" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, April 18, 2010

P094 - Catatan Foto 17 April, Hulu S'gor

Sebahagian gambar yang sempat di upload hasil lensa anaksengat yang berkeliaran sepanjang Hari Penaman Calon di P094 untuk perkongsian dan penilaian bersama. Angkara kepenatan terperangkap dalam kesesakan jalanraya bersama wak albanjari dan dua rakan lain, hari ni baru dapat kongsi gambar... banyak lagi..tapi tak larat nak tunggu untuk upload.

Daftar nama kalau nak duit.... Tengok baju kuning yang duduk kat tiang tu...

Macam samseng je.... takutnyaaaaa

Penyokong PR memenuhi bukit sementara BN di bawahnya di kawal polis

Pijak katak adikkkk

Seorang penyokong BN yang hampir pengsan setelah di arak oleh penyokong.

Air BN di simbah sebagai air penawar kepada penyokong, tak tau le ade jampi ke tak.,

Tarian gelek... puteri... bekas SU dah jadi bini Isa...aksi terbaru cari suami ker ni?

Budak baju hitam ala samseng... siapa tuan mereka gambar di bawah nanti akan buktikan

Makcik dah letihhhhh duit dapat ke???? sokong india pun tak pe asal dapat duit...makcik ni orang susah....!

Semangatnye... atas pokok pun jadi??? dah ramai sangat bang tak nampakkk

Polis yang memisahkan

Tok batin pun seronok sokong PR

Cikgu Bard jadi sasaran kerana pakai baju Tantuya.... tantuya tu hantu... ada orang takuttt

Abang uje.... masanya menyokong kawan plak...ADUN Manek Urai..setiakawan

Sebahagian Lautan manusia. Gambar tak mampu menipu.... kirele sendiri..tu sebahagian yang dapat digambarkan...

Siapa samseng motor ni?? tadi kat tempat MIC BN... buat bising dengan membunyikan hon melalui jalan penyokong PR berjalan balik


Menunggu arahan ...dari siapa?? siapa tuannya???


Akhirnya hanya manusia bersongkok tinggi itu yang kelihatan di tengah samseng motor ini. Mungkinkah ini tuannya??? beliau memang dikenali samseng parlimen yang nak tumbuk MP PR baru baru ini... Sumber klik sini :

Istilah ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ layak untuk Mufti Perak dan Setiusaha Perhubungan Umno Perak


Ipoh 18 April - Utusan Melayu melaporkan : Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mewakili umat Islam di negeri ini mengecam tindakan penyokong pembangkang membaling telur busuk dan memijak papan tanda membantah pembabitan Apco Worldwide di Masjid Sultan Idris Shah II di sini semalam.

Ngo yang dimaksudkan adalah Gagasan Melayu Perak (GMP), ngo yang lebih merupakan barua kepada UMNO, parti politik yang kononnya mewakili umat Islam ….kah! kah! Kah!

Siapa yang ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ dan memalukan Islam? Sehinggakan Dato Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengeluarkan fatwa mengharamkan tindakan mengadakan demonstrasi diperkarangan masjid tersebut semata-mata kerana mendedah dan mengutuk UMNO yang membuat hubungan sulit dengan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan zionis Yahudi. kah! kah! kah! Umno parti Islam?

Persoalan pokok demonstrasi itu ialah hubungan Malaysia dengan syarikat Yahudi - APCO. Umum mengetahui bagaimana tindakan Yahudi terhadap umat Islam dan masyarakat selain Yahudi di seluruh dunia. Kekejaman dan kezalimannya. Tindakan kerjasama dengan syarikat yahudi ialah pengkhianatan terhadap umat Islam seluruh dunia. Ia juga mengecewakan masyarakat dunia yang cintakan keadilan. Demonstrasi itu ialah menifestasi iman kebencian terhadap yahudi serta keperhatinan terhadap saudara mukmin yang disebut Rasulullah. Hanya seorang yang tidak beriman sahaja yang tidak pedulikan nasib saudara seimannya. Asas demonstrasi itu ialah iman.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata,

“Ini adalah sikap mereka yang telah lama kita tahu dan sebab itu mereka beria-ia hendak duduk dalam jawatankuasa masjid kerana hendak mempolitikkan masjid berkaitan apa jua keadaan, baik berhimpun secara haram atau menghina dan memaki hamun sesama umat Islam.”

Alahai Khusairi…bagaimana dengan isu perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Seluruh Perak? Baca di sini dan juga di sini

Dan dalam isu perlantikan Jawatankuasa Masjid seluruh negeri Perak, Ketua UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat mereka campurtangan dan menentukan dalam urusan tersebut.

Jelas bahawa UMNO lah yang memperalatkan masjid untuk kepentingan politik mereka. Perangai Umno sebegini amat jijik dan sangat memalukan.

Kalau istilah ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ mahu diaplikasikan , maka ianya adalah layak untuk Mufti Perak dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib . Sumber klik sini :

Malaysia Bodek Amerika, China Bantu Iran

Oleh ramziredang

Ada dua berita utama mengenai minyak disiarkan di muka depan akhbar akhbar di Iran. Satu mengenai negara Malaysia dan satu mengenai negara China. Teheran Times melaporkan temuramah wartawan malaysia di New York tentang pemberhentian jualan minyak malaysia ke Iran. Ini seolah olah merupakan satu langkah Malaysia menyokong usaha Amerika mengasingkan Iran. Namun sebaliknya pula berlaku di China. China menambah jualan minyak ke Iran. Dengan jelas menampakkan usaha negara China menggagalkan usaha Amerika mengasingkan Iran di mata dunia. Malah usaha penghantaran tersebut melalui pihak ketiga di Singapura.

Syarikat minyak milik negara China, ChinaOil telahpun menghantar 600,000 tong yang bernilai USD55juta pada bulan April. Sementara satu lagi syarikat China Petrolium And Chemical Corp(UNIPEC) telah menghantar 250,000 tong pada 15 april melalui pihak ketiga yang berpengkalan di Singapura.

Sangatlah memalukan bila Malaysia sebuah negara yang mengaku sebagai negara Islam telah tunduk dan berperangai munafik cuba membodek kerajaan Amerika dan Israel. Tetapi sebaliknya pula negara China berpendirian tegas dalam sesuatu isu. China memang menyokong program mengurangkan senjata nuklear yang dianjurkan oleh Amerika tetapi pada masa yang sama mereka bertindak adil dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka di mata dunia.

Malaysia jelas tertipu dengan permainan Amerika yang mengatakan Iran sedang membina senjata nuklear sedangkan Iran telah berulangkali menegaskan program pengkayaan uranium Iran adalah untuk sumber tenaga.

Negara Iran sendiri sedang menganjurkan satu persidangan perlucutan senjata nuklear yang sedang berlansung pada ketika ini. Dalam ucapan di persidangan tersebut, pemimpin tertinggi revolusi Iran, Ayatollah Ali Khameini menegaskan senjata pemusnah besar besaran adalah haram dan dilarang samasekali di dalam Islam. Ianya merupakan satu ancaman besar bagi kemanusiaan. Malah rakyat Iran telahpun menjadi mangsa kekejaman senjata kimia ciptaan Amerika.

Ayatollah Khameini juga sempat menyindir tentang 'penjenayah nuklear' Amerika yang ingin berkempen kepada negara lain tentang bahaya nuklear. Amerika telah berulangkali menggunakan senjata kimia dalam peperangan, itu sudah terbukti, sedangkan negara lain belum pernah terbukti menggunakannya. Malah tuduhan Amerika terhadap Iraq yang memiliki senjata nuklear adalah fitnah semata mata dan tidak dapat dibuktikan hingga ke hari ini. Fitnah ini turut disokong oleh negara Islam lain hinggakan negara Iraq berjaya dihancurkan hingga hari ini. Rakyat Iraq telah disembelih oleh tentera Amerika dengan restu negara negara Islam sendiri.

Ali Khameini sempat membidas jika Amerika serius menghapuskan senjata nuklear, sudah tentu Israel tidak akan giat meluaskan kawasan taklukan mereka. Israel sendiri adalah merupakan pemilik senjata nuklear terbesar di dunia. Amerika hanyalah seperti penjenayah yang ingin berpura pura alim. Penjenayah yang ingin mengajar orang lain supaya berbuat baik, dalam masa yang sama mereka berniat ingin menghapuskan orang Islam di mata dunia.

Dalam agenda menghapuskan musuh Amerika dan Israel, mereka mencari talibarut di kalangan negara Islam. Ternyata Malaysia telah mengistiharkan taat setia untuk menjadi talibarut kepada Amerika dan Israel. Malaysia sanggup menjadi hamba mereka untuk menghapuskan orang Islam sendiri, dengan alasan untuk kepentingan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Amerika.Itulah pemikiran pemimpin kita, pemimpin yang mengaku sebuah negara Islam.

Sangatlah malang dan memalukan, di antara persaingan dua blok, blok Israel dan blok Iran, Malaysia berpihak kepada blok Israel.


Penutupan Puduraya: Perancangan lemah, rakyat sengsara

Oleh LanH

AKHIRNYA, mulai Isnin, 12 April, operasi Hentian Puduraya sebagai hab pengangkutan awam ditutup empat bulan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf dan sebagai gantinya Padang Letak Kereta F, Kompleks Sukan Bukit Jalil dijadikan perhentian sementara.

Sebelum itu, tarikh penutupan diumumkan adalah pada 19 Mac dan terminal bas sementara dijanjikan adalah di Jalan Galloway, berhampiran Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Kuala Lumpur yang berhadapan Jalan Hang Tuah yang sentiasa sesak dengan lalu lintas.

Perancangan yang lemah menyebabkan pembaziran wang rakyat secara besar-besaran manakala pengguna terasa dipermain-mainkan. Juga terkesan adalah pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan awam, peniaga, petugas penguat kuasa seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan banyak pihak lain.

Persoalan pertama perlu ditanya adalah mengapa Terminal Bas Sementera Jalan Galloway telah disiapkan tetapi akhirnya tidak jadi digunakan. Sebuah lapangan besar telah dibina, khemah didirikan, kemudahan awam disiapkan termasuk sebuah tangga pejalan kaki menuruni bukit menuju Jalan Hang Tuah, tetapi akhirnya ternyata perancangan lemah (tidak jadi) ini menyebabkan wang rakyat masuk ke dalam longkang.

Pada mulanya Terminal Jalan Galloway ‘confirm’ (sudah pasti) digunakan berdasarkan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ke Hentian Puduraya yang dengan bangganya mengumumkan hab pengangkutan berusia hampir 40 tahun itu akan ditutup selama empat bulan mulai 19 Mac dan perhentian sementara itu digunakan.

Namun alangkah sengsaranya orang ramai termasuk pengguna pengangkutan awam dan pengusaha gerai dan kedai apabila tertipu dengan pengumuman yang ternyata tidak benar itu. Hentian Puduraya terus beroperasi tetapi pelbagai kemudahan di situ seperti telefon awam dan mesin juruwang automatik (ATM) telah dipindahkan daripada tempatnya. Demikian juga beberapa pengusaha sudah memindahkan barangan dan menutup kedai masing-masing.

Terminal sementara sudah disiapkan tetapi mengapa perpindahan tidak jadi? Salah satu sebabnya adalah rungutan dan komen pelbagai pihak bahawa kedudukan terminal itu tidak sesuai langsung, ia berhampiran kawasan sesak lalu lintas apatah lagi berjiran pula dengan pusat operasi polis (IPK).

Mungkin pihak polis tidak senang ‘menjadi jiran’ sebuah tempat tumpuan awam yang sesak dan bising sehingga Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri terpaksa bercakap ketidaksesuaian terminal bas sementara ditempatkan di kawasan itu. Bayangkan betapa ‘hebat’nya perancangan pihak berkuasa sehingga Ketua Polis Negara terpaksa bercakap mengenai perhentian bas!

Kini selepas ‘terbarai’nya projek Terminal Bas Sementara Jalan Galloway, akhirnya dipilih kembali lokasi biasa penempatan stesen sementara pada musim perayaan (Hari Raya Puasa) iaitu di medan letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil. Nampaknya perancangan dan banyak kos telah dikeluarkan tetapi akhirnya ‘pi mai, pi mai, tang tu jugak!’ Kalau ini macam, daripada awal tidak payahlah dicerita dan diheboh Terminal Sementara Jalan Galloway, buat habis masa, tenaga dan wang ringgit saja!

Berdasarkan tinjauan pendapat di kalangan pegawai penguat kuasa dan pengusaha kenderaan awam, mereka berkata pihak berkenaan beriya-iya mahukan Terminal Sementara Jalan Galloway adalah kerana mereka mahu mengelak membayar sewa yang tinggi bagi tapak operasi di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Malah kata penguasa bas, bayaran dikenakan bagi setiap bas di terminal sementara itu adalah lebih tinggi daripada di Hentian Puduraya.

Mereka juga berkata, pihak berkenaan seboleh-boleh mahu mengelak daripada menggunakan kemudahan di Kompleks Sukan Bukit Jalil kerana apabila dilangsungkan acara sukan di sana, kawasan itu akan menjadi kelam-kabut dengan kesesakan terlalu teruk.

Apabila Kompleks Sukan Bukit Jalil dijadikan perhentian sementara, sesetengah pengguna akan menghadapi masalah. Misalnya mereka yang terpaksa berulang alik ke tengah-tengah kota Kuala Lumpur termasuk Hentian Puduraya (ada yang tidak sedar penutupannya) perlu mengeluarkan belanja lebih. Bas ulang alik Bukit Jalil-Hentian Puduraya tambangnya RM2. Ini sudah tentu membebankan pengguna. Dalam sebulan, kos peningkatan tambang seseorang yang kerap berulang alik boleh mencecah RM120.00 (RM4 (pergi balik) kali 30 hari = RM120.00).

Mereka yang memilih menaiki tren transit aliran ringan (LRT) juga terpaksa membayar lebih. Tambang perjalanan antara Bukit Jalil ke pusat ibu kota RM1.90 sedangkan pada kebanyakan perjalanan antara stesen Plaza Rakyat (berhampiran Hentian Puduraya) ke banyak destinasi di tengah-tengah ibu kota hanya RM1.20. Jika pengguna berulang-alik setiap hari, pasti kos tambang LRT meningkat, mungkin sebanyak RM42 sebulan (RM1.40 kali (pergi balik) kali 30 hari = RM42.00).

Demikianlah betapa rakyat marhaen bertambah beban tanggungan mereka sedangkan pemimpin tidak habis-habis melaungkan slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat (penumpang kenderaan awam) terpaksa mengeluarkan wang yang lebih banyak berbanding sebelum ini tetapi pihak berkuasa melakukan pembaziran wang rakyat termasuk membina Terminal Bas Sementara Jalan Galloway yang ‘tidak jadi’ itu.

Mengapa agaknya nasib penumpang perkhidmatan awam dilakukan sesuka hati oleh pihak berkuasa – mereka bagaikan bola yang ditendang ke sana sini mengikut kehendak sang penguasa? Sekejap mereka diminta tinggalkan Hentian Puduraya, kemudian tidak jadi, selepas itu ke Terminal Jalan Galloway dan kini di Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Hakikatnya, salah satu syarat untuk diiktiraf sebagai negara maju seperti diidam-idamkan pemimpin negara, pengangkutan awam negara hendaklah cekap, efisyen serta tambangnya tidak membebankan rakyat. Jika pengguna pengangkutan awam terus dipermain-mainkan oleh pihak berkuasa, bilakah negara boleh mencapai status itu?

Lihatlah betapa pembinaan hab pengangkutan awam Plaza Rakyat, dari dahulu hingga sekarang tidak siap-siap (harap tidak begitu selamanya), sudah cukup untuk mengesahkan bahawa kemudahan dan keperluan orang awam bagi golongan pertengahan dan bawahan tidak langsung menepati slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!’

Bekas Menteri BN lawan calon rasmi BN, calon bakal dipecat Umno dan calon bekas

Oleh Wan Hamidi Hamid

Kawasan Parlimen Hulu Selangor tidak akan menjadi medan yang mudah untuk Parti Keadilan Rakyat mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum 2008.

Yang memenangi kerusi itu bagi pihak PKR dua tahun lalu adalah Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Allahyarham bukan sebarangan orang; bekas Timbalan Menteri Besar sewaktu Umno-Barisan Nasional menguasai Selangor. (Allahyarham menyertai PKR pada 2005.)

Namun dengan populariti dan kehebatan Allahyarham pun, kerusi Parlimen itu yang mempunyai kira-kira 64,000 pengundi hanya dimenanginya dengan majoriti 198 undi, menewaskan penyandang Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Malah, kesemua tiga Dewan Undangan Negeri — Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Baharu — dalam kawasan Parlimen itu telah dimenangi oleh BN.

Faktor-faktor ini yang menjadikan pucuk pimpinan Umno dan BN yakin dengan usaha mereka untuk menawan semula Hulu Selangor Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertekad supaya BN berjuang habis-habisan untuk merampas semula kerusi itu. Malah, bukan setakat menang, katanya, tetapi juga berjaya meraih undi sebanyak yang mungkin.

Tetapi Hulu Selangor juga menjadi masalah kepada BN. Sebelum pemilihan Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan sebagai calon BN, gabungan pemerintah pusat itu mengalami masalah pemilihan calon.

Umno yang merasakan dipinggirkan sejak Merdeka di kawasan di mana Melayu mewakili separuh jumlah pengundi mahu calon dipilih dari kalangan mereka. Namun, pucuk pimpinan Umno memilih jalan selamat dengan mengekalkan status quo.

Apabila MIC diberi mandat sekali lagi, timbul lagi soal siapa calon. Palanivel sebagai bekas penyandang menjadi pilihan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu tetapi ia ditolak oleh Umno dengan mengemukakan calon MIC pilihan mereka sendiri. Akhirnya Kamalanathan dipilih sebagai calon kompromi.

Sejak PKR menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada Selasa lalu, Umno melalui media perdana miliknya telah membangkitkan isu “anak tempatan” atas alasan Zaid adalah anak negeri Kelantan, walau pun telah menetap di Selangor sejak lebih 30 tahun.

Isu itu kemudiannya dimatikan apabila Kamalanathan dipilih kerana beliau juga bukan anak tempatan Hulu Selangor.

Begitu juga usaha Muhyiddin untuk mempelekehkan Zaid dengan menyifatkannya sebagai calon bukan “heavyweight”, sebaliknya “lightweight”. Timbalan Perdana Menteri itu juga menambah: “Kalau kita lihat rekod Zaid bukanlah baik sangat.


Jom Riadah bersama keluarga tersayang. klik banner di atas !!!

Seranah terhadap Zaid ini pula disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berada di Washington DC dalam rangka lawatannya ke Amerika Syarikat pada Jumaat lalu; apabila ditanya mengenai pencalonan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Najib menjawab: “Semua orang kenal Zaid. Tak perlu saya ulas.”

Memang Najib mahu memperlekehkan Zaid. Bagi pihak BN tentunya Zaid adalah musuh kerana enggan bersama Umno dan menyertai PKR. Tetapi jika kata-kata “semua orang kenal Zaid” itu dilihat dalam perspektif lain, ia memberi pengertian positif.

Walau pun lama bersama Umno, Zaid sering menjadi sasaran dalaman parti kerana ketegasannya mahu membawa perubahan positif dalam Umno. Malah, rekod cemerlangnya sebagai Menteri yang paling singkat berkhidmat — 6 bulan — masih diingati ramai. Sepanjang perkhidmatannya, beliau mahu mereformasikan sistem perundangan negara tetapi disekat oleh pimpinan Umno.

Zaid adalah satu-satunya Menteri — sejak lebih 40 tahun lalu — yang berani meletak jawatan kerana atas dasar prinsip kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tanpa bicara pemimpin DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng pada September 2008.

Suara Zaid, sejak dalam Umno hingga hari ini, yang mahu peluang saksama dan keadilan ditegakkan untuk semua tanpa mengira kaum telah menjadi duri dalam daging kepada Umno. Zaid juga secara terbuka menyatakan rasa sayang kepada Melayu dan mahu Melayu dmartabatkan ke tahap yang lebih tinggi dan mulia tanpa perlu bergantung kepada sistem ala feudal dan korup Umno.

Pendirian tegas Zaid ini sedang dan akan terus dimainkan oleh Umno melalui kempen serta media perdana milik mereka untuk menggambarkan penyeralas Pakatan Rakyat itu sebagai “Melayu liberal” yang tidak sayangkan kaum sendiri.

Namun, tohmahan terhadap Zaid sukar untuk memadamkan kelemahan dalaman Umno dan BN yang terpaksa memilih calon kompromi.

Pada hari penamaan calon pagi ini, dua calon bebas telah disahkan pencalonan mereka. Kedua-duanya adalah anggota BN — seorang dari Umno Johan Md Diah manakala satu lagi dari MIC V.S. Chandran; mereka dikatakan anak tempatan Hulu Selangor.

Johan telah pun diumumkan akan dipecat kerana bertanding bebas atas alasan mahu membela Melayu manakala Chandran sebelum ini menyatakan beliau mahu “mengajar” Samy Vellu dan MIC kerana tidak mempedulikan nasib kaum India. Undi siapa yang akan mereka pecahkan?

Jika Muhyiddin menggambarkan Zaid sebagai “lightweight”, pengundi Hulu Selangor mungkin sukar untuk memberi penarafan kepada Kamalanathan.

Mungkin yang mampu menyaingi Zaid adalah jentera besar dan janji-janji pilihan raya yang bernilai beratus juta ringgit yang sudah menjadi kebiasaan kempen BN. Tetapi kali ini juga BN menghadapi tentangan dari kawasan Parlimen yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Dalam pertandingan yang tak mudah dimenangi ini, semua pihak terpaksa bekerja keras untuk memujuk pengundi yang semakin merasakan tekanan ekonomi keluarga, runtunan isu-isu perkauman dan kekeliruan semasa yang dipenuhi slogan-slogan kosong. Sumber klik sini :

Saya tak hirau serangan peribadi BN, kata Zaid

;">
Oleh Syed Mu’az Syed Putra dan Lee Suet Ling

Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghiraukan segala provokasi ataupun serangan yang bakal dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen pilihan raya kerusi Hulu Selangor yang bermula secara rasmi semalam.

“Saya tidak suka untuk melabelkan seseorang dan saya tidak kisah sekiranya BN mahu melabelkan saya sebagai apa pun

;">
“Sebelum ini pun, Muhyiddin (Tan Sri) ada kata saya calon ‘very lightweight’.

“Saya pun tidak tahu mengapa jadi, saya tidak hiraukan sangat tentang perkara itu,” katanya selepas berucap pada program Ceramah Perdana di Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu dekat sini malam tadi.

Zahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga tidak kisah sekiranya BN mahu menyerang secara peribadi kerana bagi beliau ia bukan sesuatu yang penting jika hendak dibandingkan dengan masalah rakyat di Hulu Selangor.

“Mereka (BN) dan serang saya secara peribadi sejak empat tahun lepas lagi... sebab itu saya tidak kisah sekiranya mereka masih ingin melakukannya lagi.

“Selain itu, selama ini pun mereka sudah banyak memfitnah saya sepanjang bersama mereka dahulu. Apa yang penting sekarang saya akan terus berkempen sampai hari pengundian nanti,” katanya.

Zaid menambah, kempen pilihan raya pada hari pertama memang amat memenatkan tetapi beliau gembira kerana kehadirannya diterima dengan baik oleh pengundi Hulu Selangor.

“Saya begitu gembira kerana sambutan yang diterima amat baik dan saya harap ia akan berterusan sehingga minggu depan (hari pengundian).

“Saya hanya sempat tidur sejam sahaja... memang penat sedikit tetapi itu tidak mengapa, yang penting saya gembira melakukannya,” katanya lagi.

Hari pertama kempen Pemuda BN Bertindak Liar

Oleh Abdul Rahim Sabri

Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.


Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.


Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.

Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.

Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.

Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.

Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.

Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN. Sumber klik sini :

Pilih calon pun BN sudah tak tunai janji

Sekarang mereka (BN) sendiri terpaksa turunkan calon daripada bukan anak tempatan, mana janji asal dulu? Ini baru peringkat pemilihan calon, janji dah tak tertunai, apa lagi kalau dengan perkara-perkara yang lebih besar,” kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (gambar).

Beliau mengulas kekecewaan Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandiy lantaran janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menurunkan calon anak tempatan dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Namun sebaliknya berlaku sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal berita internet dua hari lepas.

Raily yang mewakili MIC Hulu Selangor mahukan Datuk G. Palanivel dikembalikan sebagai calon.

Namun hasrat Raily itu terkubur apabila Ketua Penerangan Pusat MIC, P. Kamalanathan diumum sebagai calon BN untuk berhadapan dengan Zaid.

IKLAN PERCUTIAN - PANTAI PASIR BOGAK DAN TELUK NIPAH

Kamalanathan bukan anak tempatan tetapi menetap di Rawang.

Ekoran keputusan tersebut, Raily secara peribadi mengakui kekecewaannya dengan MIC pusat dan BN.

Pencalonan Kamalanathan sekaligus mengetepikan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Ketua Pemudanya, V. Mugilan yang menjadi teka-teki bakal calon sebelum ini.

“BN tidak yakin dengan pendirian mereka sendiri, masa kita (Pakatan Rakyat) tentukan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon kelmarin lagi pimpinan Umno Selangor membuat tanggapan kononnya akan memberi kelebihan kepada BN kerana Zaid bukan anak tempatan.

“Seperti meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri,” kata Gobind mengibaratkan kepada Umno-Barisan Nasional (BN) apabila akhirnya terpaksa memilih calon luar untuk dipertaruhkan dalam PRK itu.

Mengulas lanjut keputusan BN yang memilih calon lain daripada calon yang dikemukakan sebelum ini, beliau berkata itulah gambaran dilema BN yang pastinya dari luar ia dilihat sebagai satu krisis mencabar kredibiliti MIC.

“Ia menunjukkan seolah-olah MIC sudah tidak dihormati dalam Umno,” katanya.

Justeru Gobind, mencadangkan ada baiknya MIC bertindak keluar daripada terus menjadi komponen BN menyertai Pakatan.

Detikdaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111