Oleh ABD SHUKUR HARUN
Pelbagai pihak menjangkakan bahawa calon PAS/Pakatan Rakyat, Normala Sudirman, atau Cikgu Mala, akan mendapat undi simpati yang banyak generasi muda dalam Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Johor 30 Januari ini, di samping generasi lama yang prihatin.
Ramalan ini lahir di tengah-tengah perang saraf pihak musuh politik PAS/Pakatan Rakyat yang mengandaikan kononnya calon Umno/BN akan dapat menang besar, kira-kira 5,000 undi majoriti atau lebih dalam pilihan raya kecil tersebut.
Penamaan calon telah berlansung Sabtu lalu. Cikgu Normala akan menentang calon Umno/BN, Mohd Azhar Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr. Mahfuz Muhamad memberitahu saya bahawa setiap ceramah PAS di kawasan Felda Tenang, Felda Chempelak dan Chempelak Barat telah mendapat sambutan yang memberansangkan.
Katanya, kelihatan jelas generasi muda Felda memberi sokongan kepada calon PAS di mana ramai yang bertanya mengenai program PAS dan rancangan PAS/Pakatan Rakyat jika menang.
“Ini suatu petanda yang sangat baik dan ini membuktikan bahawa kawasan Felda bukan kubu terkuat Umno/BN seperti yang disangkakan ramai orang,” kata Dr/ Mahfuz. Bagaimanapun masih ada generasi lama yang member sokongan kepafa calon PAS itu.
Menurutnya, kempen PAS juga mendapat sambutan baik dari kalangan masyarakat Cina dan India, di mana Chikgu Normala diberi sambutan hangat oleh mereka. Kempen PKR dan DAP hampir menyeluruh di kawasan Cina dan India.
Ada isyarat yang jelas di sini, kata Dr. Mahfuz, bahawa generasi muda Felda dan kampung pedalaman di Tenang memberikan sokongan kepada calon PAS. Lebih-lebih lagi, katanya, Normala adalah anak tempatan, tinggal di Labis, bukan di luar Labis seperti calon Umno/BN.
Normala dan keluarganya dikenali ramai di Labis justru beliau mengajar 12 tahun di Labis dan kenal benar dengan ibu bapa dan murid-murid di situ. Ketika beliau berkunjung ke sekolah tempat beliau mengajar selama ini untuk mengucapkan ‘selamat berpisah’ dan urusan lain, ramai murid di situ yang kenalnya, bahkan bekas muridnya sendiri mencium tanganya dan menitiskan airt mata. Ini membayangkan bahawa beliau adalah guru yang amat disayangi oleh muridnya. Cikgu Normala sendiri sangat terharu dengan sambutan ini. Namun perjuangan tetap perjuangan dan misinya sebagai pendukung politik PAS/Pakatan Rakyat jauh lebih besar di depannya.
Kini Ckgu Normala berhati waja ini dengan tabah meredah segalanya. Beliau menjadi perhatian umum, khususnya pengnalisis politik dalam dan luar negeri bahawa seorang tokoh muslimat PAS mengambil sikap yang sungguh berani dan yakin untuk bertanding di Dun Tenang yang selama ini diwar-warkan sebagai kubu kuat Umno/BN.
Orang ramai memerhatikannya, gerak laku dan ucapannya diamati, jadual kempennya yang diatur oleh bahagian penerangan PAS PAS begitu padat sekali. Ribuan orang ditemui dan ramai mengerumunnya di mana saja beliau berada.
Ternyata ada isyarat jelas bahawa generasi muda yang prihatin dengan masalah rakyat dan negara memberi sokongan kepadanya dan ini menyebabkan pihak Umno/BN sangat gelisah.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh PAS/Pakatan Rakyat menarik perhatian pengundi generasi muda, seperti isu kenaikkan harga barang yang benar-benar membebankan rakyat, isu rasuah yang sangat mengerikan, isu perkauman yang sangat merbahaya, isu pemborosan wang rakyat, salahguna kuasa, ketidak adilan dan pelbagai lagi.
Inilah isu-isu yang mendominasi kempen PAS/Pakatan Rakyat, di samping isu Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Daripada pengamatan saya, bahawa pertarungan PAS/Umno di Tenang ini sebenarnya lebih kepada pertarungan sikap dan pemikiran antara generasi lama yang kebanyakannya menyokong dan mewakili Umno/BN dengan generasi baru yang menyokong dan mewakili PAS/Pakatan Rakyat. Generasi baru tidak bernostalgia kerana mereka tidak menempuh pengalaman masa la
lu, tetapi mereka sangat peka dengan apa yang akan berlaku kepada negara sekarang jika begini keadaannya berterusan. Generasi baru sangat prihatin dengan harga barang yang melambung naik dan sangat menyusahkan rakyat, perlakuan rasuah – besar dan kecil - nepotisme, salah guna kuasa, ketidakadilan, diskriminasi, peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik dan segalanya. Sementara itu bandar Tenang dengan stesyen keretapi tuanya, kini menjadi tumpuan. Ribuan orang telah berada di Labis untuk pilihan raya tersebut di samping ribuan polis yang turut mengawal keselamatan.
Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno/BN.
Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, saya kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS. Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengertikan kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum.
Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya. Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS/Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam pilihan raya kecil Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.
No comments:
Post a Comment