" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 19, 2011

Omar dan Taqiudin kekal YDP

PULAU PINANG, 18 April: Dua muka lama iaitu Haji Omar Hasan dan Ustaz Taqiudin Hamah (gambar kiri Omar kanan Takiyudin) kekal sebagai masing-masing Yang Dipertua PAS Permatang Pauh dan Jelutong pada mesyuarat agung yang diadakan di kawasan masing-masing semalam.

Haji Omar berjaya mengalahkan dua pencabarnya di Dewan Haji Yusuf Rawa di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh manakala Ustaz Taqiudin Hamzah menang bergaya tanpa ada pencabar pada mesyuarat PAS Jelutong yang diadakan di Recsom, Gelugor.

Di Permatang Pauh juga menyaksikan berlaku pertukaran bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua apabila Ustaz Yusni Mat Piah memenanginya. Jawatan Naib Ketua pula diamanahkan kepada Haji Amir Hamzah.

Ustaz Badrul Abdul Rahman pula menang bagi jawatan Ketua Urusan Ulamak Permatang Pauh, Shamsudin Said sebagai Pengerusi Tetap serta Yusuf Latif mengekalkan fungsinya sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Antara nama yang turut menang bagi jawatan Jawatankuasa PAS Permatang Pauh bagi sessi 2011-2013 ialah Haji Asre Jusuh, Mansor Che Dan, Haji Abdul Rahim Hassan, Jamsari Samad, Haji Khalid Ridwan, Aziz Che Ani, Anuar Hamid, Puan Fadillah Ahmad, Haji Ahmad Mat Isa, Sanusi Ismail, Haji Jamaludin Abdul Hamid dan Ustaz Zakaria Hamzah.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh juga menyaksikan perubahan apabila Wan Rafaei Abdul Rashid di amanahkan ke jawatan tersebut sementara itu, Puan Suraya Saat kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh pada mesyuarat dewan berkenaan beberapa hari lalu.

Bagi pemilihan PAS Jelutong pula jawatan Timbalan Yang Dipertua kekal di tangan Mohd Yusuf Mohd Noor, Jawatan Naib Yang Dipertua, Haji Ariffin Haji Ali manakala jawatan Ketua Urusan Ulamak ditugaskan kepada Ustaz Ferdaus Shahul Hamid.

Antara nama lain yang menang mesyuarat kali ke 23 itu ialah Mohd Noor Hasan, Amran Omar Mohd Nasir Ismail, Mohd Haizan Abdul Razak, Azahari Idrus, Faizal Mazlan, Izwan Nizam Abdul Kader, Jasni Kasim, Mohd Zaki Tazim, Ahmad Suhaimi Ramli, amir Ahmad Shah, Mhd Azli Mazlan, Mohd Firdaus Saad, Mohd Zaki Othman, Mohd Fazli Abdul Wahab dan Puan Saodah Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111