" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, August 29, 2011

Aziz dan Wan Ahmad perlu letak jawatan!

Pelbagai usaha dilakukan PAS dan Pakatan Rakyat serta NGO lain bagi memastikan pilihan raya negara ini benar-benar bersih dan adil. Terbaru pada 13 Oghttp://media1-cdn.malaysiakini.com/381/f772ced56ed4f336d4c6ecbab2699a9a.jpgos lalu PAS merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membersih kan daftar yang didakwa telah bercelaru sejak kebelakangan ini. Menjawab persoalan tersebut, Wartawan , ROY RASUL mengutip pandangan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli .

Setiap kali timbul isu mengenai perjalanan pilihan raya yang berat sebelah, pastinya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tambil menyatakan pihaknya bertindak dengan telus, adil dan melayan semua parti politik secara sama rata, sejauh mana benar dakwaan ini?

DR HATTA: Ya! amatlah tidak adil bagi seorang pengadil yang sepatutnya mengendalikan urusan yang melibatkan dua pihak yang berlawanan untuk mengambil kedudukan mana-mana pihak di samping menghentam pihak yang satu lagi.

Ia lebih ketara jika dilihat dengan kenyataan terbaru (dalam isu SPR tiada kuasa lakukan perubahan) Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang seolah-olah bercakap mewakili lawan bagi Pakatan Rakyat (Barisan Nasional).

Ini akan menjadikan rakyat semakin hilang keyakinan kepada SPR terutama menjelang pilihan raya nanti.Beberapa perubahan yang sepatutnya boleh diselesaikan atau diperbaiki tidak mendapat perhatian SPR antaranya isu media yang berat sebelah.

SPR lebih banyak memberi muka kepada sebelah pihak dan menafikan pihak pembangkang daripada berpeluang menggunakan media ini secara adil.Kalau itu masalahnya kerana tidak ada kuasa , SPR harus mencari jalan untuk memperbaiki dan mendapat kuasa supaya bertindak dengan adil mengendalikan media.

Jadi selagi itu tidak berlaku maka kita tidak dapat memberikan sepenuh keyakinan kepada SPR sebagai orang tengah ataupun pengadil dalam pilihan raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf mengakui bahawa tidak ada sebuah negara pun yang boleh menjamin sesebuah pilihan raya itu bersih, apa pandangan Dr?

Sebelum ini mereka mendabik dada menyatakan pilihan raya sudah bersih.

Tidak ada apa-apa masalah. Cuma pembangkang sengaja membuat cerita dan sebagainya. Tetapi apabila dikemukakan bukti akhirnya beliau mengaku, lalu cuba untuk meremehkan kelemahan itu dengan mengatakan tidak ada mana-mana daftar pemilih yang bersih.Saya rasa kenyataan ini sangat tidak bertanggungjawab dan seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab itu kepada suasana lain yang tidak ada kaitan dengan kita.

Apa kaitan kita dengan negara-negara lain ataupun daftar pemilih negara kita?

Dalam urusan negara kita, kita mahukan sesuatu yang terbaik. Jadi dengan tuduhan ini bermakna menjelaskan apa yang kita sebut selama ini benar.Kita melihat, sikap SPR ini apabila kita mendedahkan satu nama misalnya maka mereka (SPR) akan meremehkannya dan mengatakan pihak mereka akan betulkan.

Kemudian esok kita kemukakan lagi satu contoh lain, mereka mengatakan mereka (SPR) boleh betulkan.

Ertinya SPR hanya reaktif terhadap apa yang kita dedahkan, sebaliknya apabila kita (Selangor) mengemukakan 100 nama yang kita bantah kerana pelbagai masalah maka mereka kata terima kasih nanti kita akan betulkan.

Jadi apakah usaha mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah kalau pihak kami yang tidak ada teknologi, tidak ada kemudahan untuk menelitikan data-data tersebut boleh mengemukakan pelbagai kesilapan. Kenapa mereka sendiri tidak berusaha untuk membersihkannya sebelum kita jumpa maklumat tersebut.

Kalau kita boleh jumpa 500 nama dengan cara yang agak canggih, mereka yang dakwa memiliki peralatan canggih sepatutnya boleh kesan.

Awal-awal lagi tidak akan timbul apa-apa yang kita bangkit itu.SPR tidak lebih hanya mahu memperolokkan pembangkang sahaja.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta campur tangan daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong campurtangan dalam isu SPR ini.Apa rasionalnya PAS berbuat demikian?

Dalam hal ini, SPR sebenarnya lantikkan Pengerusinya di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Baginda yang mempunyai kuasa. Kita sudah kemukakan banyak bukti, kita sudah keluar di jalan raya Bersih mengendalikan bantahan ini tetapi nampaknya reaksi daripada kerajaan sendiri suam-suam sahaja dan SPR pun tidak serius untuk menerima segala cadangan kita itu.

Mereka harus menerima cadangan kita itu tetapi mereka tidak buat jadi siapa lagi yang kita hendak bergantung.

SPR tidak ambil berat dan kerajaan sendiri pun memang pihak yang berkepentingan. Oleh itu, langkah ini yang wajar dan terakhir. Saya amat bersetuju dengan Timbalan Presiden PAS (Mohamad Sabu) bahawa Yang di-Pertuan Agong sendiri diminta memberikan pandangan dan membetulkan kesilapan.

Tetapi sebenarnya ini memalukan SPR, memalukan Barisan Nasional (BN) kalau mereka tidak boleh mengendali isu sekecil ini dan kita harus rujuk kepada Agong . Ia menggambarkan hilangnya keyakinan rakyat terhadap sistem pilihan raya SPR dan BN.

Sekiranya daftar pemilih yang merupakan salah satu yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat tidak diendah oleh SPR adakah PAS ada cara lain untuk bertindak atau PAS sendiri akan memboikot pilihan raya sebagaimana dilakukan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Talam beberapa tahun lalu?

PAS akan terus mendedah kepincangan-kepincangan pilihan raya termasuk nama-nama pengundi yang amat dipertikaikan kesahihannya sebagai pengundi.

Saya rasa dengan sistem tercanggih berlaku banyak masalah. Jadi kita cuba betulkan dan boikot itu sebagai bukan satu jalan.Di negara lain, tindakan memboikot akan menyebabkan pilihan raya itu tidak berjalan kerana ia dilihat sebagai tiada integriti.

Namun di Malaysia ini, jika pilihan raya diboikot, ianya akan memberi kelegaan kepada Umno-BN malah suatu laluan mudah kepada BN untuk membolot semua 222 kerusi. Mereka (BN) tidak ada maruah dan tidak ada rasa malu sekalipun dengan memboikot, jadi kita terpaksa berlawan dalam keadaan memprotes.

Kita lihat selepas Pengerusi SPR Tan Sri Harun Hashim bersara, kebanyakan pengerusi SPR memihak kepada BN. Jadi, tidak adakah usaha-usaha PAS untuk menggerakkan gelombang rakyat supaya jawatan tersebut diputuskan oleh parlimen.

Kita sedang memerhatikan tindak-tanduk pengerusi, timbalan Pengerusi SPR yang jelas memihak kepada BN. Sekiranya sikap ini berterusan dan tidak ada perubahan, kita tidak menolak dan tengoklah suasananya. Kita pernah membantah lanjutan umur Pengerusi SPR sebelum ini, Tan Sri Rashid Abdul Rahman sehingga menyebabkan kami ditangkap (dalam himpunan aman) di Parlimen dan sebagainya. Jadi perkara tersebut akan cuba dibuat dan kalau keadaan itu berterusan saya tidak menolak bantahan akan lebih besar.

Perlu atau tidak mereka (Tan Sri Aziz dan Wan Ahmad) meletak jawatan kerana permasalahan yang berlaku hari ini?

Kalau mereka tidak bersedia berubah, malah terus menunjukkan sikap menyebelahi pihak BN, kita akan meminta mereka meletakkan jawatan.Tetapi kita masih lagi memberi ruang supaya mereka menunjukkan sikap neutral.

Namun jika mereka terus berada dalam keadaan begitu (memihak) mereka perlu dipecat.

Rakyat sendiri tidak yakin terhadap SPR dan menganggap mereka sebagai kuda tunggangan Umno.Sejauh mana kebenarannya?

Berdasarkan daripada tindakan- tindakan, pe ngakuanpengakuan, ucapan-ucapan pengerusi, timbalannya, banyak bukti yang nyata dan sahih ketika ini mereka memihak kepada BN.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa BN sendiri akan mengadakan pertemuan dengan SPR untuk membincang isu pilihan raya bersih.Katanya bagi memastikan pilihan raya bersih bukan saja hanya dimonopoli pihak lain (pembangkang) tetapi BN juga mahu pilihan raya bersih, apa komen Dr?

Bagi saya apa tujuan mereka hendak berjumpa SPR itu. Saya khuatir perjumpaan itu hanya untuk menambahkan kawalan mereka ke atas kerja-kerja dalam SPR.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111