" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, February 13, 2011

PRK Merlimau, UMNO Dilemma Pilih Calon, Bukan PAS

PAS dilema pilih calon di Merlimau

KUALA LUMPUR: PAS yang akan mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, berdepan dilema memilih calon apabila Dewan Pemuda mahu wakil mereka bertanding, manakala pemimpin parti tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan calon wanita.

Pada sidang media di sini semalam, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, berkata Pemuda PAS Melaka sudah menyenaraikan lebih daripada seorang calon untuk pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Raya parti.

“Mengenai calon wanita, kita tak tahu perkara itu tetapi setiap peringkat berhak mencadangkan nama calon. Begitu juga dengan Pemuda dan Muslimat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Di MERLIMAU, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tidak mustahil parti berkenaan meletakkan calon wanita menentang Barisan Nasional (BN).

“Saya difahamkan ada seorang calon wanita disenarai pendek oleh PAS negeri untuk merebut kerusi Merlimau daripada BN.

“Tidak mustahil beliau bertanding di sini,” katanya selepas perasmian bilik gerakan PAS oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Taman Muhibah, di sini semalam.

Salahuddin juga menolak dakwaan parti itu tidak akan meletakkan lagi calon wanita bertanding pada pilihan raya berikutan kekalahan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim pada pilihan raya kecil DUN Tenang, bulan lalu.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu.

Berita Minggu difahamkan, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, 52, ibu tunggal beranak lima adalah pemimpin wanita tunggal yang disenaraikan bersama beberapa nama lain untuk pertimbangan bagi mewakili parti terbabit pada pilihan raya kecil DUN Merlimau.

PAS dijangka menentukan calonnya hari ini sebelum membuat pengumuman akhir pada minggu depan. -BH

Ulasan GB

PAS tidak berada dalam dilemma seperti yang didakwa oleh Berita Harian di atas.

Ini kerana PAS tidak lansung bermasalah di dalam membuat pilihan calon yang akan bertanding kerana ahli-ahli PAS telah lama dididik dan ditarbiyah agar "takut dengan amanah" di samping tidak menonjolkan diri untuk mendapatkan jawatan sesuai dengan hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"

Berbeza dengan UMNO. UMNOlah yang kini sedang di dalam dilemma.

Kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan seperti dilaporkan oleh Bernama (9/2/2011) menjelaskan hal tersebut:

Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu serta penyokong mereka supaya tidak berkecil hati dan terus bekerja untuk memastikan kemenangan BN. Katanya mereka ini juga dinasihatkan supaya tidak melakukan 'cah keting' atau mensabotaj parti sekiranya individu pilihan mereka tidak terpilih.

Keadaan di Merlimau pula, nampaknya, UMNO BN yang sedang berada di dalam dilemma apabila beberapa nama yang disenaraipendekkan sebagai calon telah mula melobi.

Dilaporkan oleh media sebelum ini, sebanyak tujuh nama telah dikemukakan termasuk timbalan ketua bahagiannya Datuk Mohd Said Yusof, ketua pemuda Zaidi Atan dan juga ketua pergerakan puteri Siti Faizah Abdul Azis. Empat nama yang lain ialah ketua wanitanya Zaleha Bujang dan seorang anggota jawatankuasa bahagian Abdul Nasir Bazid. Mohd Nasser Selamat dan Roslan Ahmad.

Perebutan berlaku apabila ada beberapa nama pemimpin bahagian itu tidak disenangi daripada senarai calon kerana dikatakan bukan "anak jati" kawasan DUN Merlimau dan ada banner di beberapa tempat yang telah dinaikkan untuk mempastikan calon anak tempatan dipilih. (Lihat gambar)

Malah Presiden UMNO sendiri menggambarkan keadaan bahawa ada calon yang ditolak kerana ada faktor "masalah peribadi" yang merupakan syarat untuk mencerahkan peluang BN untuk menang di Merlimau (Bernama 12/2/2011)

"Datuk Seri Najib Razak berkata calon yang disenangi rakyat, berwibawa dan tidak mempunyai masalah peribadi akan mencerahkan peluang Barisan Nasional (BN) menang menjadi kenyataan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kelak." Sumber Greenboc

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111