" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 25, 2011

PRK TENANG : Mengalas misi bersama Cikgu Mala

Pagi ini suasana Pekan Labis tidak seperti kelmarin. Seperti di duga didalam posting saya di sini, hujan turun sejak malam tadi. Dan pagi ini pekan Labis sekali lagi direjam dengan air hujan. Suasana kempen BN dilihat semakin sejuk. Sesejuk suhu Pekan Labis pagi ini.

Mungkin andai ada 'Angelina Yam', pagi yang dingin boleh dipanas-panaskan. Mbak 'Tuty' tentu tahu bagaimana caranya.

Sejak awal pagi aku sudah bersedia dipintu masuk utama ke Felda Chempelak Barat. Sambil menanti tiba Cikgu Mala, masa yang ada diisi bersama petugas-petugas Polis yang berada di pondok bertugas. Ajakan untuk minum bersama tidak ditolak. Aku merasai kemesraan anggota Polis yg bertugas di sini.

Tidak disangka, sambil menhirup teh panas enak dipagi yang berembun, petugas polis yg ada disitu rupanya turut menjadi pengkagum Cikgu Mala, oh..hebatnya aura seorang wanita bernama Cikgu Normala. Hey..mereka penyokong PAS rupanya. Dari apa yg dibualkan beserta foto2 yg diambil bersama suami cikgu Mala di henfon masing-masing, aku yakin mereka bercakap ikhlas. Lebih-lebih lagi apabila bualan enak itu diisi bersama kata-kata bahwa, PAS itu membawa imej islam, jika kita sayang islam, PAS itu wadah yg tepat untuk kita pilih. Yakin sungguh petugas itu berkata begitu. Aku tersenyum saja.

Sumpah..aku kata ! Selepas itu hirupan teh yg aku titip menjadi sangat enak., takpa..semua minuman sudah selesai aku bayarkan, berapa sangat nilai harga teh itu jika dibandingkan perubahan yg berlaku kepada petugas-petugas keselamatan yg sudah merindukan manisnya perjuangan PAS. Mereka telah berubah. Berubah dari menyokong Bn sebelum ini kepada penyokong parti PAS, sebuah parti gerakan islam terbesar di Malaysia.


Pada pagi ini aku titipkan foto terbaik buat tatapan pembaca blog ku di DUN Tenang. Foto Cikgu Mala yang sama-sama bersarapan bersama kami pagi tadi. Aku yakin, aura yg dimilikinya setanding aura yg pernah menupuk MB Nizar ketika di PRK Bukit Gantang dahulu.

Kerana itu suka aku katakan, Cikgu Mala kini menjadi ikon terbaik Muslimat PAS dimata rakyat. Go Cikgu Mala..! Kami tetap bersama kamu.

Seterusnya berita akan menyusul..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111