" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 15, 2011

Bantuan tidak sampai, pengundi Sebuyau nekat lakukan perubahan!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

BATANG LUPAR : Pengundi Melayu di kawasan Sebuyau nekad melakukan perubahan dengan menolak kepimpinan wakil rakyat Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) di sini.

Ianya angkara sejak 4 penggal lalu, wakil rakyatnya, Julaihi Narawi hanya mengharapkan pegawai-pegawainya sahaja yang mengendalikan isu setempat seperti bantuan kepada warga nelayan dan warga emas.

Namun kata, seorang pengundi Mahmud Sandi 47, setiap kali mengajukan permohonan bantuan kepada pihak berkaitan melalui wakil rakyat, tidak pernah bantuan itu diterima.

Beliau juga pernah memohon bantuan untuk mempertingkatkan kelengkapan nelayan, namun tidak juga dilayan Juhaili, ataupun pegawainya di Kampung Ulu Sebuyau.

Selain itu, ibunya, Habibah John seorang warga tua yang juga ibu tunggal pernah memohon bantuan untuk ibu tunggal namun tidak pernah dilayan.

"Tiga kali permohonan dihantar ke pejabat (Daerah Sebuyau), tetapi tidak pernah dapat, rasa macam kena tipu sahaja," katanya.

Kali ini mereka nekad untuk berubah, melakukan perubahan untuk memberikan undi kepada calon PAS, Adam Ahid yang bagi mereka jauh lebih baik dan sangat peramah.

Ditanya bagaimana penduduk di Sebuyau melihat kehadiran Adam Ahid, seorang lagi penduduk, Juslie Arun pula berkata, Adam adalah kelahiran Sebuyau.

Adam memilik keluarga yang besar di Ulu Sebuyau dan penduduk di sini telah lama mengenalinya dengan perwatakan yang sangat baik, kuat agama, dan cukup mesra dengan masyarakat setempat, katanya.

"Kami yakin, penduduk di sini akan 'conteng' (pangkah) Adam, kami mahukan perubahan, mahu wakil rakyat yang baru, kita sudah berubah,"katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111