Oleh Aspan Alias
Kalau saya dudu k  termenung memikirkan nasib UMNO di masa akan datang, seperti juga ramai  yang lain saya tidak dapat berfikir apa cara yang perlu dilakukan oleh  UMNO untuk kembali menjadi parti yang dihormati dan disanjung bukan  sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh bangsa-bangsa lain seperti  yang pernah dialaminya dahulu.
k  termenung memikirkan nasib UMNO di masa akan datang, seperti juga ramai  yang lain saya tidak dapat berfikir apa cara yang perlu dilakukan oleh  UMNO untuk kembali menjadi parti yang dihormati dan disanjung bukan  sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh bangsa-bangsa lain seperti  yang pernah dialaminya dahulu.
Tetapi itu sudah menjadi  bahan bacaan sejarah kepada kita. Sebagai seorang ahli sejak awal tujuh  puluhan saya terasa dan nampak jelas perubahan yang berlaku di dalam  UMNO. Kita akui semuanya itu tetap berubah mengikut waktu dan zamannya  tetapi perubahan budaya dan etika di dalam UMNO itu hanyalah menjurus  kepada kejatuhannya dan bukannya kearah membina perjuangan yang  sepatutnya dilakukan oleh UMNO.
Kelemahan UMNO ialah untuk  menguruskan kejayaannya. Itu nyata. Masalahnya bermula apabila UMNO  diwariskan kepada pemimpin yang tidak berjiwa UMNO. Mereka hanya  berteriak kuat tentang UMNO tetapi UMNO dipergunakan oleh pemimpin yang  menerima warisan itu untuk kepentingan peribadi dan keluarga  semata-mata.
Ada pemimpin yang yang suatu ketika dahulu tidak  mampu mengisi minyak kereta yang kecil sekarang sudah menjadi pemimpin  besar. Itu pun tidak mengapa. Ramai dalam sejarah dunia pemimpin yang  datangnya dari keluarga yang miskin tetapi berjaya menjadi pemimpin yang  memperjuangkan rakyat jelata dengan baik. Tetapi yang tidak dapat di  maafkan ialah mereka memerah segala apa yang ada untuk memperkayakan  diri tanpa had dan lebih-lebih lagi tanpa malu dan segan pula bercakap  tentang perjuangan yang tinggi-tinggi yang mereka sendiri tidak mampu  melakukannya.
UMNO yang membina segala institusi demokrasi, UMNO  jugalah yang membinasakan institusi-institusi ini. Apabila pelacuran ke  atas bidang Kehakiman negara pada 1988 dahulu institusi kehakiman tidak  kebah-kebah dengan imej yang tidak meyakinkan, bukan sahaja oleh rakyat  negara ini tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. UMNO yang  memperkuatkan institusi Raja-Raja untuk memperkuatkan kedudukan orang  Melayu dahulu, UMNO jugalah yang merobek dan merebahkan institusi ini  sehingga institusi ini menjadi lemah dan longlai.
Banyak lagi  contoh-contoh yang ada tetapi blog ini telah menulisnya berulang kali  dan tidak payah lagi lah diulang-ulang. Ianya menyedihkan dan menjemukan  bukan sahaja kepada pembaca tetapi juga kepada diri saya sebagai  penulisnya.
Tetapi warisan yang amat mengecewakan rakyat ialah  budaya rasuah dan menggunakan kuasa dengan salah itu adalah dosa yang  tidak dapat diampunkan oleh ramai rakyat pengundi. Mereka adalah di  kalangan the ‘silent majority’ dan di antara mereka ini adalah ahli-ahl  UMNO sendiri. Itulah sebabnya saya pernah menulis ahli-ahli UMNO keluar  parti bukannya dihadapan kamera TV3 atau RTM tetapi bertukar parti  semasa di dalam peti undi. Ini sudah terbukti kerana seramai lebih dari  1.5 juta ahli UMNO pernah memberikan undi kepada parti pembangkang.
Tidak  guna UMNO mempunyai ahli yang ramai. Ibarat tubuh badan yang besar  tetapi tubuh yang mengalami banyak penyakit yang ‘terminal’ hanya untuk  menunggu akhir kalamnya sahaja. Apabila ada ahli yang sedar dan  mengkritik, penyokong dan pengampu-pengampu tanpa tauliah akan menerpa  mengutuk dan membidas kumpulan kecil yang sedar ini. Pendeknya tidak ada  apa-apa ruang untuk UMNO memperbaiki dirinya.
Sebagai seorang  yang sudah bersara dari semua kegiatan saya mempunyai masa yang teruang  untuk bertemu dengan manusia yang berfikir setiap hari. Sementara  menunggu waktu menjemput cucu dari sekolah selalu saya berjumpa dengan  orang ramai dan berkesempatan untuk bercakap. Biasalah, di negara ini  semua rakyat bercakap pasal politik. Dalam perbincangan yang saya adakan  amat payah bagi saya untuk terjumpa individu yang tidak mengkritik UMNO  dan komponannya.
Baru dua hari yang lepas saya dijemput oleh  orang yang saya belum pernah berjumpa untk minum kopi. Mereka bertanya  di mana patut kita minum. Saya menjawab kalau ikut standard saya kita  hanya patut berjumpa di kedai mamak yang hampir dengan rumah saya,  kerana saya tidak berkemampuan untuk minum di restoren-restoren  besar-besar. Akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa dan nyata mereka  adalah di antara yang mengikuti tulisan saya.
“Encik Aspan, why  are you so possessive of UMNO? Do you really know that you are being  detested by the party leaders?” Saya menjawab pendek sahaja “Bro, I  don’t care. Let them hate me but I shall stand where I am”.
Tidak  dapat saya hendak mengingati perkataan-perkataan yang timbul dari mulut  mereka, tetapi kumpulan ini adalah kumpulan yang selama ini mengndi  UMNO tetapi sudah tidak tahan lagi dengan keadaan, sikap dan nilai yang  ada kepada pimpinan parti ini.
“I can’t forgive them bro. They  are milking the country dry. They are loads of corruptible leaders.  There is no way can we stand their shenanigans any longer” kata salah  seorang dari mereka serius. “All leaders up there are suffering from  corruption addiction. They can’t get out of it. Our country is deadly in  trouble and there should be concerted efforts from us to change it.”  sambungnya lagi.
Saya hanya menjawab, “I am nobody and with no  consequence what so ever. Let them do whatever they wish. Dia orang  fikir dia boleh lari dari pembalasan. Mereka sangka mereka ada immuniti  dari tindakan undang-undang dan immunity dari balasan Tuhan. Oleh kerana  mereka hendak belajar dari pengalaman sendiri, biarkan!”
Perbualan  itu panjang juga. Tetapi saya terpaksa meminta diri kerana hendak ke  sekolah menjemput cucu. Tetapi sebelum saya bangun sempat salah seorang  dari mereka bertanya, “Bang, abang ingat ahli-ahli MKT tu boleh  memperjuangkan Melayu dan rakyat ke bang?” Rakan saya yang bersama saya  dari awal menjawab juga pendek, “Kalau mereka benar-benar hendak  memperjuangkan Melayu dan rakyat, mereka tidak sepatutnya berada di  sana. They are rouges and should not be trusted”
Perbualan  seperti ini memang kita dengar di mana-mana. Persepsi buruk terhadap  UMNO itu tidak dapat dihilangkan lagi. Masalahnya apabila pandangan  buruk seperti ini sudah menjadi lumrah, apa sahaja yang diperkatakan  oleh pemimpin-pemimpin kita tidak diyakini lagi.
Blog ini  acapkali memperkatakan tentang isu ini dan selalu dibidas oleh banyak  pihak. Kecenderungan rakyat untuk bertindak bertentangan dengan kehendak  pemimpin kita semakain jelas kerana merek merasakan pimpinan sudah  tidak layak diberikan keyakinan lagi. Rakyat ramai sedang cenderung  untuk melihat kepimpinan turun dan menggantikan dengan kepimpinan yang  lain.
Usaha Ahmad Zahid Hamidi dan Muhyiddin untuk menghalang  orang Melayu dari mendekati DAP misalnya tidak diiraukan orang ramai  lagi. Rakyat menganggapkan pemimpin-pemimpin itu sedang merasakan  ketakutan mereka terhadap sokongan parti itu dari berkembang. Rakyat  tidak segan dan silu lagi untuk memberikan perhatian kepada DAP kerana  mahu mengambil kesempatan untuk memberi pengajaran terhadap pimpinan  yang mereka anggap sebagai perosak kepada negara kita. PAS juga sedang  menerima sokongan dari ramai rakyat Islam yang berpendidikan yang  mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.
Kepada yang serius  cuba anda fikirkan cara dan kaedah untuk UMNO mendapatkan kembali  keyakinan rakyat tanpa banyak persoalan. Saya tidak nampak cara yang  lain selain dari keseluruhan pimpinan parti ini dibarisi oleh barisan  yang baru secara total untuk melenyapkan imej dan stigma buruk yang di  alami oleh UMNO sekarang ini. Kita wajar mengakui UMNO telah terabai  sebegitu lama.
Ini sahaja tindakan yang boleh melenyapkan  persepsi buruk rakyat terhadap UMNO jika benar-benar mahukan UMNO terus  menerajui pimpinan negara. Kalau tidak mahu percaya tidak mengapa.  Memang kita tidak mahu belajar dari kesilapan orang lain. kita lebih  suka untuk belajar dari kesilapan kita sendiri.
Kata perbilangan, ‘sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.
 sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

 
 


 
 
No comments:
Post a Comment