" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, February 23, 2011

Siapa dalang Akhbar palsu Selangor Terkini?

Sebuah akhbar palsu yang menggunakan logo Kerajaan Negeri Selangor dikesan diedarkan secara percuma kepada orang ramai semasa sambutan Maulidurasul baru-baru ni.

Akhbar ini direka hampir serupa dengan akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor bezanya adalah isi kandungannya menghentam kerajaan Negeri Selangor. Pelbagai isu disiarkan di dalam akhbar tersebut.

Ada isu penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor, penyelewengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dan pelbagai isu memburukkan Kerajaan Negeri. Kalau semua isu ini ada bukti yang sahih, bukan fitnah, mengapa si penerbit tidak mahu menerbitkan akhbar ini dengan jalan terang? Mengapa pilih jalan gelap?


Akhbar bodoh ini, lagaknya seperti pejuang kebenaran, kononnya mahu menyelamatkan rakyat Selangor dari penyelewengan Pakatan Rakyat. Tapi diedarkan secara curi-curi, lesen pun takut nak mohon. Maka akhbar ini boleh melemparkan fitnah sesuka hati "baling batu sembunyi tangan". Berani keluarkan kenyataan, tapi tak sanggup tanggung akibat.

Sifirnya mudah, kalau dakwaan dalam Selangor Terkini ini betul dan ada asasnya, isu ini takkan keluar dalam akhbar haram. Isu begini akan masuk dalam akhbar halal. Selangor bukan kawasan orang bodoh. Shah Alam kawasan orang bijak pandai, kawasan banyak universiti banyak orang celik tak mudah ditipu. Tapi ada penerbit dan pengarang akhbar bodoh cuba nak perbodohkan orang pandai kah kah kah.

Apa yang menarik, setiap pembaca yang menerima akhbar Selangor Terkini akan diberikan sebuah kalender percuma 2011 yang terpampang gambar Najib Tun Razak. Nampaknya akhbar ini mahu pembaca menyokong Najib Tun Razak. Jadi siapa dalang di sebalik akhbar palsu yang penakut dan tidak bertanggung jawab ini?

Kita boleh tanya gerombolan songkok tinggi tiga jengkal yang suka bawak keris ke hulu ke hilir tak tentu pasal, cium keris di khalayak ramai nak tunjuk hero, nak gertak biar orang takut. Sekali tengok akhbar bodoh ni, kalau boleh bercakap, kambing pun boleh jawab siapa dalang buat akhbar bodoh mengarut mencarut ini. Milosuam

RentaP© "Gerombolan songkok tinggi kata tak tau, kah kah kah..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111