" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, September 5, 2011

Tidak hilang bisanya jika ular menyusur akar

Oleh Aspan Alias

Perbezaan kepimpinan di antara seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain adalah satu perkara yang biasa. Tunku Abdul Rahman dan Tun Abd Razak ada http://ratnakumara.files.wordpress.com/2009/04/ular.jpgperbezaan dan di antara Tun Razak dan Husein Onn pun berbeza. Begitu jugalah Dr Mahathir dan Abdullah Badawi lagi banyak perbezaannya.

Tetapi yang paling besar perbezaannya ialah Dato Seri Najib Razak kerana ada satu perkara yang secara lazimnya boleh dikatakan berlaku di dalam sejarah negara dan juga tidak ada atau jarang berlaku di dalam negara maju atau separuh maju di dunia ini.

Yang dimaksudkan ialah peranan seorang isteri Perdana Menteri yang terlalu besar dalam urusan Perdana Mentri seharian. Ada perbilangan yang menyebut, di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, di belakangnya mesti ada wanita yang berperanan. Dalam agama kita pun ada menyebut, seorang isteri itu boleh menaikan darjat seorang suami dan juga boleh meruntuhkan kewibaan serta kepimpinan suami.

Hawa dijadikan dari rusuk kiri nabi Adam. Begitulah hakikat kejadian Hawa dari sudut kejadian dan kewujudan manusia yang berlainan jantina ini. Hawa tidak dijadikan dari kepala Adam untuk di junjung dan tidak juga dijadikan dari kaki untuk dibuat pengalas.

Cerita kejadian Hawa dari rusuk kiri Adam itu besar maknanya. Dari sudut simboliknya Hawa dijadikan dari rusuk kiri itu ialah untuk berada di sisi Adam (seorang lelaki) bagi menemani hidup suami isteri serta memberikan semangat kepada segala perbuatan atau perjuangan Adam tadi (lelaki).

Hawa sebagi seorang wanita di asuh, dijaga dan dilindungi oleh Adam dalam kehidupan mereka. Seorang wanita itu dijadikan untuk sentiasa di sisi dan bersama semasa senang dan susah serta melaksanakan kehidupan mengikut apa yang telah digariskan oleh yang maha pencipta dengan syariat kehidupan sekali melalui agamanya dan adat sesuatu kaum dan masyarakat itu.

Adat dan adab itu berbeza mengikut bangsa dan keturunannya. Tetapi adat dan adab itu tidak boleh melanggar syariat serta adat yang berlandaskan kepada syarak yang telah ditetapkan oleh agama jika seseorang itu yakin dan percaya bahawa Tuhan itu adalah ‘definite’ dan ‘infinite’. Selalunya adat serta adab itu akan berlandaskan kepada syarak dan kitabullah.

Kita bukan menafikan peranan isteri atau wanita itu. Wanita khususnya seorang isteri itu memang besar peranannya dalam kehidupan seorang suami termasuk suami yang menjadi pemimpin yang bertanggung jawab untuk memimpin.

Tetapi peranannya hanya di belakang tabir dan tidak selalu terlihat oleh masyarakat ramai. Kata perpatah adat, perundingan biarlah berlalu di dalam gelap tetapi adatnya dilaksanakan ditempat yang terang.

Peranan Siti Khadijah sebagai isteri Muhammad saw boleh dijadikan contoh kerana tidak ada isteri yang semulia Siti Khadijah. Walaupun Khadijah seorang yang kaya raya dan insan yang memberikan segala semangat kepada junjungan kita, Siti Khadijah tetap memainkan peranan di belakang tabir. Segala urusan dan perbincangan untuk tindakan Muhammad di rundingkan di rumah (dalam kontek yang disebutkan tadi sebagai rundingan di dalam gelap) tetapi syariatnya serta adatnya ianya di lakukan oleh Muhammad secara terangan.

Siti Khadijah adalah isteri manusia teragung iaitu Rasul pilihan Tuhan, tetapi Khadijah tidak hidup dengan glamor atau menunjuk-nunjuk kepada umum kedudukannya. Siti Khadijah tidak pernah menonjolkan dirinya kepada khalayak ramai kerana yang memimpin serta membawa makalah Islam itu adalah Muhammad saw.

Muhammad adalah ketua kepada dunia dan alam ini bukan setakat menjadi PM kepada mana-mana negara sahaja. Yang ditadbir oleh Muhammad ialah dunia dan alam ini. Bagi masyarakat Melayu isteri itu adalah pembantu yang paling hampir kepada suaminya tetapi adalah kurang adat serta adabnya jika isteri pula yang menonjolkan diri dengan tiada hadnya.

Keadaan seperti ini ia bukan sahaja memberikan kepayahan kepada suami untuk menghadapi orang ramai yang dipimpinnya tetapi ianya merupakan perlanggaran terhadap adat dan adab bangsa kita itu tadi.

Apa yang dipersoalkan oleh Naib Presiden PAS, saudara Mahfudz Omar tentang slot untuk isteri PM dalam mesej hari raya itu adalah berkaitan dengan adat dan adap kita sebagai seorang Melayu dan Islam dan penonjolan isteri Perdana Menteri itu adalah terlalu jauh tersasar dari ‘attribute’ orang Melayu dan Islam itu tadi.

Pada pandangan Mahfuz, menampilan isteri PM seperti ini belum pernah berlaku sebelum ini dan ianya adalah terlalu menjolok mata jika dipandang dari sudut adat dan adab orang Melayu tadi.

Lagi pun seperti yang di sebutkan dari awal tadi bahawa Hawa itu asalnya adalah dari rusuk kiri Adam dan wajar berada di sisi suami sahaja, bukan nya mengatasi suami kerana Hawa bukan dijadikan dari kepala Adam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111