" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, May 6, 2011

Kenapa Malaysia Dipenuhi Mufti Yang Bodoh?

ramziredang
Saya sangat berharap mufti Juana membaca tulisan ini supaya dia menyedari bahawa dia adalah mufti yang bodoh. Mungkin dia impikan anugerah tokoh maal hijrah kerana itu dia tertekan dan mengeluarkan kenyataan mengarut tentang istilah 'pengkhianat Islam'. Ya, sekurang kurang sudah jelas fahaman mufti tersebut, bahawa UMNO yang sembilan puluh peratus isteri pemimpinnya tidak bertudung, adalah pendokong Islam. Jelas juga Islam yang dibawa oleh mufti ini adalah sama versi dengan UMNO yang cuba menghalalkan judi. Maka bolehlah juga dirumuskan orang yang menentang judi ini, bukan sahaja pengkhianat Islam, tetapi pengkhianat judi, dari versi Juanda

Ucapan mufti juanda sebenarnya lebih tertumpukan kepada 'perpaduan'. Lebih naif lagi dia memahami istilah kekuatan perpaduan itu atas dasar 'bilangan umat'. Hairan kenapa dia boleh lupa bahawa sejarah kekuatan Islam bukan atas ramainya 'bilangan umat' tetapi keteguhan berpegang kepada Islam yang sebenarnya.

Berpegang kepada ajaran Islam yang sejatilah yang membawa kepada kekuatan umat Islam. Mufti ini harus belajar dari perang yang pertama di dalam Islam, 300 orang Islam berperang dengan 1000 tentera kafir.

Mufti juanda harus sedar apa maksud pengkhianat Islam. Apakah orang mengikut ajaran Islam atau menentang ajaran Islam yang boleh disebut pengkhianat Islam? Kalau masih tidak faham dan masih bodoh bebal dengan soalan ini, tanyalah diri anda, apakah orang yang taat rukun negara atau menentang rukun negara yang akan dianggap pengkhianat negara?

Orang yang menentang rajakah atau orang yang taat kepada raja yang boleh dianggap pengkhianat sistem beraja?

Orang yang menghalalkan judikah atau orang yang menentang judi, yang boleh dianggap pengkhianat Islam?

Saya percaya dan sangat sangat faham, hati mufti juanda sangat benci kepada DAP, tetapi pada masa yang sama dia sangat mengasihi MCA. Kerana mufti ini telah terbentuk mengikut acuan UMNO.

Pandangan Islamnya sekarang adalah mengikut versi UMNO. Lantaran itu tidak hairanlah jika ucapannya telah ''sama alim" dengan Mahathir. Tentu sahaja jika ditanya kepada mufti ini, dia tidak akan menjawab bahawa anak Mahathir adalah pengkhianat Islam walaupun anak mahathir menjadi pembekal beer terbesar. Sekalipun beer akan merosakkan sebahagian besar umat Islam, mufti ini akan hanya perhatikan jumlah kuantiti umat Islam tetapi bukan kepada kualiti Islam itu sendiri.

Memang ramai rakyat Malaysia sedar bahawa mufti mufti Malaysia ini adalah dayus dan menjual agama dengan sesuap nasi, Tapi janganlah mengeluarkan kata kata yang menggambarkan anda terlalu bodoh. Sangat memalukan.

Kenapa mufti ini bercakap tentang 'pengkhianat Islam' pada masa sekarang?
Kerana baru sahaja selesai pilihanraya Sarawak dan kemengan besar DAP mendapat sokongan kaum bukan Melayu, khususnya Cina. Dari versi UMNO, bila hilangnya sokongan orang Cina kononnya adalah terancamnya melayu atau Islam.

MCA yang seringkali mengugut kaum Cina tentang negara Islam PAS, adalah lebih berharga di kacamata juanda. Islam UMNO yang mempertahankan judi, menggalakkan pergaulan bebas dan tidak berjaya menutup rambut isteri pemimpin UMNO selama 60 tahun memerintah ini, adalah keagungan dan kekuatan Islam versi juanda.

UMNO tidak pernah menangkap golongan anti hadis, Sister In Islam malah tidak pernah berjaya menangkap ayah pin hingga ke hari ini, tetapi kekuatan Islam inilah yang sangat ingin dipertahankan oleh juanda.

Nasihat saya kepada mufti juanda, berjalanlah di lorong lorong gelap di sekitar ibunegara dan perhatikan kekuatan dan keagungan Islam yang dipertahankan UMNO.

Cubalah naik turun kelab malam dan disko dan perhatikan perpaduan yang ingin kamu martabatkan itu. Bukalah statistik tentang bilangan anak luar nikah, gejala sosial, gejala dadah, arak dan berbagai perkara sumbang lagi.

Jika kamu selidiki dan mendalaminya, nescaya yang kamu sebut pengkhianat Islam itu adalah UMNO. Malah kamu yang menyokong UMNO juga adalah pengkhianat Islam. Janganlah kamu berpura pura tidak faham lagi, semata mata kerana ingin pertahankan 'keduniaan' kamu yang sedikit itu

Surah al araf ayat 175 hingga 177 yang bermaksud: Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (ulama:pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

Tanyalah diri anda secara ringkas, siapakah yang mendustakan "ayat kami"?, bukankah orang yang menghalalkan judi kerana "ayat kami"jelas mengharamkan judi?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111