" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, January 10, 2011

JIKA BERSALAH SEKALIPUN, DIA TIDAK BOLEH DIZALIMI


walau kugan bersalah, Islam tidak menafikan hak keadilannya.

Sejak kecil lagi, aku dididik benci kezaliman. Ekoran itu, aku membenci UMNO/BN. Allah SWT tidak memberikan pertolongan untuk kemenangan kepada pihak yang melakukan kezaliman. Sebaliknya, pertolongan Allah datang kepada orang yang melakukan keadilan.

Ibnu Taimiyyah ada berkata;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

Maksudnya;
“Allah SWT menolong negara yang adil, walau ia kafir. Dan tidak menolong negara zalim, walau ia mukmin”

[Al-Hisbah : 4]

Ibnu Qayyim pula menyatakan;

فَإِذَا ظَهَرَتْ أَمَارَاتُ الْعَدْلِ وَأَسْفَرَ وَجْهُهُ بِأَيْ طَرِيقٍ كَانَ ، فَثَمَّ شَرْعُ اللَّهِ وَدِينُهُ

Maksudnya;
“Apabila nyata keadilan dengan apa jua cara sekalipun, maka disitulah syariah Allah dan agama-Nya”

[At-Turuq Al-Hukmiyyah : 17]

Kezaliman wajib ditentang, waima sesiapa sekalipun yang melakukannya.
Ini dibuktikan, bagaimana Nabi Musa AS dibesarkan dalam rumah Firaun. Kemudiannya, Nabi Musa tinggal di madyan, bersama dengan Nabi Syuaib. Di Mesir, ketika Firuan sudah terlalu jahat sehingga melakukan kezaliman, maka Allah SWT menurunkan satu perintah-Nya kepada Nabi Musa.

Firman Allah;

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى

Maksudnya;
“Pergilah kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas".

[Taha : 24]

Ibnu Asyur menyatakan dalam kitab maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah, bahawa kisah ini membuktikan bahawa apabila berhadapan dengan orang bukan islam, ia tidak seharusnya dilawan, tetapi didakwah. Tetapi, lawan itu berlaku ketika pihak musuh sudah melakukan kezaliman.

Dalam kitab-kitab Islam, definisi zalim ini terlalu banyak. Ada sebilangan mendefinisikannya sebagai “meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya”, dan ada sebilangan yang lain [contohnya Dr Yusuf Al-Qaradhawi] mendefinisikan Zalim ini adalah, “tidak memberikan hak kepada yang berhak”.

Orang yang bersalah juga ada hak yang wajib ditunaikan. Seorang yang sabit kesalahan mencuri, maka hukumannya adalah potong tangan. Tangan yang diptong itu, sekadar pergelangan sahaja, tidak boleh melebihi sehingga sampai ke siku atau ke bahu.

Atas nama keadilan terhadap orang yang bersalah, potong itu dibenarkan sekadar pergelangan tangan sahaja. Melebihi dari kadarnya itu, dikira sebagai kezaliman terhadap orang yang bersalah.

Orang yang bersalah pun mempunyai hak yang wajib diberikan, maka terlebih wajib memberikan hak kepada orang yang tidak bersalah. Sebarang tindakan yang dilakukan melebihi dari batasannya, maka itu dikira sebagai zalim.

Atas alasan inilah, tidak hairan PAS, PKR dan DAP dilihat mempertahankan hak kugan, seorang yang dibunuh oleh polis, walau diakui bahawa dia memang ada melakukan kesalahan undang-undang dalam negara. Alasan kita, walau dia bersalah dari sudut undang-undang yang wajib dikenakan hukuman, tetapi melakukan tindakan kepadanya sehingga mati adalah perkara yang tidak sepatutnya.

Dalam kes Aminulrashid, seorang pelajar yang mati ditembak oleh pihak polis juga dipertikai oleh PAS, PKR dan DAP. Jika benar pelajar itu tidak mempunyai lesen memandu yang wajar dikenakan hukuman, tetapi tindakan pihak polis sehingga membunuh terhadap pelajar itu adalah tidak sepatutnya berlaku. Malahan, ia boleh disifatkan sebagai zalim.

Mungkin kes ini, melibatkan UMNO. Kalau melibatkan PAS, mungkin lain bunyinya…

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111