" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, July 25, 2010

Menginfakkan Harta dalam Jihad Fii Sabilillaah

Muslim telah mengeluarkan dari Abu Mas'ud Al-Anshari ra. dia berkata: Sekali peristiwa telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki menarik seekor unta yang terikat tali di hidungnya, Ialu menyerahkannya kepada beliau, katanya: Ini untuk sabilillah! Maka berkata Rasulullah SAW: Gantinya nanti di hari kiamat 700 ekor unta semuanya dengan bertali di hidungnya. (Shahih Muslim 2:37; jam'ul Fawa'id 2:3)

Imam Ahmad telah mengeluarkan dari Abdullah bin As-Shamit, dia berkata: Pernah pada suatu peristiwa, aku berjihad bersama-sama Abu Dzar ra. Maka setelah dibagi-bagi ghanimah, yakni rampasan perang, dia mendapat bagiannya termasuk seorang jariah. Lalu dia pun membeli segala keperluannya, dan masih ada lagi banyak yang tersisa. Lalu dia menyuruh jariah tadi menukarkannya dengan mata uang untuk dibagi-bagikan kepada semua orang yang memerlukannya. Aku berkata kepada Abu Dzar: Biarlah jariah itu menahan dulu uang itu untuk keperluan di lain hari, ataupun mana tahu jika datang tamu, maka engkau tentu memerlukannya?!

Abu Dzar menjawab: Temanku, yakni Rasulullah SAW sudah membuat perjanjian kepadaku, bahwa apa saja emas atau perak yang disimpan, maka itu sama dengan gumpalan api neraka disimpan oleh tuannya, sehinggalah diberikan kesemuanya pada jalan Allah azzawajalla. Dalam riwayat Ahmad dan Thabarani yang lain, bahwa siapa yang menyimpan emas atau perak, dan tidak diinfakkannya pada jalan Allah akan menjadi gumpalan-gumpalan api kelak di hari kiamat, dan akan disetrikakan tuannya dengan gumpalan-gumpalan api itu.
(At-Targhib Wat-Tarhib 2:178)

Thabarani telah mengeluarkan di dalam kitabnya 'Al-Awsath' dari Qais bin Salk Al-Anshari ra. bahwa saudara-saudaranya telah mengadukan halnya kepada Rasulullah SAW Mereka berkata: Saudara kami Qais suka membuang-buang hartanya, dan terlalu mewah sekali dalam berinfak lalu Qais datang kepada Rasulullah SAW: wahai Rasulullah! Aku mengambil bagianku dari korma dan berinfak untuk orang-orang yang keluar berjihad fi sabilillah, dan kepada siapa yang mengikutiku. Mendengar itu, Rasulullah SAW pun menepuk dadanya seraya berkata: Infakkanlah harta di jalan Allah, niscaya Allah akan menginfakkan gantinya - disebutkan sampai tiga kali. Pada lain waktu, aku keluar berjihad fi sabilillah dan aku sudah mempunyai kendaraan sendiri, dan aku orang yang paling banyak harta dan yang terkaya di antara kaum keluargaku pada hari ini.
(At-Targhib Wat-Tarhib 2:172)

Thabarani telah mengeluarkan berita dari Mu'az bin Jabal ra. dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sangat beruntung orang yang memperbanyakkan zikir kepada Allah ketika sedang berjihad fi sabilillah, kerana baginya buat setiap kalimah tujuh puluh ribu hasanah, setiap hasanah darinya sama dengan sepuluh kali ganda apa yang ada di sisinya dari tambahannya. Para sahabat bertanya pula: Bagaimana pula dengan menginfakkan harta fi sabilillah, ya Rasulullah! jawab beliau: Menginfakkan harta sama kadarnya dengan yang demikian. Berkata Abdul Rahman:

Maka aku bertanya kepada Mu'az r.a: Bukankah menginfakkan harta fi sabilillah itu diberikan pahalanya dengan 700 kali lipat? Jawab Mu'az: Barangkali engkau kurang faham tentang maksudnya. Dia itu apabila mereka menginfakkannya sedang mereka menetap dengan kaum keluarga mereka tidak ikut bersama-sama berperang. Tetapi jika mereka turut serta berperang dan menginfakkan hartanya pada jalan Allah, maka Allah akan menyimpan buat mereka dari khazanah (perbendaharaan) rahmatnya apa yang sampai tidak terlintas dari ilmu manusia dan sifatnya, mereka itulah partai Allah, dan partai Allah selalu jaya dan menang.
(Majma'uz Zawa'id 5:282)

Al-Qazwini telah mengeluarkan berita dari seorang yang tidak terkenal dan beritanya mursal kepada Nabi SAW dari Al-Hasan, dari Ahmad, Abu Dardak, Abu Hurairah, Abu Umamah Abdullah bin Amru,jabir dan lmran bin Hushain-radhiallahu-anhum marfuk kepada Nabi SAW bahwa beliau telah berkata: Barangsiapa yang mengeluarkan hartanya fi sabilillah, dan dia duduk di rumahnya, maka baginya pahala bagi setiap dirham 700 dirham. Dan barangsiapa berperang serta bernafkah sekaligus fi sabilillah, maka baginya buat setiap dirham 700,000 dirham. Kemudian beliau membaca firman ini yang bermaksud: Dan Allah menggandakan pahalanya kepada siapa yang disukainya.

Abu Daud, lbnu Hibban telah meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW Ada seorang yang ingin berjihad, tetapi niatnya hendakkan harta dunia, bagaimana? Jawab beliau: Tidak ada pahala sama sekali! Ramai orang memandang berat jawaban beliau itu, Ialu mereka kembali kepada orang yang bertanya itu seraya memintanya bertanya sekali lagi, barangkaii dia salah dengar jawabannya, ataupun dia tidak faham maksud dari jawaban beliau itu. Maka orang itu kembali lagi kepada Rasulullah SAW Ialu bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan orang yang berjihad fl sabilillah, padahal niatnya hendakkan dunia? jawab beliau masih sama: Tidak ada pahalanya sama sekali! Mendengar jawaban yang kedua, orang ramai masih belum puas hati, lalu memintanya supaya bertanya untuk terakhir kalinya. Maka jawaban beliau masih tetap itu juga, yakni tidak ada pahalanya sama sekali.
(At-Targhib Wat-Tarhib 2:419)

Abu Daud dan Nasa'i meriwayatkan dari Abu Umamah ra. dia berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: Apa katamu terhadap seorang lelaki yang berjihad fi sabilillah kerana inginkan pahala dan pujian, bagaimana keadaannya? Jawab beliau: Sia-sia saja jihadnya. Orang itu mengulangi lagi sampai tiga kali, dan setiap kali ditanya, tetap dijawab oleh beliau: Sia-sia saja jihadnya, kerana Allah tiada akan menerima sesuatu amal melainkan yang dibuat dengan penuh ikhlas kepadanya, dan mengharapkan keridhaannya! (At-Targhib Wat-Tarhib 2:421)

Salah Seorang Atau Kedua-dua Adalah PENDUSTA

Nik Aziz tidak mahu Umno-BN gigit tangan PAS kali kedua

PAS tidak memerlukan peranan orang tengah jikapun parti Islam itu mahu mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai soal penyatuan Melayu, kata Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.”

PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau.

“Ada orang hendak menjadi orang tengah, mimpi... kalau saya (PAS) mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri, tak perlu (orang tengah),” kata beliau pada majlis ceramah isu-isu semasa anjuran PAS Kuala Terengganu di sini.

“(Ini macam) hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong,” tambah Nik Aziz dengan merujuk kepada tindakan beberapa pihak termasuk Umno yang menimbulkan semula syor kerjasama perpaduan dan penyatuan Umno dan PAS sejak kebelakangan ini.

Pakatan Rakyat yang menurunkan calon PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada penguasaan BN pada pilihan raya kecil Januari 2009.

Malah Nik Aziz berkata, beliau tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya.

Oleh itu dengan merujuk kepada Umno-BN, tambah Nik Aziz, “kami kenal siapa anda.”

“Orang kata kita bodoh, tak mengapa (kali pertama)... tetapi gigit lagi (tangan PAS), kamu memang bodohlah,” katanya Nik Aziz seolah-olah tidak mahu pengalaman lalu berulang dan mahu mengelakkan kerjasama dengan Umno-BN.

PAS menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Nik Aziz mengatakan demikian ketika timbul semula idea kerjasama politik antara kedua-dua parti berkenaan.

Antara lain pada 17 Julai lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenangi usaha murni beliau itu.

Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara Umno dan PAS.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun beberapa jam sebelum ucapan Nik Aziz di sini malam tadi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara PAS dan Umno.

Dua hari sebelum kenyataan Harussani itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, beliau akan menentukan masa yang sesuai untuk pertemuan dengan Nik Aziz bagi membincangkan syor kerjasama Umno-PAS yang muncul sekali lagi awal bulan ini.

“Saya menghargai sikap Datuk Nik Abdul Aziz yang terbuka dalam hal ini,” kata Timbalan Presiden Umno ini selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli, Kelantan.

Muhyiddin berkata kerjasama itu perlu dibincangkan atas permintaan beberapa pihak yang mahukan orang Melayu bersatu kembali.

Nik Aziz juga berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengenai “apa juga perkara” tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.- TMI

Ulasan GB

Itu suara Mursyidul Am PAS. Tetapi anihnya ada juga pemimpin PAS yang begitu teruja untuk melaksanakan apa yang dikatakan "perpaduan orang Melayu" sekalipun segan untuk menyebut ungkapan "perpaduan PAS dan Umno".

Lidah yang bercabang digunakan sebaiknya untuk "spin" perkataan supaya tidak nampak ketara tentang Kerajaan Perpaduan yang telah ditolak Muktamar.

Sama fe'el dengan Najib dan UMNO BN yang spin menggunakan hujjah pelarasan subsidi dan seumpamanya untuk menaikkan harga barangan. Yang jelas fenomenanya sama - untuk "menipu" orangramai.

Memang "dia" seorang yang mahir menipu atau memang sejak azali beliau seorang penipu. Dulu sewaktu PR menang di Selangor, dilakukan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin UMNO walaupun tidak ada mandat untuk beliau melakukannya bagi membincangkan perpaduan UMNO PAS. Bila disergah ramai, maka diputarkannya menjadi ..."oh saya mengumpulkan ADUN-ADUN PAS supaya mereka tidak dicuri oleh musuh..."...

Sketsa itu berlaku lagi, kat Hassan Ali:
“Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan
“Pertemuan saya dengan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada ‘engagement’ sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.
“Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus hal ehwal Islam dan adat-adat Melayu,” katanya.
Dan Mufti Perak pula juga memutarkan lidahnya:
Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah... TMI

Walhal sebelumnya Harussani sendiri mengeluarkan kenyataan:
terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Seorang mufti dan seorang Pesuruhjaya PAS Negeri rupa-rupanya PENDUSTA.

Dan pendusta-pendusta ini sedang memimpin umat Islam untuk dibawanya ke neraka!

SIAPA YANG GORENG, SIAPA YANG HANGIT?

sebelum ini, harussani menyatakan bahawa ada pimpinan PAS diperingkat tertinggi bertemu beliau untuk bincang kerjasama PAS - UMNO. Kemudian Hasan Ali yang merupakan pimpinan PAS terbabit mengeluarkan kenyataan, bahawa tidak ada perbincangan tentang perpaduan atau kerjasama UMNO - PAS.

Dari itu, nampak percanggahan. Makanya, siapa yang menipu dan siapa yang berbohong?

Dan lagi, menurut Hasan Ali;

"Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu" (sila klik)

Dengan maksud, ia tidak melibatkan perbincangan tentang perpaduan melayu atau kerjasama antara PAS - UMNO. Namun, hari ini Harussani pula menyebut bahawa pertemuan itu ada berbincang tentang perpaduan melayu.

kenyataan SB Harussani itu adalah seperti berikut;

“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja." (sila Klik)

persoalannya pula, Apa beda istilah "perpaduan melayu" yang dibincangkan oleh Harussani dengan Hasan Ali, dengan maksud usaha "kerjasama UMNO - PAS"?

Kenapa perbincangan itu melibatkan hasan ali yang sebelum ini sudah ada skandal pertemuan belakang tabir, dan usaha penubuhan kerjasama UMNO - PAS dan usaha hendak mengugurkan tan Sri Khalid dari jawatan MB?

Justeru, siapa yang menipu dan siapa yang berbohong?

opss... soalan-soalan sebegini,boleh menyebabkan dilebel fasiq, munafiq atau kafir oleh orang yang mengatakan kentut itu wangi.... harap maaf.. patik mohon sembah derhaka...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
25 Julai 2010 * 6:16 petang

Kumpulan dakwah dianggap berdosa, Umno bagaimana?

Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Tahniah kepada Jabatan Akidah Universiti Malaya yang telah berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Islam baru-baru ini. Bagaimana pun, saya memiliki pandangan tersendiri dalam bab ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada guru saya, Prof Madya Kamil Abd Majid, Dr Khalif Muammar, Dr Fauzi Zakaria dan Dr Lokman atas pembentangan yang menarik.

Saya merumuskan pandangan saya dalam bentuk sebegini:

1. Tiada guna untuk mengambil sikap suka menyalahkan pandangan orang lain. Golongan ekstremis kalangan Asya’irah suka mengkafirkan kumpulan ‘wahhabiyyah’ dan begitulah sebaliknya. Ia langsung tidak membina ummah bahkan merosakkan perpaduan sesama umat Islam.

2. Pemikiran sebegini sudah mula menular kalangan anak muda yang masih terlalu cetek ilmu. Lalu, apabila mereka mempelajari sebuah dua kitab, mereka terus berani mengkafirkan ulama-ulama besar termasuklah Tuan Guru Nik Aziz. Pemikiran dan budaya mereka bukan sahaja tidak membangun bahkan meruntuhkan Islam. Mereka sangat suka mengkafirkan al-Qaradawi yang sudah terlalu banyak berjasa kepada umat Islam sedangkan mereka masih teraba-raba dalam kegelapan.

3. Kumpulan anak muda ini sangat gemar untuk menuduh dan menyerang kumpulan dakwah. Hanya ada satu dua silap kumpulan dakwah namun tuduhan mereka sangat besar seolah-olah kumpulan dakwah telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Namun yang menariknya, mereka tidak berani pula untuk menyatakan apakah status Umno pada pandangan mereka.

4. Seminar ini akhirnya tidak membawa impak yang sangat besar kepada perkembangan dan keutuhan akidah di Malaysia. Ia tidak lebih ingin mempertahankan akidah Asya’irah dan menuduh kumpulan selain mereka, tetapi mereka tidak membincangkan bagaimana untuk menyelamatkan akidah anak muda Malaysia sekarang. Lalu seorang Imam menggelengkan kepala apabila mengikuti seminar ini kerana beliau tidak mampu membawa sesuatu yang sangat bermakna kepada masyarakat.

Saya tidak memusuhi seminar tersebut, jauh sama sekali. Ada beberapa pembentangan sangat menarik seperti mana nama-nama pembentang yang saya nyatakan. Namun ada beberapa kertas kerja lebih bersikap menghukum dan tidak mendatangkan penyelesaian yang efektif. Mereka lebih suka untuk membincangkan ayat-ayat mutasyabihat yang sudah lama dibincangkan oleh ulama terdahulu. Bagi saya, apa guna memanjangkan perselisihan yang sudah lama berlaku.

Daripada membincangkan soal Allah, apakah tangan dan wajah Allah, lebih baik kita membincangkan apakah perintah Allah kepada kita. Allah tidak pernah menyuruh kita membincangkan tentang zatnya, sama ada tangan membawa maksud kiasan atau tidak, tetapi Allah menyuruh kita melakukan dakwah, amar makruf dan mencegah kemungkaran, memerangi rasuh dan riba, mengangkat orang beriman sebagai pemimpin dan menyebarkan kesejahteraan kepada ummah.

Sudah ramai pelajar yang masih muda, hatta yang baru menginjak usia 13 tahun yang bacaan al-Quran masih terangkak-rangkak tetapi sudah berani menghukum ulama termasuk Imam al-Syafie. Apa yang mereka dapat? Populariti? Begitu juga sesetengah kumpulan pondok yang jumud, yang suka mengambil pendekatan menyalahkan ulama yang terlibat dalam politik sedangkan mereka hanya tenggelam dalam dunia pondok dan kejumudan semata-mata.

Begitu juga golongan yang beranggapan mereka aliran al-Quran dan hadis, terlalu suka menuduh dan mendakwa pendekatan mereka terbaik. Akhirnya, budak mat rempit dan penghisap ganja terus berada dalam kegelapan dalam kebutaan orang yang mengaku berilmu agama.

Beberapa golongan mendakwa dakwah nabi bermula dengan akidah. Jadi, lupakan politik dan lain-lain, perkukuhkan akidah. Jika benar ini yang mereka perjuangkan, saya mahu mencadangkan beberapa perkara. Jika benar kalian mahu mengikuti nabi dengan membentuk akidah terlebih dahulu dan melupakan dakwah, maka pedulikan soal arak, judi, riba, bukalah aurat, kerana nabi tidak pernah memperjuangkan perkara tersebut sepanjang berada di Madinah. Saya tergelak apabila seseorang berkata kepada kawan saya, “Ustaz, sekarang ni kena teguhkan akidah dulu, pedulikan soal dakwah”. Anda hukumlah pemikiran ini sendiri.

Kumpulan yang berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi ini, mereka hanya berani bercakap sahaja. Jika kita meminta mereka untuk mengkafirkan PM Najib, pasti mereka tidak berani. Kerana PM ada kuasa sedangkan dua orang Tuan Guru tadi tiada kuasa. Namun sekarang seolah-olah Tuan Guru yang memiliki sebahagian pemikiran ‘kaum muda’ kononnya dianggap sangat berdosa jika dibandingkan dengan orang yang menganut aliran sekularisme dan liberalisme.

Saya di peringkat Syubban (Pemuda) Persatuan Ulama akhirnya ingin mencadangkan agar lain kali dibincangkan bagaimana menerapkan akidah yang utuh kalangan Rakyat Malaysia yang terjebak dengan banyak gejala hitam, bukan lagi menyibukkan diri membincangkan tentang zat Allah, Ibn Taymiyah dan Imam Ghazali lagi. Mereka sudah meninggalkan kita dengan jasa yang banyak sedangkan kita belum tentu lagi kedudukan di sisi Allah.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,

Ketua Syubban Persatuan Ulama Malaysia.

Projek Dana PAS Pangkor - Jom infaq !

Di siarkan kali ke 4..
Pada retread di Pulau Pangkor bulan lalu, kami sempat bertemu dengan Tuan Syed Sharim bin Shayid Khalim yang juga Ketua Cawangan PAS@Penasihat Projek Pembinaan Kompleks Tarbiyyah PAS Pangkor di Lumut. Pertemuan yang diluar jadual itu berlangsung di bandar Lumut.

Oleh kerana pertemuan ini lebih kepada pencerahan isu yang timbul berhubung pembinaan kompleks tersebut maka beberapa soalan panas turut dilontar dan dijawab dengan baik oleh beliau.

Beberapa kekeliruan, turut dijawab dengan lapang dada. Projek Pembangunan Kompleks Tarbiyyah PAS Pangkor wajar dan perlu dilaksanakan. Ia penting untuk PAS dan Islam khususnya di Pulau Pangkor.

Berdasarkan kepada Kertas Kerja yang diberikan kepada kami, hasrat PAS Pangkor begitu mengunung tinggi. Perencanaan jangka panjang PAS Pangkor ini wajar disokong lebih-lebih lagi pusat itu kelak bakal menjadi pemangkin gerakan dakwah dan pusat komuniti masyarakat di pulau itu.

Namun rasionalnya, PAS Pangkor tidak mempunyai tanah milik sendiri. Untuk pengetahuan pembaca kini, PAS Pangkor membina markaznya diatas tanah milikan orang lain. Dan disitulah juga ditempatkan pejabat PAS Pangkor serta PASTI Al-Adawiyah.

Perjumpaan diluar jadual retread bersama Penasihat Projek dan SU PAS Pangkor, saudara Azmi di Lumut. Diantara yang hadir Ketua Pegawai Operasi eBEL, beberapa bloggers dari Sekretariat Blogger PAS Perak serta jurutera teknikel eBEL.

Inilah pandangan hadapan markaz PAS Pangkor. Dari sumber yang dimaklumkan kepada kami, tapak markaz ini kini berada di dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan bandar akan datang.

Dari tinjauan tapak, kedudukan tapak markaz ini terletak hanya 500 meter dari pusat bandar Pangkor. Maka dengan itu, persediaan awal untuk menempatkan tapak markaz baru perlu diusahakan.

Sejajar dengan hasrat itu, pihak kami menyokong sepenuhnya cadangan PAS Pangkor yang telah pun memulakan langkahnya dengan melancarkan TABUNG DANA RM1 JUTA. Untuk pengetahuan di sini, pelancaran Tabung Dana itu telah sempurna dirasmikan oleh YB Saudara Khalid Samad pada 27hb. April lalu. Dibawah, Pusat PASTI Al-Adawiyah (pintu hijau) - pandangan hadapan markaz.

Ini pula pandangan di belakang markas yang menempatkan pejabat PAS Pangkor. Maka itu, PAS Pangkor sangat mengharapkan agar tuan-tuan dapat menyumbangkan wang ringgit kepada TABUNG DANA ini agar Kompleks Pusat Tarbiyyah PAS Pangkor itu dapat dibangunkan. Dan ia hanya mampu direalisasikan dengan sokongan kuat daripada ahli jamaah, korporat-korporat yang cintakan perjuangan Islam dan PAS serta tuan-tuan yang budiman.

Untuk itu, PAS Pangkor telah menyediakan kupon-kupon wakaf untuk dijual kepada umum. Kepada mereka yang ingin mendapatkan kupon-kupon wakaf boleh men menghubungi penama-penama dibawah untuk urusan selanjutnya. (rujuk banner dibahagian bawah artikel ini)

Mengapa RM1 JUTA ?
Terdapat 2 strategi cadangan perlaksanaan yang praktis diguna pakai untuk projek ini. Iaitu seperti dibawah : Rujuk Lampiran yang disertakan ini. Manakala foto bangunan kedai itu adalah unit rumah kedai 2 tingkat yang dalam cadangan untuk dibeli . Lihat tanda anak panah merah.


En. Azmi bin Abas. Tunjang disebalik projek pembinaan Kompleks Tarbiyyah PAS Pangkor. Semoga Allah memberi ganjaran baik buat saudara atas usaha keras untuk melihat projek besar ini menjadi kenyataan. Seterusnya menjadi momentum jihad dan perjuangan dakwah ahli-ahli PAS dan jamaahnya bagi masyarakat di Pulau Pangkor. InsyaAllah. Takbir ! (Double Click Banner dibawah)


Sumber: politikbanjar.blogspot.com

Mengapa menonton Muzika Uda Dan Dara

Oleh Dinsman

Mengapa saya menonton “Muzika Uda Dan Dara” (yang sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, sekarang hingga 20 Julai )? Pertama, kerana ia karya teater terbaik yang dihasilkan oleh Usman Awang (seniman besar yang menjadi kebanggaan Malaysia). Kedua, kerana saya pernah menontonnya ketika ia pertama kali dipentaskan pada tahun 1972, dan ia dianggap sebagai teater muzika Melayu moden yang pertama.

Ketiga, kerana pementasan ini diusahakan sendiri oleh anak Usman Awang, Lyna Usman. Keempat, kerana ia diarah oleh sahabat saya Rahim Razali, yang juga menjadi pengarahnya bagi pementasan 1972 dulu.

Dan apakah yang ingin saya lihat apabila saya menontonnya pada malam 12 Julai lalu? Pertama, saya ingin melihat bagaimanakah hasil arahan Rahim Razali kali ini, berbanding dengan hasil arahannya 38 tahun dulu. Apakah dia masih mengekalkan lagu-lagu dan muzik hasil ciptaan Basil Jayatilaka yang sangat mempesonakan itu?

Tidak. Dia tidak mengekalkan ciptaan lama yang klasik itu, tetapi dia membawa muzik dan lagu-lagu ciptaan baru (oleh Hafiz Askiak). Saya tidak mengatakan lagu-lagu dan muzik karya Basil Jayatilaka itu lebih baik. Tetapi, agak menghairankan saya sendiri, rupa-rupanya ingatan saya terhadap muzik dan lagu-lagu yang pernah saya dengar pada tahun 1972 itu masih segar. Saya merasakan kehilangan mood yang syahdu, yang pernah saya nikmati dari lagu-lagu Basil Jayatilaka itu, khasnya dalam adegan Uda dan Dara bersanding olok-olok, dan ketika Dara sedang menanti kedatangan Uda, dalam pementasan terbaru ini.

Tidak mengapalah. Itu hanya nostalgia. Tetapi nostalgia pun rupa-rupanya berperanan juga dalam hal menikmati karya seni. Mood yang syahdu itu rupa-rupanya tidak saja pada muzik dan lagu, tetapi juga pada suasana kampung, yang terbina khasnya melalui rekabentuk dan binaan setnya, yang dulunya itu serba sederhana tetapi amat imaginatif.

Suasana kampung ini penting, kerana ia menjadi semacam sebahagian daripada ruh teater ini. Orang kampung (masyarakat kampung) yang hidup mesra bagai sebuah keluarga besar itu, dengan suasana kampungnya yang harmoni dan syahdu, seperti terjalin erat bersama unsur-unsur alamnya. Dan ini diperkuatkan lagi oleh kehadiran Pak Utih, sejenis watak manusia yang lincah, licin, jenaka, cekap hadir dan menghilang seperti angin, mengalir seperti air, sebati membumi dan meresap bersatu dengan alam.

Juga, masih segar di ingatan saya melihat kelincahan Rahim Razali sendiri melakonkannya dalam pementasan 1972 dulu. Inilah watak yang ingin sekali saya melihat seseorang melakonkannya sebaik yang pernah ditunjukkan oleh Rahim itu. Alhamdulillah, Rosdeen Suboh yang dipilih menjiwai watak ini tidaklah mengecewakan harapan saya.

(Namun pengucapannya tidaklah se‘necral’ suara Rahim yang semula jadi mempunyai iramanya yang tersendiri itu – mengalir seperti air, menderu seperti angin).

Saya tidak dapat merasakan suasana kampung itu apabila pentas dilatarbelakangi oleh pohon-pohon besar tinggi yang hanya nampak batang-batangnya sahaja, seperti pemandangan hutan di dalam filem-filem Barat itu.

Memang ia suatu faktor kecil. Tetapi apabila ia melekat dalam gambaran di kepala kita, ia tidak lagi menjadi faktor kecil. Dan masalahnya juga ialah kerana saya mempunyai nostalgia. Bagi penonton generasi baru, mungkin ia tidak menjadi masalah. Bahkan muzik dan lagu-lagu baru itu pun mungkin lebih sesuai bagi jiwa generasi baru hari ini.

Tadi saya tegaskan bahawa sebab pertama mengapa saya menonton Muzika Uda Dan Dara ialah kerana ia karya teater terbaik oleh Usman Awang. Nilai paling utamanya ialah pada “bahasanya”. Saya pernah mengatakan bahawa tidak ada karya lain dalam bahasa Melayu yang bahasanya seindah bahasa dalam muzika ini.

Teringat sewaktu saya melatih kumpulan pelajar Cina mementaskan sebahagian teater ini, dulu, seorang kawan saya, Syed Shahab, yang bukan peminat sastera, telah mendengar satu ungkapan yang sangat indah, menyebabkan dia terus mengulang-ulang menyebut ungkapan tersebut. Dan ungkapan indah itu ialah:

“Sebelum matamu lena malam; sebelum mimpimu sempat bermula; abang telah pulang di sisimu…”

Itu hanya satu daripadanya. Ada banyak lagi ungkapan yang indah-indah dan sedap diucap. Bahasa Melayu menjadi begitu indah sekali di dalam teater ini. Dan Rahim Razali, seorang yang sangat meminati dan menghargai keistimewaan Usman ini, nampaknya telah memberi perhatian khas kepada hal ini. Para pelakonnya mengucapkan dialog dengan sebutan yang cukup jelas, kecuali pada beberapa tempat yang ditenggelami oleh muzik yang terlalu kuat.

Saya sebenarnya tidak bercadang untuk membuat kritikan terhadap teater sulung yang diusahakan oleh Lyna Usman (sebagai penerbit eksekutif) ini. Sebaliknya saya ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadirannya di dalam arena produksi teater. Segala hal yang saya sebut di atas itu hanyalah nostalgia saya sahaja. Kalau tanpa nostalgia itu saya percaya pementasan ini sungguh berjaya. Memang berjaya.

Masalahnya, saya juga mempunyai nostalgia dengan Panggung Eksperimen Universiti Malaya, tempat teater ini pertama kali dipentaskan dulu. (Juga tempat saya mementaskan beberapa teater arahan saya). Tak mungkin pentas Istana Budaya dibandingkan dengan pentas Panggung Eksperimen itu.

Dan saya juga ada satu lagi masalah di sini. Ketika saya menulis dan mengajak pembaca pergi menyaksikan pameran lukisan “Kata Luhur” A Samad Said di Balai Seni Lukis Negara baru-baru ini, ada pembaca menghantar mesej bertanya saya: Apa tujuan saya menyuruh orang pergi menyaksikan pameran lukisan tersebut, dalam konteks Islam?

Maka tak dapat tidak saya pun harus memikirkan – bagaimana kalau soalan itu ditujukan pula kepada saya, dalam konteks menonton teater ini? Kebetulan saya pun baru saja membaca tulisan Azizi Hj Abdullah, yang mempersoalkan kebenaran dakwaan mengenai “teater Islam”, dalam majalah Pentas yang terbaru. Dan seorang kawan saya bertanya: “hang pi tengok tu dapat pahala ka dapaat dosa?”

Memang teater ini tidak ada pelakon wanita yang mendedahkan bahagian atas dadanya (tidak memakai baju) seperti dalam sebuah muzika yang pernah saya tegur sebelum ini. Tetapi Azizi pasti akan menyanggah: bukan itu saja ciri-ciri yang diperlukan oleh teater Islam.

Betul, ya, maka itulah awal-awal lagi orang seperti Rahman Shaari akan meletakkan asas, bahawa kita tidak membicarakan kesenian dan kebenaran dari segi religius. Melihat karya seni hanya dari segi nilai-nilai keseniannya. Ini memang satu persoalan besar. Insya Allah, kita akan bicarakan persoalan besar ini dalam kesempatan yang lain.

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408

Bongkar : Sekali mesyuarat Seri Temin sampai RM78,270! Makan kepala dinasour ke

Oleh mamak

"Masih mengenai Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Terlalu panjang senarai penyelewengan kewangan di zaman BN menjadi peneraju kerajaan.

Hari ini penulis upahan Umno mendakwa kononnya duit STDC telah susut dari RM4 juta pada Mac 2008 hingga berbaki RM300 ribu pada Mac 2010. Setelah perkara ini dirujukkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah STDC, fakta tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Ini kerana mengikut laporan kewangan tahunan STDC, baki atau untung terkumpul pada 31 Disember 2007 ialah RM4,779,743. Daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga waktu pilihanraya umum ke 12, wang tersebut telah dibelanjakan sebanyak RM1,999,778.60. Kebanyakannya untuk program politik BN.

Untung terkumpul atau nilai reserve sama sekali tidak boleh dilihat pada bulan 31 Mac 2008, kerana pengauditan hanya dilakukan pada 31 Disember 2008. Begitu juga nilai reserve tidak boleh dilihat pada 31 Mac 2010.

Untung terkumpul pada 31 Disember 2008 ialah RM4.324 juta. Umumnya ia jauh lebih baik dari 2007 kerana ia berlaku selepas STDC terpaksa membayar hutang-hutang yang banyak yang ditinggalkan oleh ahli lembaga pengarah yang lalu di samping hampir RM2 juta dilaburkan untuk kepentingan politik BN.

Untuk melihat untung terkumpul bagi tahun kewangan 2010 pula, mestilah selepas pengauditan dibuat bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2010. Tidak betul sama sekali dengan melihat baki tunai dalam bank pada hari tertentu dalam bulan Mac maka penilaian dan ‘penghakiman’ prestasi syarikat pun dibuat.

Sebenarnya saya tidak perlu menghuraikan jawapan berdasarkan fakta dan angka terhadap sebuah tuduhan palsu. Namun dalam dunia yang bilangan orang cerdiknya sangat ramai, maka memberi jawapan yang tepat lagi jujur seperti ini, tentulah dapat mengesahkan bahawa pihak yang membuat tuduhan itu jahat dan kurang cerdik.

Mereka menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat. Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan!

Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat. Mereka ialah Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni.

Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12.

Banyak penyelewengan STDC saya huraikan dalam dua keluaran lalu. Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah membiayai lapan kali mesyuarat dengan kos mengadakan mesyuarat tersebut keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan.

Secara puratanya (jika mesyuarat tersebut adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah) maka setiap kepala dijamu makanan bernilai RM815.00 setiap kali mesyuarat. Apa jenis makanan agaknya begitu mahal sekali?

Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara
‘Mesyuarat di Naka’:
1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00,
1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?)
13/2/2008 – RM10,000.00,
13/2/2008 – RM7,905.90,
13/2/2008 – RM4,610.00,
13/2/2008 – RM11,700.00,
13/2.2008 – RM10,000.00

(Satu hari lima kali mesyuarat?)Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya. Jawapan yang mungkin diberikan begini, “Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah.” Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu ‘Mesyuarat di Naka’, bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali. Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap.

Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik?

Mereka berdegar-degar menuduh PAS menyalahgunakan wang GLC untuk membiayai aktiviti parti, sekarang biar mereka pula menjelaskan tuduhan bahawa merekalah penyeleweng duit GLC untuk membiayai program politik. Sila jawab, jangan tak jawab.

Timbul lagi persoalan mengapa pihak-pihak tertentu tidak buat laporan polis atau SPRM terhadap para penyeleweng itu.

Sejak mengambil-alih pentadbiran pada Mac 2008 hingga ke saat ini, belum ada satu pun laporan polis yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap mereka. Sebenarnya ada ‘muslihat besar’ mengapa laporan belum dibuat dan seluruh rakyat akan tahu jawapannya nanti.

Alang-alang pembangkang di Kedah sudah mula membuat serangan meriam buluh bertubi-tubi, mereka kena bersedialah pula terima serangan balas. Pendedahan bertulis ini sebenarnya belum berakhir.

Banyak lagi penyelewengan dalam GLC yang akan dilondeh. Butirannya sangat banyak. Lebih dari enam kotak."

Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan. Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.

Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.

Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.

Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid (gambar kiri) dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.

"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku. Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO. Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."

Sheah Kok Fah menegaskan bahawa MCA bukan penumpang, dan tidak pernah MCA tertinggal (atau tidak hadir) dalam pembangunan Malaysia.

"Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak. UMNO pula akan susah untuk bersendirian."

"Kami harus sedar, dalam senario pada hari ini, mana-mana parti politik akan gagal untuk menang di kawasan pilihan raya hanya dengan sokongan satu kaum. MCA semestinya memerlukan sokongan undi Melayu, dan parti politik lain seperti PKR, DAP, PAS juga memerlukan undi Melayu. Keadaan yang sama untuk UMNO yang juga memerlukan sokongan undi Cina di banyak kawasan pilihan raya."

"Mungkin saya perlu berkata, mana-mana parti politik yang ingin memerintah, memerlukan sokongan undi orang Malaysia, sama ada undi Cina, undi Melayu atau undi India."

"Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?"

*Pandangan oleh Sheah Kok Fah selaku Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, diterjemahkan dari teks asal dalam bahasa Cina./MerdekaReview

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam

Assalamualaikum w.b.t...
  • Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkankan diri saya sendiri..!
Mohonlah apa-apa doa yang baik-baik.
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), di mana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)

: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam
Sumber

Awat la tak serik-serik...

Sumber
Bukankah banyak lagi mufti yang available.... awat la yang sorang tu jugak jadi pakar rujuk hang? Dah tau dia, dalang UMNO... lembu tunggangan UMNO untuk memperdaya PAS agar masuk perangkap UMNO, buat apa la, dia juga yang hang pi jumpa. Tak ke mencari pasai namanya?! Nak kata bangang.... ada Phd. Nak kata cerdik.... bertindak bangang!!

Mungkin inilah yang dikatakan kurang cerdik dan tak serik. Sengaja mencari pasal!! Dah tau ia pasti mengundang kontroversi, mengapa dibuat juga? Lepas tu.... expect orang tidak berburuk sangka terhadapnya. Macam mana orang tak buruk sangka, kalau tindak tanduk menjurus ke arah itu. Don't blame people.... but blame yourself!!

Pada aku.... orang macam ni , yang tak boleh nak bezakan yang mana baik untuk parti dan.... yang mana boleh merugikan parti..... peti sejukkan jer!! Dulu ter'lepas' .... so kali ini dia ingat dia boleh terlepas lagi. Seolah-olah.. sengaja mahu mengocak semula air yang sudah tenang. Semacam mahu memporak-perandakan parti dan Pakatan Rakyat.

Pemimpin macam ni..... nyahkan pergi!! Rakyat tak perlu pemimpin tak mengasi macam ini. So... nampak gayanya, masa depan Hassan Ali dalam PRU13 nanti pasti malap. Kalau ler PAS Selangor masih meletakkan muka pemimpin ini.... alamat sure kalah punyer!!

Jadi.... jangan jeorpadize dan rugikan satu kerusi dengan meletakkan dia sebagai calon. Menyesal tak sudah nanti. Aha, jangan teragak-agak untuk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111