" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, August 29, 2011

AS, Nato di belakang konflik Syria?

Oleh Imran Al-Malizi

SEHARI sebelum umat Islam menyambut Ramadan, seramai 95 orang terbunuh apabilahttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/syria.jpg pasukan tentera menyerang penunjuk perasaan di bandar Hama di bahagian tengah Syria.

Menurut aktivis kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman tentera dan anggota keselamatan memasuki bandar Hama pada waktu pagi dan melepaskan tembakan ke atas orang awam lalu menyebabkan ramai terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan.

Menurut beliau lagi, lebih 1,500 orang awam dan 360 anggota keselamatan terbunuh, manakala 12,000 orang ditahan dan beribu-ribu lagi melarikan diri ke Turki semenjak tunjuk perasaan tercetus di Syria pada pertengahan Mac lalu.

Sebulan sebelum itu, pasukan tentera Syria telah menembak mati sembilan penunjuk perasaan dalam menhadapi suasana kebangkitan massa yang terpengaruh dengan revolusi di Tunisia dan Mesir. Menurut Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, tiga orang penunjuk perasaan ditembak mati di pusat bandar Homs, tiga lagi di wilayah utara Idlib, dua orang di pinggir bandar Damsyik dan seorang di Latakia.

Dalam kejadian tersebut, para penunjuk perasaan mula menghiraukan amaran dan tindakan keras ketenteraan Assad.

Nampaknya mereka sudah tidak boleh bersabar hidup di bawah cengkaman kuku besi lagi.

Kini, kelihatan revolusi yang mula tercetus di Afrika Utara (Tunisia, Mesir dan Libya) dan negara-negara Timur Tengah semakin meruncing.

Para penganalisis melihat perkembangan ini secara tidak disedari menguntungkan pihak-pihak yang lain.

Terdapat petanda awal menunjukkan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) sedang mengambil kesempatan memanfaatkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB sebagai legitimasi untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syria dan kempen jangka panjang terhadap Yaman.

Menurut beberapa sumber Majlis Keselamatan, pakatan Nato sedang mempersiapkan pelan ketenteraan terhadap Syria dengan satu matlamat iaitu menggulingkan Basharal Assad yang dianggap tidak dapat berperanan untuk menjaga kepentingan-kepentingan global AS dan sekutu-sekutunya di Barat.

Majlis Keselamatan PBB sendiri pada awal bulan lalu telah mengecam keras tindakan kekerasan yang berlaku di Syria dan mendesak pemerintah di Syria untuk menghentikan penindasan terhadap para aktivis pro-demokrasi yang juga anti Presiden Bashar al-Assad.

Namun demikian, Majlis Keselamatan PBB menegaskan bahawa campur tangan Nato dalam mengatasi konflik ini dengan kuasa ketenteraan dirasakan masih tidak perlu.

Amerika dan Nato dipercayai sedang merancang serangan ketenteraan secara intensif di Washington, London dan Paris.

Tidak mustahil serangan pakatan itu akan berlaku seperti yang telah kita saksikan terhadap Libya pada 19 Mac 2011 lalu. Seperti di Syria, semua ini bermula apabila rejim Muammar Gaddafi telah beberapa kali mengambil tindakan bersenjata terhadap para penentangnya.

Jika melihat perkembangan sebelum ini, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang bergabung dalam NATO memang selalu terlibat merencanakan langkah-langkah untuk menggulingkan ketua pemerintahan atau pemimpin negara yang dianggap tidak dapat meneruskan kerjasama atau sudah tidak sehaluan dengan pihak Barat.

Perhatikan negara Iran pada 1953 di mana CIA dan MI-6 bekerjasama melancarkan operasi perisikan menaikkan Shah Reza Pahlavi ke tampuk kekuasaan sejurus tergulingnya Perdana Menteri, Mohamad Mossadeq yang berhaluan nasionalis.

Pada 1954, dengan desakan dari American United Fruit Company, Washington memerintahkan CIA untuk secara intensif membantu rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Juan Arbenz Guzman yang dipimpin oleh Kolonel Castilo Armas. Pada 1965, Presiden Sukarno yang juga berhaluan sosialis nasionalis berjaya diguling daripada tampuk kekuasaan melalui perancangan rahsia dari CIA dan MI-6 bersama Panglima Angkatan Darat, Jeneral Suharto.

Pada 1970, Pangeran Sihanouk digulingkan oleh Panglima Angkatan Darat Kemboja, Jeneral Lon Nol yang sebelum itu merupakan penyokong setia Sihaonouk.

Sihanouk dianggap ancaman oleh Amerika Syarikat dan barat bukan kerana fahaman komunisnya sahaja, tetapi kerana pandangannya yang tidak sehaluan dengan barat dan beliau mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Kemboja.

Pada 1973, atas desakan beberapa perusahaan besar Amerika, Presiden sayap kiri Chile, Salvador Allende digulingkan dari tampuk kekuasaan atas restu dari Presiden Nixon dan Setiausaha Negara, Henri Kissinger.

Jeneral Pinochet yang pada ketika itu merupakan panglima angkatan darat Chile, merebut kekuasaan daripada tangan Allende dengan kuasa tentera.

Kembali kepada konflik Syria, seakan-akan memang terdapat isyarat kuat untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad yang dianggap tidak mesra lagi terhadap kepentingan Barat.

Bahkan menurut beberapa pengamatan kumpulan penganalis, Global Future Institute terhadap ramalan awal di peringkat antarabangsa, Yaman juga akan menjadi sasaran berikutnya jika projek penggulingan Bashar al- Assad Berjaya dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111