TEMERLOH, 24 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan untuk campurtangan menyemak semula kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu ancak. Harussani sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak sebagai tidak khurafat.
“PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak bahawa tindakan Menteri Besar Perak melakukan upacara ancak, tepung tawar tiang seri rumah dengan pelbagai upacara tidak bercanggah dengan syarak,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.
Sebelum ini, Nizar juga mendakwa kenyataan Harussani bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Perak sedang merancang bertemu dengan ahli majlis fatwa dan ulama, bagi medapatkan penjelasan berhubung isu ancak secara lebih dekat.
Untuk permulaan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak, Haji Abdul Majid Zainal Abidin semalam.
Pertemuan hampir dua jam itu antara lain membincangkan permasalahan ummat Islam yang masih meneruskan amalan khurafat khususnya di Perak.
Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan memaklumkan mereka akan turut mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh agama
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274


No comments:
Post a Comment