Oleh Abu Firdaus
05 Rabiul Awal 1432/08 Feb 2011
Kebangkitan rakyat Mesir untuk menjatuhkan rejim Hosni Mubarak sudah lama tertangguh. Ini kerana selama 30 tahun rakyat Mesir dinafikan hak kebajikan dHosni Mubarak an kemakmuran mereka.
Kalau diikutkan dari segi sistem demokrasi, maknanya beliau memerintah selama enam penggal. Oleh kerana tidak mendatangkan kebajikan pada rakyat, maka seharusnya dalam masa dua penggal dia sudah patut dikalahkan.
Tetapi perkara itu tidak berlaku. Ini antara sebabnya dia tidak memerintah secara demokrasi. Penubuhan parti politik dihadkan. Ikwanul Muslimin dilarang menubuhkan parti politik.
Sementara pilihan raya dijalankan dalam bentuk yang tidak berwibawa. Maka partinya, Parti Demokrasi Nasional sentiasa menang.
Akibatnya, suara rakyat tidak sampai ke Parlimen. Maka dari masa ke semasa rakyat turun ke jalan raya dan mengadakan tunjuk perasaan.
Penentangan rakyat ini ditangani dengan kejam oleh kerajaan. Mereka ditangkap, didera dan ditahan. Institusi kepolisan, kehakiman dan media dilumpuh dan dikawal. Semuanya diletakkan di bawah institusi tentera.
Sistem di Mesir ini tidak banyak berbeza dengan indonesia di bawah Suharto. Penglibatan Amerika Syarikat amat besar. Washington menyokong Mubvarak seperti mana ia mendokong Suharto.
Kedua-duanya diberikan tugas menjaga kepentingan Amerika di negara masing-masing. Di Indonesia, tugas Suharto adalah memastikan jangan ada komunis dan gerakan Islam yang berkuasa. Begitu juga di Mesir.
Peralatan senjata yang dibekalkan adalah untuk menekan sebahagian rakyat sendiri yang mempunyai fahaman anti Amerika. Ini kerana adalah jelas Indonesia tidak ada musuh asing.
Begitu juga Mesir. Ia tidak mempunyai musuh asing ekoran perjanjian damai dengan Israel. Tetapi mungkin rakyat boleh terima jika mereka menikmati kemakmuran di bawah bantuan Amerika.
Malangnya pihak yang mendapat manfaat hanyalah jeneral dan kroni mereka. Apabila berlarutan sehingga 30 tahun, pasti ia akan meletup.
Kedudukan Mesir lebih penting daripada Indonesia bagi Amerika kerana faktor Israel. Komunis sudah tidak menjadi ancaman kepada Indonesia, maka negara itu dibiarkan menjadi demokratik.
Tetapi tidak di Mesir. Mereka bimbang jika negara itu mengamalkan demokrasi, rakyat akan memilih parti anti Israel, khususnya Ikhwan.
Maka jika dipastikan bahawa Ikhwan lemah atau tidak mengambil sikap anti Israel, maka baru Mesir diizinkan jadi demokratik. Inilah hipokrisi Barat.
Tetapi hakikatnya Ikhwan sudah lemah, berbeza daripada zaman Hassan Albanna dan Syed Qutb. Banyak tokoh telah dihalau, ditangkap, dibunuh dan dilumpuh.
Dari segi fahaman juga, Ikhwan sudah berubah. Mereka telah menolak kekerasan dan mengambil laluan demokrasi. Mereka yang militan telah meninggalkan Ikhwan dan menubuhkan kumpulan sendiri.
Namun begitu, Ikhwan terus dimomokkan di dalam dan luar negara. Maka tidak hairanlah ia enggan tampil ke depan sebaliknya meminta pihak lain menjadi tokoh utama.
Tuntutan Ikhwan juga bersifat demokratik bukannya keagamaan. Dengan melihat pengalaman Iran dan Turki, Ikhwan tentunya dapat menilai jalan terbaik.
Sewajarnya Mesir adalah hak Ikhwan. Ini kerana pertubuhan ini muncul pada tahun 20-an ketika Mesir baru terlepas dari Khilafah Uthmaniah dan menjadi tanah jajahan Britain dan Perancis.
Penjajah menubuhkan kerajaan boneka yang akhirnya digulingkan oleh pihak tentera pimpinan Gamal Nasser dengan sokongan Ikhwan.
Bagaimanapun fahaman Nasser bersifat autokratik sekular iaitu nasionalisme kiri Pan-Arab. Ia adalah seperti fahaman Kemal Attaturk di Turki yang ternyata gagal pada masa itu pun.
Akhirnya memang betul Nasser gagal untuk membebaskan Palestin atau memberikan kemakmuran pada rakyatnya. Menjadi sekutu Kesatuan Soviet dan menggerakkan fahaman negara berkecuali tidak mendatangkan kebaikan ekonomi.
Justeru penggantinya Anwar Sadat mengambil jalan bertentangan. Dia mengiktiraf Israel dan menjadi sekutu pada Amerika. Ketika itu, Hosni adalah timbalannya.
Beliau membuka ekonomi Mesir tetapi politik bukan saja tetap tertutup tetapi tekanan terhadap Ikhwan bertambah keras.
Pembunuhan Sadat tidak mengubah Mesir dan caranya diteruskan oleh Mubarak. Pada hujung Januari ini rakyat Mesir yang mendapat dorongan dari Tunisia sudah merasai mereka perlu keluar ke jalan raya untukl menolak Mubarak.
Kuasa rakyat adalah lebih kuat bukan saja pada Mubarak tetapi juga Barrack Obama serta rejim Zionis. Tanpa rejim Mubarak, Israel akan sukar untuk menindas rakyat Palestin.

No comments:
Post a Comment