Gendang perang, palunya...makin kuat kedengaran. Merlimau perlukan pejuang dan gerilya yg kental lagi ikhlas. Tidak berguna 100 ribu yang datang jika sekadar datang untuk 'memandang'. Tidak berguna melaung takbir' sampai berguguran 'kelapa' dari dahan jika laungan itu sekadar melaung dari kotak bilik yg sempit. Ayuh..! Merlimau..aku datang lagi. Jika di Tenang, porak peranda Umno ku kerjakan, Rais Yatim jadi panasaran, Minah gincu siang malam sawan, nantikan aku di Merlimau..! Biar 'lemau'..umno di sana ku kerjakan pula!
[..] Pas mengekalkan status quonya dimerlimau. pakatan rakyat telah bersetuju untuk memberikan laluan kepada pas untuk bertanding di merlimau. bilik gerakan di merlimau sudah dikemaskini sejak menerima berita bahawa pas diberikan laluan untuk bertanding lagi melawan kedurjanaan umno. sebagaimana masa yang lalu, calon anak tempatan akan mengisi slot disini. pas kawasan jasin dan pas melaka semakin menperhebatkan segala aktiviti untuk merealisasikan tawan dun merlimau. walaupun ada pemimpin pas yang memandang lekeh keupayaan pas melaka untuk menawan dun merlimau. apa barang belum bertanding sudah melobi jangan melawan. zulkifli sulong dengan selamba menafikan bahawa tulisan dia melekehkan tuan ibrahim. bijak sungguh ex boss fuakap. tulis dan tak mengaku apa jenis wartawan dia ni.
pas perlukan sokongan dan dokongan, kalau wartawan harakah sendiri sudah kekah pemimpin atasan kepada siapa lagi yang nak diharapkan untuk menulis melawan keburukan umno. tiada berita keburukan umno hendak ditulis sampaikan tulisan memburukkan kepimpinan ditulis. betapa jahatnya permainan ini. merlimau akan dilimpahi dengan segala fitnah. samada fitnah dari umno yang amat mudah ditangkis dan yang payahnya adalah fitnah dari selimut yang sama. merlimau menjadi harapan kepada pas melaka untuk dijadikan satu semangat kepada mereka untuk menawan kota melaka dari penjajahan umno. selepas 53 tahun berkuasa dimelaka sudah sampai masa pas mengambil alih dari tangan penjajah umno. umno perlu dinyahkan dari bumi melaka sebagaimana menyahkan portugis, belanda dan inggeris dari tanah bumi melaka.
pas melaka dan pas kawasan jasin jangan dihiraukan sangat kata kata biro yang sengaja menyakitkan hati sesama jemaah. lepas prk merlimau kita kira lain. sekarang masa untuk berperang. siap segala kekuatan kita untuk menghadapi bala tentera kafir quraisy yang akan berkampung mulai dari sekarang. blogger blogger pengfitnah akan mulai datang dan mencari untuk melemparkan fitnah yang semakin kejam mulai hari ini. mereka akan mencari dimana lemah dan silapnya calon yang diutarakan oleh pas sebagai calon mereka dimerlimau. jika tiada, saudara mara terdekat hatta lembu yang dipelihara oleh calon pas. kalau lembu yang dicuri sama dengan lembu yang dimiliki calon pas bermakna lembu itu akan menerima padahnya. lembu akan diangkat menjadi tajuk utama fitnah mereka. calon pas ada lembu curi walaupun lembu dengan mereka sama saja. dengan babi lagi seiras.
semoga pas melaka dan jasin terus berjuang untuk menakluk merlimau. seluruh pelusuk negara akan berkampung kembali dimerlimau. merlimau perli dilimaukan sebagai tanda mercu tanda pertama pas melaka. kita dirikan kota melaka baru di atas keruntuhan kota melaka lama yang dipimpin oleh orang islam terdahulu semasa membuka kota melaka. pas perlu bergerak lebih agresif untuk menghalau umno penjajah rakyat melaka. pas jasin sudah bersiap sedia menerima tetamu dari segenap lapisan penyokong pertugas dan juga pengfitnah akan hadir. kita binasakan mereka lebih awal sebelum mereka bertindak lebih jauh lagi. ditenang air masih berlinang dimata pengundi. namun tokai tak datang menyapu air mata yang terus bergenang apakah pengundi merlimau mahu begitu juga? (fzt). Albanjari
Ana tabir dengan wak - 26 Melayu Di-Raja
Ana tabir dengan wak - 26 Melayu Di-Raja
No comments:
Post a Comment