" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, December 24, 2010

Meroyan Tentang Pluralisme

Oleh: Shirzad Lifeboat

Menyebut perkataan pluralisme, yang tiba-tiba menjadi perkataan/istilah bahasa Inggeris popular di kalangan ulama UMNO-BN (termasuk yang berkerja dengan kerajaan) dengan rujukan khas ke atas kehadiran Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat ke satu majlis agama Buddha, menyebabkan umum, serta cendekiawan Islam tempatan dan luar negara, termasuk mereka yang ilmu pengetahuan dan kefahaman Islamnya jauh lebih tinggi dari kebanyakan the so-called ulama kerajaan serta para profesor dalam pelbagai disiplin pengajian Islam yang cukup seronok menafsirkan sesuatu tentang Islam menurut acuan UMNO-BN, tersenyum lebar (kalaupun tidak tertawa).

Bukan sekali dua golongan ini menjadi bahan hiburan dan sendaan umum dan diperlekehkan oleh mereka yang lebih faham tentang Islam, tetapi ia berlaku berulang-ulang kali. Nampaknya penyakit lama ulama kerjaaan dan yang berkiblatkan UMNO-BN tidak pernah sembuh-sembuh. Sembuhlah sekejap, tetapi kemudian datang balik.

“Kalau macam ini, macam mana orang Islam sendiri nak percaya dan hormat pada ulama (kerajaan),” komen seorang penulis satu ketika dulu.

“Masalahnya dengan ulama jenis ini,” kata seorang sahabat lain pula, “bila orang bercakap, dia sibuk nak bercakap tapi tak tahu apa yang dicakapkannya.”

Maksud sahabat ini ialah betapa soal pluralisme tak ada dalam Islam. Malah ia merupakan satu istilah ciptaan Barat.

“Sudahlah… Jangan kutuk sangat ulama ni. Kesian. Dia orang pun nak cari makan jugak,” kata seorang sahabat lain.

Kata kawan yang ini memang betul. Tak usahlah kita bertengkar sangat tentang gagasan yang diperkenalkan oleh Barat. Islam tak ada kena mengena dengan istilah Barat dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan Islam. Dalam bentuknya paling mudah, Islam ialah mengenai apa yang salah (haram) dan apa yang betul (halal) menurut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. menerusi pensuruh-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.

Kalau nak berpolitik atau sebagai ulama turut mahu tumpang sekaki dalam politik, lantaklah. Tak ada siapa nak bising-bisingpun. Tapi yang salah tetap salah.

Bezanya ulama PAS dengan ulama UMNO-BN atau ulama kerajaan tajaan-tidak rasmi parti tersebut atas nama ‘ulama kerajaan’ ialah sementara ulama PAS sentiasa mengambil pendirian dan malah memperjuangkan kebenaran dalam bentuk Islam yang paling mudah itu, ulama golongan UMNO menjadikan sikap double-standard terhadap isu Islam sebagai hobi.

Tak payahlah kita memeningkan kepala nak cakap tentang pluralisme yang kebarangkalian besar ramai di antara ulama kerajaan yang menyebutnya tak faham maksud sebenar perkataan tersebut. Memadailah bagi mereka mengkritik, mengulas dan berusaha menghalang ura-ura kerajaan UMNO-BN mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub-hiburan.

Tapi malangnya apabila perkara tentang hub-hiburan yang bakal menimbulkan pelbagai masalah sosial dan memperkukuhkan lagi budaya hedoisme yang melalaikan dan begitu jauh tersasau dari ajaran Islam, tak ada seorang pun dari kalangan ulama UMNO dan kerajaan yang bangkit dan menentang. Walaupun mereka tahu perihal mewujudkan hub sedemikian adalah bercanggah dengan Islam, tapi semuanya takut untuk menyuarakan sesuatu. Justeru janganlah marah kalau ada pihak yang menggelar mereka sebagai ulama pengecut.

Tapi kalau ada apa sahaja yang menyentuh Nik Aziz, Dato’ Seri Hadi Awang dan lain-lain ulama PAS, bukan sahaja mereka bersuara tetapi turut mengadakan seminar walaupun apa yang dibuat oleh ulama PAS ini adalah perkara betul.

Benar, PAS adalah sebuah parti politik macam UMNO. Tapi bezanya PAS dan ulama mereka tidak pernah mengambil sikap double standard. Kalau betul, mereka sokong. Misalnya apabila kerajaan mewujudkan hub-halal, PAS dan ulama mereka adalah antara golongan pertama yang menyokong usaha kerajaan ini.

Sebenarnya soal Nik Aziz menghadiri satu majlis agama Buddha adalah sesuatu bersifat bukan isu, baik dari segi agama ataupun dari segi politik. Ia juga tidak ada kena mengena dengan istilah pluralisme anjuran Barat.

Dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, lebih-lebih lagi bila pemimpin UMNO-BN sibuk ke sana ke sini mengiklankan 1Malaysia, kita bukan sahaja perlu bersikap bertoleransi, saling menghormati di antara satu sama lain di kalangan keturunan dan agama berbeza tetapi perlu juga ziarah menziarahi majlis yang bersangkutan budaya dan agama sesuatu kaum.

Bila mereka dari agama lain menziarahi rumah kenalan Islam di majlis sambutan Hari Raya Eidil Fitr (sebuah majlis keagamaan sebenarnya) ia tak bolehlah disamakan dengan pluralisme anjuran Barat. Begitu juga sekiranya rakyat Islam berkunjung ke rumah kenalan bukan Islam mereka pada Hari Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya.

Kalau nak ikut istilah Barat, kunjungan seperti ini boleh sahaja dianggap sebagai pluralisme. Tapi kita semua tahu tak ada sesiapa di Malaysia ini yang bertukar agama selepas membuat kunjungan keagamaan yang kita kenali sebagai hari raya sahaja.

Islam, terutamanya bagi mereka yang tidak suka menyerabutkan minda dengan istilah Barat seperti pluralisme dan sebagainya adalah cukup mudah. Ini kerana Quran telah menjelaskan segala-galanya – Surah al-Kafirun memperakui hak agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka dan manakala Surah al-Mumtahanan pula memerintahkan agar umat Islam sentiasa berbuat baik dengan orang bukan-Islam.

Malah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menerima kunjungan rombongan penganut Kristian Najran di Masjid Nabawi. Bukat setakat itu rombongan itu disambut di Masjid Nabawi dan Nabi s.a.w. pula membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid.

Kenapa ulama kerajaan tak komen tentang apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini. Bukankah bagi ulama UMNO-BN, orang bukan Islam masuk surau kecil untuk bagi derma untuk masjid pun sudah kecoh, apatah lagi membenarkan orang bukan Islam beribadat dalam Masjid Nabawi?

Apapun dalam hal ini kita boleh mengangkat songkok ke atas Mufti Perlis yang menyatakan sikap terbuka beliau menentang kenyataan yang dibuat oleh geng-geng beliau lain dalam kerajaan kerana memutar-belitkan kehadiran Nik Aziz di majlis agama Buddha itu dengan istilah Barat, pluralisme. Kata Sahibul Samahah berkenaan, “Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam.”

Kepada Mufti Perli ini, kita cuma nak cakap, “Tahu takpe… :)”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111