" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, June 1, 2011

Guna Toilet pun kena penjara 3 bulan

Oleh Saiful Bahri

Pemerintah yang zalim akan membawa kepada semua pegawai dan pengawal mereka turut bertindak zalim. Seorang teman rapat Tun Mahathir yang masih lagi berkuasa sehingga kini meskipun menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa amat dikenali sebagai tokoh rejim yang ganas.

Meskipun politik menjadi huru-hara, ekonomi merudum bahkan Zimbabwe dipulau oleh dunia luar tetapi beliau enggan menyerahkan kuasa bahkan terus bertakhta menggunakan tipu muslihat beliau.

Musuh politik beliau, meskipun memenangi pilihanraya tetapi dinafikan bahkan beliau sanggup menggunakan pelbagai kekerasan untuk terus berkuasa. Tetapi sampai bila beliau boleh bertahan di Putrajaya beliau iaitu di Harare.

HARARE - Seorang polis Zimbabwe ditahan gara-gara menggunakan tandas pribadi Presiden Robert Mugabe (87). Sersan Alois Mabhunu, terpaksa terperap dalam penjara selama 3 bulan. Kejadian ini bermula ketika Mabhunu bertugas di sebuah acara pameran perdagangan di Bulawayo pada 7 Mei. Sebuah tandas disiapkan khusus untuk Mugabe yang hadir dalam acara tersebut. Beberapa penjaga pun ditempatkan untuk menjaga tandas tersebut dibimbangi presiden tiba-tiba saja sakit perut saat acara berlangsung. Tapi, Mabhunu yang saat itu rasa nak tandas dan beliau langsung bergegas ke tandas kelas pertama yang tidak lain adalah tandas khusus Mugabe.
Petugas, yang melihat Mabhunu masuk ke toilet Presiden, tidak boleh berbuat apa-apa karena Mabhunu menguncinya dari dalam. Selepas Mabhunu melepaskan hajat dan apabila beliau keluar dari tandas terus beliau ditangkap dan dipenjara.

Robert Mugabe memerintah Zimbabwe sejak dia membantu negara Afrika itu memerdekakan diri daripaada Inggeris pada 1980. Dalam sejarah pemerintahan rejim beliau polis dan ketenteraan digunakan sebagai alat politik untuk mengancam para penentang politiknya. Mugabe berkuasa selama 31 tahun dengan menerapkan gaya kekuasaan ala Soviet Union. Dia menempatkan satu skuadron besar polis rahsia khas dan tentara untuk menjaganya ke mana saja dia pergi. Beliau juga adalah teman baik kepada bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir yang pernah memhantar bertan-tan kayu Malaysia untuk pembinaan istana Mugabe.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111