" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, August 9, 2011

Apa yang boleh lawan teknologi SPR semakin "maju"?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. - Hrkh.
Ni satu berita paling gila. Memang tak logik la ada orang yang bagi nama anak dia Kg Baru. Tah mana la punya bangang punya kakitangan SPR yang boleh buat salah sampai macam ni sekali.

Yang kita mushkilnya, macamama kesilapan macam ni boleh terjadi. Setahu aku, proses untuk key-in data tu sangat ketat. Member aku yang dulu kerja di SPR bagitau kod nama pegawai yang key-in data tu memang ada disimpan dalam database SPR. Jadinya dia bagitau, memang depa semak berkali-kali sebelum sahkan apa yang depa key-in tu. kena pastikan "zero defect" dia kata. Kalau ada silap memang masak la depa kena belasah.

Setiap nama yang di key-in tu akan disemak oleh pegawai yang lebih tinggi dan kemudiannya disahkan pulak oleh pegawai lain. Nama semua pegawai berkenaan katanya memang ada sekali dalam database. Maknanya dari segi prosedur memang cukup ketat untuk pastikan takdak kesalahan, tambah-tambah lagi la 'silly mistake' macam tu.

Memang sepatutnya macam tu pun, pasainya memang antara tanggungjawab utama SPR adalah untuk sediakan satu Daftar Pemilih yang bersih dan tepat.

Aku tak boleh fikir alasan penemuan ni, melainkan yang memang Allah nak bagi bukti yang cukup jelas yang kita memang tak sepatutnya percaya kepada SPR dan bukti tu cukup jelas menunjukkan yang Daftar Pemilih yang SPR sediakan tu memang betul-betul tak bersih. Terbukti yang SPR benar-benar GAGAL.

Aku taktau la kalau ada lagi yang nak jugak pertahankan SPR yang nak gunakan sistem biometrik yang katanya cukup canggih tu, sedangkan nak buat Daftar Pemilih yang boleh kita percaya pun SPR gagal.

Memang tepat sangat la apa yang Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Hj Asmuni Awi kata masa taklimat baru-baru ni. "Tuan-tuan kena setkan dalam kepala yang Daftar Pemilih yang ada depan tuan-tuan tu adalah daftar pemilih yang korup, yang tak boleh pakai, jadinya kerja tuan-tuan kena kenalpasti kat mana yang korup dan tak boleh pakai tu."

Aku punya andaian, nama 'Kg Baru' tu mungkin bersama beribu lagi nama lain dimasukkan tak gunakan prosedur biasa, maksud aku, aku yakin ada satu sindiket yang jadi 'anjing Umno' yang buat kerja masukkan nama 'pengundi hantu'. Pasai tak ikut prosedur biasa dan mungkin tak dak sapa yang semak nama-nama tu, pasai tu la nama yang sepatutnya Noraini binti Abdullah dah tukar jadi Kg Baru macam image kat atas tu.

Macam tu jugak kes kedua yang Harakahdaily laporkan tu. Kalau sebelum ni timbul banyak pasangan 2 nama yang berbeza no MyKad tapi no kad pengenalan lama dan nama yang sama, tapi yang ni no kad pengenalan lama pun takdak. Tah berapa ribu pulak pengundi hantu jenis ni yang SPR dah masukkan dalam Daftar Pemilih.

Tu tak masuk lagi 'pengundi hantu' jenis-jenis lain. Aku yakin ada macam-macam lagi jenis pengundi hantu yang ada dalam Daftar Pemilih yang SPR sediakan tu.

Jadinya, aku setuju sangat dengan cadangan blogger IkutSukaAku - ISA dan beberapa blogger lain. Takdak dah cara lain untuk pastikan SPR benar-benar bersihkan Daftar Pemilih tu melainkan kita lancarkan BERSIH 3.0.

Aku nak ajak semua blogger yang sokong pilihanraya yang bersih dan adil supaya kita bagi tekanan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya dilancarkan BERSIH 3.0 dalam masa yang terdekat ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111