" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 26, 2011

Safee dalam dilema



PEMAIN bola sepak negara, Mohd. Safee Mohd. Sali mengakui beliau kini berada dalam dilema sama ada akan beraksi bersama skuad kebangsaan atau membantu kelabnya di Indonesia menghadapi satu perlawanan getir.

Mohd. Safee berkata, beliau tidak keberatan untuk kembali beraksi dengan skuad negara menentang Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan, namun harus memastikan ketiadaannya tidak menjejaskan kelab yang diwakilinya itu.

"Saya tidak ada masalah untuk kembali beraksi dengan pasukan kebangsaan.

Setakat ini belum ada tawaran rasmi lagi mengenainya,” katanya semalam.

Mohd. Safee dilapor akan dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini, tetapi pada masa yang sama kelab yang disertainya di Indonesia, Pelita Jaya FC juga berdepan perlawanan getir dalam Liga Super Indonesia menentang Persija Jakarta pada 5 Jun.

Pasukan Persija Jakarta adalah antara pasukan terkuat dalam Liga Super Indonesia musim ini dan kini berada di tangga ketiga liga.

"Ia satu perlawanan yang amat besar buat Pelita Jaya. Kalau dengan ketiadaan saya, ia mungkin akan menjejaskan prestasi permainan pasukan saya,” katanya.

Mohd. Safee berkata, beliau berazam untuk mempertingkatkan prestasinya dengan kelab Indonesia itu dan mahu membantu kelab tersebut memperbaiki kedudukan dalam Liga Indonesia.

"Setakat ini saya masih belum berpuas hati dengan tahap permainan saya dengan Pelita Jaya. Bagaimanapun, saya masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki prestasi saya itu.

"Pada awal penampilan dulu, saya mahu sekurang-kurangnya menjaringkan satu gol pada setiap perlawanan. Sekarang selepas lapan perlawanan saya hanya menjaringkan lima gol untuk Pelita Jaya,” katanya.

Kelab Pelita Jaya kini menduduki tangga ke-10 Liga Super Indonesia dan Mohd. Safee mahu membantu kelab bola sepak berkenaan untuk meraih kedudukan ketujuh atau kelapan musim ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111