" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 14, 2011

Raja Petra Bakal Melompat ?

Oleh Tulang Besi

Mana mungkin seorang yang dibenci Barisan Nasional boleh mendapat tempat di Buletin Utama TV3suku. Mengapa TV3suku tidak temuramah Anwar Ibrahim, Kak Wan, Husam Musa, Mahfuz Omar secara mereka menemuramah Raja Petra Raja Kamaruddin?

Ada kemungkinan, Raja Petra sudah mendapat tempat di hati UMNO terutamanya di hati Najib Tun Razak. Semua ini mungkin ada kaitan dengan hubungan Raja Petra bersama John Soh Chee Wen, yakni bekas pimpinan MCA itu.

Kenyataan terbaru beliau menafikan Najib dan Rosmah terlibat sepenuhnya di dalam pembunuhan AlTantunya. Tak tau berapa tan duit beliau dapat kerana membuat kenyataan sebegitu secara umum. Saya harap tiada.

Sebenarnya Tulang Besi telah mendengar perkara ini sudah agak lama. Penubuhan MLCM pun ada kena mengena dengan usaha UMNO memecahkan dan melemahkan Pakatan Rakyat. Syukur kepada Allah kerana MLCM gagal memainkan peranan di dalam memecahkan Pakatan Rakyat dan sokongan rakyat kepadanya.

Akhirnya, MLCM terpaksa mengaku kalah dan terpaksa mengisytiharkan mereka tidak akan bertanding 3 penjuru dengan Pakatan Rakyat.

RAJA PETRA BAKAL DIGUNAKAN UNTUK MENGAITKAN ANWAR DENGNA VIDEO BLUE RAHIM THAMBY CHIK?

Artikel terbaru Raja Petra bertajuk "Indonesian have more principles than Malaysians". Soal saya kepada Raja Petra adalah mengapa artikel tersebut hanya mengandungi contoh-contoh ahli politik Indonesia yang terpalit dengan skandal seks sahaja? Sedangkan dari pengalaman Tulang Besi, jauh lebih ramai ahli2 politik Indonesia yang terpaksa meletak jawatan kerana skandal kewangan ataupun skandal salah guna kuasa.

Tapi, mengapa dalam artikel ini, Raja Petra hanya mengambil contoh skandal2 seks sahaja?

Kita lihat sahaja sambung temuramah Raja Petra besok malam. Saya yakin besok Raja Petra akan mula menyebarkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim.

Saya memang dah lama agak Raja Petra akan melompat. Susah kita hendak mempercayai orang yang menolak Hadeeth Nabi SAW.

Ingat, beliau pernah di tangkap ISA dan tidak mustahil beliau telah di "turn-over" sewaktu dalam tahanan.

Sekian

http://www.malaysiawaves.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111