" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, February 28, 2010

Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Jawatankuasa Haram

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan atuk Husam Musa menyifatkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai jawatankuasa haram dan kerajaan Negeri Kelantan menolak untuk menyertainya.

“Kita tidak terima. Jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram,” tegas Husam.

Esok satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Datuk Husam.

“Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Hari ini kerajaan negeri menjemput semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.

Husam, yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berkata melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada pusat.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri itu tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan Pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam berkata kedua-dua tokoh itu dijemput untuk memberikan taklimat kerana mereka merupakan antara tokoh terlibat dalam perjanjian Akta Petroleum 1975.

SPRM Patut Siasat Harta Dr Mahathir Dan Menteri Umno-BN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak menyiasat harta mantan Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri dan menteri Umno dan Barisan Nasional dan jika perlu mengambil langkah yang sama seperti negara jiran Thailand yang merampas harta dan aset bekas Perdana Menteri negara itu.

Ini kerana penulis Barry Wain yang juga bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa Dr Mahathir telah membazirkan wang rakyat sehingga RM100 bilion ketika beliau menjadi Perdana Menteri dari 1981 sehingga 2003.

Jumaat lalu Mahkamah Agung Thailand telah membuat keputusan merampas harta bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan keluarganya yang berjumlah 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) yang dibekukan oleh kerajaan Thailand semasa itu.

Panel hakim yang membuat keputusan itu berkata jumlah wang yang dirampas dianggap sebagai kekayaan tambahan daripada penyalahgunaan kuasa oleh beliau semasa memegang jawatan tersebut.

Thaksin didapati bersalah kerana menyalahguna kuasa sebagai ketua kerajaan dalam memberikan keistimewaan kepada konglomerat telekomunikasi Shin Corp dan mahkamah juga mendapati beliau merupakan pemilik sebenar Shin Corp.

Ini menyalahi undang-undang kerana pada ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mengulas perkara itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta SPRM menjalankan tugas mereka menyiasat Dr Mahathir dan menteri-menteri Umno-BN berhubung salahguna wang rakyat.

Ini berikutan pindaan akta SPRM yang baru yang membolehkan siasatan serta dakwaan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kerajaan dalam tempoh 10 tahun setelah bersara.

"Sudah tiba masanya SPRM membuka kertas siasatan terhadap dakwaan Barry Wain terhadap Dr Mahathir.

"Walaupun sumber tersebut datang daripada pihak ketiga tetapi ia akan menjadi kayu pengukur menguji kewibawaan politik SPRM dalam melaksanakan undang-undang dengan tegas dan adil.

"Jika kandungan buku tulisan Barry Wain itu tidak benar, sewajarnya Dr Mahathir mengambil tindakan menyamannya. Pemimpin Umno-BN takut akan ada banyak skandal terbongkar jika mereka di dakwa dimahkamah. Yang peliknya sehingga kini Kementerian Dalam Negeri tidak mengharamkan buku tersebut," jelas Shamsul.

Beliau menyelar SPRM yang seolah-olah menumpukan kes penyalahgunaan kuasa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sahaja tetapi enggan mengambil tindakan terhadap ramai pemimpin tinggi Umno-BN yang korup walaupun berpuluh-puluh laporan rasuah telah dibuat.

"Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru sepatutnya Datuk Abu Kassim Mohamed mengembalikan integriti dan kepercayaan rakyat terhadap suruhanjaya itu tanpa mengira sesiapa, samada daripada kalangan Pakatan Rakyat mahupun Umno-BN", tegas beliau lagi. -SK

Pilihan raya bukan perang bersenjata - TGHA

Ismail Hashim
SEPANG, 28 Feb: Penyertaan PAS di dalam pilihan raya dengan mengajak semaksimum mungkin rakyat untuk menyokong perjuangan menegakkan kebenaran diterajui parti itu di negara ini sangat jauh berbeza dengan kaedah peperangan bersenjata.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan perjuangan PAS dalam pilihan raya menggunakan kaedah mengajak rakyat dalam jumlah ramai untuk mencapai kemenangan bagi melaksanakan tuntutan kemanusiaan sejagat.

Menurutnya, pilihan raya menggunakan pendekatan muwajahah silmiyah atau berhadapan secara aman yang diamalkan gerakan islah dan tajdid iaitu untuk pembaikan dan pembaharuan di seluruh dunia bagi menunaikan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan demikian ketika memberikan amanat dalam Majlis Lawatan Kerjanya ke Negeri Selangor, di sini pagi tadi yang turut disertai juga oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Turut berucap di dalam majlis separuh hari itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, dengan kehadiran semua pimpinan dari 22 PAS kawasan dari seluruh negeri termasuk semua dewan; Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

Lawatan kerja ke Selangor adalah yang kelapan dilakukan Datuk Seri Presiden ke seluruh negara dalam usaha mendengar sendiri untuk merangka persiapan parti di dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ketika menjawab persoalan peserta, Ustaz Abdul Hadi juga berkata, jika pilihan raya akan mencapai kemenangan apabila mempunyai penyokong dan mendapat jumlah undi yang besar, sebaliknya perang bersenjata bergantung kepada seramai mana jumlah musuh yang dapat dibunuh.

“Pilihan raya tidak seperti peperangan bersenjata yang semakin ramai membunuh musuh, semakin cepat untuk mencapai kemenangan,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Presiden PAS turut berkata, tugas gerakan islah dan tajdid bukan mengislamkan keluarga Muslim tetapi juga berperanan untuk mengIslamkan daulah namun semua itu mestilah diusahakan sehingga berjaya.

Dalan hal ini, beliau berkata, Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada anggota gerakan Islam sebaliknya mereka mestilah bekerja untuk menang dan perlu diingatkan bahawa lebih mudah untuk menang daripada bekerja untuk mengisi kemenangan.

Satu perkara yang dilontarkan oleh Ustaz Abdul Hadi adalah satu perkataan hikmat yang menyatakan umat Islam tidak akan dapat dikalahkan jika mereka mempunyai jumlah dua belas ribu yang mempunyai sifat-sifat peribadi Muslim seperti ikhlas, istiqamah dan sebagainya.

Petang ini, rombongan Presiden PAS menyertai majlis dialog yang diadakan di Kundang dan sebelah malam pula bersama masyarakat menyampaikan ceramah isu politik semasa di Tanjung Sepat.

Harap Zila Bakarin patuh perintah Allah

Oleh Ismail Hashim

Pengasas Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan, Ustaz Rosli Abdul Jabar berharap artis Zila Bakarin akan segera mematuhi perintah Allah SWT di dalam semua hal dan melaksanakan hukum-Nya tanpa berdolak-dalik lagi.

Beliau amat prihatin dengan kenyataan artis itu berhubung pemakaian tudung kerana dibimbangi membawa mudarat kepada ketauhidan seseorang Muslim jika dibuat dalam keadaan mempersendakan namun berharap Zila membuat kenyataan itu dalam keadaan ‘tidak tahu’.

“Namun mesti ada usaha untuk memahamkan beliau (Zila) atau menjadi kewajipan beliau sendiri untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi,” tegas Ustaz Rosli selepas menyampaikan kuliah bulanan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini semalam.

Ini, katanya kerana umat Islam tidak kira dari golongan apa pun wajib menunaikan segala hukum dan perintah Allah SWT dan daripada menurut perintah-Nya dengan ikhlas sahajalah, mereka akan mendapat petunjuk daripada Allah.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Zila yang enggan memakai tudung selagi mana hatinya masih mempunyai rasa tidak baik terhadap orang lain dan memohon Allah SWT memberikan petunjuk kepadanya.

Dengan menyatakan dalil al-Quran yang bererti, “Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasiq”, Ustaz Rosli berkata, beliau hanya memberikan peringatan secara umum kepada semua orang tidak hanya kepada artis itu sahaja dan berharap mereka akan mengikuti jalan benar dengan segera.

Dalam satu laporan portal berita bertajuk ‘Zila Bakarin: Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul’, artis itu berkata: “Misalnya pakai tudung memang saya nak sangat tetapi biarlah saya ubah perkara yang lain dulu. Bagi saya bertudung ini bagus dan harap-harap Tuhan bukakan pintu hati ini”.

“Saya tak nak pakai tudung di luar tetapi hati kita benci dengan orang lain. Saya nak berbaik dengan semua orang dulu. Biarlah orang tak suka saya pun, itu perkara nombor 10,” kata Zila.

Jika Umno Kuat, Ambil Tindakan Terhadap Ku Li

Oleh Angksanuri

Umno mendabik dada kononnnya mereka mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Umno berkata Pakatan Rakyat tidak berpijak di bumi nyata untuk mara ke Putrajaya. Umno cuba digambarkan cukup kuat dan gagah.

Hakikatnya, Umno umpama pesakit kanser tahap 4 yang hanya menunggu masa untuk ditalkinkan. Umno cukup lemah dan tidak bermaya. Buktinya sebelum ini Umno tidak berani bertindak untuk mengantung keahlian Datuk Seri Muhamad Ali Rustam dan Khairy Jamaludin walaupun mereka berdua terbukti bersalah melakukan rasuah. Kenapa Umno tidak mampu berhadapan dengan protes dari ahli dan penyokong mereka sendiri jika mengambil tindakan tegas kepada perasuah yang boleh menggugat peluang dan sokongan mereka dalam pilihanraya

Dalam perkembangan terbaru, Umno tidak berani bertindak kepada Tengku Razaleigh walaupun beliau secara terbuka memperjuangkan hak rakyat di pentas kerajaan Pas Kelantan. Walaupun wujud desakan dan cakap-cakap belakang, kepimpinan Umno dan Lembaga Disiplinnya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Walaupun Ku Li dianggap 'menderhaka' kepada Umno, Umno ternyata tidak berani mengambil tindakan kepada beliau.

Mengapa dan kenapa mudah difahami, Umno bukan hanya tidak yakin untuk merampas kembali Kelantan daripada kepimpinan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi apa yang lebih dibimbangi ialah, pengaruh Ku Li bukan sahaja kepada ahli Umno dan rakyat Kelantan tetapi penyokong Ku Li di seluruh Malaysia. Kegagalan Ku Li mendapat pencalonan yang cukup daripada bahagian dalam pencalonan jawatan presiden Umno sebelum ini bukan menjadi petunjuk pengaruh dan sokongan Ku Li sudah merosot. Ku Li masih relevan dan masih mempunyai sokongan Umno di peringkat akar umbi. Inilah yang cukup digeruni oleh Umno.

Jika mereka memecat, menggantung keahlian atau mengambil apa-apa tindakan disiplin kepada Ku Li bermakna musibah besar sedang menunggu Umno. Dalam situasi ini adakah Umno berani mendakwa mereka lebih kuat berbanding PAS, PKR atau DAP? Jika mereka kuat ambillah tindakan kepada Ku Li dan kita lihat apa yang bakal berlaku kepada Umno

Mahathir dikata tahu pembunuh Altantunya

Oleh Afrar Yunus

Isu Altantunya Shaaribu bukan sahaja mengekori kemana sahaja Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur berada, malah polis dan badan kehakiman satu Malaysia pun sudah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia kerananya.Rata-rata rakyat Malaysia termasuk di kampung-kampung dan di bandar-bandar sudah tidak meletakkan harapan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk apa-apa tindakan dalam kes ini.

Beberapa orang penduduk di Jerlun dan Kubang Pasu yang ditemui berkata, mereka yakin sudah tentu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tahu siapa sebenarnya yang terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.

Ini berdasarkan (pengetahuannya) tentang kes dalam kelambu Anwar Ibrahim pun Mahathir tahu cerita, takkanlah samada Najib terlibat atau tidak, beliau tak tahu tanya orang kuat Johari Baharom di Megat Dewa.

Kata mereka, rakyat Malaysia akan berterima kasih banyak-banyak kepada Tun jika beliau boleh mendedahkan samada penglibatan pemimpin tertinggi negara seperti yang dihebohkan satu dunia ini, betul atau sebaliknya.

Ramai yang berpendapat, jika tahu, sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan apa yang terpendam demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

"Malu kita dan UMNO dibuat isu ini. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai integriti dan ketelusan" kata penyokong kuat Mukhriz Mahathir.

Jika terjadi apa-apa kepada Najib, bukankah Muhyiddin sedang menanti untuk menerajui UMNO, Barisan Nasional dan sebagai Perdana Menteri.

"Patah tumbuh, hilang berganti. Tangkap Najib, Muhyiddin sedia ganti".

http://alkerohi.blogspot.com

Gambar : Chile gempa bumi

Sekurang-kurangnya 64 disahkan maut apabila satu gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter menggegar tengah selatan Chile, hari ini.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang ini waktu Malaysia), 90 kilometer dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer.

Chile Earthquake: Vehicles on a highway that collapsed during the earthquake near Santiago

Chileans take to the streets in Santiago after the earthquake

People try to rest on the streets at Santiago, Chile

Debris in Santiago after an earthquake hit Chile

Chile Earthquake: People gather on a street of downtown Santiago after an earthquake

Chile Earthquake: A car is seen under a pile of rubble in Valparaiso

Chile Earthquake: A man looks at the debris outside his house in Valparaiso

Chile Earthquake: The walls and aisles of a pharmacy in Vina del Mar are seen destroyed

AFP melaporkan sebentar tadi Pusat Amaran Tsunami Pasific Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami melanda Chile dan Peru berikutan gempa kuat tersebut.

Pusat gegaran berikutan kejadian gempa jam 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 petang waktu Malaysia) itu terletak di 91 kilometer (km) di utara bandar Concepcion di Chile dan 110km dari barat daya Talca, juga di Chile, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga mengeluarkan amaran bahaya tsunami kepada Ecuador.

Difahamkan, setakat ini kemungkinan tsunami sudah berlaku belum dapat disahkan lagi tetapi mengikut ukuran gempa, ia berpotensi untuk membawa tsunami.

Sementara itu Pulau Okinawa awal hari ini digegarkan gempa kuat awal selepas kali terakhir 15 tahun lalu dengan menyebabkan tsunami kecil.

Gempa berukuran 7.0 magnitud berlaku di kedalaman 22 kilometer (km) dengan pusat gegaran terletak di 81km di barat daya ibu negeri Naha, lapor Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Meteorologi Jepun kemudian mengeluarkan amaran tsunami di pesisiran Okinawa, tetapi menariknya semula.

Agensi juga turut mengeluarkan amaran berasingan mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh di Okinawa, apabila hujan diramal berlaku di pulau itu lewat hari ini.

Bagaimanapun, laporan terbaru menyebut berlaku peningkatan ombak setinggi 10 sentimeter (4 inci) di sebelah selatan Okinawa yang membawa tsunami kecil.

Ia adalah gegaran kuat berlaku di Okinawa sejak 1996 selepas Agensi Meteorologi Jepun meletakkan alat mengesan gegaran gempa di pulau yang turut menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat itu.

Setakat ini, dua orang berusia 66 dan 74 dilaporkan cedera akibat gempa itu tetapi mereka tidak mengalami kecederaan serius.

Paip air dilaporkan rosak teruk di 20 tempat dengan pokok dilaporkan tumbang terutama di bahagian tengah Okinawa.

"Gempa bumi ini amat menakutkan dan mengejutkan kami daripada tidur," kata Yasushi Ohama, seorang pegawai kerajaan Jepun di pulau itu.

"Bagimanapun penduduk tidak panik dan perniagaan berjalan seperti biasa di sini," katanya.

Di Tokyo, Perdana Menteri, Yukio Hatoyama berkata kerajaan akan menubuhkan pusat perhubungan di pejabat Perdana Menteri untuk mengumpulkan maklumat mengenai kejadian gempa itu.

Pemuda Umno "Ceroboh" Masjid

Oleh Sofi Wahab

Malam tadi seorang yang mengaku pimpinan Pemuda Umno Bahagian Bukit Katil tanpa diundang cuba 'merampas kuasa' untuk menjadi imam solat di Masjid Balai Panjang, Melaka.

Tanpa diundang pemuda tersebut parking di hadapan masjid dan terus masuk menemui Imam masjid berkenaan memohon untuk menjadi imam. Imam masjid berkenaan tidak bersetuju dan menjawab bahawa masjid berkenaan sudah mempunyai 3 Imam dan tidak memerlukan orang luar yang dikenali seperti itu menjadi Imam

Pemuda tersebut dengan angkuh memberitahu bahawa Ketua Menteri Melaka mengarahkan beliau datang ke masjid itu dan menjadi Imam.

Sebaik sahaja selesai iqamah, pemuda tersebut terus hendak naik menjadi Imam tetapi dihalang oleh seorang ahli kariah berkenaan sambil beliau mengarah penceramah undangan program maulid di masjid itu naik menjadi Imam.

Begitulah biadapnya Pemuda Umno mahu merampas hak Imam masjid berkenaan. Kalaupun hendak menjadi Imam mintalah dengan sopan dan tidak perlulah menyebut nama Ketua Menteri. Kalau Imam Masjid tidak benarkan janganlah pula kita pandai-memandai untuk menjadi Imam kerana masjid berkenaan sudah ada Imam yang dilantik pihak berwajib.

Seorang ahli kariah masjid berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan di sini melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemuda Umno berkenaan yang mencemarkan institusi masjid.

"Sudahlah Umno/BN mempolitik masjid dengan melantik mereka yang tidak layak menjadi AJK Masjid kini mereka pula cuba 'menceroboh' masjid kami"

"Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi di masa depan" ujar beliau yang sememangnya sentiasa bersolat 5 waktu di masjid itu.

Exco Penerangan Kedah : Kita akan jumpa blogger

Oleh Afrar Yunus

Sejak beberapa hari kebelakangan ini nampaknya isu pengamal media terutama sekali blogger di negeri Kedah yang tidak mendapat perhatian dan kerjasama yang sepatutnya dari kerajaan negeri dibangkitkan oleh para blogger.

Pada 8 Mac 2010 ini genaplah dua tahun kerajaan PAS memerintah Kedah. Rata-rata blogger yang memberikan liputan tentang berita di Kedah diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azizan Abdul Razak

AFRAR YUNUS dari blog alkerohi menghubungi YB Dr Hj Hamdan B Mohamed Khalib Exco Penerangan Kedah merangkap ADUN Tanjung Dawai untuk mendapatkan komen beliau tentang perkara ini.

Adakah YB sedar akan perkara yang dibangkitkan dalam blog-blog terutama sekali blogger Kedah sepanjang beberapa hari ini tentang kerjasama dan peranan media dan blogger di Kedah.

Ya sebenarnya saya menyedari perkara ini. Kita dalam sektor kerajaan terpaksa melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, kami telah lama berikhtiar untuk menjadikan ianya sebagai kenyataan iaitu dengan mewujudkan sebuah urusetia penerangan yang kukuh pada peringkat negeri.

Ada apa-apa masalahkah YB

Ialah, kita terpaksa melalui banyak halangan-halangan. Saya memang berhajat hendak berjumpa dengan media dan blogger di seluruh negeri Kedah. Lagipun jawatan ini baru saya pegang dan ini pula kedengaran ada rombakan dalam barisan exco. Tapi percayalah samada saya kekal atau tidak, InsyaAllah perkara ini saya akan lakukan sendiri atau sampaikan kepada pengganti baru nanti.

Urusetia macamana yang YB maksudkan

Satu urusetia sebagai pengganti kepada peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM yang mana buat masa ini kita tidak ada. Supaya ia boleh menyampaikan segala perancangan dan aktiviti kerajaan negeri kepada rakyat.

Apa harapan YB kepada bloggers sebagai penyampai media baru

Kami berharap sangat kerjasama para blogger dan pengamal media memberikan idea kepada kerajaan negeri. Bloggers memang penting dan saya tidak menafikan ini. Saya berharap agar kita dapat mengolah satu hubungan kerjasama yang lebih erat.

YB mungkin ada maklumat bahawa bloggers Perak telah mengadakan mesyuarat pada 19 haribulan yang lalu di bawah seliaan ADUN Titi Serong YB Idham Lim ?

Ya saya mendapat tahu tentang perkara itu dan saya berharap kita akan mengadakan seumpamanya di Kedah.

Terima kasih YB.

MP Pakatan: Timbang rakyat pilih ketua, ahli majlis PBT

KUALA LUMPUR, 28 Feb - Selepas konvensyen sulung Pakatan Rakyat (PR) lebih dua bulan lalu yang diharap akan membincangkan keperluan pilihan raya kerajaan tempatan secara komprehensif, seorang ahli Parlimennya mengulangi keperluan ahli-ahli majlis dan ketua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipilih secara langsung oleh rakyat.

Dr Siti Mariah Mahmud, wakil rakyat Kota Raja menekankan bahawa kedua-dua ketua PBT dan ahli majlisnya wajar dipilih bagi memberikan khidmat yang berkesan kepada penduduk tempatan.

“Saya tahu perkara ini sedang dibincangkan... tapi pandangan peribadi saya, mereka perlu dipilih dan mereka juga perlu membentuk barisan Kabinet masing-masing supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dan ada akauntabiliti,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Konvensyen sulung PR 19 Dis lalu tidak membincangkan keperluan pilihan raya PBT ketika meluluskan dasar bersama kerana wujud perbezaan pandangan di kalangan komponen pakatan itu.

Baru-baru ini ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini memuatkan tulisannya bertajuk “Siapa Bela Penjaja Tempatan?”

Sebahagian besar kandungan tulisan beliau itu menyentuh tentang pengurusan penjaja tempatan yang disifatkannya belum berkesan dan kelihatan tidak adil.

Menerusi tulisan itu, beliau meluahkan kekecewaan kerana seolah-olah berada dalam kedudukan sebagai “peminta sedekah” atas alasan wakil rakyat yang “tiada duit dan tiada kuasa”.

Ini kerana menurut beliau, ahli-ahli Majlis PBT mempunyai lebih kuasa daripada ahli-ahli Parlimen.

“Kadang-kadang terasa yang diri ini seperti peminta sedekah. YB yang tiada duit dan tiada kuasa!

“Ahli Majlis mempunyai lebih kuasa dari Ahli parlimen. Agaknya inilah di antara sebabnya kenapa Umno-BN melantik Adun dan ahli Parlimen menjadi Ahli Majlis (selain daripada untuk menguasai pengagihan projek),” kata Siti Mariah.

Siti Mariah juga berkata akan menulis secara mendalam mengenai keperluan ahli-ahli Majlis dipilih rakyat secara langsung.

Bagaimanapun beliau mengakui kekangan yang dialami untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Akhir tahun lalu, Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu dipetik sebagai berkata di bawah peruntukan Seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan sebagai alasan bahawa kerajaan negeri tidak boleh mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan sendiri.

Kuasa mengadakan pilihan raya berada di tangan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Walaupun Ronnie Liu menambah, kerajaan Selangor berusaha ke arah pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan, tetapi tetap mencetuskan pertikaian yang mengundang kritikan apabila beliau mendakwa wujudnya “dua suara” dalam pasukan petugas khas yang mengkaji pilihan raya kerajaan tempatan.

Dua pandangan dalam pasukan petugas khas yang terdiri daripada ahli akademik, peguam dan NGO.

Ada yang bertanggapan kerajaan negeri tidak boleh mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan kerana memerlukan persetujuan kerajaan persekutuan; di samping ada pula yang menganggap Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan belum dimansuhkan, maka kerajaan negeri boleh menggunakan akta ini untuk memulihkan pilihan raya tempatan.

Dalam tulisannya beliau berharap semua PBT dapat melancarkan program pemutihan penjaja dan peniaga yang sudah lama berniaga manakala peniaga warga asing tidak perlu dilayan untuk menjalankan perniagaan.

“Saya percaya penguat kuasa sudah tahu siapa mereka dan tempat perniagaan mereka. Kalau tempat perniagaan mereka memang tidak sesuai sangat untuk perniagaan, carilah tempat lain.

“Sebaik-baiknya pusat-pusat penjaja perlu diwujudkan dan kebersihan dan keceriaan tempat-tempat ini perlu titik beratkan,” katanya.

Kata Siti Mariah, PR perlu membuat perubahan sistem yang ada.

“Apa gunanya jika semua syarat dan peraturan dahulu diterima pakai kalau ia menyusahkan rakyat.

“Pihak yang berkuasa patut memikirkan bagaimana membantu rakyat dan pada masa yang sama membangunkan bandar,” katanya.

Sambil mengatakan bahawa beliau tidaklah hendak mengajar pihak-pihak terlibat apa yang patut dibuat, Siti Mariah berkata, “masalah penjaja ini bukan baru sudah bertahun.”

“Mungkin YB Ronnie Liu kena anjur satu bengkel untuk memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi.

Bantulah insan ini...

Rayuan derma & tunjuklah simpati..pada Ahmad Lutfi

Oleh Songkok Putih

Beberapa hari lalu saya tidak berada di dalam kawasan, al Hamdulillah sekarang ada sidikit kelapangan untuk saya berbicara beberapa perkara dalam ruang ini.

Saya telah menerima maklumat bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat. Pembedahan ini memerlukan kewangan yang melibatkan angka yang besar.

Ahmad Lutfi Othman seorang perjuang reformasi semenjak di Universiti lagi. Seorang yang low forfile tidak menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan semangat waja.

Jasanya di Harakah cukup besar walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali dengan rendah diri dan tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama kenapa dia disingkirkan sebelum ini.

Ya seorang yang bekerja kerana Islam bukan kerana manusia sejagat! Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini.

Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau membuat serangan beberapa siri pendedahan kebajetan pemimpin-peminpin Negara!

Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!!

Ahmad Lutfi perlu dibantu, dimana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan di tolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?

Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maun yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman. Kita mesti meringakan bebannya.

Jangan sampai nanti ada sahabat-sahabat UMNO yang kita benci dan nista mendahului kita memberi bantuan. Jangan pelekeh kenyataan saya. Semasa Ahmad Lutfi di dalam tahanan ISA dahulu, sesiapa yang berusaha mengeluarkannya. Bukan Pemuda UMNO Selongor !! Siapa yang bantunya semasa dia di saman??

Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka... Jika ini sikaplah kita masa depan perjuangan kita masih jauh...

Saya menyeru dalam kesempatan ini bantu seadanya untuk meringankan beban beliau, semoga Allah akan memberikan kita kemuliaan disisiNya....

Akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman (Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) 162179670906

Hudud : Sebenarnya Siapa Yang Tidak Mahu?

Oleh Aris Awang

Sudah lama aku mencari siapakah yang sebenarnya tidak mahu? Merekakah yang tidak mahu?, Diakah yang tidak mahu?, Orang kafirkah tidak mahu? Britishkah yang tidak mahu?, Amerikakah yang tidak mahu? Orang Melayukah yang tidak mahu? Orang Cinakah yang tidak mahu? Rajakah yang tidak mahu? Pemerintahkah yang tidak mahu? Orang nombor sepulohkah yang tidak mahu? Orang nombor satukah yang tidak mahu? Kitakah yang tidak mahu?

Persoalannya siapakah yang tidak mahu?. Akukah yang tidak mahu? Oh.... tentu sekali tidak!!!, Aku mahu?


Tidak mahu apakah yang aku maksudkan?

Aku sedang mencari siapakah sebenarnya yang tidak mahu kepada melaksanakan hukum Al-Quran?

Kita cari satu persatu........

Rajakah yang tidak mahu?. Sudah tentu tidak kerana raja adalah ketua agama Islam, mana mungkin raja tidak mahu kepada hukum Al-Quran dia Ketua Agama Islam.

Wakil rakyat UMNO secara individukah yang tidak mahu?. Sudah tentu tidak, kerana jika ditanya secara individu setiap orang, "betulkah hang tak mau pakai hukum Allah Taala yang ada dalam Al-Quran? Kalau depa kata tak mau pakai sah ...............

Wakil rakyat PASkah yang tidak mahu? OOOOhhhh... sudah tentu tidak, kerana itu adalah matlamat perjuangan yang mereka perjuangan dan tercatat dalam perlembagaan PAS.

Ahli biasa PASkah yang tidak mahu? sudah tentu ini lagi tidak, kerana penggubalan hukum Al-Quran inilah yang ditunggu-tunggu oleh ahli biasa PAS.

Kalau begitu, Ahli biasa UMNOkah yang tidak mahu? bagi aku kalau tanya depa betul-betul, "betulkah hang Jamil, tak mahu terima hukum Allah Taala yang ada dalam Al-Quran?, Hang habaq kat aku betul-betul hang mahu ka.... dak? Sudah tentu dia akan jawab haih, mana boleh kita tolak hukum Allah Taala.............. cuma..... cuma..... "Cuma apa?" kena jerekah sabit.

Cina dan India kafirkah yang tidak mahu kepada hukum Al-Quran tu? Mereka memang patutpun tak mahu, sebab mereka kafir. Tapi ada kalangan mereka yang pernah tanya aku masa baru memerintah dulu. "Bila nak laksana itu hukum PAS.... haaa.... sekarang banyak susah hidup.... samun hari-hari?".

Wakil rakyat PKR yang Islamkah yang tidak mahu? Sekali sudah tentu tidak, kerana mereka orang Islam dan belajar Aqidah tolak walau satu huruf dari Al-Quran akan rosak imannya.

Mahathirkah yang tidak mahu? Ya betul, memang dia tidak mahu dan dia pernah menghantar surat mengancam Kerajaan PAS Kelantan, tapi dia bukan ada kuasa dah sekarang, takut apa kat dia.

Najib yang jadi PM sekarangkah yang tidak mahu? Dulu memang dia pernah cakap tak mahu, tapi selepas dia jadi PM, aku rasa Jamil masih belum tanya dia lagi secara betul-betul adakah dia mahu ataupun tidak hukum Allah Taala ini.

Habis siapa yang sebenarnya yang tidak mahu? Aku masih mencari siapa gerangan sidurjana yang tidak mahu itu.

Aku menimbulkan perkara ini ialah kerana, perundangan dan hukuman buatan manusia yang diguna pakai oleh Pemerintah yang ada sekarang kelihatan telah gagal membendung kes-kes jenayah yang semakin parah.

Jenayah rogol, zina, ragut, anak luar nikah, samun, rompak, murtad, curi, pecah rumah, sumbang mahram, seks bebas dan sebagainya bukan makin kurang tetapi semakin bertambah. Oleh itu kepada Ketua Pemerintah dan Pemerintah serahlah kembali perundangan itu kepada yang menjaga hati manusia. Janganlah degil dengan Allah Taala, kerana Allah Taala akan terus menyiksa kita dengan masalah itu. Persoalannya bukan sidurjana yang masih tidak mahu itu sahaja yang akan terkena musibahnya, sebaliknya kita semua termasuk dengan aku-aku akan terkena musibah itu. Minta dijauhkan Allah Taala.

Masalahnya kalau ditanya kepada setiap individu Islam yang celik akalnya , "Awakkah yang tidak mahu hukum Islam mengantikan hukuman ciptaan manusia itu?" Sudah tentu dia akan akan menjawab, "Aku mahu!!!".

Habis siapakah yang tidak mahu itu? Kalau mahu sudah tentu ia telah tergubal dan terlaksana, malangnya dia masih di dalam lipatan Al-Quran, kalau ditanya, semua umat Islam akan berkata dia mahu kepada hukum Al-Quran.

Aku tetap yakin dengan janji Allah, permasalahan masyarakat yang kita hadapi bersama ini akan turun dengan mendadak setelah dia dilaksanakan , kerana Allahlah yang menjaga hati manusia.

Jika Najib tidak mahu.... aku berseru kepada Najib, kalau hang tak mahupun bagilah kami PAS yang mahu ini cuba laksanakan demi Islam dan keharmonian rakyat.

Jika Sister in Islam yang tidak mahu.... aku berseru kepada Sisters in Islam bagilah kami PAS membuktikan bahawa Hukum Al-Quran adalah yang paling adil dan saksama serta mengandungi hikmah yang tersendiri.

Jika orang bukan Islam yang tidak mahu.... aku berseru kepada yang bukan Islam, berilah kesempatan kepada kami PAS untuk melaksanakan hukuman itu dikalangan kami.

Jika karpal Singh yang tidak mahu... nampak dia sudah lembut ketika bersama TG Nik Abd Aziz di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam tidak lama dahulu.

Jika British dan Amerika yang tidak bagi.... aku berseru kepada Bristish dan Amerika jangan kacau rumah tangga kami.

Jika ada pimpinan PAS masih ragu-ragu dan was-was, jauhkanlah keraguan dan was-was kerana dia adalah dari syaitan.

Marilah kita selamatkan rakyat Malaysia dari terus terseksa dalam kehidupan yang sentiasa terancam dengan kejadian jenayah yang semakin meningkat, dengan resepi yang telah diturunkan oleh Allah Pencipta Alam ini di dalam kitab suciNya Al-Quran.

Sebenarnya siapakah yang tidak mahu?

Pemuda perlu berani berubah,lakar sejarah baru

Rusli Yasmin
SHAH ALAM, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar.

"Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.

Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar.

"Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini.

"Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.

Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di sebuah hotel, di sini semalam.

Program selama dua hari itu dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pemuda di bawah dewan Pemuda PAS Pusat.

Pengarah Program, Ahmad Sabki Yusuf menyatakan bahawa latihan ini bertujuan untuk menyediakan barisan kepimpinan di dalam PAS.

Menurutnya, setiap pemuda PAS mesti menjadi seorang yang kompiten, melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan selain menjadi orang yang beramanah dan berintegriti.

"Kita tidak boleh menjadi orang yang baik semata-mata tetapi tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik.

"Adalah menjadi suatu fitnah pada agama kita, sekiranya kita mendokong perjuangan agama ini tetapi diri kita tidak diterapkan dengan 'al-qawiyy' dan 'al-amin'." kata beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program tersebut dihadiri oleh 200 Pemuda PAS yang merupakan pelapis kepimpinan pemuda yang mewakili setiap negeri.

Turut hadir dalam program semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, bersama exconya Kamaruzaman Mohamad, Adram Musa, Ir Hj Mohd Khairil Nizam dan Zuraidin Abdullah.

ROYALTI : Kelantan bakal jadi Darul Runtuh....

Oleh Tok Pijat

Nampaknya "kesungguhan" Kerajaan Pusat untuk "membantu" Kelantan semakin terserlah. Kali ini Kelantan menjadi sasaran "[Lambang_Kelantan.jpg]Projek Lanun" mereka selepas begitu puas "melanun" royalti Terengganu sejak tahun 2000 era pemerintahan PAS.

Dengan "sedekah" RM 20 juta bakal diagih-agihkan kepada "rakyat termiskin" warga Kelantan. Dilantiknya Awang Adek Husin yang pernah dicalonkan jadi MB Kelantan jika PAS tewas menjadi Ketua Agihan RM 20 juta itu. Awang Adeklah yang "membetulkan" fakta dengan menyatakan Kerajaan pimpinan Tun Razak dan Husien On melakukan kesilapan kerana memberi royalti minyak kepada Terengganu.

Barangkali untuk membalas jasa Awang Adek yang begitu bermatian mempertahankan dasar "melanun"Putrajaya walaupun dianggap pengkhianat oleh Kota Bahru, maka diangkat Awang Adek menjadi Ketua Agihan RM 20 juta.

Melihat cara Putrajaya melayan tuntutan Kota Bahru, terbayang dua gambaran iaitu :

a) Agihan wang RM 20 juta umpama agihan wang rompakan Robin Hood dan Botak Chin. Rompak kemudian agih kepada orang miskin.

b) RM 20 juta umpama "rasuah" agar rakyat Kelantan "diam dan tutup mulut" dengan rompakan Putrajaya RM 2 bilion sejak gas dijumpai di perairan Kelantan.

Selepas ini, rakyat Kelantan perlu jauhi mana-mana projek yang dibina hasil dari duit "rasuah" RM 20 juta. Ini kerana projek itu tidak berkat dan terkena sumpahan doa orang yang dizalimi. Dan lebih bahaya, ianya bakal "runtuh" seperti di Terengganu. Duit panas!

Seronoknya UMNO Kelantan dapat RM 20 juta. Kepada rakyat Kelantan RM 20 juta umpama umpan "dajal" untuk menarik sokongan bagi menumbangkan Kerajaan Islam di Kelantan.

Jangan lupa pakat kibarkan bendera Kelantan tanda "lawan" kezaliman dan kelanunan Putrajaya! http://tokpepijat.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111