" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, May 18, 2011

Kembalikan PAS Ke Jalan Syurga, Bukan Ke Neraka

Oleh ramziredang

"Jika PAS benar benar membawa perjuangan Islam yang sebenar, kenapa anak orang PAS ramai yang merempit, hisap dadah atau berbagai gejala sosial sedangkan ibu bapa mereka berjuang di dalam parti Islam? Adakah jawapan mudah, "anak nabi Nuh pun ingkar"?

Jika benar pemimpin PAS menghayati Islam, kenapa di dalam pejabat pemimpin besar PAS ada juga perempuan bertudung yang berbaju lengan pendek menghidangkan air kepada tetamu? Apakah perkara aurat ini terlalu remeh kerana ada 'mudharat' yang lebih besar perlu diperjuangkan?(saksikan video aziz bertemu dr azizan)

Muktamar PAS adalah jalan 'terbuka' untuk memilih pemimpin. PAS adalah parti Islam. Maka sudah pasti ianya perlu dijalankan secara Islam. Islam itu adil. Jadi pilihlah dengan adil.

Para penganjur, pemantau dan pemimpin yang menggalaskan tanggungjawab terhadap 'adilnya' pemilihan perlulah ingat, berada di dalam parti Islam, tidak sekali kali membenarkan kamu menggunakan taktik kafir.

Jangan ada unsur dan taktik kafir di dalam Islam. Penipuan atau penyelewengan adalah taktik kafir atau kuffar. Janganlah beralasan berbuat 'sesuatu' tersebut atas dasar mencegah 'mudharat' yang lebih besar .

Jangan kamu lupa, samada kamu berada di dalam parti Islam atau tidak, tiap saat perbuatan kamu tetap dihitung oleh yang Menguasai Sekalian Kerajaan Langit dan Bumi.

Ada juga setengah pemimpin beralasan walaupun buruk, tetapi PAS adalah lebih baik dari UMNO yang tidak mahu kepada Islam. Bagi aku itu bukan alasan. Itu adalah penyelewengan di dalam Islam.

Kita tidak mahu,malah tidak memandang langsung kepada UMNO, kerana UMNO jelas menentang Allah dan Rasul. Kita berbincang pasal PAS. Kerana PAS adalah parti Islam.

Maka bila disebut parti Islam, tidak semestinya kebaikan semalam membolehkan kita melakukan keburukan pada hari ini. Kita ingin cuba dan berusaha menjadikan imej Islam yang dibawa ini lebih baik dari semalam. Bila ingin menjadikannya lebih baik dari semalam, maka ianya haruslah bermula dari semua segi.

Lantaran itu dalam suasana menjelang muktamar, maka bersamalah bermuhasabah. Jika setengah golongan mengesyaki sesuatu, maka perjelaskanlah. Hilangkanlah segala keraguan mereka. Jangan lagi timbul tandatanya.

Pepatah melayu ada berkata 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang". Betul atau salah maka buktikanlah dengan amal. Buangkanlah unsur unsur kafir di dalam parti Islam.

Kembalikanlah kepada kesucian Islam. Jika kamu ada kepentingan diri, buangkanlah kepentingan diri kamu. Jika kamu ada puak, buangkanlah rasa berpuak kamu. Jangan wujudkan assabiyah di dalam parti Islam.

Jika PAS ingin menuntun umat ke jalan syurga, maka tuntunlah dari segenap segi. Bukan sekadar jubah dan hujah. Jangan ada di antara kita yang saban hari berceramah tentang kelebihan menuju syurga, tetapi diri sendiri menempah jalan ke neraka.

Jika jawatan pemimpin itu adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan kamu, maka tentunya kamu sendiri lebih jelas tentang sesuatu yang bakal menimpa kamu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111