" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, August 26, 2011

Apabila Si Ulama Bangga, Dirinya Dipandang Rendah Oleh UMNO

Oleh ramziredang

"Lain padang lain belalang, lain orang lain cara berfikirnya. Mufti harussani mungkin berniat lain bila menceritakan kisah tiga belas tahun lalu yang masih segar diingatannya. Dalam wacana yang bertajuk Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti yang dianjurkan oleh sinar harian baru baru ini, harussani mungkin mengambil kesempatan ke atas khalayak umum yang ramai untuk membuktikan bahawa kononnya dia bukan ulama bisu. Kononnya dia bukan ulama yang hanya makan gaji. Kononnya dia pun ada menegur kerajaan.

Dia ada menceritakan bahawa dia pernah menegur bekas perdana menteri pada ketika itu, tun mahathir supaya tidak memecat anwar dan tidak menuduh anwar tanpa saksi. Itu cerita tiga belas tahun lepas. Ianya juga memberitahu bahawa tegurannya itu tidak dipandang endah oleh mahathir. Malah permohonannya untuk bertemu mahathirpun ditolak mentah mentah oleh mahathir. Itu cerita dari harussani sendiri, itu mungkin versi 'bangga' dalam dirinya yang diceritakan kepada umum.

Setelah tiga belas tahun berada di dalam kerajaan yang tidak menerima pakai sebahagian dari tegurannya terhadap kerajaan, harussani masih di situ. Dia masih berbangga berada di dalam kerajaan yang tidak memandang sangat terhadap tegurannya. Mungkin dia beranggapan 'dakwah perlukan kesabaran' lantaran itu dia sanggup bersabar. Dia rela walaupun ilmu agamanya tidak diterima pakai oleh kerajaan, dia sanggup menahan itu semua. Baginya 'dakwah memerlukan kesabaran' ini menyebabkan nilai dan intergriti seorang ulama menjadi rendah,pun dia tetap rela. Dia rela ulama direndahkan martabatnya asalkan dia dapat ber'dakwah'.

Dia lupa di dalam islam, jika mengajar anak sekalipun,kalau anak anak tidak mendengar kata kata nasihat, maka bolehlah memukul. Pujuk ada tahapnya dan pukul ada tahapnya. Malah digambarkan tahap keimanan seseorg itu berdasarkan lisan,perbuatan ataupun hati. Maka mungkin ulama seperti harussani ini memilih keimanan yang hanya dapat menegur di dalam hati sahaja.

Harussani mungkin lupa akan cerita cerita sejarah, bahawa ramai para ulama terdahulu menolak jawatan mufti kerana memang menjangkakan sebuah kerajaan akan hanya mengambil mufti sebagai hiasan sahaja. Hiasan untuk menggambarkan bahawa kerajaan masih cinta dan mengamalkan Islam.

Dia mungkin lupa bahawa jika kita masih reda dengan kemaksiatan yang berlaku di sekelilingnya maka dia akan digolong dan dipertanggungjawabkan segala maksiat ke atas dirinya. Jika bertugas di bawah kerajaan yang zalim, maka dia juga akan termasuk di dalam golongan orang yang zalim.

Ingatlah satu kisah di zaman khalifah marwan yang memerintah dengan zalim dan penuh maksiat. Satu ketika jubah marwan telah koyak dan dia ingin mengupah tukang jahit untuk menjahitkan. Tetapi seluruh tukang jahit di dalam negerinya tidak sanggup menjahit pakaian tersebut kerana takut menjadi talibarut kepada pemerintah yang zalim. Kemudian ada seorang yang sanggup menerima baju tersebut dengan syarat dia perlu bertanya dulu kepada orang alim akan hukumnya. Setelah ditanya boleh ke dia menjahit jubah tersebut, kepada seorang alim, maka jawab ulama tersebut,' Jika kamu menolong orang yang zalim,maka kamu akan tergolong dari golongan mereka dan kelak kamu akan disambar api neraka". Lalu si tukang jahit mengembalikan jubah khalifah marwan dan tidak berani menjahitnya.

Kini,harussani bukan sahaja sanggup menjahit jubah pemerintah tetapi selesa duduk di atas kerusi empuk yang disediakan pemerintah. Patutlah harussani berbangga menceritakan ilmunya tidak diterima pakai oleh pemerintah, rupa rupanya dia berani menanggungnya...nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111