GOMBAK, : Pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor (KASE – Kempen Anti Saman Ekor) Pakatan Rakyat dengan rasminya bermula dan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa KASE, Datuk Mahfuz Omar di Dewan MuhibbahTaman Bolton, Batu Caves, malam tadi.
Majlis yang bermula pada jam 9 malam itu turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.
Kempen penerangan tentang saman ekor ini bertujuan membela mangsa saman dan menyedarkan tentang hak-hak mereka mengikut undang-undang.
Menurut Mahfuz, pesalah saman ekor kini berjumlah 4 juta orang yang membabitkan 15 juta saman.
Pesalah juga, katanya tidak tahu mereka sebenarnya menerima notis bukan saman.
Saman yang sebenar dikeluarkan apabila pesalah tidak membayar jumlah tersebut dan dihadapkan ke mahkamah.
Tambahnya, selepas perbicaraan, mahkamah akan memutuskan seseorang itu bersalah dan mesti membayar saman.
Namun, ujarnya selepas pindaan yang akan dibuat nanti pesalah akan diberi notis dan saman sekaligus.
“PR pada dasarnya bersetuju saman yang dikeluarkan kepada pesalah trafik, yang bertujuan mendidik agar mereka lebih berdisiplin di jalan raya bagi mengurangkan berlakunya kemalangan. Tetapi pada masa yang sama PR mahu biarlah hukuman yang dikenakan itu tidak menganiaya rakyat,” ujar Mahfuz.
Menurutnya, ada tiga perkara yang menjadi kebimbangan PR dalam isu saman ekor iaitu pindaan akta JPJ baru-baru ini tidak menyentuh langkah-langkah untuk mengatasi kemalangan maut, padahal perkara itulah yang patut ditekankan.
Keduanya, kata beliau rakyat dianiaya kerana tidak mahir undang-undang di mana JPJ tidak sepatutnya menyenaraihitamkan pesalah kerana belum dijatuhkan hukum oleh mahkamah.
“Contohnya ialah berita seorang warga emas disaman kerana membawa motosikalnya yang berkuasa 500cc melebihi had laju. Padahal warga emas tersebut hanya mempunyai motosikal 70cc dan beliau sendiri tidak pernah sampai ke tempat “motornya” disaman. Banyak lagi contoh penganiayaan terhadap rakyat dalam kes saman ekor ini,” ujarnya yang juga Ahli parlimen Pokok Sena.
Selain itu, jelasnya pindaan akta yang akan dikuatkuasakan nanti yang membabitkan saman ekor cara baru yang menggunakan teknologi terkini di mana PR tidak ada masalah dengan pengenalan sistem baru itu selagi tujuannya untuk mendidik pengguna jalan raya ke arah kebaikan.
“Yang menjadi kemusykilan ialah sistem ini akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta yang telah dikenal pasti,” dakwa Mahfuz.
Mahfuz bimbang jika kedua-dua syarikat ini merupakan proksi kepada tokoh-tokoh tertentu atau kroni untuk merompak duit rakyat melalui saman.
“Hal ini kerana, syarikat terbabit akan mendapat keuntungan melalui komisen saman yang dikenakan. Sudah tentulah mereka mahu lebih banyak saman kerana untuk mereka akan meningkat. Dalam hal ini rakyat sekali lagi menjadi mangsa,” ujar Mahfuz lagi.
Dalam majlis itu, Mahfuz menyeru supaya mangsa saman ekor dan “bakal” mangsa saman ekor bangkit memperjuangkan hak mereka sebagai pengguna jalan raya dan rakyat Malaysia yang peka.
Beliau juga menyatakan bahawa saman ekor yang tertunggak sebelum ini (sebelum pindaan akta) akan dibatalkan.
kerajaan dah nak bankrap..takda duit lagi dah..nak pinjam takda tempat..tak da negara percaya..ada takda yang boleh dibuat adalah jual mana yang patut...jika ada pulau boleh jual kena jal le jawabnya..
ReplyDeletependuduk kat pulau jaga jaga sikit,..sat lagi kena jual..
syarikat yang ambil alih saman pun depa punya kroni juga..nanti mesti ada jadi pecah amanah..kita dah bayar cakap tak bayar..tentu jadi punya..
yang mati dan sengsara adalah rakyat biasa..bagusnya jika datang kutip..kita habiskan saja...