" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 10, 2010

Agenda Musuh-musuh Islam

Oleh: wiraislam


Sebelum ini Musuh-musuh Islam telah melaksanakan tiga fasa bagi menghancurkan dan menyekat kebangkitan Islam.


Fasa 1

Musuh-musuh Islam berpakat meruntuhkan Khilafah Islamiyyah kemudian membahagi-bahagikan negara-negara umat Islam yang dijajah. Mereka berusaha menakut-nakutkan umat Islam dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan. Mereka meruntuhkan masjid dan membakar kitab suci al-Quran. Mereka berusaha keras untuk menghancurkan benih-benih Islam.

Namun, ibarat tanah yang tandus akibat kemarau. Pokok-pokok semuanya mati. Tetapi apabila hujan turun, tanpa disangka benih yang masih tinggal di dalam tanah menumbuhkan pokoknya. Islam kembali subur di seluruh dunia walau sekuat manapun tekanan yang dikenakan ke atas umat Islam.

Fasa 2

Pada fasa kedua atau gelombang kedua penentangan terhadap Islam, mereka memasukkan fahaman-fahaman yang memisahkan ajaran Islam di antara satu juzuk dengan juzuk yang lain. Mereka menanam pelbagai fahaman seperti komunisme, sosialisme dan nasionalisme yang ditunjangi sekularisme bagi memisahkan umat Islam daripada ajaran Islam.

Fasa 3

Gerakan Islamisasi diwujudkan. Penerapan nilai-nilai Islam begitu mendapat sambutan daripada umat Islam. Padahal, ia adalah satu gerakan yang bertujuan untuk melambat-lambatkan atau menyekat kebangkitan Islam. Umat Islam menjadi keliru dan sebahagiannya bersetuju dengan gerakan Islamisasi yang dilihat lebih halus pendekatannya.

Fasa ini diikuti dengan satu program yang besar iaitu tragedi 11 September. Zionis antarabangsa sanggup mengorbankan bangunan tertinggi mereka semata-mata untuk melaksanakan misi menghancurkan gerakan Islam yang semakin kuat di beberapa buah negara di atas tiket memerangi pengganas. Islam dilabel sebagai agama pengganas. Umat Islam yang komited dengan ajaran Islam dianggap ekstrim. Akhirnya, timbullah fenomena Islamophobia padaa hari ini.

Pelan Baru

Akhirnya, Amerika membuat pelan baru di mana mereka akan menerima Islam tetapi tanpa siasah. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap dalam sidang PBB mencadangkan untuk mewujudkan satu kelompok baru iaitu negara-negara Islam sederhana. Perkara ini disokong oleh Senat Amerika dan disambut oleh beberapa tokoh dari negara-negara Barat. Hal ini menepati rancangan mereka yang menggunakan pelan baru untuk tidak menentang Islam atau menolak Islam tetapi menerima Islam tanpa kekuatan politik.

Beberapa tahun akan datang diramalkan akan berlaku tiga fenomena:

PERTAMA

Munculnya Gerakan sufiyyah/tarekat/tasawuf di negara-negara umat Islam yang mencabut jihad dalam gerakan mereka. Membiarkan negara diperintah oleh orang kafir atau sistem kuffar. Membiarkan sistem yang merosakkan akar umbi Islam berlaku di kalangan umat Islam. Sufi dan tarekat tidak salah. Tetapi, apabila dicabut jihad itu adalah satu penyelewengan. Gelombang ini akan bangkit kembali. Kemudian, lahirlah satu kelompok umat Islam yang seronok atau ghairah dengan suasana itu.

KEDUA

Munculnya gerakan dakwah atas nama Islam yang tidak menjadikan siasah sebagai asas kekuatan bahkan membuang siasah dalam gerakan mereka. Gerakan ini sudah wujud. Tetapi, selepas ini akan tumbuh seperti cendawan musim hujan. Gerakan ini menjadi lebih kuat dan subur dalam beberapa tahun yang akan datang dengan mendapat pembiayaan khusus. Gerakan Islam seperti ini sebenarnya tiada kekuatan. Islam yang dicabut siasah adalah Islam yang tiada kekuatan.

Dalam satu kisah, Saidina Utsman Ibn Affan r.a. turun dari mimbar dan berkata: “Mana-mana perintah Allah di dalam al-Quran yang tidak dapat kita sempurnakan, maka kita akan menggunakan kuasa politik untuk menyempurnakannya.”

Islam itu sempurna. Sebahagian perintah Allah di dalam al-Quran tidak berhajat kepada kekuasaan seperti perintah solat dan puasa. Tetapi, untuk menyempurnakan sebahagian perintah Allah yang lain berhajat kepada kekuasaan. Seperti pengharaman arak, judi dan zina. Kuasa politik menyempurnakan perintah Allah tersebut.

Gerakan ini diberi layanan yang baik dan bebas bergerak mengajak manusia kepada amalan-amalan fardiyyah bagi membentuk peribadi muslim. Namun, kesan daripada gerakan ini, akan muncul satu gambaran bahawa orang Islam yang dianggap baik adalah mereka yang tidak mencampuri urusan politik. Urusan politik dianggap kotor. Perbincangan tentang sekularisme yang dianggap sudah hampir selesai akhirnya kembali mencengkam umat Islam.

Sebab itu kita lihat pada hari ini, masyarakat Islam begitu peka kepada arak dan judi. Mereka mengetahui dan menjauhinya. Tetapi, menegakkan sistem pengharamannya tidak. Kerana urusan ini ditegakkan oleh politik. Mereka jahil dan lupa tentang ahli politik yang menghalalkan judi kerana di dalam masjid hanya diajar tentang hukum memakan hasil judi dan berjudi. Tetapi, hal yang membiarkan perjudian adalah urusan politik. Politik dianggap kotor dan ia tidak diajar di dalam masjid.

KETIGA

Akan muncul garis pemisah di antara gerakan Islam yang memperjuangkan Islam secara syumul yang berada di satu pihak; mereka dilabel sebagai ekstrimis dan Islam fanatik dan di sebelah yang lain, satu blok negara-negara Islam yang sederhana yang diterima oleh Yahudi dan Nasrani dan negara-negara kuasa besar dunia dengan baik. Fenomena ini adalah hasil daripada pelan baru yang disebutkan di atas. Maka, berlakulah pertembungan besar dari sudut kefahaman Islam. Manakah ajaran Islam yang sebenar?

Wallahua’lam. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah akhir zaman.


Wira Islam
10 Oktober 2010
Kemaman, Terengganu


Nota: Tulisan ini adalah petikan dan kupasan penulis berdasarkan kuliah Sohibul Fadhilah, Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Naib Presiden PAS, merangkap ahli Majlis Syura PAS, pada 1 Oktober 2010 di Masjid Rusila Marang sempena Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2010.

Penduduk Serbu Rumah Gadis Rakam Gambar Jin Dalam Botol

Jertih: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.

TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.

Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.

Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.

Ulasan GB

Kewujudan jin sebagai makhluk Allah selain daripada manusia memang ada. Ini dinyatakan di dalam Al-Quran.

TETAPI menyatakan jin itu boleh membawa menafaat atau mudharat kepada kita, itu adalah salah dan tidak boleh menjadi pegangan, kerana "Innallahu 'ala kulli syain qadiir"... Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Kisah-kisah jin yang berlaku di dalam masyarakat hanyalah tipu daya syaitan yang dengannya manusia boleh disesatkan terutama mereka yang tidak berpengetahuan atau cetek pendidikan agamanya.

Manusia yang disesatkan tanpa mengira bangsa, warna, pangkat dan darjat, di dalam kes di atas kita lihat seorang ADUN bersama isterinya hadir sama. Walau bagaimanapun GB berharap kehadirannya hanyalah untuk meredakan suasana rakyat yang berada di kawasannya, bukan untuk tujuan lainnya.

Hal mempercayai kepada kekuatan dan kekuasaan jin dan makhluk halus ini seperti yang GB katakan tadi, ialah apabila aqidah umat Islam yang terlalu longgar. Diperburukkan pula siaran TV di negara ini yang mutakhir ini banyak menonjolkan cerita-cerita khurafat dan tahyul tanpa penapisan oleh kerajaan. GB dah ulas perkara itu di SINI.

UMNO Kelantan Belanja Sakan Hasil Rompakan Wang Royalti

Agihan wang ihsan mesti diselesaikan akhir bulan ini: JPP

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan akan memastikan semua pengagihan wang ihsan pelajar di negeri Kelantan diselesaikan akhir bulan ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustaffa, berkata semua peruntukan RM25 juta itu akan dihabiskan sehingga tempoh tersebut.

“Ia sebagaimana dikehendaki oleh Kerajaan Pusat melalui agensi pelaksana pengagihan wang itu iaitu JPP dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan,” katanya selepas melakukan upacara pelepasan serombongan 1,500 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kelantan yang menaiki 32 bas di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, di sini, malam tadi.

Rombongan diketuai Mejar (B) Mohd Ali Nawang itu dijangka mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya, petang ini.

Makhtar berkata, lebih 70,000 pelajar rendah rendah dan tingkatan enam menerima bantuan wang ihsan itu yang dikendalikan jabatannya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (JPP) dan Pejabat Pembangunan Jajahan (PPJ).

Pemberian wang ihsan itu diperuntukkan Kerajaan Persekutuan selepas menukarkannya daripada royalti mula dikeluarkan kepada pelajar Ogos lalu, membabitkan 70,800 pelajar di seluruh negeri Kelantan tanpa mengira bangsa.

Katanya, mengikut peraturan, pelajar yang telah menerima bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajaran Malaysia (KWAMP) dan keluarga berpendapatan lebih RM1,500 sebulan, tidak layak menerima wang itu.

“Pelajar tingkatan enam layak menerima wang ihsan itu tanpa mengira kedudukan dan pendapatan keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu mereka yang menerima wang ihsan itu memanfaatkan pemberian itu sewajarnya untuk kemudahan pelajaran mereka tanpa menyalahgunakannya. -BERNAMA


Royalti: Kelantan saman tidak libatkan Pusat

KOTA BHARU, 7 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju menolak permohonan peguam Petronas agar kerajaan Pusat dilibatkan bersama dalam isu pertikaian hak royalti negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu dibuat kerana kerajaan negeri berpendapat kerajaan Pusat tiada kena mengena dalam isu saman tersebut.

Saman tersebut, jelasnya hanya melibatkan Petronas yang melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri bagaimanapun bersetuju dengan permohonan mereka satu lagi iaitu memberi tempoh lanjutan mengemukakan afidavit pembelaan terhadap saman kerajaan negeri.

"Kita dah bincang dengan Menteri Besar, dan kita bersetuju untuk memberi masa lanjutan kepada Petronas untuk memfailkan afidavit pembelaan.

"Adapun berhubung penyertaan kerajaan pusat itu, kita bersetuju untuk menolak, kerana kita saman Petronas yang memungkiri kontrak, kerajaan Pusat tiada kena mengena dalam hal ini," katanya pada satu majlis di sini, semalam.

4 Oktober lalu adalah merupakan tarikh akhir bagi Petronas mengemukakan afidavit pembelaan mereka namun ianya belum dibuat.

Mereka bagaimanapun mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Kelantan agar dilanjutkan tempoh tersebut.

Penjelasan itu juga merupakan perkembangan terbaru isu tersebut selepas Kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 30 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, banyak pihak menjangkakan isu tuntutan royalti ini menjadi topik utama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 4 November nanti.

Isu ini juga menarik perhatian ramai apabila bakal memperlihatkan pendirian veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga disebut-sebut sebagai pengarah pilihan raya Umno BN bagi PRK Galas.

Beliau sebelum ini satu-satunya pemimpin Umno yang lantang menyokong tindakan kerajaan negeri menyaman Petronas menuntut hak royalti minyak. -harakahdaily

Ulasan GB

Demikian menyedihkan dimana kerajaan UMNO BN sanggup merompak hasil royalti milik Kerajaan Kelantan dengan menjadikannya wang ihsan (dengan mengenepikan Perjanjian yang dibuat di antara Petronas dengan kerajaan negeri), yang kemudiannya wang ihsan ini tidak diserahkan kepada kerajaan negeri tetapi diagihkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Rakyat menjadi keliru sebelum ini Husam Musa, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri menolak permohonan peguam Petronas agar kerajaan Pusat dilibatkan bersama dalam isu pertikaian hak royalti negeri itu.

Mungkin dari sudut teknikal perundangan, GB belum nampak rasional tindakan sedemikian namun kita percaya Kerajaan Pusat ada terlibat secara lansung mengenepikan perjanjian berkenaan dengan tindakan mereka menukar wang royalti kepada wang ihsan.

Perancangan jahat Datuk Seri (sekarang Tun) Mahathir Mohd yang memulakannya apabila Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999. Dan polisis itu diterus di zaman Abdullah Ahmad Badawi dan kini Mohd Najib.

Dan kita berharap Jabatan Audit Negara dan PAC menyiasat penggunaan wang ihsan tersebut dengan teliti dan sebarang penyalh-gunaannya mestilah didedah dan dihentikan.

Kita juga berharap mesej jelas tuntutan wang royalti akan diberikan nada yang keras dan lantang di pilihanraya kecil Galas nanti.

'Siapa pula bawa Rahimi masuk pejabat PKR?'

Terdapat persoalan 'misteri' yang tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR tentang Rahimi Osman, iaitu siapakah yang membawanya masuk ke ibu pejabat PKR?

"Kita sudah tahu, Rahimilah dalang membawa (Mohd) Saiful Bukhari (Azlan) menjadi salah seorang pegawai khas Anwar."Tetapi, persoalan yang lebih penting yang tidak pernah kita semua perbincangkan, siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR dan menjadi pegawai khas Anwar?" soal naib presidennya Mustaffa Kamil Ayub.

Minggu lepas, Rahimi - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - mendakwa beliau dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya. Mereka sebaliknya mendakwa akuan bersumpah itu dibuat secara sukarela.

Dalam satu kenyataan semalam, Musaffa berkata, alangkah liciknya mainan "pembesar-pembesar Umno sehingga anggota parti pun tidak dapat menghidu rancangan busuk dan tidak bermaruah ini".

"Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah," dakwa Mustaffa yang juga pengerusi PKR Perak.

Beliau juga mendawa Rahimi tampil mengatakan dipaksa menamakan Najib dan Rosmah dalam akuan bersumpahnya semata-mata untuk melindungi kepentingan kedua-dua mereka.

"Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini," kata Mustaffa sambil mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama itu sekarang.

"Tidakkah kita hairan, mengapa Najib-Rosmah begitu berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama kedua-dua peribadi itu dalam akuan bersumpahnya," katanya.M/Kini

Peringatan untuk anak perempuan kita !

Oleh: asshafiee

Artikel ini akan di siarkan setiap hari - 26 Melayu

Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan" (Artikel asal di sini)

Perancangan

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.

Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata si jejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita?

Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata si jejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara. Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Petikan dari : Ustaz Nor Amin

Ikon Baru Raja Melayu

Oleh Tok Pepijat

Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengungkit hak keistimewaan orang Melayu ialah Sultan Perak, Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan terkini Sultan Johor.

Tiada diketahui kepada siapa di tuju titah tersebut. Barangkali kerana Raja dilarang babitkan dalam politik maka titah itu mengundang banyak tafsiran.Hidup di zaman ledakan teknologi berbeza dengan hidup di zaman tika Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak. Kini Raja-Raja di Malaysia sekadar Raja Berperlembagaan.Rakyat berhak dengan bebas untuk memberi tafsiran atas segala titah Raja-Raja Melayu.

Kini, rakyat di Malaysia boleh membuat andaian pihak mana yang di sokong oleh Raja-Raja Melayu terhadap parti politik walaupun Raja Melayu masih gunakan " ayat berlapik".

Tiada diketahui adakah Raja-Raja Melayu mengetahui nasib orang-orang Melayu kini apabila baginda menyentuh tentang hak-hak istimewa Orang Melayu?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu hak Orang Melayu semakin terhakis?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu UMNOlah yang siang malam bekerja untuk menghakis hak-hak Orang Melayu?

Lihatlah nasib Tanah Rezab Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu ianya semakin mengecil? Adakah PAS atau DAP atau PKR yang menjualnya kepada bangsa lain?

Lihatlah nasib Bahasa Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu tentang PPSMI ? Bukankah UMNO yang menciptanya?

Adakah Raja-Raja Melayu tidak tahu bahawa UMNOlah yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?

Mustahil Raja-Raja Melayu tidak tahu hal ini semua.

Rakyat berharap Raja-Raja Melayu tidak terperangkap dengan permainan kotor perkauman UMNO. Raja-Raja Melayu mestilah bersih dari di"perkudakan" oleh UMNO. UMNO sembah setia Raja-Raja Melayu jika tersepit. Tetapi bila mereka gagah dan kuat, jadilah seperti Krisis Perlembagaan 1988. UMNO akan memalukan dan "melondeh" kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Adakah Raja-Raja Melayu telah mengambil iktibar dari Krisis Perlembagaan 1988?

Raja-Raja Melayu mestilah jauhi dari taktik kotor UMNO. Jauhi dari kepentingan sendiri, projek, balak dan tender.

Raja-Raja Melayu mestilah menjauhi "umpanan" UMNO yang berbentuk projek, kawasan balak, tender dan kontrak.

Adakah Raja-Raja Melayu sedar berlakunya banyak Tanah Rezab Melayu di Johor tergadai kepada warga Singapura semasa era Muhyiddin jadi MB Johor?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa "besar"nya kuasa "Tengku Wong" di Pahang?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa banyaknya Tanah Rezab Melayu tergadai ke tangan bangsa Cina yang kaya raya dan mempunyai hubungan istimewa dengan pimpinan UMNO di Perak?

Jangan asyik berceramah atas pentas bertitah tentang undang-undang, hak istimewa orang Melayu tetapi lupa tentang jahatnya UMNO menggadai maruah Melayu selama UMNO mempunyai kuasa politik di Perak lebih 50 tahun!

Adakah Raja-Raja Melayu sedar bagaimana juak-juak UMNO begitu licik memanupulasikan isu MP Serdang sehingga murka Sultan Selangor?

Moga kemunculan ikon baru Raja-Raja Melayu Sultan Muhammad V memberi sinar baru Kesultanan Melayu di tanah air kita.

Daulat Tuanku.....oops maaf! Tukar kepada kalimah suci Allahuakbar. Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengungkit hak keistimewaan orang Melayu ialah Sultan Perak, Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan terkini Sultan Johor.

Tiada diketahui kepada siapa di tuju titah tersebut. Barangkali kerana Raja dilarang babitkan dalam politik maka titah itu mengundang banyak tafsiran.

Hidup di zaman ledakan teknologi berbeza dengan hidup di zaman tika Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak. Kini Raja-Raja di Malaysia sekadar Raja Berperlembagaan.

Rakyat berhak dengan bebas untuk memberi tafsiran atas segala titah Raja-Raja Melayu.

Kini, rakyat di Malaysia boleh membuat andaian pihak mana yang di sokong oleh Raja-Raja Melayu terhadap parti politik walaupun Raja Melayu masih gunakan " ayat berlapik".

Tiada diketahui adakah Raja-Raja Melayu mengetahui nasib orang-orang Melayu kini apabila baginda menyentuh tentang hak-hak istimewa Orang Melayu?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu hak Orang Melayu semakin terhakis?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu UMNOlah yang siang malam bekerja untuk menghakis hak-hak Orang Melayu?

Lihatlah nasib Tanah Rezab Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu ianya semakin mengecil? Adakah PAS atau DAP atau PKR yang menjualnya kepada bangsa lain?

Lihatlah nasib Bahasa Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu tentang PPSMI ? Bukankah UMNO yang menciptanya?

Adakah Raja-Raja Melayu tidak tahu bahawa UMNOlah yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?

Mustahil Raja-Raja Melayu tidak tahu hal ini semua.

Rakyat berharap Raja-Raja Melayu tidak terperangkap dengan permainan kotor perkauman UMNO.

Raja-Raja Melayu mestilah bersih dari di"perkudakan" oleh UMNO. UMNO sembah setia Raja-Raja Melayu jika tersepit. Tetapi bila mereka gagah dan kuat, jadilah seperti Krisis Perlembagaan 1988. UMNO akan memalukan dan "melondeh" kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Adakah Raja-Raja Melayu telah mengambil iktibar dari Krisis Perlembagaan 1988?

Raja-Raja Melayu mestilah jauhi dari taktik kotor UMNO. Jauhi dari kepentingan sendiri, projek, balak dan tender.

Raja-Raja Melayu mestilah menjauhi "umpanan" UMNO yang berbentuk projek, kawasan balak, tender dan kontrak.

Adakah Raja-Raja Melayu sedar berlakunya banyak Tanah Rezab Melayu di Johor tergadai kepada warga Singapura semasa era Muhyiddin jadi MB Johor?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa "besar"nya kuasa "Tengku Wong" di Pahang?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa banyaknya Tanah Rezab Melayu tergadai ke tangan bangsa Cina yang kaya raya dan mempunyai hubungan istimewa dengan pimpinan UMNO di Perak?

Jangan asyik berceramah atas pentas bertitah tentang undang-undang, hak istimewa orang Melayu tetapi lupa tentang jahatnya UMNO menggadai maruah Melayu selama UMNO mempunyai kuasa politik di Perak lebih 50 tahun!

Adakah Raja-Raja Melayu sedar bagaimana juak-juak UMNO begitu licik memanupulasikan isu MP Serdang sehingga murka Sultan Selangor?

Moga kemunculan ikon baru Raja-Raja Melayu Sultan Muhammad V memberi sinar baru Kesultanan Melayu di tanah air kita.

Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengungkit hak keistimewaan orang Melayu ialah Sultan Perak, Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan terkini Sultan Johor.

Tiada diketahui kepada siapa di tuju titah tersebut. Barangkali kerana Raja dilarang babitkan dalam politik maka titah itu mengundang banyak tafsiran.

Hidup di zaman ledakan teknologi berbeza dengan hidup di zaman tika Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak. Kini Raja-Raja di Malaysia sekadar Raja Berperlembagaan.

Rakyat berhak dengan bebas untuk memberi tafsiran atas segala titah Raja-Raja Melayu.

Kini, rakyat di Malaysia boleh membuat andaian pihak mana yang di sokong oleh Raja-Raja Melayu terhadap parti politik walaupun Raja Melayu masih gunakan " ayat berlapik".

Tiada diketahui adakah Raja-Raja Melayu mengetahui nasib orang-orang Melayu kini apabila baginda menyentuh tentang hak-hak istimewa Orang Melayu?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu hak Orang Melayu semakin terhakis?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu UMNOlah yang siang malam bekerja untuk menghakis hak-hak Orang Melayu?

Lihatlah nasib Tanah Rezab Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu ianya semakin mengecil? Adakah PAS

atau DAP atau PKR yang menjualnya kepada bangsa lain? Lihatlah nasib Bahasa Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu tentang PPSMI ? Bukankah UMNO yang menciptanya?

Adakah Raja-Raja Melayu tidak tahu bahawa UMNOlah yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?

Mustahil Raja-Raja Melayu tidak tahu hal ini semua.

Rakyat berharap Raja-Raja Melayu tidak terperangkap dengan permainan kotor perkauman UMNO.

Raja-Raja Melayu mestilah bersih dari di"perkudakan" oleh UMNO. UMNO sembah setia Raja-Raja Melayu jika tersepit. Tetapi bila mereka gagah dan kuat, jadilah seperti Krisis Perlembagaan 1988. UMNO akan memalukan dan "melondeh" kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Adakah Raja-Raja Melayu telah mengambil iktibar dari Krisis Perlembagaan 1988?

Raja-Raja Melayu mestilah jauhi dari taktik kotor UMNO. Jauhi dari kepentingan sendiri, projek, balak dan tender.

Raja-Raja Melayu mestilah menjauhi "umpanan" UMNO yang berbentuk projek, kawasan balak, tender dan kontrak.

Adakah Raja-Raja Melayu sedar berlakunya banyak Tanah Rezab Melayu di Johor tergadai kepada warga Singapura semasa era Muhyiddin jadi MB Johor?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa "besar"nya kuasa "Tengku Wong" di Pahang?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa banyaknya Tanah Rezab Melayu tergadai ke tangan bangsa Cina yang kaya raya dan mempunyai hubungan istimewa dengan pimpinan UMNO di Perak?

Jangan asyik berceramah atas pentas bertitah tentang undang-undang, hak istimewa orang Melayu tetapi lupa tentang jahatnya UMNO menggadai maruah Melayu selama UMNO mempunyai kuasa politik di Perak lebih 50 tahun!

Adakah Raja-Raja Melayu sedar bagaimana juak-juak UMNO begitu licik memanupulasikan isu MP Serdang sehingga murka Sultan Selangor?

Moga kemunculan ikon baru Raja-Raja Melayu Sultan Muhammad V memberi sinar baru Kesultanan Melayu di tanah air kita.Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengungkit hak keistimewaan orang Melayu ialah Sultan Perak, Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan terkini Sultan Johor.

Tiada diketahui kepada siapa di tuju titah tersebut. Barangkali kerana Raja dilarang babitkan dalam politik maka titah itu mengundang banyak tafsiran.

Hidup di zaman ledakan teknologi berbeza dengan hidup di zaman tika Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak. Kini Raja-Raja di Malaysia sekadar Raja Berperlembagaan.

Rakyat berhak dengan bebas untuk memberi tafsiran atas segala titah Raja-Raja Melayu.

Kini, rakyat di Malaysia boleh membuat andaian pihak mana yang di sokong oleh Raja-Raja Melayu terhadap parti politik walaupun Raja Melayu masih gunakan " ayat berlapik".

Tiada diketahui adakah Raja-Raja Melayu mengetahui nasib orang-orang Melayu kini apabila baginda menyentuh tentang hak-hak istimewa Orang Melayu?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu hak Orang Melayu semakin terhakis?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu UMNOlah yang siang malam bekerja untuk menghakis hak-hak Orang Melayu?

Lihatlah nasib Tanah Rezab Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu ianya semakin mengecil? Adakah PAS atau DAP atau PKR yang menjualnya kepada bangsa lain?

Lihatlah nasib Bahasa Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu tentang PPSMI ? Bukankah UMNO yang menciptanya?

Adakah Raja-Raja Melayu tidak tahu bahawa UMNOlah yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?

Mustahil Raja-Raja Melayu tidak tahu hal ini semua.

Rakyat berharap Raja-Raja Melayu tidak terperangkap dengan permainan kotor perkauman UMNO.

Raja-Raja Melayu mestilah bersih dari di"perkudakan" oleh UMNO. UMNO sembah setia Raja-Raja Melayu jika tersepit. Tetapi bila mereka gagah dan kuat, jadilah seperti Krisis Perlembagaan 1988. UMNO akan memalukan dan "melondeh" kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Adakah Raja-Raja Melayu telah mengambil iktibar dari Krisis Perlembagaan 1988?

Raja-Raja Melayu mestilah jauhi dari taktik kotor UMNO. Jauhi dari kepentingan sendiri, projek, balak dan tender.

Raja-Raja Melayu mestilah menjauhi "umpanan" UMNO yang berbentuk projek, kawasan balak, tender dan kontrak.

Adakah Raja-Raja Melayu sedar berlakunya banyak Tanah Rezab Melayu di Johor tergadai kepada warga Singapura semasa era Muhyiddin jadi MB Johor?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa "besar"nya kuasa "Tengku Wong" di Pahang?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa banyaknya Tanah Rezab Melayu tergadai ke tangan bangsa Cina yang kaya raya dan mempunyai hubungan istimewa dengan pimpinan UMNO di Perak?

Jangan asyik berceramah atas pentas bertitah tentang undang-undang, hak istimewa orang Melayu tetapi lupa tentang jahatnya UMNO menggadai maruah Melayu selama UMNO mempunyai kuasa politik di Perak lebih 50 tahun!

Adakah Raja-Raja Melayu sedar bagaimana juak-juak UMNO begitu licik memanupulasikan isu MP Serdang sehingga murka Sultan Selangor?

Moga kemunculan ikon baru Raja-Raja Melayu Sultan Muhammad V memberi sinar baru Kesultanan Melayu di tanah air kita.

Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengungkit hak keistimewaan orang Melayu ialah Sultan Perak, Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan terkini Sultan Johor.

Tiada diketahui kepada siapa di tuju titah tersebut. Barangkali kerana Raja dilarang babitkan dalam politik maka titah itu mengundang banyak tafsiran.

Hidup di zaman ledakan teknologi berbeza dengan hidup di zaman tika Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak. Kini Raja-Raja di Malaysia sekadar Raja Berperlembagaan.

Rakyat berhak dengan bebas untuk memberi tafsiran atas segala titah Raja-Raja Melayu.

Kini, rakyat di Malaysia boleh membuat andaian pihak mana yang di sokong oleh Raja-Raja Melayu terhadap parti politik walaupun Raja Melayu masih gunakan " ayat berlapik".

Tiada diketahui adakah Raja-Raja Melayu mengetahui nasib orang-orang Melayu kini apabila baginda menyentuh tentang hak-hak istimewa Orang Melayu?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu hak Orang Melayu semakin terhakis?

Adakah Raja-Raja Melayu tahu UMNOlah yang siang malam bekerja untuk menghakis hak-hak Orang Melayu?

Lihatlah nasib Tanah Rezab Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu ianya semakin mengecil? Adakah PAS atau DAP atau PKR yang menjualnya kepada bangsa lain?

Lihatlah nasib Bahasa Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu tentang PPSMI ? Bukankah UMNO yang menciptanya?

Adakah Raja-Raja Melayu tidak tahu bahawa UMNOlah yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?

Mustahil Raja-Raja Melayu tidak tahu hal ini semua.

Rakyat berharap Raja-Raja Melayu tidak terperangkap dengan permainan kotor perkauman UMNO.

Raja-Raja Melayu mestilah bersih dari di"perkudakan" oleh UMNO. UMNO sembah setia Raja-Raja Melayu jika tersepit. Tetapi bila mereka gagah dan kuat, jadilah seperti Krisis Perlembagaan 1988. UMNO akan memalukan dan "melondeh" kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Adakah Raja-Raja Melayu telah mengambil iktibar dari Krisis Perlembagaan 1988?

Raja-Raja Melayu mestilah jauhi dari taktik kotor UMNO. Jauhi dari kepentingan sendiri, projek, balak dan tender.

Raja-Raja Melayu mestilah menjauhi "umpanan" UMNO yang berbentuk projek, kawasan balak, tender dan kontrak.

Adakah Raja-Raja Melayu sedar berlakunya banyak Tanah Rezab Melayu di Johor tergadai kepada warga Singapura semasa era Muhyiddin jadi MB Johor?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa "besar"nya kuasa "Tengku Wong" di Pahang?

Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa banyaknya Tanah Rezab Melayu tergadai ke tangan bangsa Cina yang kaya raya dan mempunyai hubungan istimewa dengan pimpinan UMNO di Perak?

Jangan asyik berceramah atas pentas bertitah tentang undang-undang, hak istimewa orang Melayu tetapi lupa tentang jahatnya UMNO menggadai maruah Melayu selama UMNO mempunyai kuasa politik di Perak lebih 50 tahun!

Adakah Raja-Raja Melayu sedar bagaimana juak-juak UMNO begitu licik memanupulasikan isu MP Serdang sehingga murka Sultan Selangor?

Moga kemunculan ikon baru Raja-Raja Melayu Sultan Muhammad V memberi sinar baru Kesultanan Melayu di tanah air kita.

Daulat Tuanku.....oops maaf! Tukar kepada kalimah suci Allahuakbar.

http://tokpepijat.blogspot.com/

Penderaan emosi rosakkan psikologi anak

Oleh Hazirah Che Sab

KETIKA penderaan fizikal terhadap kanak-kanak semakin kerap dilaporkan, masyarakat seolah-oleh terlupa bahawa penderaan berbentuk emosi turut membawa natijah tidak kurang teruknya kepada mangsa. Mungkin penderaan emosi tidak menampakkan kesan nyata menyebabkan ramai menutup mata kepada masalah itu sedangkan ia umpama barah yang memakan tahap keyakinan diri kanak-kanak sehingga boleh merosakkan psikologi mangsa.

Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak mengambil berat dan mengasihi anak, dengan gagal memberi perhatian, kasih sayang dan persekitaran sokongan bersesuaian dengan perkembangan mereka.

Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan emosi jika wujud kerosakan pada fungsi mental dan emosi yang dibuktikan dengan antaranya, gangguan mental dan tingkah laku, termasuk kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri, menunjukkan tingkah laku permusuhan atau perkembangan lambat.

Ia berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak mampu menangani tekanan dialami setiap hari seperti keletihan, tidak mempunyai pekerjaan, kemiskinan, perceraian, kematian, krisis kesihatan dan masalah mental.
Ketika kanak-kanak mungkin pulih daripada kecederaan fizikal, kesan penderaan emosi mungkin berterusan, termasuk risiko peningkatan kemurungan berpanjangan, kurang keyakinan diri dan tidak pandai menjalin hubungan.

Naib Presiden Persatuan Sosial Malaysia, Amy Bala, berkata sekadar menyediakan keperluan asas kepada kanak-kanak, tetapi mengabaikan aspek kasih sayang dan perhatian, juga dianggap satu bentuk penderaan.

“Ramai menyangka apalah yang seorang kanak-kanak tahu. Mereka menyangka kanak-kanak cuma perlukan keperluan asas. Kanak-kanak bukan hanya perlukan makan, minum, perlindungan dan tempat tinggal yang selesa, mewah dan sebagainya, malah mereka juga perlukan masa.

“Kadang-kadang ibu bapa atau orang dewasa lupa kanak-kanak sebenarnya ingin berkongsi sesuatu. Tindakan mereka memberi gambaran mereka perlukan perhatian. Malangnya, kita pandang perkara itu remeh.

“Kita penat kerana lapan jam bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada anak sekembali ke rumah, tetapi kita terlupa anak juga menunggu sehingga lapan jam untuk mendapatkan perhatian ibu bapa,” katanya.

Berikutan itu, kempen anjuran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), ‘Get on Board: Raise Your Hand, Stop Child Abuse Now’ dilancarkan untuk membuka mata masyarakat, bukan hanya penderaan fizikal dan seksual saja perlu dicegah, sebaliknya segala bentuk penderaan.

Kempen selama dua bulan itu bertujuan mendidik masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut apa yang mereka boleh lakukan untuk mencegah penderaan terhadap kanak-kanak.

Menurut wakil UNICEF di Malaysia, Hans Olsen, setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat dan dilindungi.

Katanya, masyarakat perlu disedarkan mengenai kesan buruk penderaan kanak-kanak dan menggesa penduduk negara ini mengetahui lebih lanjut mengenai penderaan dan apa yang boleh dibuat untuk melindungi golongan itu.

Justeru, kempen berkenaan dianjurkan bagi memperkasa dan menggalakkan orang ramai terbabit secara individu dan menyokong keluarga serta ibu bapa bagi mencegah sebarang bentuk penderaan kanak-kanak.

Kempen secara online selama dua bulan itu diharap meraih sokongan 100,000 rakyat Malaysia menjelang Hari Hak Asasi Manusia yang disambut Disember ini.

Orang ramai yang ingin menyertai dan memberi sokongan kepada kempen itu boleh melayari laman web www.uniteagainstabuse.my.

“Masalah ini perlu ditangani bersama, apa yang paling penting bukan mencari kesalahan orang lain, sebaliknya sama-sama membantu menanganinya. Daripada berdiam diri dan menunggu kerajaan bertindak, lebih baik kita sebagai rakyat mengambil inisiatif menghalang semua bentuk penderaan,” kata Olsen.B/H

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111