Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Muadzam Shah mengingatkan rakyat negeri ini supaya berwaspada dan menolak apa-apa percubaan pihak tertentu untuk melibatkan baginda di dalam apa-apa isu yang berbangkit.
Menurut baginda, peristiwa seperti ini telah berlaku di beberapa tempat lain dan akan menyebabkan timbulnya perpecahan di kalangan rakyat kerana kadang kala permainan politik tidak mengambil kira ketenteraman awam dan kecetusan huru hara.
Baginda bertitah demikian di Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan baginda yang ke 83 di Istana Anak Bukit.
Apa yang dititahkan baginda itu adalah lahir dari ketulusan dan kebijaksanaan seorang raja yang menyedari cubaan pihak tertentu yang gemar menggunakan istana bagi menjayakan agenda tersirat, terutamanya agenda politik.
Ucapan baginda tidak ditujukkan kepada sesiapa, baik PAS, Umno atau KeADILan. Sejak sekian lama Tunku Abdul Halim terkenal sebagai seorang Sultan yang meraikan rakyat jelata tanpa mengira siapa pun yang menerajui kerajaan ketika itu.
Dalam majlis penganugerahan darjah kebesaran baru-baru ini, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid adalah penerima anugerah tertinggi sempena hari keputeraan baginda.
Bekas Ketua Pembangkang DUN Kedah Almarhum Ustaz Fadzil Noor menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk sewaktu BN mentadbir negeri. Mungkin itu satu-satunya catatan sejarah di mana seorang ADUN pembangkang mendapat anugerah yang membawa gelaran. Ia berlaku di bawah pemerintahan Tunku Abdul Halim.
Sewaktu jentera propaganda BN seluruh negara melabel Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakan sebagai penjenayah dan penderhaka, tiba-tiba Sultan Abdul Halim mencemar duli turun ke pusara mereka menyiram air mawar. Hakikatnya baginda menyiram dan menyejukkan hati-hati seluruh orang PAS yang dilemparkan dengan pelbagai fitnah liar ekoran dari peristiwa Memali. Tidak ada siapa yang melihat tindakan baginda sebagai memihak kepada PAS kerana baginda melakukan apa yang sebetulnya dilakukan oleh seorang raja yang rakyatnya terdiri dari Umno dan PAS.
Pada tahun 1993, Madrasah Islahiah Diniah, Memali menjemput baginda untuk berangkat ke majlis Ihtifal anjuran pihak madrasah. Baginda berkenan untuk hadir ke madrasah yang dikelolakan oleh aktivis PAS itu. Pihak JKR bertungkuslumus menyiapkan pra sarana di madrasah bagi menyambut keberangkatan Sultan. Dalam waktu yang sama Umno sedang berkonfrontasi dengan raja-raja dalam isu pindaan Perlembagaan. Suasana tidak mengizinkan untuk baginda hadir walaupun baginda memang berhasrat untuk berangkat hadir.
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS. PASTI menjadi bahan cercaan Dr. Mahathir yang mendakwa kononnya anak-anak kecil diajar membenci Umno. Pasti difitnah mengajar kanak-kanak memijak gambar Perdana Menteri. Tetapi Tuanku Sultanah Kedah telah mencemar duli merasmikan program Ihtifal Pasti Peringkat Negeri Kedah yang diadakan.
Banyak catatan yang menunjukkan bahawa Tuanku Sultan Kedah meraikan seluruh rakyat tanpa mengira pegangan politik masing-masing.
Isu pertama yang dihadapi oleh Ustaz Azizan Razak sebaik menjadi Menteri Besar Kedah ialah beliau difitnah kononnya menggunakan payung diraja berwarna kuning untuk menaiki pesawat, walhal sebenarnya payung tersebut adalah dikeluarkan oleh sebuah bank. Khabarnya Tuanku Sultan hanya tersebut apabila diajukan isu tersebut.
Kedah pernah kecoh gara-gara sekeping surat layang yang menyebut kononnya seorang Exco menghina Sultan. Pemuda-pemuda BN mengadakan perhimpunan haram di perkarangan Wisma Darul Aman membantah tindakan yang ‘entah dilakukan, entahkan tidak’ oleh seorang Exco kerana ia hanya tuduhan sekeping surat layang. Mereka menyerahkan memorandum kepada Sultan yang diterima oleh Setiausaha Sulit baginda. Anehnya, hanya beberapa hari berselang Exco yang dituduh itu menerima anugerah dari Tuanku Sultan sempena hari keputeraan baginda.
Tahun lalu ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dituduh oleh Umno sebagai menderhakai Sultan kerana bertanya soalan di Sidang Dewan Undangan Negeri yang mempertahankan hal Sultan. (Pertahan hak Sultan pun derhaka?) Mereka menggunakan habis-habisan media talibarut BN untuk menghentam Mohd Nasir yang kononnya menderhakai Sultan.
Dalam semua kes yang berlaku pihak istana hanya menyepi. Setiausaha Sulit Sultan pun tidak kalut untuk memberi apa-apa penjelasan. Kelebihan Istana Kedah ialah mereka kenal antara gimik politik dan isu rakyat. Mereka tahu antara isu yang mahu dipolitikkan dan tidak perlu dilayan; dengan rakyat yang perlu diraikan tanpa mengira fahaman politik

No comments:
Post a Comment