" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, June 27, 2010

Siapa Pun Boleh Jadi MB Selangor AsalKan Bukan dari Umno

TIDAK kira siapa mahu jadi MB di Selangor. Apa yang penting mesti kita tentukan adalah MB Selangor mestilah dari PR bukannya dari Umno. Lagi pun, isu yang dihebohkan oleh media pencacai sekarang ini bukan masalah besar sangat pun. Cuma, beberapa pihak yang tidak puas hati dengan pendekatan YB Khalid mentadbir Negeri Selangor. Itu sahaja.

Ini masalah `khilaf' bukan masalah pokok. Apa yang aku tidak berapa senang adalah sikap pemimpin kita yang masih mahu bercakap dengan media pencacai seperti dari TV 3 suku tu.

YB Azmin pun bercakap dengan TV 3 suku begitu juga dengan YB Khalid. Kita sudah kenal stail dan cara media haprak itu memainkan isu, kita masih lagi mahu bercakap dengan lidah syaitan tersebut. Hasilnya, selepas mereka dapatkan kenyataan dari YB Azmin dan YB Khalid, yang memberi ulasan pula diberikan kepada firaun besar dari Kulim YB Zul si tukang putar belit untuk mengulas. Apa lagi, orang mengantuk disorong bantal lah jawabnya.

Kita sibuk minta rakyat boikot media haprak itu, tetapi pemimpin kita masih mahu percaya kepada puak mereka. Rugi sangatkah kita jika tidak bercakap dengan TV 3 suku atau Utusan Meloya? Nasib baik TV 3 suku tidak minta raja sesumpah Senatak Ezam untuk mengulas isu di Selangor. Jika tidak, sudah pasti raja sesumpah akan menyebut bahawa DS Anwar lah puncanya yang berlaku di Selangor. Bukankah Senatak Ezam itu tidak boleh bercakap jika tidak sebut nama DS Anwar?

YB Zul Kulim pun sebut nama DS Anwar juga. Dia kata apa yang berlaku di Selangor adalah kerja DS Anwar. Beliau juga sebut, bila kununnya krisis ini memuncak, DS Anwar lari ke luar negara. Bodohnya peguam seperti beliau ini, tidakkah beliau tahu DS Anwar akan hadir sewaktu pemukiman PKR yang dijadualkan hari ini di Selangor? Mengapa mahu kata DS Anwar melarikan diri? Di dalam kongres PKR di Kelantan baru-baru ini, DS Wan Azizah sendiri mahu YB Khalid kekal sebagai MB Selangor. Jadi, apa masalahnya untuk dikaitkan dengan DS Anwar? Adakah DS Wan Azizah juga bertentangan dengan DS Anwar?

DS Anwar berada di luar negara kerana beliau tahu sebenarnya bukan ada masalah besar yang berlaku di Selangor. Kununnya krisis besar berlaku di Selangor hanyalah cerita dari media haprak itu sahaja. Apa yang berlaku menunjukkan di dalam PR kesemua pemimpin boleh ditegur tidak seperti di dalam Umno. Pemimpin pula bersedia untuk ditegur seperti yang dikatakan oleh YB Khalid bahawa beliau bersedia menerima apa jua memorandum atau desakan jika ada dari mana-mana pihak di dalam PKR. Itu beza kita dengan Umno.

Apa yang penting, jika MB Selangor memang patut diganti maka ganti sahaja asalkan Selangor tidak dipimpin kembali oleh Umno. Jika YB Khalid patut dikekalkan, maka kekalkan sahaja. Pada saya, besar sangatkah salah YB Khalid sehingga patut diganti? Jika sekadar silap pendekatan, memadai ditegur dan YB Khalid perlu menukar pendekatan agar selari dengan dasar parti beliau. /mandor.blogspot.com

Napolean Kecil Rupa Rupanya Ada Di Mana Mana

Oleh Ahmad Zawawi

Kebanyakan orang-orang PKR tidak memberi perhatian kepada kenyataan Fauzi Muda mengenai ujudnya Napolean Kecil dalam Parti Keadilan Rakyat diNegeri Perak. Saya juga pada mulanya menganggap ia sebagai satu keluhan orang-orang yang kecewa sahaja.

Melihat kepada perkembangan terbaharu dalam PKR Negeri Perak sememangnya apa yang dikatakan oleh Bekas Ketua Cabang Ipoh Barat itu ada logiknya.

Kebanyakan orang-orang PKR tidak memberi perhatian kepada kenyataan Fauzi Muda mengenai ujudnya Napolean Kecil dalam Parti Keadilan Rakyat diNegeri Perak. Saya juga pada mulanya menganggap ia sebagai satu keluhan orang-orang yang kecewa sahaja.

Melihat kepada perkembangan terbaharu dalam PKR Negeri Perak sememangnya apa yang dikatakan oleh Bekas Ketua Cabang Ipoh Barat itu ada logiknya. Baru-baru ini pihak tertentu dalam PKR Negeri ada menganjurkan satu bengkil kepada bakal-bakal calun yang akan diletakkan bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Cara mana mereka-mereka yang dikatakan sebagai calun ini dipilih sebagai Calun Parti dan sekaligus dikehendaki menyertai Bengkil tersebut tidak juga diketahui. Yang jelas mereka membayar RM150 setiap seorang untuk menyertai bengkil/kursus tersebut. Ini nampaknya merupakan satu set keperluan bagi seseorang untuk diangkat sebagai calun. Sebaik sahaja selesai menghadiri bengkil ini kesemua mereka bolehlah beranggan-anggan menjadi YB. Oleh sebab mereka telah memulakan satu pelaburan maka tempat-tempat yang telah dijanjikan kepada mereka tidak akan tergugat lagi.

Sebelum ini ada juga saya terdengar yang bakal calun hendaklah yang telah menghadiri Kursus Kepimpinan diAkademi Keadilan yang dikendalikan oleh Pengarah Pilihanraya Pusat. Jika ketetapan seperti ini sudah diketepikan maka Parti Keadilan Rakyat sebenarnya sudah tidak konsisten lagi. Jika diperingkat tertinggi ada satu dasar menentukan calun dan diNegeri juga ada dasar mereka sendiri bagaimana kita hendak menyakinkan rakyat diketika mereka membuang undi nanti?

Saya tidak nampak satu bengkil semudah itu boleh mengubah seseorang yang jahil politik bertukar menjadi genius sekelip mata dan sekaligus layak menjadi calun yang berwibawa. Walau bagaimanapun pihak yang mengajurkan bengkil/kursus tersebut bolehlah berbangga dengan projek tersebut. Perkara pro-aktif seperti ini sepatutnya dicontohi juga oleh PAS dan DAP.

Isu 40 Ulama? Masuk UMNO : UMNO Sekali Lagi Tipu Rakyat

UMNO memang kaki tipu...rakyat semua tertipu dengan UMNO..tengoklah tajuk besar Utusan Meloya, penyebar fitnah masyarakat. Kononnya perjuangan UMNO diiktiraf oleh ustaz-ustaz yang nak dapat J Qaf.

Apapun ini fakta sebenar..umno, najib , shahidan memang kaki tipu..alamak tertipu sekali lagilah umat islam terutamanya orang Felda.

Umno dalam usaha memperbodohkan minda orang2 melayu dengan kemasukkan ahli2 agama ini untuk penyucian imej mereka yang telah kotor dan berkarat hanya dengan mengunakan umpan perkataan "ULAMA"

UMNO Menipu Dalam Isu Kemasukan 40 Ulama Ke UMNO

KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis. -Hrkh

PAS tidak gentar ribuan orang agama sertai Umno

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.


Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.

“Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal,” ujarnya.

“Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong, Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal,” ujarnya sinis.

Tegasnya, perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS, jelasnya tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

Beliau berkata, PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.

“Itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut,” katanya lagi.

Tambahnya, PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang.

Sekadar menyebut beberapa nama mereka di dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno, beliau bertanya ke mana perginya mereka yang berkenaan.

Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Justeru, ujarnya PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama.

“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno.

“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.

Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

Judi: Pemuda DAP sambut baik, tapi persoal diumum MT Umno

Pemuda DAP mengalu-alukan keputusan kerajaan membatalkan pengeluaran lesen judi pertaruhan sukan tetapi mempersoalkan perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi.

Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook berkata walaupun secara umumnya keputusan itu dialu-alukan, namun persoalan yang timbul soal pemberian lesen ini yang sepatutnya dikeluarkan oleh kerajaan diputuskan dalam mesyuarat Umno, bukannya di Kabinet.

“Apakah Majlis Tertinggi Umno yang menentukan segala dasar kerajaan dan bukannya Kabinet yang dianggotai oleh semua wakil komponen Barisan Nasional?

“Di manakah semangat perkongsian kuasa yang menjadi prinsip utama Barisan Nasional?” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Ketika mengumumkan perkara itu lewat malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan semalam mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Kata Najib, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat MT Umno malam tadi dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

“Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata, "saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya.”

Loke berkata perkembangan malam tadi amat jelas sekali bahawa yang menjadi penentu segala keputusan dalam kerajaan ialah Umno dan bukannya Barisan Nasional yang mempunyai 13 komponen.

“Kuasa hegemoni Umno dalam Barisan semakin menonjol dan parti-parti komponen yang lain hanya berperanan sebagai penghias semata-mata. Pandangan daripada MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain adalah tidak relevan sama sekali.

“Pucuk pimpinan MCA, MIC dan PPP telah secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap pemberian lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports sebelum ini.

“DAPSY ingin mempersoalkan apakah pendirian mereka sekarang? Atau sokong sahaja sebarang keputusan yang dibuat oleh Umno?” kata beliau lagi.

Loke memberitahu DAPSY mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menarik balik hasrat memberikan lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports seperti yang diumumkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan.

“Ini merupakan satu keputusan yang tepat dan memenuhi hasrat dan permintaan rakyat Malaysia. Ia juga membuktikan pandangan yang telah dilontarkan oleh DAPSY dan pertubuhan lain yang menentang pemberian lesen tersebut memang ada asas yang kukuh dan hujah yang meyakinkan," katanya.

Malah katanya, keputusan malam tadi dilihat sebagai kesan kebangkitan kuasa rakyat yang dicetuskan oleh tsunami politik 8 Mac 2008.

“Suara rakyat tidak lagi dapat diketepikan oleh pimpinan kerajaan seperti dahulu dan mampu mengubah keputusan dan pendirian kerajaan dalam sebarang isu termasuk isu lesen perjudian sukan ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut MCA mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan tabung khas bagi mengutip segala perolehan dan keuntungan daripada syarikat perjudian berlesen agar ia tidak bercampur dengan pendapatan lain.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sekiranya tabung itu diwujudkan, ia boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan yang membawa faedah kepada semua kaum di negara ini.

“Sudah sampai masanya kerajaan membayangkan cukai-cukai kerajaan kutip dari lesen perjudian yang dibenarkan sejak dulu, seharusnya tidak masuk ‘consolidated fund’ ... tabung berlainan ini boleh digunakan untuk pendidikan, kebajikan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-31 Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad di sini.

Selain itu kata beliau, kerajaan seharusnya sentiasa meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti perjudian haram di kalangan rakyat, khususnya pertaruhan perjudian dalam sukan.

“Pemantauan rapi dan penguatkuasaan terhadap perjudian yang dikatakan haram seharusnya dipertingkat kerana perjudian sukan, walaupun tidak dibenarkan, masih boleh berlaku melalui telefon dan internet kerana ia tidak memerlukan lesen,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno berkata keputusan kerajaan membuktikan keprihatinan Najib yang mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum memutuskan perkara itu.

Ketika ditemui di Kota Baru, Zahid berharap isu itu tidak lagi dimanipulasi pihak pembangkang dan menafikan keputusan tersebut dipengaruhi desakan mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan turut bersetuju dengan pandangan Ahmad Zahid berhubung tindakan kerajaan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, keputusan itu dibuat bukan hanya disebabkan suara pembangkang, tetapi juga suara akar umbi anggota Umno yang disalurkan ke dalam mesyuarat MT parti malam tadi.M/Insider

Pimpinan Tan Sri Khalid Masih Diperlukan Di Selangor

AMK Selangor Sokong Penuh Kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 26 Jun - Dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan kerana itulah agenda utama musuh politik untuk mengganggu kestabilan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN dan seterusnya merampas kembali negeri itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin berkata AMK Selangor berdiri teguh bersama kepimpinan beliau

"AMK Selangor mengingatkan semua pendukung KEADILAN untuk terus berusaha mempertahankan dan menjunjung tinggi “mandat perubahan“ yang diberikan rakyat 2 tahun yang lalu.


"Apakah beliau perlu digantikan kerana kekurangan dalam politik sedangkan beliau mempunyai kepimpinan dan pengurusan yang cekap?

"Apakah perlu beliau digantikan kerana meletakkan kepentingan rakyat berbanding ahli-ahli parti sendiri?." soal beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Menurut Khairul Anuar, sepanjang 50 tahun Umno-Barisan Nasional memerintah Selangor telah banyak harta rakyat dikaut oleh pimpinan politik parti tersebut sedangkan rakyat terus dibiarkan merana dan susah.

"Sepanjang 2 tahun kepimpinan Khalid, beliau tidak mengambil kesempatan untuk mengkayakan isteri, anak, menantu dan suku-sakatnya melainkan kesungguhan beliau untuk merakyatkan ekonomi Selangor.

"Tiada seinci pun tanah yang diambil untuk diri dan keluarga melainkan berusaha untuk merakyatkan tanah Selangor.

"Tiada lawatan sambil belajar ke Disneyland melainkan menyusun kembali anak-anak syarikat ini agar hasilnya dapat dinikmati rakyat berhak. Tak pernah terfikir oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini untuk beri air percuma kepada rakyat seperti yang dilakukan Khalid.

"Sekali pun jauh kalau nak dibandingkan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz namun kesungguhan dan ketegasan Khalid dalam menjaga amanah rakyat dapat dilihat jelas.

"Ini menunjukkan begitu tingginya integriti Menteri Besar Pakatan Rakyat ini.

"Walaupun beliau tidak terlepas dari melakukan kesilapan, sebagai parti yang sentiasa menyubur benih demokrasi, Kongres KEADILAN di Kota Bharu telah mendengar dengan jelas teguran dan kritikan perwakilan terhadap Khalid dan kami yakin beliau menerimanya dengan penuh terbuka," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, AMK Selangor juga menyeru kepada semua para pendukung KEADILAN untuk terus menghayati semangat reformasi yang menjadi laungan keramat perjuangan rakyat ini.

Pemimpin PKR S'gor ikrar sokong Khalid

Pemimpin PKR Selangor, malam semalam berikrar akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar besar yang dipercayai akan menghadai pemberontakan oleh sesetengan ahli parlimen parti itu.

Tujuh belas daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor hadir pada mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan mereka ke atas Khalid.

Khalid mengambil keputusan untuk tidak bersama pada mesyuarat dua jam yang diadakan di kediaman menteri besar itu.

Hanya lima pemimpin bahagian, termasuk Azmin Ali yang mengetuai bahagian Gombak tidak hadir.

Dua daripada ketua bahagian itu memberitahu mereka tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan juga mempunyai tugasan lain tetapi berikrar menyokong Khalid.

Hanya dua yang tidak memberikan sebarang alasan dan mereka itu dipercayai penyokong Azmin.

Mesyuarat tergempar ini diadakan oleh ketua bahagian PKR Selangor berikutan desas desus bahawa 15 ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid semasa permukiman parti itu di Shah Alam yang bermula hari ini.

Khamis lalu, Azmin yang juga naib presiden PKR mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Khalid.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini,” katanya.

Pada sidang media itu Azmin yang diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu... kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir. -mk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111