Oleh Saiful Bahri
Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO amat terdesak sekali menginginkan jawatan Menteri Kabinet. Satu penghinaan buat Ketua Pemuda UMNO dan institusi pemuda itu sendiri. Selama ini jawatan Ketua Pemuda UMNO sebagai tiket untuk Menteri Kabinet sekian lama tetapi tidak buat Khairy. Timbalan beliau dan penentang jawatan Ketua Pemuda yang tewas iaitu Mukhriz anak Mahathir pun diberikan jawatan timbalan Menteri.
Benci Mahathir bukan hanya terhadap Pak Lah bahkan menantunya sekali. Kalau Khairy teringin jawatan pak menteri… tunggu dululah Mahathir mati itupun kalau Khairy berjaya mempertahankan Ketua Pemuda UMNO dan kalau BN masih lagi duduk di Putrajaya. Kalau sebaliknya maka tinggal mimpi sahajalah. Takkan nak berikan Menteri tempoh sebulan dua ni sebelum parlimen dibubarkan?
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras Syed Mehdhar Syed Abdullah telah mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menganggotai kabinet. Desakan itu bukan kerana individu tetapi institusi Pergerakan Pemuda UMNO sebagai tonggak kekuatan sayap parti.
“Saya ingin jelaskan bahawa keadaan institusi Pergerakan Pemuda UMNO hari ini dipandang terpinggir dari badan induknya bilamana pucuk pimpinannya tidak berada dalam kabinet sebagaimana lazimnya,” tambahnya.
Pada Ahad, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Hishamuddin Yahaya bercakap di Tanjong Malim tidak setuju wujud sebarang desakan baru sepanjang musim mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian sekarang agar ketua mereka,Khairy Jamaluddin dilantik sebagai menteri.
Katanya hal seperti ini adalah perogratif Perdana Menteri dan penentuan mengenainya hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada beliau.
Hishamuddin berkata demikian ketika mengulas desakan Syed Mehdhar dalam ucapannya di perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu Ahad supaya Perdana Menteri melantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam kabinet agar tidak dipandang serong serta seolah-olah institusi itu tidak dihargai.
Kata Syed Mehdhar, “saya tidak mahu institusi pemuda itu dipandang buruk oleh musuh-musuh politik di luar parti kita, mereka memberi persepsi buruk pada pemuda dan saya mendesak bukan untuk individu tetapi institusi.”
Beliau meminta pihak-pihak tertentu terutama kalangan pemimpin pemuda agar tidak cepat melatah dan memahami dahulu apa isunya sebelum membuka mulut.
“Kita mesti memikirkan bagaimana untuk merapatkan golongan muda dengan Pergerakan Pemuda UMNO sekiranya segala bentuk sokongan serta bantuan kita tidak dapat salurkan kerana kita terpaksa meminta-minta pada pihak lain, apakah peranan institusi pemuda kalau tidak boleh membantu golongan muda,”
Anak-anak ayam sudah habis kais tanah. Bila takde projek, nescaya akan mematuk punggung sesama sendiri le. Takde jawatan, takde menteri nescaya takde projek nak bagi makan awak-awak. Nanti kroni-kroni akan lari pergi ke team lain. Puak-puak dalam UMNI ni perjuangaan dia adalah kebendaan. Kalau benda takde, buat apa lagi perjuangan dalam UMNO?
Kasihan tgk kepada boss pemuda tingkat 4 dahulu. Sekarang Akak Rosmah dok kat situ. Terlopong le jawabnya. Terpaksa menadah sedekah mengharapkan menteri cabinet. Diharapkan kepimpinan pemuda dan anak muda menyorot hal ini. Kepimpinan masa depan adalah ditangan pemuda. Kalau hak pemuda pun dinafikan apalah sangat hak rakyat nak diperjuangkan dalam UMNO. Orang cerdik, bijak macam tu pun takde tempat dalam UMNO? ish3X malang sungguh!
Diharapkan para generasi pemuda dan remaja. Alternatif yang kita ada adalah PR maupun PAS. Hidup pemuda lebih segar dan bermakna dalam pejuangan. Menuntut perubahan bersama keringat dan harapan rakyat. Itu lebih bermakna daripada sibuk dengan hamparan karpet merah atas penderitaan dan kezaliman yang dilalui oleh rakyat. Perubahan ditangan anda. Jom! Bersama berubah sebelum terambat!!!
No comments:
Post a Comment