Oleh Al-Bakistani
semenjak PAS bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, kita dalam lihat bagaimana penerimaan mereka terhadap Islam semakin hari semakin teserlah. Mereka mula membaca Al-Quran, mula masuk masjid dan surau untuk mendengar kuliah agama, mula bersedia berbuka puasa dengan orang islam dan banyak lagi.
Kagumnya, apabila karpal Sikh yang dulu mengatakan langkah mayatnya jika mahu laksanakan negara islam, tetapi mula toleransi dan bersedia berbincang tentang cita-cita PAS itu
keadaan ini berbeda dengan UMNO, yang sejak dahulu, kini dan selama-lamanya berusaha mencandukan agama Islam demi mendapat sokongan orang islam, dan menajiskan agama untuk mendapat undi dari non Muslim.
mereka tidak puas-puas untuk menajiskan agama demi kepentingan parti mereka, hatta terpaksa menjadikan islam sebagai bahan propaganda. Ia tidak lain, tindakan memberi gambaran buruk terhadap Islam, seterusnya menjauhkan lagi non Muslim yang semakin mahu mengenali Islam.
kemana ulama-ulama UMNO? tindakan pimpinan UMNO ini adalah zalim, maka wajib ditegur terhadap tindakan mereka. Kalau Ulama Muda UMNO boleh menulis artikle mengutuk tindakan PAS, mana artikle ulama Muda UMNO yang mengkritik tindakan pimpinan UMNO ini?
Mungkin Ulama Muda UMNO akan menjawab, bahawa mereka menegur dengan adab. Mereka menegur menggunakan saluran parti, iaitu berbisik-bisik. Walau pemimpin mereka kekal dengan kezaliman itu, mereka tetap menjaga adab menegur. Kekal menggunakan saluran parti. Jika inilah keadaan UMNO, tidak hairan parti itu semakin lama semakin hancur sehingga kejahatan mereka diumpamakan oleh bekas perdana menteri sebagai busuk sampai ke ususnya.
sekian
Wallahu 'Alam
No comments:
Post a Comment