongan nelayan, nampaknya UMNO masih lagi mencengkamkan kukunya. Mereka lebih suka menjadikan golongan nelayan miskin dan meminta-minta menyebabkan mereka sentiasa terikat dengan kerajaan UMNO.

Untuk mengekalkan undi BN dikalangan nelayan mereka telah meluluskan bantuan wang ehsan untuk nelayan. Seramai 32 ribu orang menerima insentif sara hidup bagi nelayan sebanyak rm200 seorang. 25 ribu orang daripadanya adalah pemilik bot dan 7 ribu dikalangan awak-awak. Jumlah yang layak nelayan seluruh Malaysia adalah 80 ribu orang dan kerajaan UMNO-BN menyediakan Rm 180j setahun. 14j setiap bulan untuk membantu nelayan. Ini dinyatakan oleh pengerusi LKIM Datuk Abdul Rahim Ismail.

Apakah matlamat asal untuk membantu nelayan itu berjaya? Siapa lagi kalau senarai nama itu disediakan oleh JKKK. Pihak LKIM kini menjalankan pemutihan semula daripada senarai nama nelayan-nelayan tersebut. “Kami tidak tahu jumlah yang perlu dibuang dari senarai (penerima elaun sara hidup nelayan), sebab itu kami perlu siasat dan semak latar belakang para penerima. Mungkin ada yang tidak akan menerima elaun selepas ini,” kata Ahim Noh Tim. Pengarah LKIM Sarawak.

Program pemutihan itu antaranya proses nak menjadikan nelayan sebagai OKU (Orang Kuat UMNO) pengundi tegar mereka. Ugutan psikologi akan dijalankan berterusan. Kini semua bantuan akan diadakan pada majlis penyampaian yang akan disampaikan oleh pemimpin UMNO. Kalau di Terengganu bermula dengan MB Mat Said di Wisma baru-baru ini yang menghimpunkan nelayan di Wisma Darul Iman untuk diberi tazkirah menyokong UMNO.

Dalam masa yang sama pihak kerajaan sendiri sekarang ini hendak memberhentikan bantuan tersebut kerana masalah kewangan dipihak kerajaan kini. Tetapi demi politik mereka terpaksa bertahan dan cuba membayar insentif nelayan ini hingga ke tarikh pilihanraya. Mereka bimbang kalau diberhentikan sekarang golongan nelayan tidak mengundi mereka. Tindakan yang dilakukan sekarang adalah mengurangkan bilangan peserta nelayan dengan membuat pemutihan.

Begitu juga dengan timbulnya isu penyelewengan diesel bersubsidi buat nelayan yang sekarang diurus oleh pihak Persatuan Nelayan dengan harga Rm 1.00 seliter. Memang ada dikalangan individu dan pegawai yang kelabu mata mengambil kesempatan dengan bekerjasama dengan pihak sindiket penyeludupan diesel dan membawa penangkapan SPRM

Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta satu ‘task force’ ditubuhkan untuk menyiasat dan menyediakan kertas cadangan supaya insiden penyelewengan minyak diesel bersubsidi tidak lagi berulang. Noh meminta ‘task force’ tersebut disertai oleh wakil kementeriannya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mungkin melibatkan pihak Kastam juga.

Sejak 2006 hingga Oktober lalu, lebih 5.5 bilion diesel subsidi diperuntukkan kepada nelayan. Hasilnya, setiap nelayan memperolehi harga bahan bakar itu hanya pada harga RM1 seliter. Sejak 5 tahun tersebut 5% dianggarkan telah diselewengkan dengan anggaran melibatkan RM256 juta subsidi kerajaan untuk diesel nelayan.

Nampak sangat media menggembur-gemburkannya. Nak disalahkan kepada nelayan sukar juga, kerana mereka membeli diesel subsidi dengan kad nelayan dan dengan kadar tertentu sahaja setiap hari. Yang bermasalah penipuan yang berlori-lori itu. Menjual kepada industri dipasaran gelap. Siapa punya kerja ini? Siapa orang tengah ini? Akhirnya nelayan yang boleh tahik. Para nelayan dihambat SPRM sehingga ke atas bot. Jumpalah setong dua. Tetapi munasabah kalau penyokong UMNO duduk kat situ. Kerap menjadi mangsa mereka yang berkepentingan.

Sebenarnya apakah kehendak kerajaan disebalik isu ini? Adakah kerajaan UMNO-BN sudah tiada duit dan ingin menghentikan subsidi buat nelayan ini atau mungkinkah Persatuan Nelayan akan dihentikan hak pengurusan diesel bersubsidi tersebut. Dan “Jerung” sudah bersiap sedia untuk membahamnya? Bayangkan disetiap bulan banyak mana para cukung ini dapat jika hak pengurusan tersebut diperolehi mereka. Cukup untuk untuk buat modal pilihanraya ke-13 nanti. Mungkin ketika itu tiada lagi kedengaran cerita penyelewengan subsidi diesel, tetapi tiada penyelewengan kah?

Ikan kalau dah buruk kat ekor tu.. sebenarnya dan sememangnya dah buruk dari kepala lagi. Cuma di Malaysia ni SPRM macam semua agensi kerajaan lain juga. Mereka dicucuk untuk mengekalkan survival kekuasaan UMNO-BN. Rasuah ni bagi anak-anak bilis. Kalau terkena jerung, bukan batu SPRM je kecut tetapi dengan pukat-pukat pecah!

LKIM akhirnya kurus macam tu aje. Akan terus diperguna dan diperalatkan oleh UMNO-BN seolah macam jentera UMNO. Para nelayan masih ditakok lama jugak. Kais pagi makan pagi. Yang penting kena pastikan setiap pilihanraya mereka memberi sokongan kepada UMNO-BN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111