" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, April 15, 2011

Sarawak: Undi tanpa takut

Oleh Nathaniel Tan

Dalam masa satu hari, rakyat Sarawak berpotensi mencipta sejarah.Petanda-petanda menunjukkan kemungkinan besar perubahan bakal berlaku. Kehadiran Perdana Menteri sendiri untuk tempoh kempen menunjukkan betapa goncang Barisan Nasional dengan keputusan pilihanraya Sarawak.

Kuasa Taib Mahmud yang telah berleluasa tanpa had selama 30 tahun sudah akhirnya berhadapan gelombang rakyat yang berupaya penuh menjatuhkan beliau.

Seperti yang jelas ternampak di Tunisia dan Mesir, tiada pemimpin yang boleh berkuasa dulu, kini dan selamanya. Sepandai-pandai diktator menindas rakyat, akhirnya jatuh juga.

Rakyat Usah Takut Bantah BN

Rakyat di Malaysia, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman telah lama diugut oleh pihak-pihak berkuasa yang mengatakan bahawa sekiranya mereka tidak undi Barisan Nasional, mereka akan diabaikan dari segi pembangunan.

Ugutan ini telah lama dibuktikan tidak benar sama sekali. Di mana-mana kawasan yang menolak Barisan Nasional di peti undi — mahu di negeri kawalan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional — pembangunan tidak pernah diberhentikan.

Sebaliknya, Barisan Nasional gandakan usaha untuk menawan balik kawasan tersebut dengan pelbagai ganjaran.

Seperti yang dilihat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan dulunya Perak, rakyat tidak sama sekali tertinggal dari segi pembangunan sekiranya memilih kerajaan negeri yang alternatif.

Rakyat di negeri-negeri ini “dijaga” oleh kedua-dua belah pihak politik yang semakin bersaing antara satu sama lain untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Di mana wujudnya persaingan, 'pelanggan' selalunya yang memanfaatkannya.

Perkara yang sama berlaku di kawasan dalam negeri-negeri kawalan Barisan Nasional yang memilih ahli Pakatan Rakyat sebagai wakil.

Negeri Terkaya, Rakyat Termiskin

Hasil negeri Sarawak harusnya menjadikan rakyat Sarawak rakyat terkaya di Malaysia. Mustahil di negeri yang mempunyai kekayaan seluas Sarawak masih ada rakyat yang tiada bekalan air dan elektrik serta jalan raya yang cukup mantap, kecualikan hasi-hasil negeri dilesapkan ke dalam poket pihak-pihak “terpilih”.

Sudah jelas, rejim yang sedia ada telah mencuri hasil negeri itu tanpa sebarang ragu-ragu kerana selalu menganggap bahawa mereka akan berkuasa dulu, kini dan selamanya.

Tanpa “bimbingan” atau “tunjuk ajar” dari rakyat, mereka akan terus membolot segala harta negeri untuk memperkayakan diri, keluarga dan kroni mereka.

Prestasi negeri-negeri seperti Selangor telah menunjukkan komitmen kerajaan alternatif terhadap konsep merakyatkan ekonomi negeri demi kebaikan dan kebajikan semua, bukannya segelintir sahaja.

Program-program seperti air percuma, tabung untuk anak-anak negeri dan skim mikrokredit adalah bukti fokus yang berlainan dari fokus kerajaan Barisan Nasional yang dalam tiga puluh tahun jelas gagal mengangkat rakyat biasa dari kemiskinan.

Kembalikan Hak dan Maruah

Sabtu ini juga merupakan peluang untuk rakyat Sarawak menghentikan penindasan yang telah mengakibatkan kehilangan maruah, tanah dan nyawa di kalangan bumiputera rakyat Sarawak.

Di bawah pimpinan BN, hak tanah adat tidak dihormati langsung, dan semakin berkurang — seperti hutan yang ditebang tanpa fikirkan kelestarian alam sekitar dan sumber-sumber semulajadi demi anak-anak Sarawak.

Apabila tuan tanah sebenar cuba mempertahankan hak milik mereka, orang-orang mula “hilang”. Mangsa-mangsa rogol dari masyarakat Penan pula semakin meningkat.

Di manakah keadilan untuk mangsa-mangsa ini? Bila lagi akan hak-hak pemilik asal kekayaan negeri Sarawak akan dikembalikan?

16 April

16 April ini, rakyat Sarawak bakal menghentikan penindasan berdekad-dekad ini dan mengambil balik semua yang telah dicuri dari mereka.

16 April ini, rakyat Sarawak akan bangkit dan menjadi tuan sebenar tanah mereka — tanpa perlu takut kepada sebarang kerajaan, kerana kuasa sebenar selalunya di tangan rakyat.

16 April ini, rakyat Sarawak akan menjadi teladan kepada semua rakyat Malaysia yang ingin kemakmuran, kemajuan, dan keadilan untuk semua.M/I

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111