" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, March 21, 2010

Pilihanraya Sarawak : PAS dan PR siap siaga bertempur menumbangkan BN

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : PAS negeri Sarawak terutamanya di Kawasan Miri kini siap siaga untuk bertempur dengan mana-mana calon BN menjelang pilihanraya negeri akan akan dating.

PAS Miri dalam satu kenyataan menjelaskan jentera parti itu sudah siap siaga untuk melakukan kejutan untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

“Jentera parti kini sudah siap siaga untuk melakukan kejutan dengan kerjasama erat bersama PKR,DAP dan SNAP untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

PAS Miri di bawah kepimpinan Tuan Haji Jofri Jaraiee yakin dengan gerakerja yang berterusan bermula dari Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRDUN) tahun 2006 lalu, sokongan penduduk tempatan amat memberangsangkan dan bakal diterjemahkan pada undi PR DUN akan datang,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, Kempen Jom sertai PAS dan Pelancaran Tabung Jihad anjuran PAS Kawasan Miri cukup menerima respon positif dari masyarakat setempat.

“Kempen Jom Sertai PAS dan Pelancaran Tabung PR DUN Sarawak memberi signal positif dalam satu usaha yang lebih gigih dalam membawa satu sinar baru pada politik Sarawak yang maha gelap sepanjang pentadbiran (Pengerusi BN merangkap Ketua Menteri Sarawak) Taib Mahmud.

Ayuh bersama PAS dan Pakatan Rakyat untuk perubahan cemerlang Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pihaknya telah menemui Ketua Menteri Sarawak itu Februari lalu berhubung pilihanraya di negeri itu.

SPR turut mengarahkan SPR negeri Sarawak menyediakan secara terperinci berhubung bajet pilihanray di negeri terbesar di Malaysia itu.

Pada pilihanraya negeri tahun 2006, BN tumbang di Sembilan kerusi Dun walaupun ketika itu Tsunami politik belum melanda seluruh Negara.

Pilihanraya di Sarawak kali ini juga dijangka mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila seluruh parti pembangkang di Sarawak bersatu untuk menumbangkan BN secara satu lawan satu dan bersedia untuk bertanding di bawah paying Pakatan Rakyat ().

Setiap wakil komponen PR iaitu PKR, DAP, PAS dan SNAP akan bermesyuarat untuk memuktamadkan berhubung agihan kerusi pada penghujung bulan ini. Sumber

Siasat Anwar Untuk Tutup Isu APCO

Tindakan Umno membuat laporan polis dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana di dakwa menggunakan nama Yang DiPertuan Agong dan Angkatan Tentera berhubung agenda 16 September di lihat usaha menutup kesilapan negara dengan penglibatan APCO Worldwide.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menegaskan dakwaan yang di buat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim di dalam Dewan Rakyat tidak boleh disiasat dan diambil tindakan undang-undang.

"Apa yang saya ingin nyatakan isu yang dikeluarkan di dalam Dewan tidak boleh diambil tindakan pihak berkuasa dan disiasat, kalau boleh di ambil tindakan maka semua Ahli Parlimen akan membuat laporan polis dan di siasat jika tidak puashati dengan apa yang di bahas di dalam Dewan.

"Bagi saya isu yang besar sekali adalah lihat dulu siapa watak Zahrain ini, seorang wakil rakyat yang melompat parti. Pihak polis dan SPRM perlu membuat siasatan terhadap semua wakil rakyat yang lompat parti kerana secara tidak langsung tindakan mereka melibatkan sogokan wang dan elemen rasuah.

"Zahrain yang sepatutnya disoalsiasat terlebih dahulu kerana kenyataan beliau tersirat satu agenda. Beliau yang sebelum ini kecewa kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat telah membuat pendedahan besar dan seolah-olah menutup kesilapan yang beliau lakukan.

"Zahrain telah menjadi orang suruhan Umno-Barisan Nasional dan tindakannya disebabkan terdapat unsur-unsur imbuhan yang telah dijanjikan oleh Umno-BN dan mempunyai motif politik," jelas beliau.

Yusmadi juga menjelaskan sepanjang bersama Zahrain dalam Pakatan Rakyat isu 16 September tidak pernah disuarakan oleh beliau melainkan isu kepimpinan sahaja.

"Sepanjang saya bersama beliau sehingga dia keluar parti, isu 16 September tidak pernah diperkatakan beliau dan yang selalu dikatakan hanya isu kepimpinan parti sahaja. Dalam isu ini saya berharap rakyat perlu melihat kepada apa yang dihujah oleh Anwar tentang penglibatan APCO Worldwide dengan kerajaan.

"Ini adalah isu yang paling penting sekali kerana melibatkan faktor keselamatan negara. Kita nak maklumkan APCO mempunyai hubungan dengan Israel dan salah satu konsultan APCO, Itamar Rabinovich adalah Duta Israel di Amerika dulu selain itu juga Klaus Naumann yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tentera Nato.

"Jika kita lihat pembabitan mereka adakan keselamatan negara kita terjamin? Pihak berkuasa sepatutnya menyiasat penglibatan Israel dalam aspek keselamatan negara bukannya tertumpu kepada kes 16 September yang hanya keluar dari mulut Zahrain yang secara terang rakyat tahu pembohongannya," tegasnya lagi.

Yusmadi menambah beliau akan membuat terus membangkitkan isu pembabitan APCO Worldwide dengan kerajaan dalam sidang Dewan akan mendesak pendirian kerajaan berkaitan isu itu.

Musa Hassan, Anda Perlu Bersara Segera !

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kebelakangan ini "semacam ada tekanan kepada pasukan polis, sama ada dari pihak politik atau orang-orang tertentu".

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

"Jadi, ada juga arahan yang diberikan terus kepada pegawai-pegawai bawahan saya tanpa pengetahuan pengurusan atasan," kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.

"Bagi saya, ini merupakan satu trend yang salah kerana dalam pasukan polis, terdapat perintah dan kawalan.

"Yang hanya boleh memberi arahan adalah KPN kalau ikut undang-undang," katanya sambil menegaskan bahawa Seksyen 4 Akta Polis 1957 mengatakan bahawa semua arahan dan kawalan PDRM adalah di bawah KPN.

"Maka kalau ada mereka yang cuba campurtangan, ini boleh merosakkan polis. Kerana pada masa itu, anggota akan merasa serba salah kerana terdapat autoriti lain yang memberi arahan kepada mereka," tegasnya.

Musa menjelaskan, kalau ada seorang ketua yang memberi arahan, maka ketua berkenaan akan bertanggungjawab terhadap arahan itu.

"Dalam polis, jika ketua memberi arahan yang salah, maka dia perlu bertanggungjawab terhadap arahan itu," katanya sambil menambah bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.

"Tetapi jika orang ketiga yang memberi arahan dan kita tidak tahu siapa mereka, kemudiannya pegawai pula menjalankan kerja yang salah, jadi pegawai saya yang akan menjadi mangsa.

"Ini kerana kesalahan yang dilakukan, mengikut arahan yang tidak sepatutnya. Jika orang yang memberi arahan kemudiannya nafi memberi arahan tersebut, maka ia akan merosakkan pasukan polis," tegas Musa lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara sedemikian perlu dihentikan kerana pentadbiran kepolisian dan segala tindakan dan operasi dijalankan adalah di bawah bidang kuasa KPN dan pegawai atasan yang mengendalikan operasi berkenaan.
Ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya, Musa berkata beliau hairan dan terkejut kenapa berita itu boleh keluar.

"Benda yang saya tidak buat, kata saya buat. Ini seolah-olah macam hendak mempercepatkan pemergian saya dari jawatan ini.

"Kita pun tahu bila hendak pergi, jadi tidak perlulah suruh dipercepatkan.

"Tapi kalau seseorang itu mahu mempercepatkan(nya), saya kena dapat arahan dari kerajaan untuk bersara awal.

"Jika demikian saya akan bersaralah. Itu yang saya boleh cakap tapi sekarang ini di pihak kerajaan tidak ada apa-apa yang berlaku," tambahnya.

Musa juga ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan terdapat menteri yang tidak berapa sebulu dengan beliau.

"Itu saya tidak tahu. Saya hanya menjalankan tugas saya sama ada orang suka atau tidak selesa dengan cara saya menjalankan tugas, saya tidak tahu," jawabnya.

Ditanya sama ada isu tersebut akan memberi kesan kepada PDRM, Musa berkata: "Saya rasa begitulah".

"Kalau dilihat apabila seorang ketua boleh diperkotak-katikkan sebegini rupa, maka anggota bawahan akan turut merasa begitu," kata beliau sambil menambah, ada yang menghantar SMS bertanyakan kenapa jadi begitu.

"Saya pun tidak tahu nak jawab. Jadi saya suruh anggota saya bersabar. Saya pun faham, saya akan pencen pada bulan September ini," tambahnya.

Ulasan GB

Sikap menyalahkan orang lain tetapi gagal melihat kelemahan sendiri amat nyata di jawapan-jawapan Ketua Polis Negara di atas.

Anda sebenarnya TIDAK LAYAK sebagai untuk menjawat jawatan KPN. Itulah setidak-tidaknya pendapat kebanyakan rakyat. And atidak melakukan kerja anda dengan adil dan profesyenal. Dalam banyak ketika anda didorong oleh sikap ingin menonjolkan diri anda sebagai "pengampu" kepada kerajaan dengan mengabaikan tugas-tugas keselamatan yang lebih prioriti seperti mengurangkan jenayah dan sebagainya.

Penubuhan Petronas Tidak Sah?

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pihaknya memang sudah lama menyedari penubuhan Petronas kemungkinan besar tidak sahih tetapi tidak mengambil berat soal tersebut.

Sebaliknya beliau yang bertanggungjawab terhadap soal membawa tuntutan mendapatkan royalti minyak berkata, kerajaan negeri mahu memberi fokus terhadap pertikaian itu berbanding soal status Petronas semata-mata.

“Sebenarnya, semasa peguam-peguam penasihat Kerajaan Negeri berbincang sebelum ini, isu seperti ini ada dibangkitkan.

“Termasuk sudut lain bahawa perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Petronas adalah tidak sah dan tidak terpakai berasaskan sebab-sebab yang lain.

“Namun, kami mengambil pendirian mengenepikan sementara waktu pandangan seperti itu kerana ia akan merosakkan Petronas,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

Semalam profesor undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata kewujudan firma minyak negara Petronas kemungkinan tidak sah kerana undang-undang penubuhannya telah diluluskan sebelum ia menandatangani perjanjian dengan semua negeri.

“Saya merasakan beberapa aspek dalam akta Petronas adalah tidak sah,” kata Shad pada satu forum di sini.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pertengahan 1970-an semua negeri telah dijanjikan bayaran tunai lima peratus ke atas minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau di luar pesisir pantai sebagai balasan kepada penyerahan hak kawalan ke atas sumber-sumber petroleum kepada Petronas.

Shad berkata, akta itu diluluskan sebelum kesemua negeri menandatangani perjanjian dimaksudkan.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Husam memberitahu beliau memilih pandangan yang lebih sederhana iaitu mengikut undang-undang dan perjanjian serta konvensyen selama ini, Kelantan berhak mendaapatkan royalti bagi semua pengeluaran minyak dan gas di luar pantainya.

“Petronas sebuah entiti haram - sekurang-kurang itu pendapat Prof Shad Faruqi. Petronas sebuah badan perniagaan haram?

“Jika itu bukan sebuah letupan di muka Petronas, menunggu letupan yang lebih besar takut nanti sudah terlewat dan hanya meranapkan terus integriti Petronas,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan “adakah berbaloi bagi sebuah badan koporat bertaraf dunia untuk dihalakan peluru yang menembusi maruah korporatnya semata-mata kerana cuba mengelak membayar kepada Kelantan apa sebenarnya terhak?”

“Ketika Petronas sedang cergas melabur berpuluh bilion dolar di luar negara, kedudukan penubuhannya sendiri di sisi undang sampai dipertikaikan.

“Apa akan jadi jika pendapat Shad Faruqi itu sampai kepada negara-negara Petronas ada berikat?

“Apa akan jadi jika ada pihak menggunakan pandangan Shad Faruqi untuk mengisytiharkan Petronas bukan sebuah entiti yang sah?” katanya.

Tambah beliau, Petronas dan pemimpin kerajaan pusat nampaknya memilih permainan yang lebih kasar.

Husam menambah, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam pula menjadi tokoh Umno kedua secara terbuka memberi pandangan yang berbeza tentang bayaran royalti berbanding pendirian rasmi kerajaan pusat.

“Apa pun nama bayaran yang diberikan, pembayarannya hendaklah kepada kerajaan negeri Kelantan — kata Tun Musa,” katanya. Justeru Husam menyoal selama mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menunggu untuk membetulkan semula sikapnya.

“Berapa ramai tokoh lagi ditunggu Najib untuk memberikan 'tamparan demi tamparan'?' katanya.



PKR NEGERI SIAP SEDIA DAFTAR GENERASI MUDA

Laporan : HALIK ZAMAN

PKR Sabah akan menggembleng tenaga Ketua-Ketua Cabang, AMK dan Srikandi serta semua Ketua Penerangan Negeri dan Cabang dimestikan turun padang di tempat masing-masing untuk memberi penerangan kepada generasi muda yang mencapai usia 21 tahun hendaklah mendaftar nama mereka di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri atau daerah.

Ahmad Tamrin menggesa semua Ketua Ketua Cabang, AMK, Srikandi dan Ketua-Ketua Penerangan PKR dalam Mesyuarat yang diadakan petang tadi bertempat di Pejabat PKR Negeri Kota Kinabalu.

"Generasi muda perlukan perubahan pentadbiran Negeri dan Negara, maka generasi muda mestilah berani bersedia sebagai pemangkin untuk merubah Kerajaan yang zalim kepada sebuah Kerajaan yang betul-betul mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan menolak kepimpinan yang bercorak ala hitler atau ala pimpinan yang berselindung di sebalik telunjuk orang lain," sindir Ahmad Tamrin, sinis.

Tamrin menyatakan, "Misalnya kalau esok, saya memimpin Negeri atau Negara mengikut telunjuk isteri, maka saya adalah seorang pemimpin yang tidak cekap dan saya perlu dibuang dari memimpin Negeri atau Negara," tegas Tamrim.

Menjawab satu pertanyaan kata Ahmad Tamrin, "Saya tidak berniat untuk menuding jari kepada siapa-siapa yang berselindung di bawah telunjuk isteri, saya cuma kata 'misalnya' tapi kalau saya yang termakan cili, tentu saya sendiri yang terasa pedasnya."

Bercakap mengenai kempen mendaftar pengundi muda yang berusia 21 tahun, Tamrin berkata "Gerakan secara besar-besaran akan dibuat dari rumah ke rumah untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja Sabah betapa pentingnya mereka mendaftar nama sebagai pengundi jika mereka berhasrat mahu merubah Kerajaan".

"Mengubah corak pemerintahan UMNO/BN hari ini adalah di tangan muda-mudi kita, citarasa muda-mudi kita hari ini tidak kepada UMNO yang jadi tunggak Kerajaan kerana UMNO dianggap oleh muda-mudi sekarang sebagai sebuah parti politik tradisi yang sudah luput tempoh."

Turut hadir dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri ialah Ketua Angkatan Muda Nasional, Shamsul Iskandar Akin.

Lompat Si Katak Lompat - 1

Oleh smartlife

Lompat Si Katak lompat

Lompatlah tinggi-tinggi

Dapat UMNO-BN dah dapat

Dapat untung barang curi

Dalam kemeriahan UMNO-BN menyambut ketibaan katak-katak yang melompat masuk ke dalam lubuk mereka, pihak PR pun turut merasai nikmatnya. Katak-katak berkenaan pula merasakan dirinya dibawa ke alam kayangan yang penuh dengan impian.

Oleh itu, tidak ada siapa yang rugi di atas tindakan katak-katak ini melainkan dari segi moralnya mereka dianggap pelacur politik. Bila disebut pelacur, semuanya sudah maklum bahawa itu merupakan profesion yang hina tetapi bagi pelacur berkenaan selain daripada mendapat habuan wang ringgit atau apa benda sekali pun ia berasa nikmat. Nikmatnya itu daripada pelbagai bentuk rupa, saiz dan warna. Cuma pelacur ini sahaja yang mengetahuinya. Namun itu tidak boleh dipertikaikan. Jika ditanya dengan pakar sakit tuan dan puan mereka pun lebih pakar untuk menerangkannya.

Bagi UMNO-BN, memanglah mereka akui sendiri bahawa mereka memperolehi keuntungan yang besar. Pengakuan mereka ini pun memang tidak boleh dipertikaikan juga. Mereka boleh memberi 1001 bentuk keuntungan yang mereka perolehi dengan 1001 sebab mengapa mereka mengatakan itu merupakan keuntungan kepada mereka. Memang dah dasar penyamun, mereka mendapat keuntungan daripada barang samunan mereka. Kalau peragut, mereka mendapat keuntungan daripada barang ragutan mereka. Kalau perogol, mereka berasa beruntung daripada nikmat merogol orang yang dirogolnya. Itulah yang saya maksudkan dengan 1001 bentuk dan sebab tadi.

Bagi PR pula, nikmatnya ialah apabila dapat membuang duri yang tertusuk di dalam daging. Lebih tepat lagi ialah dapat mencabut gigi yang sakit dan rosak. Kita semua memang sedia maklum dengan gigi-gigi yang sudah reput. Walaupun berasa sayang , kita terpaksa mencabut kerana ia mengganggu kehidupan harian kita. Namun kita lebih beruntung kerana gigi-gigi berkenaan tercabut dengan sendiri tanpa kita perlu pergi bertemu doktor gigi. Memang, alangkah bahagianya bagi pesakit gigi yang bangun pada waktu pagi didapati gigi yang sakit itu telah tercabut!




Promosi Anda Bayar RM100 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL bagi anda lebih Setengah Juta Cover

PEMIMPIN UMNO MENGAPA TERUS MENGETEPIKAN ISLAM?

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa Umno merupakan satu-satunya parti Melayu yang majoritinya penganut agama Islam yang diberi mandat sementara bagi menerajui negara sejak sebelum merdeka lagi.

Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasionalisme Melayu, sememangnya matlamat perjuangan umno bukannya untuk Islam, tetapi mengambil kesempatan terhadap agama Islam bagi mengekalkan kuasa mereka di Malaysia jelas beliau.
Menurut beliau, lebih separuh kurun rakyat memberikan kepercayaan terhadap Umno bagi menerajui negara. Sememangnya dalam tempoh itu ianya telah membentuk minda diktator di kalangan pemimpin Umno-BN.

Menurut beliau lagi, pemimpin Umno sering merasakan mereka terlalu kuat dan gagah dan tidak mampu ditumbangkan oleh sesiapa pun. Mereka turut menganggap bahawa mereka adalah tuan kepada sistem politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan dan segala-galanya dalam negara ini.

Selain itu beliau menjelaskan apa yang menyedihkan bagi kita umat Islam, pemimpin Umno lupa dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai sebuah parti yang mewakili orang melayu.

Malah kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam juga, tidak dapat mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan kerana Umno mengambil dan melaksanakan agama secara berpilih-pilih, tegas beliau.

Dalam ertikata lain, Islam pada Umno, hanya akan dilaksanakan, pada aspek-aspek yang menepati kepentingan politik, untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana tuntuan syarak.

Kini umno semakin celaru apabila orang bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat, Umno semakin gusar.

Kini Umno cuba menggunakan perang psikologi dengan mendakwa kuasa politik Melayu sudah semakin terhakis.

Memetik ucapan beliau Umno sebenarnya hanya mahu memadamkan hakikat bahawa, terhakisnya kuasa politik Melayu adalah kerana kesilapan dan ketamakan mereka untuk mengekalkan kuasa dan mereka telah mengenepikan Islam sebagai dasar perjuangan

Kini, Permainan politik Umno-BN ini sudah tidak boleh diterima rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka sedang dilanca kecelaruan yang tidak berkesudahan akibat kekalahan besar dalam PRU ke 12 yang lalu.

Menurut beliau lagi, pada saat ini bukan sahaja Umno yang sedang celaru. Seluruh parti komponen BN juga turut dilanda kecelaruan. Mereka tidak sedar bahawa Umno, MCA, Gerakan, MIC dan seluruh anggota komponen BN sedang menerima hukuman yang berat iaitu penolakan yang berterusan daripada rakyat

17,303 anak luar nikah berdaftar pada 2009.

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya

berita harian

Siva Tak Perlu Keluarkan Notis...

Nampaknya kemelut politik Perak belum lagi berakhir meskipun Mahkamah Persekutuan memutuskan Dr Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah pada 9 Februari lalu.

Keputusan mahkamah itu sendiri merupakan satu keputusan yang kontroversi kerana para hakim membuat tafsiran sendiri dengan mencabuli Perkara 16 Klausa 7 Perlembagaan Negeri Perak dan memberi kuasa kepada sultan untuk memecat menteri besar.

Walaupun isu menteri besar dianggap selesai, timbul pula isu lain.

Siapakah speaker Dewan Undangan Negeri yang sah, R Ganesan yang dilantik oleh Umno-Barisan Nasional (BN) atau masih lagi V Sivakumar, yang diangkut keluar dewan secara paksa oleh anggota polis.

Perhatian kini tertumpu pula kepada notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar memanggil sidang DUN pada 30 Mac ini. Adakah surat notis ini sah atau tidak?

Di sebelah pihak Pakatan Rakyat, jelas bahawa mereka tidak mengiktiraf Ganesan kerana beliau dilantik oleh ADUN-ADUN Umno-BN dengan cara tidak mengikut peraturan dewan.

Ganesan lapor polis (tajuk kecil) Pengerusi DAP Negeri, Ngeh Koo Ham sebelum itu meminta Zambry membenarkan Sivakumar mempengerusikan sidang DUN yang akan datang memandangkan kedudukan Ganesan yang dilantik secara kontroversi bulan Mei tahun lalu.

Seperti mana yang dijangka, Zambry enggan memberi jawapan kepada permohonan Ngeh dan mungkin kerana beliau sendiri tidak pasti siapakah speaker yang sah.

Lebih merumitkan lagi keadaan ialah apabila Ganesan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Ipoh semalam mendakwa Sivakumar menyamar sebagai speaker.

Ganesan mendakwa Sivakumar menggunakan kepala surat Speaker DUN Perak untuk menghantar notis untuk memanggil DUN supaya bersidang pada 30 Mac ini.

"Sivakumar telah dilucutkan dari jawatan speaker pada 7 Mei tahun lepas dan perkara ini telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh," kata beliau kepada para pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Pelantikan Ganesan sendiri sebagai speaker sukar diterima kerana beliau dianggap gugur sebagai speaker kerana tidak meletak jawatan sebagai peguam dalam tempuh tiga bulan beliau dilantik sebagai speaker.

Dalam satu sidang media di Ipoh kelmarin, Sivakumar enggan mendedahkan apakah strategi Pakatan Rakyat dalam menghadapi sidang DUN yang akan datang dengan hanya berkata, "kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan berlaku. Ia sukar untuk diramal."

Sivakumar juga sehari sebelum peristiwa yang tragik pada 7 Mei itu, telah menolak usul menyingkir speaker (Sivakumar) dan melantik speaker baru yang dibawa oleh Zambry dan ADUN Sungai Rapat Hamidah Osman.

Walau apa pun, prosiding sidang DUN 30 Mac sukar diramal hala tujunya kerana Umno-BN akan memperalatkan pasukan polis untuk mengawal pintu masuk bangunan DUN bagi menghalang penyokong-penyokong daripada kedua-dua belah pihak dari menghampiri bangunan itu.

Bagi Umno-BN, mereka akan menggunakan apa sahaja cara sekali pun bagi mengekalkan kuasa di negeri yang suatu ketika dahulu kaya dengan bijih timah itu, walaupun dengan cara yang tidak sah, tidak demokratik, tidak berperaturan dan tidak berpelembagaan.

Ulasan GB

Politik Perak bakal bergolak lagi. Pada pandangan GB, Sivakumar tidak perlu lagi keluarkan sebarang notis. Apabila PR Perak telah memboikot sidang DUN yang dipanggil oleh Ganesan, maka biarkan saja dahulu ADUN-ADUN BN tersebut mengadakan sidangnya. Ia tidak membawa makna apa-apa jika benar semua DUN PR memboikotnya. Dunia mengetahui persidangan DUN itu tidak sah kerana speakernya adalah speaker yang tidak sah dan biar dunia mengutuk dan menghukumnya.

Dengan keluarnya notis Sivakumar, sekalipun di atas nama Speaker yang sah, ia memberi ruang untuk BN memanipulasi isu, dan untuk menimbulkan kekacauan baru yang kelak bakal pula dieksploitasikan sedemikian rupa oleh media pro-kerajaan bagi menggambarkan kononnya PR rakus kuasa.

Buat bertenang dahulu, perhatikan perjalanan mereka, lihat dan belajar rentak-tari mereka। Nanti di sana akan tampak ketempangan sidang DUN yang mereka adakan, tanpa suara rakyat sepenuhnya, sidang DUN itu tidak bererti apa-apa.

Ulasan 26MD

ana setuju dengan pandangan GB.


Buaya Kalau Sudah Terlalu Lapar Kawan Pun Dia Makan

Oleh Mohd Sayuti Omar

MEMANG tidak sepatutnya nama Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera dipermain-mainkan atau dipersendakan untuk apa juga tujuan. Apa lagi bagi mencapai matlamat politik peribadi ia sesuatu yang sungguh menyedihkan. Yang Dipertuan Agong adalah kemuncak kepada institusi pemerintahan negara ini. Institusi itu adalah lambang martabat dan maruah bangsa dan negara.

Manakala tentera pula adalah pasukan pertahanan keselamatan negara yang paling tinggi dan boleh dianggap merekalah penjaga nyawa sesebuah negara.

Jadi tidak moleklah kalau nama kedua institusi ini dipermainkan. Tidak kira sesiapa, baik pihak pembangkang atau pun pihak parti yang memerintah. Membabitkan nama Agung dan tentera dalam agenda politik sesuatu yang tidak patut. Agong adalah milik Malaysia dan begitu juga tentera adalah hak negara yang tidak boleh disalahmilikkan baik secara langsung atau tidak oleh sesiapa saja pada bila-bila masa jua.

Mereka tidak akan berpihak kepada mana-mana. Baik Agong atau tentera mereka akan melaksanakan tugas menurut perlembagaan dengan penuh keadilan. Keutamaan mereka ialah negara dan bukan memenuhi kepentingan politik bersifat peribadi. Bayangkan kalau mereka berpihak, negara ini akan hancur.

Selama ini belum kedengaran bahawa baik Agong (mana-mana Sultan yang menjadi Agong) berpihak kepada mana-mana pihak. Demikian juga dengan pasukan keselamatan khususnya tentera. Pasukan ini tidak pernah mencampuri urusan politik secara zahir melainkan di kalangan anggota (individu) yang dikerah dan dipaksa mengundi satu-satu parti.

Jadi apabila ada ahli parlimen mendakwa Anwar Ibrahim menggunakan nama Agong dan tentera ia satu tuduhan atau fitnah yang serius. Tuduhan itu perlu disiasat sewajarnya. Kalau didapati tuduhan itu benar, wajar kalau tindakan dikenakan. Sebaliknya kalau tuduhan itu hanya sebuah ilusi dan pemanis mulut saja di samping melepaskan geram kemarahan, ia adalah tindakan yang amat bodoh sekali yang layak disebut oleh mereka yang catat akal politik. Kenapa saya mengatakan bodoh kerana mencari modal yang tidak masuk akal.

Si penuduh itu perlu bertanggungjawab. Beliau kena sedar apa yang beliau ucapkan itu mengundang bahaya dan musibah. Ia memberi implikasi berbagai-bagai. Ia bukan boleh dianggap sebagai modal politik kedai kopi tetapi ia membabitkan maruah banyak pihak. Misalnya kalau tuduhan itu benar, kenapa Agong dan pihak tentera tidak bertindak ke atas Anwar. Mustahil kalau ada penjualan nama Agong dan tentera itu risikan mereka tidak mengetahuinya? Naif sangatlah mata telinga Yang Dipertuan Agong dan juga pasukan keselamatan. Kenapa tidak dilarang?

Secara peribadi dan menganggap seseorang ahli parlimen itu ada wibawa saya menerima dakwaan ahli parlimen berkenaan. Pendedahan yang dibuat itu boleh dianggap benar. Saya tidak fikir beliau berbohong dalam tempat sesuci dewan. Tetapi apa yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapakah ianya didedahkan selepas setahun? Kenapa tidak didedahkan sejak awal-awal lagi sebaik saja beliau mendapat maklumat propaganda itu?

Projek 16 September ialah pada 16 September 2008. Hari ini usianya sudah setahun lebih. Sudah setahun enam bulan. Satu tempoh yang cukup lama. Kucing yang baligh sudah melahirkan tiga kali anak. Kalau mengikut pendedahan penggunaan nama Agong dan tentera itu bermula sebaik projek itu hendak dilancar dan sampai ke klimeksnya. Saya ingin tanya kenapa ahli parlimen atau sekian orang yang tahu mengenainya kenapa tidak dilaporkan kepada polis?

Kenapa hari ini setelah ahli parlimen berkenaan mencuri simbol parti PKR untuk duduk dalam blok bebas di parlimen baru didedahkan? Baru rasa insaf dan baru rasa ada tanggungjawab kepada negarah? Apalah selama setahun lebih dahulu ahli parlimen berkenaan dipukau dan disihirkan agar jangan menceritakan kepada sesiapa. Begitukah?

Kalau seseorang ahli parlimen itu boleh dipukau begitu saja ia menunjukkan lemahnya daya fikir dan daya tindakan seseorang itu. Ataua apakah semasa projek itu dilancarkan dan nama Agong dan tentera itu dikaitkan ahli parlimen berkenaan juga bersetuju? Beliau juga mengharapkan pywar itu sebagai benar dengan harapan mudah-mudahan boleh tumpang hidup untuk semangkuk dua?

Di sinilah menampakkan bahawa pendedahan ke atas perkara yang mungkin benar itu menimbulkan persoalan. Bila ia menimbulkan persoalan maka jelas ada niat jahat yang berkesumat didalam hati ahli parlimen berkenaan. Sekiranya beliau ada tanggungjawab kepada Agong dan tentera sebagai ahli parlimen beliau tidak payah tunggu sampai permohonan untuk mendapatkan apa-apa projek dibatalkan baru hendak bertindak. Beliau seharusnya bertindak degera sebaik mendengarnya. Seorang patriotik tidak akan bertolak ansur dengan kepentingan diri lain tetapi dia akan mengutamakan maruah bangsa dan negaranya.

Saya yakin kalau segala-gala beres, ahli parlimen itu tidak akan keluar parti dan mendedahkan apa yang didakwa itu. Beliau akan kekal di dalam PKR sehinggalah bahan bekalan habis. Ahli parlimen sebegini tidak ubah seperti buaya yang bertapa dalam jelumun selagi makanannya ada dan cukup. Buaya ini akan keluar bila makanannya sudah habis atau berkurangan. Selalunya buaya yang lapar akan membaham apa saja termasuk bangai biawak cabuk. Kalau terlalu lapar buaya juga tergamak memakan rakan-rakannya sendiri.

Hendaknya rakyat dapat membuat analisa mengenai perkara ini sebaik-baiknya. Kita bukan mahu sekongkol dengan kebejatan dan pengkhianat negara tetapi kita juga harus hati-hati kepada pada desperado yang akan melakukan apa saja untuk memastikan jamban mereka berfungsi. Jadi kalau kita bertindak dan percaya atas kata-kata mereka yang suka 'menjamu' jambannya alangkah kita juga dangkal sama sepertinya

Promosi Anda Bayar RM100 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL bagi anda lebih Setengah Juta Cover

Zul Noordin, kita ikut konvensyen mana?

Oleh Zukri Aksah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti! Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.

Zul Noordin selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang. Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen. Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel.

Sesuai dengan Sidang Dewan Rakyat ke-12 penggal ketiga yang baru bermula dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, moleklah rasanya saya berusaha mencerahkan sedikit pemikiran pembaca dengan isu berkaitan demokrasi berparlimen di negara kita ini.

Ketua Pembangkang Parlimen

Saya sedar tentang wujudnya konvensyen ini, iaitu mengikut kebiasaannya, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen disandang oleh pemimpin dari parti terbesar dari kalangan parti-parti yang bukan dalam kerajaan. Tetapi saya amat-amat berharap supaya Zul Noordin tidak menyalahguna ilmu undang-undangnya untuk menyatakan sebahagian dari kebenaran, sedang pada masa yang sama menyorokkan pula sebahagian darinya. Janganlah biarkan kebencian politik saudara sampai memusnahkan terus intelektualiti yang kita ada.

Bukankah kenyataan tentang konvensyen dalam perlantikan Ketua Pembangkang itu ada sambungannya, bukan setakat itu sahaja? Bukankah berdasarkan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen mengikut gaya Westminster ini juga, Ketua Pembangkang selalunya adalah pemimpin yang dilihat sebagai Perdana Menteri alternatif kepada pemegang jawatan sedia-ada, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dikenal sebagai kabinet bayangan? Saudara sendiri semasa dalam PKR pernah mendokong citra Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, bukan? Apakah saudara merasa Haji Hadi atau Lim Kit Siang boleh menggantikan tempatnya?

Kalaupun Zul Noordin merasa boleh, jika kalangan pimpinan PAS dan DAP masih menerima ketokohan Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dinamakan sebagai kabinet bayangan itu, maka mereka pun mengikut konvensyen.

Masalahnya, selaku pengamal undang-undang, ada soalan yang Zul Noordin perlu jawab, sebenarnya konvensyen mana yang kita ikut? Sebab konvensyen yang disebutnya ini tidak pula diikuti bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dalam kes MB lawan MB, Nizar Jamaluddin lawan Zambry Kadir.

Kes MB kembar Perak

Mengikut konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, usul undi tidak percaya hanya boleh berlaku di dalam Dewan, tidak boleh di mana-mana tempat lain, wa’ima di dalam istana sekalipun. Hakim yang membaca teks penghakiman dalam kes MB lawan MB ini ternyata melanggar konvensyen bila mana mengesahkan kedudukan Zambry dengan alasan bahawa tiada peruntukan usul undi tidak percaya dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Memang ia tiada kerana ia berdasarkan konvensyen (kebiasaan)!

Hakim ketika itu membuat keputusan dengan mengenepikan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, tetapi mengikut perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol. Mengapa Zul Noordin waktu itu tidak pula sibuk-sibuk mahu mencari populariti, menggunakan latar belakang undang-undangnya bercakap tentang konvensyen? Jangan jadi munafik ketika berkopiah dan bercakap berjela-jela tentang Islam. Sebagai seorang profesional, jangan saudara Zul merendahkan diri saudara setaraf Ibrahim Ali, hanya kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

Saya tidak mengatakan Zul Noordin salah, tetapi saya mengatakannya tidak berapa betul. Tambah lagi, berdasarkan kata-kata dan tindakannya sebelum dia dipecat dari PKR, Zul Noordin juga ternyata seorang yang tidak mengikut konvensyen (kebiasaan). Bagaimana pandangan seorang yang ternyata melanggar konvensyen (kebiasaan) boleh menjadi kredibel bila bercakap tentang konvensyen (kebiasaan)?

Lembaga Disiplin Parti

Kepada Zul Noordin, ingin saya mengingatkan bahawa bukanlah satu konvensyen (kebiasaan) untuk seorang ahli parti (ketika saudara masih menjadi ahli PKR) untuk bertindak tidak mengiktiraf Majlis Pimpinan Parti sendiri bila saudara mempertikaikan pilihan Majlis Pimpinan Parti saudara dalam melantik anggota lembaga disiplin parti yang membicarakan kes saudara, seterusnya tidak mengiktiraf pula lembaga disiplin yang dilantik itu. Bukanlah juga satu konvensyen (kebiasaan) mana-mana parti politik sekalipun, ahli yang dihadapkan ke lembaga disiplin pula yang punya kuasa untuk memilih keanggotaan lembaga disiplin tersebut. Konvensyen mana yang saudara pakai?

Ingatan saya lagi buat Zul Noordin, jangan salah langkah dalam usaha saudara untuk memotretkan diri saudara sebagai pejuang Islam di khalayak politik Malaysia. Saudara mahu menjadi hero Islam di negara ini dengan bersuara lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Adalah satu konvensyen (kebiasaan) juga, Islam di era Nabi Muhammad s.a.w, orang bukan Islam dibenar untuk menggunakan kalimah Allah. Habis, saudara mahu menjadi hero Islam menggunakan konvensyen Islam yang mana? Konvensyen Islam Nabi Muhammad s.a.w atau konvensyen Islam Umno?

Saya menulis tentang ini bukan kerana saya ahli PKR, bukan kerana saya memuja Anwar, kerana saya bukan kedua-duanya! Zul Noordin pun tahu tentang ini. Jika mahu bercakap tentang demokrasi, seseorang itu mestilah dilihat hidup berlandaskan demokrasi, jika mahu bercakap tentang iman, seseorang itu mestilah hidup didasari iman. Lalu, jika mahu bercakap soal konvensyen (kebiasaan), maka kita mestilah pula dilihat sebagai orang yang sentiasa patuh dan akur kepada konvensyen (kebiasaan). Zul Noordin patuh kepada konvensyen mana? Konvensyen berperlembagaan, konvensyen Islam, konvensyen Pakatan, atau konvensyen Barisan, atau bukan kesemuanya? Atau bercelaru sampai gagal ditentukan?

Mentang-mentanglah Zul Noordin sekarang ini sudah menjadi Ahli Parlimen bebas, katanya akan wujud blok bebas di Parlimen sebagai kuasa ketiga dan konon khabarnya akan diketuai oleh Ibrahim Ali, maka Zul Noordin si peguam pun turut sama terheret menjadi seperti Ibrahim Ali? Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditegur…

*Zukri Aksah ialah bekas aktivis keADILan (PKN - PKR), pernah terpilih sebagai Exco AMK selama dua penggal. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007, kini sebagai kolumnis Harakahdaily.

Promosi Anda Bayar RM100 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL bagi anda lebih Setengah Juta Cover

PUISI: KALUT

(Satira dalam karya sastera)

Sahut-sahutan,
kokok ayam jantan,
mencari taji,
mahu kuat panji,
sebagai tanda gahnya.

Bebulu mula gugur,
tampak kudis di celah kepak,
sayap tidak berdaya,
mengharung lawan,
dalam gelanggang.

Buntut mentahi,
tuan nak buat sup,
sudah tidak selera,
ayam Jantan jadi kalut,
mahu terjun ke laut,
tidak tahu berenang,
mahu terbang di awan,
sayap kepayahan,
di mana nak bertaut?,
kawan taulan sudah renggang.

Hanya mampu melutut,
ampunkan saya tuan,
saya akan patuh arahan tuan,
tapi dengan syarat,
jangan paksa saya bertarung,
kerana kudis belum terubat,
jangan dosa terus disumbat,
mahu segera bertaubat,
supaya nama sentiasa terpahat,
kokok Jantan banyak minat,
walau bukan jadi taruhan,
dalam gelanggang yang keparat.


Saya tidak suka judi,
judi itu musnah kendiri,
takut nanti merana diri,
diri sendiri yang akan rugi.


Hasil karya,
IBRAHIM TABIR (Kunakpress)

IBU RAYU PENEMPATAN PAKAR TULANG DI LAHAD DATU

REKOD.... Rosni bersama anak perempuannya menunjukkan rekod perubatan anak lelakinya yang terpaksa mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan kerana Hospital Lahad Datu tidak mempunyai pakar tulang.

Oleh: SURIATI MAHMUD

SEORANG ibu, Rosni Sahibal, 30, merayu agar Kementerian Kesihatan menempatkan Pakar Tulang ke Hospital Lahad Datu kerana beliau dan suami terpaksa berulang alih ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk mendapatkan rawatan untuk anaknya.

“Saya dan suami tidak mampu berulang alik membawa anak saya ke Sandakan kerana gaji suami saya sebagai Pengawal Keselamatan terlalu rendah, apatah lagi saya penerima bantuan kebajikan am,” ujar Rosni ketika ditemui di Taman Warisan 1 setelah membuat aduan melalui surat ke Sabahkini.net.

Menurut Rosni, anak lelakinya, Mohammad Sharul Anuar, 8, mengalami kecederaan serius patah tangan ketika terjatuh dan memerlukan rawatan susulan kerana tangan tersebut tidak dapat digunakan langsung sehingga kini.

“Tambang ke Sandakan RM35, tidak termasuk makan minum kami di hospital untuk menjaga anak saya. Kalau di Hospital Lahad Datu, kami mampu menjaga beliau dengan baik,” rayu Rosni yang terpaksa menumpang di rumah ibu mertuanya kerana suaminya belum mampu membeli rumah.

Kata Rosni, suaminya, Abdul Kahar Bin Mapiara, yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kelab Sukan Teluk Darvel berpendapatan sebanyak RM800 sebulan tidak mampu untuk menyara tujuh orang anak mereka sehingga beliau terpaksa memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan diluluskan dengan kadar RM450 sebulan.

Sehubungan itu, kata Rosni, adalah amat wajar, jika kerajaan menempatkan seorang doktor pakar tulang bagi memberikan perkhidmatan kepada anaknya dan lebih 200 penderita sakit tulang di Lahad Datu। Sumber

Pengusiran Kongres SMM adalah penghinaan!

Sumber
Adik-adik, umat mahasiswa yang dikasihi,

Saya baru balik dari Pesta Buku, lalu singgah di sebuah restoren Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru kerana mahu melepaskan ikatan dahaga dan menendang keluar kelaparan daripada kejang perut.


Jalan Raja Abdullah ini, dahulunya dikenali sebagai Jalan Hale adalah tempat berpuaka yang menyaksikan lebatnya pertumpahan darah dan sengketa merah antara Melayu - Cina ketika peristiwa 13 Mei.

Ya, selesai makan-makan di sini, saya menggodam komputer bimbit lalu tercium berita yang menyatakan bahawa tempat kongres kalian telah dipindahkan.

Sejak semalam, ketika meneliti berita itu di Facebook, saya terpinga-pinga, termenung agak lama.

Berita berhubung kongres ini, telah saya ketahui sejak Hilman hadir dalam acara Sesar di bilik mesyuarat Harakah.

"Kita nak buat Kongres Mahasiswa Nasional, 20 Mac ni, nak himpunkan mahasiswa, bincang semula hala tuju kita.

"Mungkin nak buat kabinet mahasiswa seluruh negara. Kita tengok semangat makin perlahan, kena ada 'event', baru timbul balik semangat itu," kata beliau.

Sebetulnya, saya mahu menulis berita itu ketika itu juga, tapi hajat itu saya tunda. Entah kenapa. Saya banyak bertindak mengikut suara hati dalam keadaan tertentu.

Tapi, itulah kali pertama saya mendengar hal kongres ini akan diadakan. Saya andaikan, mungkin saya antara pengamal media yang mendengar kongres ini dibuat.

Kali kedua, saya mendapat tahu mengenainya, apabila menghadiri program anjuran Sepakat di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Kali ini, saya bertemu rakan lama; Shazeera namanya. Dahulunya, dia pencetus Isrec, sebuah pertubuhan anak muda yang berjuang untuk pembebasan kes ISA7.

Saya tidak tahu apa terjadi lepada Isrec selepas itu.

Tapi, daripada Shazeera, seorang anak muda lulusan ijazah guaman Universiti Malaya itulah, saya terdengar untuk kali kedua bahawa kalian sedang bergerak untuk menjadikan kongres SMM itu suatu kenyataan.

"Saya bantu mereka sikit-sikit dalam menguruskan kongres itu," kata beliau yang kini sedang mengendalikan sebuah syarikat atau NGO.

Untuk Perubahan atau United People agaknya nama pertubuhan itu. Saya pun tidak terfikir nak tanya, apa dah jadi dengan Isrec itu?

Dan, kali ketiga, ialah ketiga bertemu Hilman, Shazni dan Ridhuan di cafeteria Akademi Pengajian Islam pada suatu petang.

Agak mengejutkan kerana, tiada seorang pun pengamal media dan wartawan yang hadir ke sidang media itu!

Cuma saya satu-satunya yang hadir, itu pun agak lewat. Namun, yang menariknya hari itu, saya mendengar syor yang menarik!

Saudara sudah mahu mementaskan teater pergerakan mahasiswa rupa-rupanya! Bagus dan tahniah! Ini suatu perkembangan.

Lalu, saya teringatkan saudara Ahmad Lutfi yang pernah dihubungi Erma Fatima sebelum ini. Ringkas cerita, saya hubungi beliau seketika itu juga selepas mendapatkan nombor itu.

Saya memang suka kalau saudara semua dapat susun suatu acara baharu, supaya tidak dilihat pergerakan kita ini cuma demonstrasi semata-mata. Kita mesti bergerak di bidang kebudayaan, bidang kewartawanan, lapangan penulisan dan lain-lain lagi.

Tapi, rupa-rupanya, sutradara teater Natrah itu sibuk. Dia mahu ke Mekah ketika saya memohon peruntukan agar saudara dapat bertemu dengannya.

"Erma balik 19 Mac, bulan 7 ada pementasan teater lagi di Istana Budaya," katanya.

"Teater bulan 7 dah ada tajuk ke puan," tanya saya lagi.

"Belum ada tajuknya lagi, tengah fikir..."

Selang beberapa hari, baru saya ketahui bahawa beliau ke Mekah kerana kebetulan meraikan perkahwinan adik beliau di Mekah. Barulah saya faham letak duduk hal itu.

Kalau tak ada harapan di Istana Budaya, kita ada orang kuat Paksi; Dinsman yang mungkin boleh membantu.

Saya difahamkan, dengan kedudukan beliau sebagai Karyawan Tamu di UUM itu, dia diminta mementaskan 2 teater dan mengarang sebuah buku teater.

Apakah salah satu teater itu boleh dikembangkan sebagai kisah perjuangan mahasiswa, hal itu tidak saya tahu. Namun, kita mesti terus mencuba.

MAAF KERANA TAK HADIR

Ya, buat pertamanya, dalam sidang 'Pengakuan Kaab' ini, biarlah saya minta maaf terlebih dahulu kerana tidak hadir di dalam kongres anjuran saudara itu.

Padahal, ketika saudara datang membuat sidang media berhubung kongres tersebut, tiada satu pun wakil media yang datang kecuali saya.

Ya, jika dihitung-hitung, sudah tiga kali kongres itu sudah diteriakkan di gegendang telinga saya. Saya sudah pun maklum dengan kehendak saudara itu.

Bagaimanapun, telah saya kirimkan seorang wartawan lain kerana nampaknya dia berminat memburu kisah-kisah saudara. Dalam hubungan ini, sila beri kerjasama kepada beliau, apatah lagi, dia adalah lulusan UM, iaitu tempat di mana kampus saudara sendiri.

Saya pula mahu menggali kisah-kisah di Gapena hari ini, tapi, jiwa saya nampaknya lebih cenderung membuat liputan mengenai Kamus Cam - Melayu di Pesta Buku di PDDP hari ini.

Maka, kami berpecah. Wartawan saya itu ke sana dan saya pula ke sini. Kami sangat kurang tenaga kerja dan tidak sempat memburu dan tak sempat membuat liputan ke semua tempat lapangan.

PENGUSIRAN ADALAH PENGHINAAN

Dan, malam ini, saat bebola mata masih terpaku ke atas laporan Facebook, saya dapat memahami bagaimana perasaan orang-orang yang terusir, berpindah-randah mencari tempat perlindungan, mencari tempat melabuh pemikiran.

Kalian mencari tempat yang baik untuk melabuhkan tirai u***** fikiran dan perbincangan. Kalian telah memintanya secara baik, tapi entah jenis kuasa semacam apa yang sanggup menutup ruang debat ini.

Kalian telah dihambat, diusir keluar daripada kolej-kolej kediaman seperti dihambat keluar dari daerah kampung halaman sendiri.

Inilah antara nasib yang menimpa orang-orang terdahulu yang berjuang membela agama. Saya pernah diusir, beg digeledah polis dan kamera dipegang polis, seolah-olah kita ini penjenayah. Ya, mereka melayan kita bagai penjenayah!

Rasa sungguh terhina dan azab sekali kerana terpaksa menunduk, menyembah kebodohan dan kesombongan orang lain.

Semoga geram di hati kalian ini akan menjadi garam benih-benih yang mencambahkan tunas-tunas dendam berpanjangan. Bersikap redho dan putus asa ke atas kejadian ini, saya haramkan.

Ya, jangan sesekali kalian melupakan peristiwa hitam ini. Walau Islam tak haramkan, tapi saya haramkan!

Sekali lagi saya tegaskan, pengusiran adalah salah satu bentuk penghinaan. Jangan sesekali anda memaafkan. Saya haramkan saudara memaafkan orang-orang yang menghina saudara ini.

Rasulullah bersabda, tiada lagi hijrah selepas ini. Maka, sepatutnya tiada lagi pengusiran selepas ini, kerana hal pengusiran ini adalah suatu simbol kepada penghinaan.

Saya tunda dahulu isi surat ini, dan kita bertemu semula pada waktu bila-bila yang ditentukan Tuhan.

Ada banyak hal, kisah-kisah yang bersifat sejarah yang sepatutnya saya tuliskan lagi kepada saudara. Tetapi, biarlah saya tunda nota kuliah ini ke suatu masa lain pula.

Nota kuliah ini tampallah di papan kenyataan kampus, di tandas-tandas kampus supaya, sambil melengung dan termenung di tandas itu, boleh juga siswa itu mencerap segala buah fikiran yang terkandung dalam catatan ini.

11:45 malam, 20 Mac, 2010
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Nota: Sambil minum-minum di sebuah restoren di Jalan Raja Abdullah, Kg Baru di sini, saya terfikir juga jika anda boleh usahakan kempen untuk mewujudkan pilihan raya untuk memilih NC, TNC (khasnya HEP) dan Dekan Fakulti.

Promosi Anda Bayar RM100 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL bagi anda lebih Setengah Juta Cover

Umno-BN Sorok Perjanjian Royalti Minyak Nak Tipu Rakyat

Bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian royalti minyak yang dibuat antara Petronas dengan Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata langkah ini perlu bagi menerangkan kepada rakyat kedudukan sebenarnya berhubung isu tuntutan royalti minyak yang dibuat oleh Terengganu sejak 2001 dan terakhir oleh kerajaan negeri Kelantan.

“Tuan-tuan pernah lihat ke perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu. Jadi, mereka boleh buat sesuka hati.

"Bayangkan bagaimana pemimpin kita sanggup berbohong sehingga menggunakan peguam-peguam kelas 'C' semata-mata kerana mereka tidak mahu rakyat tahu hal yang sebenar," kata beliau pada

Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tambah Zaid perjanjian royalti minyak itu juga menetapkan kerajaan persekutuan layak memperoleh hanya lima peratus sahaja daripada jumlah pengeluaran minyak disesebuah negeri.

“Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (sebagaimana yang dipertikai kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen.

"Yang ini dia tak bagi tahu rakyat. Niat asal Petronas ialah supaya duit itu disimpan oleh Petronas dan dilaburkan untuk kepentingan generasi akan datang," katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru anak-anak muda membuat daftar pemilih dengan segera dan mengundi sebelum kerajaan persekutuan memutuskan untuk memansuhkan pilihan raya.

"Tak lama lagi pilihan raya mungkin akan dimansuhkan. Tetapi kerana BN yakin dia boleh menang sebab itu dia tak mansuhkan lagi. Hanya dengan kuasa dua hingga tiga juta pengundi baru insyaAllah kita akan berjaya dan mustahil pemimpin yang menipu ini masih boleh bertahan," tegas beliau lagi.

Menurut Zaid isu tuntutan royalti minyak Terengganu/Kelantan adalah antara contoh pembohongan pemimpin Umno-BN kepada rakyat yang dianggap beliau sebagai budaya politik kotor yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi Bumiputera khususnya.

Pada persidangan itu Zaid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kepimpinan Abad Ke-21'

Beliau berkata seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang boleh memberi keuntungan serta sumbangan kepada perkembangan tamadun selain berani dan sanggup berkorban apa sahaja secara telus dan bukannya meneruskan penipuan sepertimana yang dilakukan pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Kenapa SPRM Tak Dakwa Fairus?

Ahli Exco Angkatan Muda KEADILAN Pusat Amizuddin Ahmat mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang menutup siasatan kes rasuah terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin walhal agensi itu sebelum ini mengakui terdapat asas untuk meneruskan kes tersebut.

"Adakah kerana antara pemimpin yang dimaksudkan sudah berhenti memegang jawatan dan masuk Umno, kes ini lalu terhenti dan ditutup?

"Adakah kes ini akan dikatakan tidak cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan hanya kerana yang terlibat sudah melompat parti?" tanya Amizuddin.

Semalam SPRM Pulau Pinang memanggil Amizuddin yang juga Ketua AMK Kepala Batas berhubung surat yang dihantar kepada Pengarahnya Datuk Latifah Md Yatim.

Surat tersebut bertanyakan mengenai status siasatan penyelewengan kes kuari di negeri itu yang membabitkan bekas Mohammad Fairus.

Amizuddin merupakan pemberi maklumat dan pernah dipanggil SPRM untuk memberikan bukti berkenaan kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu.

Pada 27 Februari 2009 beliau mendedahkan penyelewengan dua pemimpin KEADILAN negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.

Beliau yang ketika itu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akaun peribadi mereka.

Ketika dihubungi Suara Keadilan Amizuddin berkata beliau ke kompleks SPRM Pulau Pinang dengan ditemani Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin dan Ketua AMK Pulau Pinang Amir Ghazali.

SPRM dalam responnya kepada Amizuddin berkata siasatan di peringkat SPRM Pulau Pinang telah selesai dan kes itu telah dirujuk kepada ibu pejabat di Putrajaya.

Menurut Amizuddin, Latifah memberitahu beliau kes berkenaan bukan lagi di bawah bidang kuasa SPRM Pulau Pinang.

"Beliau kata kes itu bukan bidang bawah kuasanya lagi kerana kes itu telah diserahkan kepada SPRM Putrajaya. Jika mereka kata siasat, akan siasat, jika kata tutup (kes itu) maka tutup," ujarnya.

Amizuddin berkata Latifah berjanji untuk memberikan jawapan bertulis berhubung isu yang dibangkitkan dalam surat beliau dalam tempoh dua minggu.

Suara Keadilan sebelum ini menyiarkan kenyataan Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno mengesahkan persepsi rakyat bahawa wujud kompromi di antara beliau dan SPRM supaya tidak meneruskan pendakwaan ke atasnya.

Ini terbukti apabila beliau menyertai Umno hanya dua minggu selepas pengumuman SPRM dibuat.

Pada 12 Februari lalu SPRM telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes rasuah Mohammad Fairus.



Kerajaan Harus Ambil Iktibar Dari Bantahan Dunia

Kerajaan diminta mengambil iktibar dari bantahan Ahli-Ahli Parlimen United Kingdom mendesak Umno-BN menghentikan penderaan politik terhadap pembangkang.

Pelbagai pihak berpandangan bahawa maruah negara dan rakyat Malaysia telah diperjudikan di mata dunia oleh pemimpin-pemimpin politik yang menghalalkan apa sahaja cara demi kepentingan politik sempit.

Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia mengulangi gesaan masyarakat antarabangsa mendesak Umno-BN untuk tidak memperkudakan aparatus kerajaan untuk menghancurkan seteru politik mereka.

Penyelaras Suaram, E Nalini berkata pihaknya telah melihat dan menerima pelbagai aduan berhubung salahguna kuasa pemerintah yang menghalang pembangkang dari merapati masyarakat.

"Ceramah-ceramah yang dianjurkan pembangkang, misalnya yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, selalu dihentikan oleh polis. Polis adalah di bawah institusi kerajaan. Mereka menerima arahan daripada IGP dan ini menunjukkan memang ada diskriminasi kepada pembangkang," jelas beliau.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Tian Chua dan Nurul Izzah dipanggil ke Balai Polis Petaling untuk diambil keterangan berhubung ceramah mereka di Taman Seri Sentosa. Mereka dipanggil atas alasan melanggar syarat permit dan menyentuh isu perkauman.

Pada malam 8 Mac lepas, program memperingati Kemenangan Dua Tahun Pakatan Rakyat terhalang selepas Unit Simpanan Persekutuan merempuh masuk premis Kelab Sultan Sulaiman dan menyerbu pentas yang menempatkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Modus operandi seperti ini tidak terhenti di lapangan, bahkan terlanjur sehingga ke Dewan Rakyat.

"Di Parlimen juga kita boleh nampak sebarang resolusi yang dibawa oleh pembangkang selalunya akan ditolak. Walaupun resolusi yang dibawa bermanfaat kepada rakyat tetapi akan ditolak atas alasan tidak ada masa," kata Nalini.



TAJA BROKER KERANA RAKYAT TOLAK UMNO

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

UMNO/BN hari ini cukup gembira dengan perkembangan semasa politik pembangkang. Kepimpinan UMNO/BN dengan bangganya mewar-warkan dan mendabik dada kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami zaman kejatuhan berikutan tiga YB PR keluar dari Pakatan Rakyat.

Hakikat yang sebenar, UMNO/BN sendiri yang mengalami zaman kemerosotan di mana UMNO/BN telah mula kehilangan pengaruh dan kepercayaan dari rakyat Malaysia. Maka kerana itulah UMNO/BN amat ‘phobia’ dan ‘trauma’ dengan pilihanraya kecil. Masakan tidak dari beberapa siri pilihanraya yang telah diadakan, mereka hanya bertahan di dua kerusi sahaja. (Itu pun kerusi UMNO/BN sendiri).

Malah satu kerusi kuat UMNO di Kuala Terengganu tumbang ke tangan PAS. Setiap pilihanraya kecil yang lain kemenangan pasti berpihak kepada Pakatan Rakyat. Itu menandakan pengaruh mereka kepada rakyat mula pudar dan layu bak pakis layu tersiram dek air panas.

Kalau UMNO/BN tidak trauma kepada Pakatan Rakyat, mengapa tidak diadakan sampai sekarang pilihanraya kecil Kota Siputeh di Kedah setelah keputusan mahkamah menyatakan kerusi itu harus di kosongkan? Jawabnya mesti "Mahkamah Rayuan belum bersidang" atau takut kalah maka mahkamah "di arah jangan bersidang?"

Kalau UMNO/BN cukup kuat dan punya pengaruh, mengapa kes ‘rompakan’ negeri Perak tidak diserahkan pada kuasa undi rakyat? Bubarlah dan biarkan rakyat yang menentukan mandate baru untuk negeri Perak? Ini tidak, melalui mahkahmah. Rakyat Malaysia amat maklum sistem keadilan negara ini yang dibayar gaji mereka oleh Kerajaan UMNO/BN. Jawabnya "kerana terpaksa?"

UMNO/BN akan lebih TRAUMA dan PHOBIA lagi bila tiba musim Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal diadakan dalam tempoh 2 1/2 tahun akan datang. Maka untuk menangani masalah phobia, trauma dan mimpi-mimpi ngeri yang sering melanda lena kepimpinan UMNO/BN, maka kerana itulah mereka mula menyusun atur strategi kemusnahan kepada Pakatan Rakyat. Menerusi Broker Salahuddin.

UMNO/BN amat maklum akan suatu perkara yang amat pasti. Mereka kini kehilangan kepercayaan dari rakyat. Banyak perkara yang mengesahkan cerita ini. Apakah anda masih ingat kejadian undi Bajet Negara yang di bentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru itu?

Kelebihan undi yang hanya beberapa undi sahaja begitu memeranjatkan kepimpinan Barisan Nasional. Kalaulah lebih ramai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hadir pada hari itu, pasti undi pembangkang akan melebihi undi BN, apa jadi? Bukankah perlunya Kerajaan dibubarkan dan pemilihan harus dibuat semula? Apa akan jadi sekiranya ini berlaku? Betapa alerginya UMNO dengan "anak cacatnya BN" untuk menghadapi rakyat dalam PRU nanti.

Oleh yang demikian, untuk memastikan tampuk kerajaan masih lagi dalam genggaman UMNO/BN, maka dianjurkan satu misi ‘massive destructions’ kepada Pakatan Rakyat. Maka timbullah kes fitnah kedua, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kes rasuah ‘kepala lembu’ pada kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, kes bakar gereja dan surau, kes kalimah Allah serta berbagai-bagai lagi ‘drama’ ciptaan UMNO/BN.

Semua ini direka-cipta demi untuk memusnahkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Semua ini dilaksanakan demi untuk menutup segala kepincangan dan penyelewengan pentadbiran yang UMNO/BN telah lakukan selama mereka memerintah.

UMNO/BN cuba tutupkan salahlaku kepimpinan mereka. Tetapi kebenaran pasti terserlah. Satu-satu pembohongan mereka terhidu oleh rakyat Malaysia. Demi untuk di lihat mulia, mereka sanggup membayar orang-orang bawahan untuk jadi kambing hitam demi menutupi salah mereka.

Tidak cukup dengan itu, banyak kes-kes ‘luarbiasa’ kedengaran dan terserlah di mata rakyat. Kes pembunuhan Altantuya, kes kehilangan enjin jet tentera, kes kapal selam yang tidak dapat menyelam, kes misteri kematian Teoh Beng Hock dan macam-macam lagi untuk disenaraikan dalam PRU13 nanti.

Bukan menuduh, tapi dua perkara yang benar-benar menjadi kemusykilan, bagaimana bahan letupan C4 senang-senang di bawa keluar dari simpanan UTK? Kenapa dan mengapa wanita Mongolia itu harus dibunuh sebegitu kejam dan menggunakan bom yang hanya boleh diperolehi di Unit Tindakan Khas, dan siapakah yang berikan kebenaran mengeluarkan bom tersebut? Semua misteri ini belum terjawab.

Keduanya, kes kehilangan enjin jet tentera. Percayakah seorang yang berpangkat sarjan yang punya angkara? Besar juga kuasa seorang sarjan untuk melepasi system keselamatan pihak tentera? Pokoknya, kes-kes sebeginilah yang menyebabkan rakyat Malaysia sudah mulai bosan dengan lakonan spastik UMNO/BN.

Terkini, misi terbaru UMNO/BN. Misi memujuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. "Mesti ada senyuman yang semanis guna." Untuk menjayakan misi ini, UMNO/BN telah merekrut "Broker terkenal dari pejabat PKR dalam pelbagai bentuk fizikal. Bekas calon PAS yang ‘pendek-pendek tegap’ dan terbaru, dari PKR hitam-hitam bulat 'imbas muka serupa beruk hitam jahat'. Hebat bukan?

Maka dua broker ini memulakan kerja-kerja merisik dan ‘meminang’ wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan menawarkan suatu imbuhan yang ‘makan tak habislah’. Oleh kerana itulah, maka satu persatu wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang gelap mata dan hati apabila melihatkan imbuhan lumayan terhidang depan mata, membelakangkan amanat pengundi yang mereka perolehi atas tiket PKR dan Pakatan Rakyat.

Petualang-petualang parti ini tidak sedar yang menaikkan mereka sehingga mereka bergelar Yang Berhormat ini adalah PKR yang kini menjadi musuh kepada mereka. Petualang-petualang ini lupa masa mereka sibuk berkempen semasa pilihanraya, SIAPA yang bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan UMNO/BN? Tepuk dada tanya selera!

Perlakuan Zahrain di persidangan dewan rakyat semalam amat tidak professional. Tuduhan beliau lebih berpihak kepada ‘hearsay evidence.’ Kita semua maklum Speaker memang dengan niat membiarkan Zahrain menempelak Dato’ Seri Anwar. Rakyat juga tidak lupa dan alpa bahawa gaji dan elaun mereka di bayar oleh Kerajaan UMNO/BN. Itu kami amat maklum.

Pada petualang Zahrain dan semua petualang-petualang Pakatan Rakyat, kalau anda rasa diri anda sudah terlalu kuat dan hebat, kosongkanlah kerusi yang anda sandang। Kita minta mandat baru dari rakyat di kawasan masing-masing. Kita lihat pengundi-pengundi yang pernah mengundi mereka atas tiket PKR, mahukah lagi memilih mereka sekali lagi? Beranikah anda?Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111