" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 4, 2011

Tanggang dalam PAS ?

Zulkifli Noordin mendakwa sudah ada perancangan sulit untuk menukar barisan kepimpinan PAS pada pemilihan Jun ini menerusi usaha dikenali sebagai “Ops Gerhana”. Katanya kepimpinan golongan ulama yang bertapak sejak lebih tiga dekad lalu hendak ditukar dengan “Kaum Si-Tanggang” – calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional.

Zulkifli mengeluarkan pandangan ini ketika terdedah laporan bahawa pemimpin-pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu. Pertemuan itu turut dilaporkan dihadiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di sini.

“Apa yang lebih memeranjatkan teman ialah sudah adanya satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan PAS yang dikuasai oleh para ulama sekarang kepada golongan yang dikenali sebagai “Kaum Si-Tanggang” pada Muktamar Agung PAS Jun 2011 nanti “Teman mendapat maklumat satu gerak saraf dan kempen halus sedang dijalankan untuk meletakkan calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional.

Dikatakan juga kumpulan itu lebih bersifat moden dan profesional menggantikan kepimpinan “serban jubah” yang kelihatan kolot dan kekampungan yang jelas bagi para Pak Tanggang ini akan memalukan untuk dibawa bermahkota di Putrajaya nanti ” katanya. Pemilihan dua tahun sekali PAS dikatakan tidak akan ditangguhkan walaupun ada cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 diadakan tahun ini.

Dalam blognya hari ini bekas ahli PAS dan PKR ini berkata “bila teman tengok di kalangan pak jangoat di Parlimen pun dah jelas. Ramai di kalangan mereka dah malu nak pakai kopiah walaupun sebelum ditabal sebagai YB kopiah tak lekang dari kepala."

“Hari ni tinggal beberapa kerat sahaja yang mahu berkopiah yang lain dah jadi YB Tanggang dah pun ” katanya lagi Zulkifli yang dipecat PKR awal tahun lalu menambah dalam perancangan itu beliau diberitahu bahawa beberapa nama telah disenaraikan untuk menandingi semua jawatan utama termasuk presiden timbalan presiden dan naib-naib presiden.

“Dan jawatan setiausaha agung serta bendahari agung juga akan dilantik daripada kalangan kaum tanggang ini Siapa mereka insya-Allah tiba masanya akan teman dedahkan “Namanya telah pun diberikan kepada teman cuma teman perlu buat beberapa rujukan dan ‘counter check serta double check’ sebelum teman dedahkan ” katanya.

Wakil rakyat Konsensus Bebas ini berkata beberapa mesyuarat dan perbincangan sulit telah pun mereka adakan untuk merancang dan melaksanakan konspirasi “Ops Gerhana” “Jika konspirasi sulit ini berjaya dilaksanakan teman cukup percaya dan yakin prinsip dan semangat perjuangan PAS akan berubah daripada negara Islam kepada Putrajaya demi memahkotakan pemimpin yang ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan “Sebab itu teman namakan konspirasi ini sebagai ‘Ops Gerhana’ pakatan untuk menggelapkan lambang bulan purnama PAS dengan perjuangan negara Islamnya Semoga perkara itu tidak terjadi na’uzubillah ” katanya.

Ulasan Anak Sengat :

Tengah meroyan nak naikkan nama ! Belasah PKR depan belakang kiri kanan. Sapapun tak peduli. Jadi cover muka depan akhbar beberapa hari lepas tu tenggelam nak mampos. Kali ini..try pulak nak campur urusan PAS. Ni le masalahnya orang tak de rumah tangga.

Ada rumah kena halau .... Bile nak tumpang rumah orang, resam 'tumpang' selayaknya diletakkan depan pintu tandas aje..padan muka... Akhlak lebai kat kepala dan janggut sejemput dah jadi topeng cari makan. Ni le perangai Zul Kulim... YB Haram yang gadai undi orang.

Tak pasal pasal sentuh pasal rumahtangga PAS. Aku tak kisah kalau umNO yang sentuh sebab umNO ada rumah tangga sendiri. Yang ko tu merempat depan tandas orang...nak sibuk pasal PAS yang tengah berbulan madu....apa hal? Muka jenis tak malu betul.

Zul ni jenis yang tak boleh control...sebab tu duduk dalam PAS dulu tak lama... PKR ambik masa dia tengah meraban merabun ! dan bagi jadi YB, dah menang..dengan kerusi kerusi dia bawa lari... Kalau istilah kampung aku...bodoh sombong... bodoh tak boleh di ajor...cerdik tak boleh diikut.

Pandai pandai je bagi label kat orang..bahlul, orang merempat yg tak tahu asal susul.

(*) Wak - apa khabar Kulim Bandar Baru Zul, dah lama mike tah turun jumpa rakyat yg bagi undi sampai mike menang dan dapat pulak sedut elaun MP tiap bulan. Dari hang layan hal rumahtangga org baik hang pi jenguk selalu Parlimen hang. Org kampung kata, ada ahli Parlimen tapi macam tak dak..! Betul ker?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111