Oleh Mohd Sayuti Omar
BERSEMPENA hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. semalam umat Islam negera ini mengadakan berbagai upacara sebagai mnyatakan kesyukuran di atas kelahiran Nabi yang membawa pelita menerangi dunia itu. Sambutan itu sebagai simbolik kesyukuran dengan kelahiran baginda.
Kerajaan juga tidak ketinggalan ikut sama merayakan tarikh kelahiran Nabi itu. Kerajaan Pusat mengadakan perarakan dan perhimpunan dengan tujuan menyemarakkan kecintaaan dan kasih kepada Nabi s.a.w.
Spritual di sebalik majlis seumpama itu juga bagi mendakwah mana-mana insan yang masih belum terbuka pintu hati untuk menerima ajaran Muhammad s.a.w.
Tidak ketinggalan kerajaan-kerajaan negeri juga turut sama meraikan tarikh berkenaan mengikut keupayaan dan tema masing-masaing. Pendeknya semua entiti Islam di mana saja berada tidak akan melupai untuk menyambut kedatangan tarikh itu, baik yang kaya maupun yang miskin. Sambutan itu menandakan kecintaan dan kasihnya kepada Nabi.
Di kampung-kampung sebaik saja tiba bulan Rabiul'awal, mereka sudah berkenduri kendara maulid, bersalawat atau mengadakan majlis kesyukuran, mengahwini anak, cukur jambul cucu atau anak dan sebagainya. Gema marhaban dan berzanji serta selawat ke atas Nabi akan memenuhi setiap pelusuk di mana ada umatnya.
Manakala bagi kerajaan Persekutuan pula seperti biasanya sempena majlis itu akan
memberi anugerah kepada sesiapa yang dikira berjasa kepada negara dalam apa juga bidang. Wajar.. kalau mereka itu dirai dan diberikan anugerah setidak-tidaknya sebagai menghargai jasa mereka. Dalam masa sama pemberian itu boleh merangsang mereka yang lain untuk turut berbakti kepada agama dan bangsa.
Seramai tujuh orang telah dianugerahkan sempena maulidul Rasul tahun ini. Mereka dipilih dari berbagai bidang dan profeyen. Mereka ialah Dr Abdul Hayer Abdul Shukur, bekas Professor Madya Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Egah, bekas Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja, Tan Sri Hasamah Abdullah, bekas ketua pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Tan Sri Dr Rabaayah Zambahari, ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara, Prof Dr Ismawi Zain Preofessor Kuliyyah Seni Bina UIA, Datuk Dangiram Mustafa, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan Wee Soo Yen pelajar sekolah menengah kebangsaan Bachok, Kelantan.
Kesemua tujuh penerima itu dewasa dan beragama Islam kecuali Wee Soo Yen, 16 seorang pelajar berbangsa Cina tidak beragama Islam.
Tentu panel pemilih tokoh untuk menerima anugerah itu ada alasan dan sebab-sebab tertentu kenapa mereka dipilih. Mungkin ia dilihat kepada sumbangan mereka dalam bidang masing-masing dan memberi kesuburan kepada Islam. Walaupun setengahnya masih berkhidmat tidak menjadi kesalahan, kerana Islam sendiri menggalakan seseorang termasuk majikan memberi anugerah. Degan anugerah itu ia akan medorongkan lagi mereka untuk meningkatkan atau menambahkan jasa dan bakti kepada negara.
Penerima yang lain rasanya tidak menjadi kemusykilan saya. Tetapi penganugerahan kepada pelajar Wee Soo Yen menjadi sedikit tanda tanya dan menimbulkan persoalan. Anugerahkan itu membolehkan Soo Yen menerima RM20,000. Sebenarnya bukan soal jumlah wang itu tetapi saya mencari rasional lain disebalik pemilihan Wee Soo Yen sebagai penerima.
Menurut jawatankuasa panel anugerah itu Soo Yen dipilih kerana pencapaian cemerlangnya dalam mata pelajaran bahasa Arab dalam PMR lalu. Soo Yen mendapat A dalam mata pelajaran itu. Itu saja. Lain-lain jasa dan baktinya kepada negara dan Islam atau keistimewaan tidak ada.
Tanpa prejudis kepada sesiapa khasnya Soo Yen, di sini saya tidak dengki atau menyalahkan Soo Yen. Dia hanya dipilih dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia sendiri tidak pernah termimpi pun akan menerima anugerah berprestaj itu. Jadi di sini bukan salah dia.
Tidak salah kalau pun anugerah itu diberikan kepada bukan Islam. Tetapi apa yang hendak dicari sini apakah rasional pelajar itu dipilih. Kalau hanya atas dasar beliau pelajar tunggal mendapat A dalam bahasa Arab apakah tidak ada lain-lain pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran itu? Rasanya kalau itu saja ukurannya masih ramai lagi pelajar lain cemerlang dalam pelajaran dan memberi sumbangan kepada negara dan agama.
Saya ingin tanya apakah istimewanya bahasa Arab dalam konteks ianya sebagai subjek (mata pelajaran)? Ia sama juga dengan subjek-subjek lain seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Geografi, agama Islam dan lain-lain. Ia hanya sekadar mata pelajaran saja yang diisyaratkan untuk lulus dalam peperiksaan.
Dalam konteks dakwah saya rasa kecemerlangan dalam mata pelajaran Islam lebih penting berbanding dengan bahasa Arab, apa lagi ianya sekadar bahasa untuk berkomunikasi. Apa difahamkan bahasa Arab dipelajari Soo Yen itu hanya sekadar untuk berkomunikasi bukannya bahasa Arab bahasa yang digunakan untuk menerbitkan bunyi Firman Allah atau Hadith Nabi.
Dalam erti kata lain mata pelajar itu tidak mengandungi ilmu Islam seperti soal tauhid, soal ketuhanan, kenabiaan, sejarah Islam maupun mengenai hukum hakam Islam. Makanya kalau bahasa Arab yang dicemerlangi itu sekadar untuk berkomunikasi, ianya sama saja dengan bahasa Cina, Tamil atau Orang Alis. Apakah kalau ada pelajar tunggal yang mendapat kecemerlangan di dalam subjek-subjek berkenaan mereka juga akan dipilih untuk menerima sebarang anugerah? Katanya ada pelajar Melayu yang lulus dalam bahasa pelajaran bahasa Cina, apakah mereka akan dipilih menerima anugerah kemudian diberikan wang?
Justeru saya merasakan pemilihan itu ada unsur politik di mana motifnya bagi menunjukkan akan keterbukaan kerajaan dalam soal ini. Bahawa kerajaan Malaysia tidak memilih bulu dan sedia memberi pengikhtiraf kepada sesiapa saja hatta Cina walaupun dia tidak memeluk Islam. Pemilihan Wee Soo Yen itu bukan di atas keperluan dan hakikatnya tetapi lebih memenuhi slogan yang menjadi tema maulid hari ini 1 Malaysia 1 Ummah saja.
Kalau ia benar dan tepat bermaksud berkenaan maka majlis maulid itu tidak lain tujuannya bermotif politik.
Di sini sekali lagi ulangi, saya bukan menentang penganugerahan kepada mana-mana orang atau pelajar cemerlang seperti Soo Yen itu. Tetapi kalau boleh badan atau tapak yang memberi anugerah itu biarlah bertempatan.
Misalnya badan-badan berkaitan pelajaran atau kementerian pelajaran boleh mengadakan anugerah dan memilih Wee Soo Yen tetapi bukannya menerusi majlis maulid Rasul yang mana semangat majlis itu lebih kepada untuk pengembangan Islam.
Sepatutnya penerima anugerah itu biarlah mereka yang mirip kepada Islam. Pada saya kecemerlangan Wee Soo Yen itu tidak sedikit pun membantu penyuburan Islam di negara ini seperti mana alasan yang diberikan tadi. Kalau ada pihak yang sketikal terhadap tindakan ahli politik bukan Islam memasuki ke masjid maka saya juga merasakan perasaan yang sama di atas pemilihan Wee Soo Yen ini
No comments:
Post a Comment