" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, July 4, 2011

Beringatlah Umno sebelum jadi bahan sejarah

Oleh Dr Azman Ibrahim

Umno dilanda wabak sakit kuning atau istilah perubatannya 'Jaundice'. Petua orang tua dulu-dulu, bayi-bayi yang terkena wabak kuning ketika baru dilahirkan https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeOqb2uuUbXefZCXPsO5uM1FgPlH0d-iGnozQx5y0AoqXGKehB3_DEOV6ZHltUo5zRZ88Bpsl5KiB5uuBcePyUirwRQw_o2SXidgiu9hzW-egci330uriqGi2gqIhhpN7zmfK6x6ABhZw/s400/say+no+to+BN.JPGperlu dimandikan dengan air inai. Tapi Umno, dengan air apa sepatutnya mereka dimandikan?

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin menyatakan pakai baju BERSIH adalah haram kerana perhimpunan BERSIH itu haram.

Kalau berpandukan teori bangang Hishammuddin ini, bila seorang mat motor terlibat dalam lumba motor haram, maka segala yang dipakainya termasuk helmet, jaket, baju, seluar dan motor yang ditunggangnya adalah haram. Majlis fatwa tolong 'tegur' sikit Hishammuddin daripada terus mengeluarkan 'fatwa' bodoh beliau.

Rakyat marhaen yang ingin berhimpun, ratusan ditahan walaupun 9 Julai belum tiba dan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan yang tak masuk akal termasuk ingin melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Sedangkan barang yang boleh dikategorikan sebagai senjata yang ditemui bersama mereka hanyalah sebilah gunting.

Bagi saya, sekadar sebilah gunting, bukan setakat nak lawan Yang Dipertuan Agong malah nak lawan dengan tukang kebun Yang di-Pertuan Agong, belum tentu boleh. Ini kebodohan yang melampau!

Apakah ada dikalangan kita yang berniat nak lawan Yang di-Pertuan Agong? Ada sesiapa yang nak berlawan dengan Pemuda Umno atau Ibrahim Ali atau ada sesiapa yang nak beradu tenaga dengan anggota keselamatan? Jawabnya, ini bukan agenda kita!

Kami rakyat marhaen berhimpun untuk menuntut pembaharuan yang adil dalam sistem demokrasi berpilihanraya di negara kita. Pilihanraya bukan bermakna sekadar pangkah kertas undi. Tapi pilihanraya juga bermakna, peluang untuk menyebarkan dan mendapat maklumat yang sama.

Peluang untuk bercakap yang sama, peluang untuk berkempen yang sama dan peluang untuk bertarung di atas padang yang sama rata. Jangan dia ikat kaki dan tangan kita, kemudian dia ajak kita lawan lumba lari.

Anggota keselamatan bukan musuh kita. Mereka mungkin kawan kita, warih (saudara) kita, sepupu kita dan mereka juga adalah rakyat marhaen sebagaimana kita.

Apa yang kita perjuangkan juga demi masa depan mereka dan anak cucu mereka. Lalu untuk apa perlunya anjing pengesan, maki hamun, sepak terajang, belantan, gas pemedih mata dan air kimia.

Ingat! Jangan sampai nanti mereka jadi sebagaimana Polis Mesir yang terpaksa melutut memohon maaf kepada rakyat lantaran menjadi anjing kepada Hosni Mubarak sebelum ini, kemudian Polis Mesir sendiri yang turun berdemonstrasi bersama rakyat.

Pemerintah tak akan selamanya di puncak kuasa. Berkonfrantasi dengan hasrat dan kehendak rakyat sendiri akan meletakkan hayat suatu pemerintahan di hujung tanduk. Beringatlah sebelum kita menjadi bahan sejarah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111