
REKOD.... Rosni bersama anak perempuannya menunjukkan rekod perubatan anak lelakinya yang terpaksa mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan kerana Hospital Lahad Datu tidak mempunyai pakar tulang.
Oleh: SURIATI MAHMUD
SEORANG ibu, Rosni Sahibal, 30, merayu agar Kementerian Kesihatan menempatkan Pakar Tulang ke Hospital Lahad Datu kerana beliau dan suami terpaksa berulang alih ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk mendapatkan rawatan untuk anaknya.
“Saya dan suami tidak mampu berulang alik membawa anak saya ke Sandakan kerana gaji suami saya sebagai Pengawal Keselamatan terlalu rendah, apatah lagi saya penerima bantuan kebajikan am,” ujar Rosni ketika ditemui di Taman Warisan 1 setelah membuat aduan melalui surat ke Sabahkini.net.
Menurut Rosni, anak lelakinya, Mohammad Sharul Anuar, 8, mengalami kecederaan serius patah tangan ketika terjatuh dan memerlukan rawatan susulan kerana tangan tersebut tidak dapat digunakan langsung sehingga kini.
“Tambang ke Sandakan RM35, tidak termasuk makan minum kami di hospital untuk menjaga anak saya. Kalau di Hospital Lahad Datu, kami mampu menjaga beliau dengan baik,” rayu Rosni yang terpaksa menumpang di rumah ibu mertuanya kerana suaminya belum mampu membeli rumah.
Kata Rosni, suaminya, Abdul Kahar Bin Mapiara, yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kelab Sukan Teluk Darvel berpendapatan sebanyak RM800 sebulan tidak mampu untuk menyara tujuh orang anak mereka sehingga beliau terpaksa memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan diluluskan dengan kadar RM450 sebulan.
Sehubungan itu, kata Rosni, adalah amat wajar, jika kerajaan menempatkan seorang doktor pakar tulang bagi memberikan perkhidmatan kepada anaknya dan lebih 200 penderita sakit tulang di Lahad Datu। Sumber
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274


No comments:
Post a Comment